Di bilik gudang..
"Hahhaha..akhirnya kita dapat jugak budak perempun ni..Lepasni kerja kita dah jadi mudah..senang kita nak cari budak lelaki tu.."..Kata seorang lelaki berbaju kot sambil ketawa kuat..
"Ye betul cakap kau tu!..perempuan ni lah yang banyak menyusahkan kita..apa kita nak buat lepasni?"..Kata suara lain meng'iya'kan kata kawannya tadi..
"Kita tunggu perempuan ni sedar dulu..kalau dia taknak bagitahu pasal budak tu..kita seksa dia..okay?"..Kata suara tadi sambil memandang ke arah wanita yang telah di ikat tangan, kaki di kerusi dengan mulut di sumbat kain..
"Kalau macam tu, jomlah kita celebrate dulu sementara tunggu perempuan ni sedar ..nak? Tempat biasa? On tak on?". Kata lain itu bersuara sambil tergelak..
Mereka bergerak keluar dari bilik itu dengan mengunci pintu bilik itu..Supaya perempuan itu tidak dapat melarikan diri..
Kelihatan Amira sedang pengsan tak sedar diri ..Nasibnya kini berada di tangan dua lelaki tersebut..Perkara yang ingin dielakkan olehnya kini berlaku..Dan kini dia hanya keseorangan..
********
Di rumah sewa Qis,
Jam menunjukkan sudah pukul 11:30 malam,
Telefon yang berada di tangan Qis di tekan berkali-kali menge'call' nombor Mira..Qis yang tadinya duduk kini sudah berdiri ke hulu ke hilir sambil memikirkan keadaan rakannya itu..Dia sangat bimbang setelah mengetahui kes yang di hadapi oleh Amira selama ini..Takut berlaku perkara yang tak diingini..
"Amiraa mana kau weyhh..jawablah call aku..Janganlah buat aku risau..'' gumamnya sendiri..
"Nombor yang ada dail tidak dapat di hubungi, sila cuba sebentar lagi"..Suara operator perempuan berkata..
"Ishh mana kau weyhh..aduh serabutt..sapa lagi aku boleh minta tolong malam-malam ni?" Katanya perlahan..Kakinya masih bergerak seiring dengan hati yang gundah, gelisah ,risau dan segala macam..
Tunangnya pun sudah keluar mencari bagi menjejaki keberadaan Amira sekarang..tapi tak jumpa..Kepala dipicit sambil memikir orang yang dapat membantunya..
Tiba-tiba dia seakan mendapat idea dengan memetik jari di udara..'Yahh, Tuan Kamal..aku mesti call dia minta tolong carikan Amira'...hatinya berbisik..
Terus jari jemari itu mencari nama Tuan Kamal di bahagian 'contact' dalam fonnya itu..setelah menjumpai..terus saja menekan button berwarna hijau..Dia menunggu panggilan itu di jawab..Dalam hati berharap panggilan itu bersambut walaupun bukan dari Amira..
*****
Di Villa,
Kamal yang sedang berbaring bersedia untuk tidur tersentak mendengar deringan dari telefon bimbitnya itu..Tangannya terus mengapai Iphone X di bawah lampu tidur di sisi katil itu..
'Siapa pulak yang call aku malam-malam ni?..tapi kenapa macam tak sedap hati je ni?'.. gumamku perlahan..
Lantas aku bangun dari pembaringanku dan melihat nama yang menelefonku..
'Qistina?' Kawan Mira ni'..Fikiranku sudah fikir perkara buruk berlaku dekat Mira..Dengan laju aku menjawab panggilan itu..Hatiku sekarang berdetak laju..
"Hello Assalamualaikum"..Kataku apabila sudah mengangkat call itu..
"Err waalaikummussalam..Tuan Kamal kan?" Suara Qis seakan gagap dan laju..
"Ye betul saya, ada apa call saya ye?" Soalku kepadanya..
"Err..okay Tuan Macam ni..Saya nak minta tolong Tuan sekarang ni..T-tolong C-cari M-mira seekaarangg"..Jawabnya gagap dan serak..
Dengan spontan aku bangun dari duduk tadi..Tadi hatiku yang tenang terus bertukar gelisah selepas mendengar kata-kata Qis..
"Kenapa dengan Mira?..Dia takde dekat rumah ke?" Soalku lagi..kaki dah bergerak mengelilingi bilik..
"Ye tuan, Petang tadi dia kata nak singgah kedai buku sebelum balik rumah..tapi sampai sekarang dia tak balik-balik..Saya risau keadaan dia sekarang Tuan..Mira tak pernah nak keluar balik malam macam sekarang..Tuan tahu tak dia ada dekat mana sekarang?"..Laju saja mulut itu berkata sambil bertanya..
"Awak dah cuba call dia? Awak ada cari dia ke?"..soalku lagi..
"Saya dah call banyak kali Tuan, Saya ada mintak tolong tunang saya cari, tapi dia kata tak jumpa..macam mana ni Tuan? Saya risau ada apa-apa berlaku dekat dia"..kata itu risau..Kedengaran suara itu serak seperti menahan tangis..
Aku cuba menenangkan diri walaupun dalam hati gelisah dengan fikiran yang asyik fikir macam-macam..
"Hmm tak mengapa kalau macam..terima kasih kerana dah maklumkan kepada saya..Sekarang awak jangan risau, biar saya settlekan hal ni..kalau awak dapat apa-apa maklumat bagi tahu saya "..ucapku kepadanya..
"Okay baiklah Tuan, saya harap sangat dengan Tuan supaya dapat jumpa Mira"..Katanya lagi dengan suara menangis sambil tersedu..Risau sangat Qis terhadap nasib rakannya itu..
"Okay saya letak dulu..assalamualaikum"..kataku lalu aku menekan button merah selepas mendengar salam itu bersambut..
Dengan pantas aku mencari nombor Sjn.Shafiq..
"Hello Shafiq, Sorry ganggu malam ni ..aku nak mintak tolong kau bagitahu bahagian risikan untuk mencari Ainnur Amira sekarang"..kataku selepas salam telah diberi..Tiada panggilan formal apabila diluar waktu kerja..
"Ye baiklah Tuan,. Saya maklumkan sekarang ..tapi kenapa dengan Cik Amira Tuan?"..Soalnya ..bagi Shafiq..walaupun diluar waktu kerja..dia tetap memanggilku Tuan..mungkin sudah terbiasa..
"Tadi kawan serumah dia call aku, dia kata Amira tak pulang lagi dari petang sampai sekarang..Jadi, dia minta tolong aku untuk cari Amira sekarang..Dia ada juga minta tolong tunangnya tapi tunang dia kata tak jumpa.."Kataku lagi..supaya pekung didada dilepaskan..sekarang aku sudah duduk dibirai katil sambil memegang kepala..
"Ya Allah, semoga Cik Amira tidak apa-apa..eh jap tuan ada call bahagian risikan..saya hold call tuan kejap"..kata Shafiq kepadaku..
Aku hanya menjawab 'ok' dan menunggu berita..hatiku berdebar..'Miraa mana awakk!!'..hatiku menjerit..tanganku genggam kuat...
Setelah beberapa minit, Shafiq bersuara kembali di corong telefonku..
"Hello Tuan, saya ada berita buruk tuan"..Katanya lagi..
" Maksud kau?" Jawabku laju..aku sudah panas punggung terus saja berdiri tegak bila mendengar perkataan 'buruk' dari mulut Shafiq..
"Tadi bahagian risikan dia dah cuba jejak kereta Cik Amira..dan mereka telahpun menjumpainya..mereka jumpa di sebuah lorong gelap bersebelahan dengan kedai buku tersebut..Lepastu, mereka juga ada menjumpai gelang tangan yang di pakai oleh Cik Amira tidak jauh dari situ..Tapi Tuan lorong itu sangat sunyi dan gelap..mereka syak berkemungkinan Cik Amira telah diculik"..Kata itu membuat hati seakan di panah tepat sekaligus berdarah..
'Betul ke apa aku dengar ni? Amira diculik?' Fikiranku terus buntu dan segala persoalan bermain di kepala..Aku terus menjadi kaku dan diam tak bersuara..Telahanku tadi benar-benar berlaku..dimana silapku sehinggakan Mira boleh diculik? 'Arghh Miraaa..Awak di mana..pleasee jangan buat saya risauu'..jerit batinku
"Hello Tuan, Tuan dengar tak saya cakap? Tuan okay tak ni?"..suara itu seakan menjerit apabila aku tidak berkata..
"Hello hello ye ye aku dengar...okay shafiq terima kasih atas maklumat itu, Aku nak kau suruh mereka jejak keberadaan Amira sekarang tak kisah dengan apa cara sekalipun.." kataku tegas..Aku seakan tidak dapat berfikir dengan waras apabila perkataan 'culik' bermain difikiran..
"Baik Tuan, saya harap Tuan tenang sekarang..doa banyak-banyak supaya Cik Amira tidak apa-apa"..Kata Shafiq bagi semangat..Rakan sekerjanya itu seolah-olah mengetahui keadaanku yang serabut dan berkecamuk ini..
"Okay Shafiq, apa-apa hal contact aku ..Kalau takda apa-apa maklumat lagi.. esok kita jumpa di pejabat bincang tentang kes ini..okay Shafiq kalau tiada apa-apa lagi..saya letak dulu"..kataku lagi cuba mengawal diri..
"Okay tuan, assalamualaikum" ucapnya dan mematikan panggilan itu..Aku hanya menjawab di dalam hati..
Aku meraup muka sehingga ke belakang kepala..Fikiranku sekarang sangat serabut..Lalu aku membuat keputusan untuk bangun dan mengambil air wuduk sekaligus menunaikan solat sunat supaya segala urusan dalam mencari Amira dipermudahkan..
*******
pss:// Hai korang..kali ni saya publish chapter ni pendek sikit..saja nak bagi korang suspen..hehehe jahatkan saya..huhi sorry guys..harap korang support saya okay.. #Stay tuned okay
Share this novel