Bab 19

Action Completed 25781

Aku memandu kereta Honda Civic type R ku menuju ke arah utara..kami menggunakan highway tol utara selatan untuk pulang ke kampung Mira..Jalan highway tersebut tidak berapa sesak kerana sekarang belum musim cuti sekolah lagi..Jadi, pergerakan lalu lintas lancar dan keretaku meluncur laju membelah jalan dengan kelajuan yang telah di tetapkan..' Gila kau nak bawak laju walaupun kereta mahal, nanti kena bayar saman dah la tu kau polis..mesti orang mengata nanti'..rungutku lagi di dalam hati..

Aku mengerling Mira di sebelahku, kelihatan dia sedang sibuk membelek telefon..seakan mencari sesuatu..dalam beberapa saat..aku terdengar suaranya bercakap dengan seseorang..mungkin ibunya sebab nampak ceria di wajahnya. Aku memerhati sambil senyum sembunyi..

'Helo, assalamualaikum ibuu..' ucapnya sambil terjerit kecil..aku terus menoleh ke arahnya..reaksinya terus menunduk kerana aku melihat wajah ceria itu..

'Hehehe, sorry ibu terjerit sikit sebab excited nak jumpa ibu dan abahh..Ainnur baru naik highway ni' jawabnya sambil tersengih..dapat aku agak mesti ibunya menegur disebabkan jeritan kecil darinya..

'wahh, sedapnya ibu..masak untuk Ainnur ke? Ni nak sayang banyak-banyak ni..hehe..okay ibu..nanti Ainnur sampaikan salam tu..byee kirim salam abah sekali ye ibu'..katanya sambil menjawab salam..lalu dia menekan button merah..

Ketika aku sedang fokus memandu..Mira memanggilku..aku hanya mengangkat kepalaku seakan bertanya sambil memandang wajahnya sekejap di sebelah..Dia bersuara setelah melihat reaksiku..

"Err Tuan..ibu saya kirim salam..lepastuu" kata itu terhenti..aku menoleh sebentar kepadanya..dia sedang tersengih malu sambil mengaru pipinya seakan menahan malu untuk meneruskan perkataannya..Salam dari ibunya aku hanya menjawab dalam hati saja..

"Lepastu?" Soalku apabila dia agak lama berdiam..aku angkat kening seolah bertanya ..

" Err lepastu ibu pesan supaya bawak kereta hati-hati sebab bawak anak daranya ni" jawabnya lagi sambil menunduk..aku tergelak halus mendengar pesan itu..aku mengeleng mendengar pesan itu dan Mira pun jujur saja..

"Cakap dekat ibu awak tu, jangan risau la..saya bukan bawak lari anak daranya ni pergi Thailand pon..inshaAllah saya bawa kereta dengan cermat sebab saya pun sayangkan nyawa saya lagi" ..selorohku kepadanya..kelihatan di memandangku sambil mengangguk faham..

"Err Tuan"..panggilnya lagi..terus sahaja aku pintas katanya itu

"Ibu awak ada pesan apa lagi Mira?" Tanyku lagi terus sahaja pada soalannya..

"Err..hehehe..ibu pesan kalau Tuan letih memandu boleh je berhenti rehat dekat kawasan R&R dan tukar driver..saya boleh memandu juga..sebab ibu kata mungkin Tuan boleh mudah letih kalau tak biasa bawa kereta jauh macam sekarang..ibu harapkan saya untuk memandu..kerana saya sudah terbiasa jalan jauh..Kalau Tuan benarkan..saya boleh gantikan tempat Tuan nanti kalau Tuan letih"..katanya panjang..aku mengangguk faham dan mengerti apa yang disampaikan..

"Ouhh..baik sungguh hati mak awak tu..suka ambil berat pasal anak dia tu...pasal tukar driver tu..awak serius ke boleh bawak? Sebabnya saya jarang nak bagi perempuan drive kereta masa jalan..Nanti kita singgah dekat mana-mana jelah untuk rehat"...jawabku sambil melihat Aiman yang sudah lena di seat belakang sambil terbaring..

"Err Tuan tak percaya dekat saya ke? Lagipun Tuan pun tahukan yang saya dah biasa bergerak sendiri balik kampung..memandu sorang..setakat ni Alhamdulillah selamat..Kalau Tuan tak yakin dengan saya tak pela..tapi nanti Tuan tentu letih memandu lama.."..Jawabnya yakin..aku tadi hanya ingin mengujinya saja..tak sangka pulak dia boleh jawab yakin sekali..

"Baiklah , saya percaya kalau dah awak cakap macam tu..nanti kita tukar la kalau saya dah letih"..dia hanya senyum kemenangan setelah mendengar jawapan dariku..Aku mengeleng perlahan 'Taknak kalah ye dia ni..Tadi bukan main manja dengan ibunya..lepastu terus berubah bila bercakap dengan aku'..getus hatiku..

Kira-kira 4 jam berlalu, kini aku masih sedang memandu dan kami berada di negeri Perak..sebab perjalanan jauh dirasakan sebab Negeri Perak sangat besar dan jauh..aku mengerling ke arah jam..jam menunjukkan sudah pukul 1 hampir masuk pukul 2..dengan keadaan tengahari ni aku dapat rasakan tubuhku mula letih dan mata mengantuk..rasa bosanku tiba..aku mengerling ke arah Mira..Rupanya dia pun sudah terlelap..'patutlah rasanya sunyi je..rupanya tidur dia ni'..

Aku berfikir untuk berhenti rehat sebentar dan solat zohor sekali..Aku melihat papan signboard di bahu jalan..terdapat dalam 15KM lagi ada hentian rehat..jadi aku memandu ke sana serta memandu laju dan memasuk ke line kiri untuk bagiku mudah masuk ke hentian itu nanti..

Aku memasuki hentian rehat dan rawat Sungai Perak..setelah aku memarkir kereta..aku menyandar sekejap untuk menghilangkan lenguh badan..aku baru saja berfikir cara untuk mengejut Mira..tapi ternyata dia terjaga sendiri..mungkin kereta sudah berhenti bergerak?..

"Err Tuan, kita dekat mana ni?..tanyanya sambil merapikan tudung serta baju yang sedikit berkedut..

" Kita berhenti singgah rehat dekat Sungai Perak dulu lah..kita boleh solat dulu dekat sini..boleh makan sekali"..kataku kepadanya..

Dia hanya mengangguk faham..lalu berkata.." Err Tuan, Maaf saya tak teman tuan memandu tadi..saya terlelap..sebab tengaharikan...memang buat saya mengantuk ..tapi Alhamdulillah dapat tidur kejap tadi terus hilang mengantuk saya"..katanya sambil senyum dan meminta maaf..

" Tak pe saya faham, saya berhenti pun pasal tu juga..dah la awak kejut la Aiman..kita pergi solat dulu, lepastu kita makan..takut nanti lambat sampai kampung awak..takut sampai malam ke nanti"..kataku lagi seakan mengesanya..Dia hanya mengangguk faham.. setelah mengejutkan Aiman..kami keluar dan jalan beriringan menuju ke ruang solat masing-masing..

*******

Sesudah makan, aku dan Tuan Kamal bergerak ke kereta yang di parkir itu..sampai saja di keretanya..aku terus bersuara..

"Err Tuan, kali ni biar saya yang memandu..Tuan boleh la rehat tidur dulu ke..Tuan pasti letih kan?"..kataku lembut..seakan memujuknya untuk bagi aku memandu..Dia hanya diam lama..mungkin berfikir kot..

Beberapa minit, dia menghulurkan kunci kereta kepadaku..aku tersenyum manis kepadanya sambil menyambut huluran tangan itu..kini kunci sudah berada di tanganku..'yeahh aku dapat pujuk dia..yess'..riang hatiku apabila aku berjaya memujuknya ..

Aku menekan remote dan menekan button untuk unlock ..setelah itu aku menekan button untuk hidupkan enjin..lalu aku masuk gear undur..dan memasuk ke gear D untuk mula memandu..Aku dapat rasakan kelainan membawa kereta mahal ni..tekan minyak sikit je..terus kereta meluncur laju..hatiku tersenyum kerana aku makin lama sudah boleh menyesuaikan diri memandu kereta itu..

Aku menekan button radio..tiba-tiba radio sudah terpasang lagu dari Hits FM..aku hanya membiarkan saja bagi tak bosan ketika memandu..aku mengerling ke arah Tuan Kamal..dia hanya melihat cermin depan..

"Awak macam dah biasa je bawa kereta saya ni?"..katanya sambil memandangku..

Aku hanya tersengih sambil mataku fokus memandang depan..'Kalau pandang dia kang ..mahu masuk gaung nanti'..getus hati..aku bersuara menjawab pertanyaannya tadi..

"Err hehehe..taktahu la ..mungkin saya anggap macam bawak kereta sendiri kot..itu yang nampak macam biasa je"..jawabku sambil tersengih..Dia mengangguk sedikit..

"Kalau Tuan nak tidur, tidur jela..inshaAllah saya pandu dengan berhati-hati..Tuan percayakan saya kan?"..Aku bersuara lagi..kerana hatiku risau dia akan rasa letih dengan perjalanan jauh ni..Aku dulu macamtu jugak..lama kelamaan dah jadi biasa..

"Baiklah..saya percayakan atwak"..katanya perlahan sambil menyandarkan badan dan kepalany di kerusi empuk itu..kepalanya menoleh ke arah tingkap sebelah kiri. Mungkin nak tidur sekejap mungkin.. setelah beberapa minit..kelihatan tubuh itu tidak bergerak..mungkin keletihan dan mengantuk jadi susuk tubuh itu boleh terlelap dengan cepat..tenang saja muka itu tidur..dengan cepat aku mengeleng ' apa yang kau fikir ha Ainnur..takkanlah nak kena ingatkan banyak kali kot..Dia bukan untuk kau' rungutku dalam hati..aku mengalih kembali pandangan ku ke hadapan..

Aiman pun sudah kelihatan membaringkan badannya..mungkin mahu tidur juga sebab bosan ..agak saja lah..aku memandu dengan fokus sambil tanganku mengetuk stereng perlahan mengikut rentak lagu..bibirku bergerak -gerak mengikut bait-bait lagu yang diputarkan oleh radia Hits FM Itu..

Dalam 2 jam lebih..aku sudah memandu memasuki sempadan Kedah. Dalam tekun memandu..tiba-tiba aku mendengar Dj radio itu memberitahu tajuk lagu seterusnya ..tajuknya ialah I Miss You from Westlife..Hatiku melonjak gembira lalu memutar sikit volume suara itu untuk mendengar sambil menyanyi lagu favouriteku itu..

I can't sleep,
I just can't breathe

When your shadow
Is all over me, baby

Don't wanna be a fool in your eyes
'Cause what we had was built on lies

And when our love seems to fade away
Listen to me hear what i say

I don't wanna feel the way that i do
I just wanna be right here with you
I don't wanna see, see us apart

I just wanna say it straight from my heart
I MISS YOU

Bibirku mengikut bait- bait itu dengan penuh makna..seakan layan dengar lagu itu..aku menyambung kembali..nyanyiku perlahan tapi cukup orang lain dengar aku menyanyi seakan berbisik..

What would it take for you to see
To make you understand
That i'll always believe

You and i can make it through
And i still know I can't get over you
Cause when our love seems to fade away

Listen to me hear what i say
I don't wanna feel the way thai i do

I just wanna be right here with you
I don't wanna see, see us apart
I just wanna say it straight from my heart

Oh, Baby I miss u , I do..

Dekat part chorus aku menyanyi dengan penuh penghayatan..aku nyanyi sampai abis lagu itu sambil mengangguk perlahan dan mengetuk stereng seakan menghayati lagu itu..Bibirku tak pernah terlepas menyanyi lagu tu..setelah abis lagu itu..aku terus diam dan menunggu lagu seterusnya..radio itu sedang memutarkan iklan sebelum menyambung lagu lain..

Aku rasa macam ada orang memerhati perlakuan aku tadi..aku memandu sambil memandang ke cermin belakang..Aiman masih lagi tidur..lalu aku mengerling sebentar..rupanya betul..Tuan Kamal yang merenungku lama..'takkanlah dia dengar aku nyanyi lagu tadi? Dahlah suara tak berapa nak sedap..asal boleh je kau ni kan Ainnur..Fikirkan Tuan Kamal masih tidur lagi ..rupanya dah jaga dari lena itu..aduhhh malunyaa'..bisik hatiku..

Aku hanya memandang sekilas sambil tersenyum malu..dalam hati dah berperang dah..tiba-tiba aku jadi pendiam ..tak jadi nak sambung nyanyi lagu lain..Kelihatan Tuan Kamal sudahpun duduk dengan betul sambil memandang ke cermin depan..Dari riak wajahnya itu aku tak dapat meng'agak' perasaannya sekarang apabila sudah mendengar suara sumbangku menyanyi..

"Ehemm, syok ye bernyanyi..sekarang kita dekat mana dah ni?..haa ya suara garau plus serak itu menyapaku..

"Err hehehe..saja nyanyi hilangkan bosan..hmm sekarang kita dah masuk negeri Kedah..dalam beberapa jam nak masuk Perlis Tuan"..kataku sambil tersengih sambil menunjukkan sebaris gigi putihku..Dia hanya mengangguk faham..Dia kembali merenung ke arah luar tingkap..melihat sawah padi yang terbentang luas..sehingga boleh nampak gunung jerai..Adakah dia kagum dan seronok melihat pemandangan ini?

*******

Apakah perasaan Tuan Kamal apabila melihat suasana itu?
Adakah terputik kasih dan sweet moment ketika Mira di kampung itu?

#Nantikan ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience