Di rumah,
Aku melangkah turun menuju ke dapur..Bau masakan enak telah membuatkan perutku berkeroncong..
Setiba di dapur, dapatku tangkap susuk tubuh isteriku sedang melangkah ke hulu ke hilir di dapur untuk menyiapkan masakan tengahari kami..
Terus saja aku datang merapati tubuh itu lalu memeluk pinggang ramping itu..
"Huiss, terkejut sayang..Bila abang bangun?"..Soalnya ketika sedang mencuci peralatan..
"Baru je..Sayang masak apa ni? Macam sedap je baunya..Tapi, macam banyak je sayang masak ni..Tak membazir ke?" Tanyaku
Tubuh itu terus saja pusing lalu menghadapku..tanganku di tarik lalu dia memberi isyarat mata untuk menyuruh aku duduk kerusi di ruang meja makan..
Aku hanya menurut saja..
"Sayang masak simple je abang, lagi satu sayang lupa nak bagitahu abang yang mak dan ayah abang on the way datang makan tengahari dekat sini..Sekejap lagi sampai la tu .." katanya sambil menatap wajahku.
"Ouh, kenapa tak bagitahu abang..kalau tak abang boleh tolong sayang dekat dapur.."..Kataku perlahan sambil mengusap pipi itu..
Sungguh kasihku tak pernah terbelah bahagi..Hanya untuknya..wajah cantik itu aku tatap lama lantas aku menghadiahkan kucupan mesra di bibir merah itu..
Kelihatan wajah itu terkedu lantas laju saja tangan itu mencubit perutku..
"Aduhh, sakit sayang..abang baru nak manja-manja dengan sayang"..Rajukku..
"Nak manja bukan sekarang abang oii..Nanti lah..Sekarang ni baik abang naik atas pergi mandi lepastu siap..Nanti teman sayang hidang lauk ni ye"..Pujuknya sambil tangan itu mengelus perutku yang telah dicubit itu..
Aku sangat suka perlakuannya itu.. nampak garang tapi penyayang..gituu
Aku menurut saja..lantas bangkit dan berlalu meninggalkannya di dapur ..
********
Ding Dong..
"Assalamualaikum, Kamal Miraa"..Ada satu suara wanita memberi salam di luar rumah..
Dengan pantas aku bangun dari duduk di sofa menuju ke pintu rumah..Sudahku tahu siapa bakal tetamu yang datang..Tepat! Memang mak dan ayah mertuaku..
"Waalaikummussalam, mak ayah..Masuk lah"..Jawabku sambil membuka kunci grill rumah itu..
Aku memberi laluan kepada mereka untuk masuk ..Datin Aminah terus saja menerpa ke arahku apabila mereka berada di ruang tamu..
"Mira sihat? " Soalnya sambil melagakan kedua belah pipi itu..
"Alhamdulillah, sihat mak..Duduklah dulu mak ayah..Mira pergi amik air sekejap"..Kataku sambil menapak ke dapur..
Tanpa ku sedari ..rupanya langkahku di ekori oleh ibu mertuaku.
"Cantik dan kemas ye rumah ni Mira"..Tegurnya apabila sudah merapati aku..
Aku hanya mengangguk dan tersenyum memandangnya..
"Mari, mak tolong angkat kuih ni.."..Katanya lagi sambil memegang sepiring kuih ..
Kami bergerak keluar dari dapur menuju ke ruang tamu..Terlihat susuk tubuh suamiku sedang bersembang dengan ayahnya..
Aku meletakkan dulang di atas meja..lalu menuang air ke dalam gelas..Setelah itu, aku duduk di samping suamiku apabila selesai menghidang air..
Dalam leka bersembang dengan televisyen terpasang..Tepat jam 1 siaran tv3 mula menyiarkan berita tengahari..
"BERITA TERKINI..OPERASI MEMBANTERAS JENAYAH YANG BERJALAN PADA MALAM TADI BERJALAN DENGAN LANCAR..HANYA TERDAPAT SEORANG SAHAJA PEGAWAI POLIS TERCEDERA AKIBAT TEMBAKAN DARI SUSPEK..KINI, KESEMUA SUSPEK TERSEBUT TELAH BERJAYA DI BERKAS ..MEREKA BAKAL DI REMAN DAN AKAN DI DAKWA DI MAHKAMAH PADA TARIKH .".......
Gambar yang di paparkan di kaca televisyen telah menarik perhatian kami..
Ke empat-empat pasang mata kini tertumpu di gambar yang telah di siarkan..Kelihatan gambar suamiku termasuk juga ketika dia sedang di rawat di dalam ambulans..
Lantas, mataku teralih memandang wajah itu..aku masih terkejut..tapi, wajah itu hanya mempamerkan riak biasa dan senyuman..
Tangan kanannya yang sihat itu terus saja menarik pinggangku supaya tubuhku melekat ke badannya..
Aku yang masih terkedu hanya diam tanpa berkutik..Tak tahu apa perasaanku sekarang..Risau? Mestilah!..tapi ada lagi perasaan lain..Bercampur aduk..
"Mak bersyukur kamu tak apa-apa dalam operasi tu kamal"..Tegur ibunya apabila siaran berita beralih ke berita lain .
"Ye mak..alhamdulillah..." jawabnya ringkas..
"Macam mana kamu balik malam tu? Bahu kamu dah okay ke?"..Soal 'wanita' itu lagi..
"Malam tadi , kawan Kamal call Mira..So, Mira yang datang amik Kamal di hospital..Pasal bahu ni..Alhamdulillah, kurang sikit bisa..Mira yang banyak tolong Kamal waktu sakit ni"..Katanya sambil memandang ke arahku..
Aku hanya menunduk..mungkin sebab segan kerana dua pasang mata itu merenung wajahku..
"Alhamdulillah, Nasib baik kamu ada isteri yang baik dan penyayang ..Isteri yang tahu tanggungjawabnya..Mak bersyukur dapat menantu macam Mira..Kalau kamu tak kawin lagi ni..tak tahulah siapa nak ambil berat pasal kamu Kamal.."
Tanganku di raih dan di ramas lembut oleh ibu mertuaku..aku hanya tersenyum manis..
"Ye betul tu mak, Kamal bersyukur sangat dapat isteri penyayang macam Mira.." jawab suara garau itu..
Tiba-tiba, aku teringat tujuan mereka datang ke sini adalah untuk menjamu selera untuk tengahari..
Lantas, aku memotong perbualan mereka..
"Err, mak ayah abang.., jomlah kita ke meja makan..Mira dah hidangkan lauk tengahari tadi..Lupa pulak nak jemput makan sebab rancak sangat berbual"..
"Ouh, yeke..kalau macam tu jomlah"..Suara lembut itu menyapa..
Aku bangun dan bergerak ke meja makan..
Kami makan penuh berselera, setelah itu..mak dan ayah mertuaku berehat di sini sebentar untuk solat zohor..
Sebelum mereka berangkat pulang, sempat lagi kami berbincang mengenai majlis resepsi sebelah lelaki yang bakal menjelang tiba dalam masa sebulan..
Kesemua persediaan telah di buat..Kami hanya menunggu masa tiba sahaja..
Dalam aku mengelamun, tiba-tiba aku dapat rasakan tangan kekar itu menyeluk masuk ke dalam pakaianku lantas memeluk pinggangku ..Sentuhan kulit ke kulit..
Aku tersentak lantas memalingkan wajah ke arahnya..Wajah itu tersenyum manis..
"Sayang kenapa mengelamun?..Abang ada buat salah ke hm?"..soalnya lembut..
Belakang badanku di sapu lembut..Sentuhan itu sangat menenangkan ku..
Aku hanya hanya tersenyum lalu mengeleng..Mataku masih lagi menatap anak mata coklat milik suamiku..
"Habistu, kenapa diam je sayang? Cakaplah..Abang rindu suara sayang"..Rengeknya manja..
Aku menjulingkan mata ke atas..Saja buat menyampah untuk menyakatnya..lantas, kedengaran ketawa kecil darinya..
"Abang ni..nak sayang cakap apa? Lagipun sayang ada je dekat depan mata abang ni..siap nak rindu bagai..Macam budak-budak ye"..Kataku lagi..
"Sayang cakaplah kenapa sayang diam dari tadi..sayang mengelamun apa sorang -sorang?..Abang dekat sebelah pun sayang tak perasan"..Soalnya dengan rajuk sambil muncung bibir itu .
Aku tergelak melihat suamiku merajuk..Betul lah orang cakap..Kalau lelaki keras dan garang bila merajuk pasti comel plus kelakar!..hahaha..
Terus sahaja tanganku mencuit hidung itu..
"Sayang takde fikir apalah abang..Sayang just teringat berita tengahari tadi..famous juga ye abang sampai keluar berita!".. Ujarku sambil ketawa..
"Ouhh, pasal tu..mestilah sayang..tengoklah suami sapa kan?"..Katanya bangga.
Aku menjeling manja ke arahnya..'Riak ye suami aku ni!'..rungutku dalam hati..
"Eleh, riaklah tu!.."Kataku laju..
Lantas, tangan gatal itu menarik tali halus baju dalamku..aku yang tadi perasan terus menjerit kecil..
"Abanggg apaaa nii?!".. Jeritku halus sambil memegang tangan itu daripada menarik keluar baju dalamku keluar..
"Alaa, sayang nii..Duk dalam rumah pun pakai ke? Sayang malu apa? Dalam rumah ni ada abang dengan sayang je..bukan ada orang lain pun!"..ujarnya apabila tanganku mengenggam erat lengan itu..
"Abang ni, lupa ke tadi mak dan ayah abang datang..Takkan lah sayang tak pakai kot..Abang nak sayang malu ke kalau dorang perasan nanti?"..Jawabku laju..
Lantas, bibir itu mencebik ke bawah..
"Kalau macam tu, jomlah kita naik atas..Sayang bukak jela baju terus..Abang nak tengok!..Abang tak puas lagi la..Ni semua sayang punya pasal.. Masa abang sakitlah sayang nak goda abang..Sampai sekarang abang tahan tau..jadi, sayang kena ikut cakap abang kali ni pleasee.."..Katanya jujur..
Sesudah suamiku berkata..tanganku di capai lalu menarik tubuhku supaya mengikut langkah itu..Aku hanya mengeleng kepala melihat perlakuannya itu..
Nak menjawab tak sampai hati..Tapi dalam sakit tu sempat lagi dia ambil kesempatan ye..Takpelah. Ikut sajalah..Lagipun yang ni kau nak kan!..haha tak mengaku konon!..
*****
#harap readers semua bersabar ye..sebabnya novel ini telah hampir ke penghujungnya..Harap korang baca sampai habis cerita okay..
Share this novel