Hujung minggu,
Aku hanya mengenakan blouse bunga kecil dengan seluar palazo dan tudung bawal biasa..Hanya simple saja..mukaku hanya tepek sedikit foundation serta pelembap bibir di sapu ke bibir bagi menaikkan seri wajah supaya tidak tampak pucat..Setelah siap dan puas melihat gayaku..Aku keluar bilik menuju ke ruang tamu ..
Hari ini aku sudah buat temu janji dengan Tuan Kamal untuk keluar berjumpa ..Aku ingin berbincang sesuatu dengannya mengenai majlis yang akan menjelang tak lama lagi..Tipu lah hati tak berdebar nak berjumpa dengannya..
'Bip' 'Bip'..
Notifikasi chat masuk .. Mesej dari Tuan Kamal yang mengatakan dia sudah berada di luar rumah..Aku bangun dan menjenguk keluar..Kereta honda civic hari lalu di pandu..Aku melangkah keluar rumah serta mengunci gril dan pintu pagar kerana tiada orang di rumah..Qis?..Dia sudah awal keluar dengan tunangnya..
Aku melangkah masuk ke dalam kereta..Dari ekor mataku nampak Tuan Kamal sangat kemas dan handsome dengan cermin mata hitamnya..Sungguh memikat hati..Dia senyum apabila melihat aku melabuhkan duduk di seat penumpang ..aku hanya buat biasa saja sambil menarik seat belt..
"Err, maaf lambat amik awak"..Katanya sambil memandangku..
"Haa takpa-takpa''..jawabku ringkas tanpa melihat wajah itu..
Dia hanya mengangguk lalu kereta di pandu keluar dari perumahan teres dua tingkat itu..
"So, awak nak kita bincang dekat mana?" Soalnya sambil menolehku sebentar..
'aikk, bertukar dah nama panggilan..Awak saya?'. Hmm nampak pelik ni'..getus hatiku ..
"Awakk, menung apa tu?" Tanyanya lagi apabila melihat aku diam saja ..
Aku jadi tersentak dan terkejut kecil..
"Err, takde apa..saya tak kisah..saya ikut je tuan nak bawa saya bincang dekat mana-mana je"..Jawabku ringkas..
Dia hanya mengangguk perlahan ..tiba-tiba dia menegur aku lagi..
"Look nice and suitable with g"..katanya lagi tapi seakan berbisik..Aku yang tidak faham hanya memandangnya sambil mengerut kening..'Dia cakap pasal apa pulak ni..tiba-tiba je puji'..rungutku dalam hati..
"Itu lah..cantik awak pakai cincin dan gelang itu..sesuai dengan awak..elok terletak je"..Katanya senyum manis sambil memandang sekilas tanganku yang berada di atas pahaku..
Senyuman itu terlihat sangat memukau..tak pernah seumur hidupku melihat seorang pegawai polis yang tegas dan garang dengan wajahnya tegang dan serius tiba-tiba saja senyum..Aku jadi kaku dan terpegun..
"Eh, awak ni sejak dari kita tunang awak banyak mengelamun ye..Kenapa ni hm?".
Tegurnya sambil memandang ke arahku..
"Err, takde apa-apa tuan.." jawaku gugup..Kantoi usyar muka dia!..Suara teguran itu juga terdengar lembut..aku seakan masih terkejut dengan perubahan drastiknya itu..
"Hehe, awak ni dulu bukan main ye boleh je bercakap dengan saya..tapi sekarang diam seribu bahasa..kenapa ? Awak masih tak boleh terima saya atau awak masih terkejut dengan kehadiran saya dalam hidup awak?"..Tanyanya lembut..
Aku masih berfikir cara nak bercakap..
"Bukan macam tu..s-saya m-macam p-pelik t-tengok sikapp ttuan ssekarang"..Jawabku gagap..Kantoi gugup dalam hati..
"Hehe, awak pelik apanya ..cuba cakap biar saya tahu..lagisatu, comel lah awak ni gagap..sejak gelar tunang saya pelik-pelik awak ni ye saya tengok..awak terkejut sebab bertunang dengan saya yang handsome ye ?"..Soalnya lagi sambil ketawa kecil..
"Eeii perasannya tuan!..puji diri sendiri ye..haha..Hmm pasal pelik tu..yelah bila saya chat Tuan..Tuan asyik bagi saya bluetick saja..diam saja..tapi bila jumpa depan- depan awak banyak bercakap pula..kenapa?"..
"Ouhh, pasal tu ke? Awak takkan saya nak bercakap tegas dan kasar dengan awak pulak..sekarangkan kita tengah 'dating' bukannya masih dalam kerja..Jadi, awak tak perlu risau yee..saya tengah ubah cara layanan saya kepada orang yang saya 'sayang' ".. Katanya sambil mata memandang ke hadapan..
Aku hanya diam membisu..'dia sayang aku ke?' getus hatiku..Perjalanan di teruskan..
******
Kami menuju ke sebuah satu restoran..Aku hanya mengikut saja kehendaknya..aku berjalan beriringan sambil memandang deretan butik baju..tiba-tiba aku berhenti di hadapan satu butik pengantin..aku terpesona melihat gaun pengantin ala-ala princess berwarna purple lembut dengan manik bertebaran..sungguh memukau..
Tuan Kamal yang tadi ke depan terpaksa berpatah balik lalu memandang ke arah baju itu..
"Ehem, berkenan ke?"..tegurnya sambil tersenyum..Aku tersentak..
"Err, "..aku kehabisan idea..hanya kaku..terus saja Tuan Kamal melangkah masuk ke butik tersebut..Terbutang mataku..'eh, dia ni jangan cari pasal lah'..bisik hatiku..
"Masuk la awak, buat apa berdiri dekat situ?"..Sapanya ..
Aku yang tadi terus saja melangkah masuk mengikut langkahnya..Dia berbisik sesuatu ke sorang wanita berkulit putih sambil menunjuk ke arah gaun yang dijadikan bahan display untuk butik tersebut..
"Hello miss, have a seat first"..tegur wanita itu..Aku mengangguk..
Dalam beberapa minit, wanita itu membawa gaun tersebut mengampiriku sambil tersenyum ...Tuan Kamal hanya memerhati wanita itu saja..
"Miss, can u try this gown ?"..Soalnya sambil menghulur gaun itu kepadaku..
Aku hanya mengangguk..
"U can try this gown in that room" ..Katanya lagi sambil menunjuk kearah bilik persalinan di situ..
Aku mengangguk perlahan lalu menyambut huluran itu ..kemudian bergerak ke persalinan..bukan bilik sebenarnya..hanya langsir tebal yang menutupi suatu sudut kedai..
Dengan ucapan bismillah, aku mencuba baju tersebut..Cantik terletak..gaun itu memang padan dengan tubuhku..mungkin ikut saizku ..Aku berpusing kiri dan kanan untuk melihat reka bentuk baju itu jika di pakai..Sungguh menawan..Aku sudah mula jatuh cinta..Tapi bila fikir balik..pasti mahal baju gaun ni..
Tiba-tiba ada suara wanita itu menegurku..
"Miss, miss can u come outside ..i want to look on you .." aku terdiam sebentar..Sebenarnya segan tapi takpelah sekali sekala..aku dengan perlahan bergerak keluar..Sebelum itu memastikan dulu baju itu biar tampak cantik dan terletak elok di tubuhku..
Aku menarik langsir perlahan..Aku jadi terkejut kerana Tuan Kamal betul -betul duduk menghadapku..Aku tertunduk malu..Lupa akan kehadirannya di situ..'Rasanya tadi dia takde dekat situ..macam mana dia ada dekat sini pulakk..Aduii malunyaa'..gumamku perlahan..
"Wow, u look so beautiful and perfect lady..This gown very suitable on you..Nice!" kata wanita itu sambil bergerak menghampiriku..dia bergerak mengelilingiku ..
'Klik' Klik'..
Terdengar bunyi telefon mengambil gambar..terus saja aku mengangkat kepala.. Benar! Tuan Kamal mengambil gambarku...
"Err, Tuan nak buat apa dengan gambar saya tu?"..Soalku sambil melihatnya yang sedang membelek gambarku..
"Saya nak simpan"..Jawabnya ringkas..
Aku hanya mendiamkan diri lalu masuk ke dalam tempat persalinan itu..Niat hati ingin segera berbincang..Tak mahu berlengah lagi..
Dalam beberapa minit..Aku melangkah keluar sambil memegang gaun itu..Aku menghulur gaun tersebut kepada wanita itu di kaunter..Dia hanya tersenyum manis..
Tuan Kamal sudahpun bergerak bangun ke kaunter tersebut..Dia ada memberikan sekeping kad..Taktahulah kad apa..aku sebenarnya sudah bergerak di hadapan pintu butik..Lalu dia seakan berbisik sesuatu dan bergerak menghampiriku sambil tersengih..
"Jom, kita pergi makan..saya dah lapar"..katanya sambil bergerak mendahuluiku..
Aku hanya berdiam dan mengangguk..Ye! Hari ni aku banyak diam..manakala perangai Tuan Kamal banyak berubah..sangat drastik..Aku yang menyedari hal itu..hanya mampu diam ..
Kami memilih tempat yang agak jauh dari orang di suatu sudut kerana ingin berbincang..
Aku nekad ingin bertanya soal hantaranku..tak kisahlah apa nak jadi..jadilah..
Setelah memesan makanan..Tuan Kamal kembali merenungku..seakan menunggu aku bertanyakan sesuatu..Aku sedar mata itu memandangku..lalu aku melawan pandangan mata itu ..
Dia kembali tersenyum apabila mata kami bertembung..
"Wah, Ainnur Amira sudah berani lawan pandangan saya ye?"..Tegurnya sambil tersenyum manis..
Laju saja aku mengalihkan pandangan..Tak mahu kena bisikan syaitan!..
"Err, Tuan saya ajak Tuan sebabnya nak berbincang mengenai majlis nanti?"..Kataku bagi menyedarkannya..
"Ye, saya tahu..awak nak tanya saya apa saja..Tanyalah? InshAllah saya akan jawab kalau ada jawapannya ye"..Ujarnya lagi..
"Okay, saya straight to the point jelah ye..First apa sebab awak nak ikat pertunangan ni selama sebulan saja? Lepastu menikah.." Tanyaku sambil merenungnya..
"Ouh pasal itu, saya hanya ikut kata-kata orang dulu..'Benda baik tak baik ditangguhkan lama-lama, baik dipercepatkan supaya dapat kumpul pahala banyak'..So, saya ikut jela". Jawabnya sambil tersengih..Jawapan itu nampak seperti gurauan padaku..
"Tuan, janganlah main-main..saya serius ni"..kataku geram. 'boleh pulak dia main-main'..
"Eh, betul lah saya cakap tu..awak fikir saya main-main ke? Lagisatu..saya nak cepatka sebabnya selepas saja kita menikah tu..saya busy dengan kerja..banyak lagi kes"..Jawabnya kembali serius..
"Kalau macam tu, kenapa Tuan tak buat majlis nikah kita lepas apa kes tu je?"..Kataku lagi..
Mata masih lagi still merenungnya..Mata kami kembali bersabung seakan ada sesuatu yang membuatkan kami terkaku sebentar sebelum dia menjawab..
"Tak boleh, sebabnya saya taknak orang yang saya 'sayang' di kebas orang ..lagipun kalau asyik pasal kerja saja..Tak kawin lah saya sampai tua nanti..Kerja pun tak pernah habis..jadi, awak sudi jadi isteri saya?"..soalnya dengan suara lembut..
Aku hanya diam sambil mengangguk perlahan..Dia tersenyum puas..Sejujurnya, tak pernah lagi aku melihat wajah itu tersenyum lama seperti sekarang..Adakah kehidupannya sebelum ini sangat tak menyeronokkan baginya?
******
#sorry guyss sebab minggu update lambat..Busy nak raya hajikan..sorry ya kamu semua..muahh ..Pendek sikit bab ini
Share this novel