Bab 22

Action Completed 25770

Keesokan paginya, Aku bangun macam biasa..sejuk sampai terasa tulang rusuk..Patutla takperlu pakai kipas..memang sejuk gila dengan udara semulajadi..Selepas sahaja aku solat subuh..aku membelek telefon sambil membalas chat dari ibuku semalam..Aku keletihan sampai tidurku lena tanpa berkutik...Sejujurnya..aku tak pernah langsung rasa tidur lena seperti malam tadi..sejuk semulajadi, nyaman dan selesa..

Aku memerhati sekeliling bilik itu sambil aku bergerak ke meja solek yang terhias dengan gambar adik lelaki Ainnur...di dalam gambar itu nampak kemesraan mereka..begitu rapat seolah-olah pakwe dan makwe..tapi hakikatnya mereka adik beradik..tak dapat di sangkalkan lagi memang keakraban mereka adik beradik boleh terlihat jelas..

Tiba-tiba aku teringat pasal perbincangan aku bersama Ainnur..ye mulai hari ini aku akan memanggilnya Ainnur..taktahu kenapa hati aku kuat mengatakan dia mempunyai sesuatu ciri yg dapat memikat hatiku..tapi aku hanya menunggu masa yang tepat untuk menjadikannya sebagai isteriku..kerana kesnya tidak lagi selesai..

Aku membuka jendela kayu itu..udara pagi menyapa tubuhku ..segar..aku hanya memakai baju santai sahaja pagi ni dengan memakai seluar track dan tshirt lengan pendek..aku termenung sebentar sambi menghirup udara pagi itu..aktiviti pagi ni aku hanya ikut family Ainnur sahaja..kemana mereka pergi..aku turutkn sahaja..

Tiba-tiba aku mendengar ketukan di pintu..

"Abang Kamal, Akak mira dan ibu sudah panggil untuk 'menyorok' sekali"..kata adik Mira iaitu Shakir..Aku yang mendengar tadi terus jadi blur..'menyorok'?

"Err menyorok? Apa tu?"..soalku kepada Shakir..

Dia kelihatan bingung sebentar mungkin berfikir cara untuk menerangkan kata lain ..

"Haa..'menyorok' tu depa kata makan pagi..hmm sarapannn"..katanya sambil memandangku..Aku hanya mengangguk faham sambil mulutku berbentuk 'O'..

"Jom abang, ibu dah panggil"..katanya mengajakku bergerak ke dapur..Aku hanya mengangguk sambil mengikut langkah itu..Terlihat di dapur itu..makanan sudah pun terhidang ..Kelibat ibu Ainnur dan Ainnur sedang menyusun pinggan dan cawan di atas meja itu..

"Ehh Kamal, jemput makan..maaf la makcik masak biasa-biasa je makan pagi ni" pelawa ibunya..aku memberikan senyuman kerana melayanku dengan baik sekali..'memang tak silap aku pilih bakal mak mertua..mereka baik sangat..tak de riak sombong langsung malah lebih bersederhana dan peramah'..puji hatiku..

"Takpa makcik, saya tak kisah pun ..saya makan semua benda tolak batu je"..selorohku membuatkan wajah itu tersenyum..

"Err Tuan Kamal nak minum air ape, teh ke milo?"..Suara yang ku dambakan itu akhirnya keluar..aku merenung wajah cantik itu lama sehingga dia mula menunduk kerana perasan reaksiku memandangnya..aku tersenyum nipis

"Bagi saya teh saja la Ainnur"..jawabku..dia hanya membalas dengan anggukan sahaja..kelihatan kelibat ibu Ainnur iaitu Puan Siti bergerak ke dapur untuk mengemas sikit..

"Err Tuan nak saya sendukkan ke? Kalau nak tuan nak makan apa? Ada nasi lemak dan bihun goreng?"..katanya lagi sambil memandangku sekejap..

"Saya nak nasi lemak la..awak tolong sendukkan"..jawabku saja ingin dilayan..Laju saja tangan itu bergerak untuk bekerja mengambil pinggan dan mengisi bahan nasi lemak..

"Abah awak mana?"..soalku bertanya sambil memandang sekeliling seakan-akan mencari kelibat ayahnya..

"Ouhh..abah saya pergi surau pagi tadi..biasa la tu kalau jumpa kawan..kejap lagi balik la tu"..jawabnya sambil mengisi nasi lemak untukku..Aku hanya merenungnya..'kenapa aku suka renung dia lama? Tak lepas langsung..apalah yang dia ni pakai sampaikan mata aku nak tenung dia ha?'..getus hatiku

Setelah selesai Ainnur mengisi nasi lemak untukku..Terus tangan itu menghulur..semasa tanganku ingin angkat menyambut huluran itu..Ada orang memberi salam di pintu rumah..aku terus menoleh melihat gerangan di pintu..ternyata Abah Ainnur, Pakcik Samsul..Dia kelihatan masuk ke rumah dan terus menuju ke aku sambil tersenyum .

"Ehh Kamal ada dekat sini dah? Awal bangun Kamal? Macam mana malam tadi? Tidur lena?"..tanya dia kepadaku ..aku hanya tersengih lama dan tersenyum manis kepada dia yang sangat ramah denganku..dia melayanku seperti ayahku cuma yang beza ayahku pendiam sikit orangnya..

"Aah, tadi anak pakcik panggil suruh sarapan..saya memang dah biasa bangun pagi..Alhamdulillah, lena tidur saya malam tadi..sekarang badan dan segar.."jawabku sambil mata memerhatikan langkahnya yang menuju ke meja makan dan duduk di sebelah kananku..Dia menarik kerusi itu dan ketika itu Puan Siti a.k.a Ibu Ainnur keluar dari dapur itu..

"Eh abang awal pulak balik hari ni?..abang dah makan?"..soalnya lembut kepada suaminya itu..

"Ye la ibunya..balik awal sikit sebab kitakan ada tetamu kena lah balik awal sikit..abang belum makan lagi..awak masak apa pagi ni"..jawabnya sambil memandang isterinya itu..

"Ouh yela abahnya, saya masak nasi lemak dengan bihun goreng ja..abang nak makan yang mana? Biar saya sendukkan"..ujar Ibu Ainnur dengan lembut tapi dia awal ayatnya seakan kelihatan mesra..

Aku hanya tersenyum melihat keluarga ini..bahagia dengan kasih sayang walaupun hidup bersederhana..Yang aku tak boleh nak agak tu..Muka ayah Ainnur nampak garang, tapi caranya lembut melayan isteri dan anaknya..'Patutla Ainnur ni sopan saja..hanya sekali sekala perangai tak jangka..tapi sangat ramah kalau dah kenal rapat ..persis ayahnya'..bisik hatiku lagi..

Tiba-tiba aku teringat Ainnur..terus aku menoleh ke arah depanku..betul Ainnur hanya menungguku untuk menyambut pinggan nasi lemakku..Nasi lemak yang tadinya di letak di atas meja itu terus dia angkat dan menghulur kepadaku selepas dia perasan aku memandangnya..

"Terima kasih Ainnur"..kataku padanya..Dia hanya mengangguk..

"Ehh Kamal, jemputlah makan.." kata pakcik Samsul kepadaku..

"Ye Pakcik"..Aku menjawab sambil memulakan misi mengisi perutku yang kosong itu..aku perasan ibunya bergerak dan duduk di sebelah kiri suaminya itu..manakala sebelah ibunya itu terdapat Ainnur..Ainnur menyenduk nasi lemak sedikit ke dalam pinggannya..aku merenung saja tingkahnya itu...

Sunyi sepi di meja makan itu..kelihatan masing-masing sedang menjamu selera kecuali Shakir dan Aiman..mungkin sambung tidur balik..agaknyalah..tiba-tiba ada suara menyapaku..

"Kamal lepasni ada nak pergi mana-mana ke?"..Tanya Pakcik Samsul kepadaku..mungkin dia perasan aku merenung anak daranya itu..'aduh kantoi pulak'..huhuhu hatiku berbisik..

"Takda ke mana pun pakcik"..jawabku sambil mengalihkan pandanganku kepadanya..aku hanya tersenyum segan..sebab aku perasan mata itu perasan tindak tandukku merenung anak daranya itu..hanya Ainnur sahaja yang tak perasan..

"Ouhh kalau macam tu, Kamal nak ikut tak pakcik dengan Ainnur pergi ke kebun..sekarang musim durian ..dah lama pakcik tak pergi ke sana..mana tahu ada rezeki boleh makan buah durian..Kamal makan buah durian?"..soalnya lagi..

"Ouhh pakcik ada kebun? Boleh jugak saya ikut sekali..Durian ye? Mestilah makan pakcik..sedap tu"..jawabku seakan riang..semua mata memandangku dengan senyuman termasuk Ainnur..'aduh boleh cair jugakla senyuman dia ni..tahan Kamal' getus hatiku..

" Bagus la kalau macam tu..ada la jugak pakcik teman tolong angkat durian tu nanti"..katanya sambil tergelak kecil melihatku..mungkin wajahku sekarang membuatkannya tergelak..'haa sudah terikut perangai anak dara pakcik la ni..riang semacam..huhu'..rungutku perlahan ..

"Hehehe, boleh je pakcik"..jawabku lagi..

"Tak pelah..kita pergi waktu cerah sikit la..lepasni Kamal rehat la dulu..dalam pukul 9 ke kita gerak la ke sana.." Katanya lagi..

Aku hanya mengangguk faham sambil menyambung suapan..sedap betul nasi lemak ni!..Sesudah makan, aku meminta diri untuk lepak di pangkin semalam..ingin mengambil udara pagi yang segar itu..

Jadi, aku bangun dari kerusi itu..dan membawa langkah kakiku ke halaman rumah itu..aku berjalan ke atas batas jalan..sambil melihat pemandangan di sawah padi itu..sungguh sejuk dan nyaman..sememangnya ketika pertama kali aku melihat sawah padi..terus saja hatiku lapang seperti bersetuju dengan ucapan Ainnur sebelum ini..sangat mendamaikan hati..

Aku menyeluk kocek seluarku untuk mengambil telefon ..lepastu aku membuka camera untuk menangkap gambar matahari naik dengan sawah padi..sangat sempurna..setelah selesai aku simpan kembali telefonku..mungkin nanti kalau aku rindu suasana ini..aku boleh saja tengok gambarku itu..

Aku bergerak semula ke pangkin semalam..sedangku ralit melihat sawah sambil menghirup udara pagi itu..dari kejauhan aku melihat gerangan yang boleh membuat hatiku ingin merenungnya lama..siapa lagi kalau bukan Ainnur Amira binti Samsul..betul kot itu namanya..huhuhu..

Kelihatannya Ainnur bergerak ke atas batas tanah sambil mendepakan tangan..mungkin ingin merasa udara menyapa tubuhnya..kelihatannya di telinga itu memasang earfon..Dari kejauhan kau dapat rasakan dirinya itu tenang dan kau seolah-olah terpukau melihat wajahnya yang terpejam untuk merasai udara segar..'Ya Allah, sungguh indah CiptaanMu ini' doaku dalam hati sambil memandang ke arahnya..

Kelihatan Ainnur masih mendepakan tangan itu sambil memusing..Namun , ketika itu dia kelihatan kaku dan terus tangan itu jatuh ke sisi..mungkin dia perasan aku yang sedang memandangnya..terus dia menunduk sambil menggaru dagunya mungkin malu dan ketika itu dia sudah bergerak ke sini..aku hanya tersenyum melihat tingkah itu..sungguh memikat hatiku..hatiku sangat tenang melihat wajah itu setenang melihat pemandangan sawah itu..

"Err tuan ada dekat sini rupanya..pikir ada dekat tempat lain"..katanya kepadaku sambil menunduk ..aku Ite lagi dengan senyumanku di bibir..

" Yee saya duduk dekat sini je..yang awak berdiri tu kenapa?..duduklah"... Kataku lagi sambil mempelawanya untuk duduk..Dia bergerak dan duduk tempatnya semalam..

"Semalam awak nak tanya apa dekat saya?" Suaraku bersoal kepadanya..Aku melihatnya diam tak berkutik..aku menoleh kepadanya..'patutla tak dengar rupanya earfon di telinga'..terus sahaja aku mengeleng kepalaku..

Semasa aku mengeleng kepala..dia menoleh ke arah ku pelik.. lalu dia membuka earfon disebelah kanan dan bertanya..

"Err kenapa Tuan? Kenapa tuan geleng kepala?"..tanyanya sambil memandang seakan meminta jawapan dariku..

"Saya geleng kepala sebab awak la"..kataku

"Er sebab saya?..kenapa?" Tanya dia sambil berkerut dahi..

"Yelah ..saya tanya awak tadi..awak nak tanya apa malam tadi?.. lepastu saya tengok la awak rupanya awak tak dengar saya cakap apa kan? Sebabtu saya geleng ..Jawabku jujur..sambil mataku merenung anak mata coklatnya itu..

"Ouh..hehehe..sorry..pasal malam tadi ye
?..takde apa-apa lah..dah lupa pula nak tanya apa..huhu" ..jawabnya..aku melihat dia yang tersengih malu..sambil matanya mengerling ke arah jam di tangan sebelah kirinya itu..

"Err Tuan, saya masuk dulu la..saya nak siap-siap dulu ke kebun..takut abah saya bising"..ujarnya sambil berura-ura untuk bangun..

Terus sahaja langkah kaki itu menuju ke pintu rumanhnya..dari kejauhan aku memerhati tingkah itu..'Seandainya dia jodohku, Kau permudahkanlah urusanku' doaku dalam hati sambil aku mengalihkan pandangan ke sawah itu..

****
Apakah akan terjadi di kebun durian Pakcik Samsul?

#Maaf reader semua sebab lambat update..saya busy sikit ye..inshaAllah saya cuba update seperti yang saya janjikan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience