Di Mall..
Seperti yang dijanjikan oleh aku kepada Aiman..jadi, pada hari ini aku mengajak untuk keluar berjalan ke Mall untuk membeli barang dan pakaiannya sambil cuci mata..Kami berangkat dari rumah sekitar jam 9 pagi jadi sampai di sana dalam pkul 10 lebih sebab hari minggukan sesak la..
Disebabkan sudah berjanji, aku mengagahkan diri juga untuk hadap semuanya demi Aiman..gituuu..hahaha.
Aku berjalan beriringan bersama Aiman disisi sambil mata memerhati koleksi di setiap kedai di dalam mall itu..aku berasa sangat la rambang mata sebab dah lama tak keluar cuci mata sejak kehadiran Aiman disebabkan untuk mengelak diri daripada di kesan org mereka yang tak diingini..
"Wahh akak, bestnya dapat jalan- jalan dekat sini.."Katanya sambil matanya bercahaya melihat setiap barangan kanak-kanak di satu sudut kedai..
"Aiman suka ye..mesti la best tapi itula besar sangat Mall ni..jadi, nanti kaki cepat lenguh la" rungutku kepadanya sambil tersengih..
"Ouh yela betul jugak..jomla jln kak..nnti kalau akk dah lenguh..kita balik jela..ok?Petahnya dia berkata-kata..Sebenarnya aku suka bersembang dengannya sebab dia nampak muda dari segi fizikal tetapi dia matang dan bercakap seperti orang besar..itu sifat yang aku sangat kagumi..
"Okay jom" kataku sambil kaki mula melangkah dan otak masih berfikir untuk mencari barang..
Ketika aku sedang berjalan bersama Aiman menuju ke salah satu kedai ..tidak ku sangka hari ini menjadi hari yang sangat menakutkan dan mencabar bagi aku .. okay macam ni ceritanya..waktu itu aku dengan Aiman hendak masuk ke dalam kedai pakaian kanak-kanak ..
Tiba-tiba saja seluar slack aku ditarik oleh Aiman disisiku sambil menunjuk ke arah dua orang lelaki berpakaian kot hitam dan berkaca mata hitam dari arah yang jauh...aku menjadi pelik dan bertanya.."Kenapa Aiman? ".
"Akak, itulah lelaki yang kejar adik waktu adik nak melintas sebab tu adik lari" katanya sambil takut- takut..Aku jadi terpempan dan terkejut saat mendengar kata -kata itu..kejadian itu terbayang di kepala...Aku jadi tak keruan dan jantungku berdetak laju sambil itu aku berusaha keras memaksa otak untuk berfikir cara melepaskan diri daripada mereka..
Namun, semua itu sudah terlambat..sekarang dua orang lelaki itu sudahpun merapati kami sambil mukanya mengarah ke arah Aiman yang sudah menyorok di belakangku..Aku sedaya upaya kuatkan hati untuk senyum sambil berkata kepada mereka..
"Err maaf, Encik ada apa ya?" Suaraku seakan kedengaran bergetar tapi aku cuba untuk bercakap seperti biasa sambil tanganku memegang Aiman yang membisu di belakangku..
"Hmm, ya cik nak tanya budak yang dibelakang cik tu adik cik ke? Saya macam pernah nampak la tapi mana tahu saya silap pandang ke kan?" Soal Botak kepadaku..
"Ouh yeke? Ini adik saya..kenapa ye?" Kataku gugup tapi dimana silapnya aku tak pasti..Aiman tiba -tiba menangis mungkin dia jadi takut berada dalam keadaan tidak selesa yang sangat lama di tenung oleh lelaki itu..
Jadi, aku membuat keputusan untuk berlari sambil kaki ku bergerak perlahan ..Dapat ku lihat mereka sudah bertentangan mata sesama sendiri dan senyum sinis kepadaku dan Aiman..
Dalam berapa saat sahaja, aku sudah pun berlari bersama Aiman..aku menarik tangannya supaya menyaingi langkahku..aku berlari pantas ke arah lif di bahagian hujung..semasa aku menoleh, mereka kelihatan terkejut melihat tindakan drastik aku ..selepas itu, baru mereka mengejar kami..
******
Esp. Kamal yang hanya memakai baju tshirt dan berseluar jeans untuk kelihatan santai memandu ke Mall untuk berjalan dan membeli perfumenya yang hampir habis..
Aku melangkah ke arah pintu lif dan menekan button yang menunjukkan anak panah ke atas..Biasanya dia akan guna sahaja tangga tetapi hari ini dia berasa malas..tidak tahu mengapa..
'Ting' ..pintu lif tersebut terbuka automatik dan aku melihat tiada sesiapa pun didalam lif itu..jadi, aku melangkah masuk ke dalam lif itu lalu menekan nombor 3..kerana kedai perfume itu terletak di tingkat tiga..
'Ting' ..bunyi itu menunjukkan aku sudah berada di tingkat yang aku mahu kan..namun belum sempat aku keluar melangkah..aku terkaku di dalam lif itu ketika mataku menangkap seorang wanita di kepung oleh dua lelaki berbadan besar dan sekelip mata dua orang lelaki itu tumpas jatuh ke lantai Mall itu..
Aku mendengar wanita itu seakan menjerit kepadaku untuk menahan pintu lif yang hampir separuh menutup lif..dengan pantas aku menekan button buka..wanita itu berlari laju sambil berlari dengan seorang budak lelaki disisi..aku tidak dapat mengesyaki apa-apa lagi kerana otak aku seakan buntu dan tidak memahami apa yang sedang berlaku..
Sesampai sahaja wanita itu di depan mataku, aku terkaku kerana aku berasa macam pernah melihat muka itu..wajah itu aku amati ..memang benar dia, Amira..
"Encik, saya minta tolong bawa budak ni lari kemana sahaja dari dua orang lelaki itu.." Kata Mira kepadaku sambil menunduk melihat keadaan Aiman..
"Cik Amira?. Apa yang berlaku ni?"..tanyaku cemas kerana aku dapat melihat dua orang lelaki itu seakan cuba untuk bangun mengejar semula..
"Ehh, Esp.Kamal.. alhamdulillah jumpa tuan disini..saya dan Aiman dikejar oleh mereka ..mereka la orang yang Aiman ceritakan itu..tapi yang pasti sekarang saya minta tolong sangat bawa Aiman kemana saja..nanti kita jumpa di mana-mana ye" katanya laju sambil tercungap- cungap sambil menyambung lari entah ke mana..
Aku terus menekan button close dan memegang Aiman disebelah yang sedang menangis.." Adik adik, ni abang ada ni..ingat lagi tak? Takpa sekarang adik selamat dengan abang"..pujukku supaya dia berasa tenang..Dia mengambil langkah untuk menuju ke rumah sahaja dan membatalkan niatnya untuk membeli perfume itu..
Semasa memandu, aku tetap berasa tidak tenang sebenarnya mengenangkan Cik Amira yang sedang di kejar.." Ya, Allah kau lindungilah dia daripada mereka..aminn" doanya di dalam hati..Aku menarik telefon bimbitku di dalam kocek seluar dan mendail nombor Sjn.Shafiq..
Tutt tutt..'Hello' panggilan itu di angkat..
"Hello shafiq, aku nak minta tolong kau cari nombor Cik Amira sekarang dan hantar kepada aku sekarang" Kataku seakan memberi arahan..
"Ok sebentar..saya cari dan saya hantar kepada tuan secepatnya" katanya sambil menamatkan panggilan itu..
Di dalam beberapa minit sahaja, aku sudah menerima chat daripada Shafiq yang menghantar nombor Amira..
*****
Selepas aku dapat meloloskan diri daripada kepungan dua orang lelaki berbadan sasa itu dengan usaha aku sendiri ..Aku bersyukur sangat di ketemukan dengan Esp.Kamal semasa di Mall..Dan aku berasa Aiman sekarang berada aman dengannya..
Aku masih lagi berlari anak untuk mencari tempat persembunyianku..ketika sedang berlari aku seakan ternampak pintu disebalik dinding kayu itu yang bercorak gambar artis luar negara..aku terus berlari masuk ke dalam..nasibku baik sebab pintu itu tidak berkunci dan sekarang aku seolah olah berada di dalam stor ..aku duduk bersembunyi sambil doa supaya jejak ku tidak dapat dikesan oleh mereka..
Tempat yang aku bersembunyi ini sebenarnya perlukan mata yang fokus dan teliti untuk mencari..kerana berada di sebalik corak yang berwajah dan berwarna sama yang tiada ton lain... jika tidak, pasti tidak akan perasan..
"Shit betul la..kenapa kita boleh terlepas lagi budak dan perempuan tu..handal jugak perempuan tu sampai boleh lawan kita..ini tak boleh jadi ni..arhh" Marah Botak sambil memandang ke arah Komeng yang hanya diam sahaja semasa mereka berdua berhenti di dinding berwajah itu..
"Dah jom kita cari lagi mana perempuan itu..mana tahu dia dekat area ii sini" Kata Komeng memberi pendapat sambil melangkah jauh mencari perempuan itu..
Aku yang berada di dinding kayu nipis itu mendengar semua kata-kata mereka..aku sangat bersyukur kerana mereka berlalu begitu saja tanpa dapat mengesan jejakku..aku memutuskan untuk berehat sebentar di situ..sejujurnya, aku takut juga untuk keluar dari situ..takut mereka berpatah balik..
Setelah 15 minit, aku keluar dengan perlahan dan menuju ke lif sambil mataku meliar ke semua tempat untuk berjaga -jaga..aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah..
Sesampai sahaja dirumah, aku baru teringat akan Aiman..keadannya sekarang..aku kehulur kehilir memikir cara bagaimana mahu berhubung dengan Esp.Kamal tersebut..Tapi tidak lama kemudian, ' terrr terr' vibrate dari telefon ku berbunyi menandakan ada orang menghantar mesej..terus saja aku mencapai telefon di atas meja dan aku lihat serta baca mesej yang bertulis alamat daripada nombor tidak dikenali..
'Salam Cik Amira, kita berjumpa di alamat ini' - Esp.Kamal'
Setelah membaca sampai habis mesej itu, baru dia tahu itu mesej dari Esp.Kamal..dia menghela nafas panjang menandakan dia lega sambil melabuhkan punggung di sofa lalu melelapkan mata sebentar..tapi bila terfikir balik mesej itu..alamat yang diberikan itu beralamat villa..hmm..lantaklah yang pasti aku nk jumpa Aiman..
Share this novel