*****
Di Balai IPD Gombak...
"Selamat Datang Tuan Esp. Kamal..Saya harap dengan kehadiran dan juga khidmat serta kerjasama Tuan disini dapat membantu kami mengurangkan kes jenayah disini"..Kata Shafiq yang berpangkat sarjan sambil mengangkat tabik serta salam kepada Ketua Unit Baru bahagian jenayah di balai itu..
Esp. Kamal merupakan seorang pegawai yang telah di transfer dari IPD Bukit Aman ke IPD Gombak ..Dia telah diberikan tugas oleh pihak atasannya untuk menangani kes jenayah penculikan kanak-kanak yang dijadikan sebagai keldai dadah dan juga pengemis jalanan..
" Terima kasih semua, saya harap kita boleh beri kerjasama yang padu..dan terima kasih kerana terima saya di sini untuk berkhidmat bersama-sama dengan awak semua"..Katanya sambil memberi tabik di kening kepada semua anak buahnya itu di bilik kawalan..
" Baik Tuan" Jawab semua anak buahnya..
"Okay semua boleh bersurai dan sambung tugas masing - masing..terima kasih semua" kata shafiq
"Mari saya tunjukkan bilik Tuan.." Mereka jalan beriringan sambil bersembang..
"Okay, ini bilik Tuan..anak buah saya dah kemaskan ape yang patut . Harap selesa untuk Tuan bekerja dan kalau ada apa-apa pertolongan tuan boleh panggil saya. Bilik saya dekat sebelah bilik ni sahaja".. kata shafiq sambil tersenyum dan bergerak masuk ke dalam bilik tersebut..
" Okay , terima kasih shafiq..Kalau ada masalah pasal kes jenayah shafiq boleh refer saya dulu ya"..katanya
"Baik Tuan"..Shafiq memberi hormat kepada Tuan Kamal sebelum keluar dari bilik tersebut untuk menyambung semula tugasannya..
Kamal pun terus menuju ke arah meja kerjanya dan melihat fail- fail kes di rak bukunya di sebelah meja itu..Akhirnya, dia leka membaca fail kes tersebut sehingga ke petang..
*******
Dalam 15 minit perjalanan ke balai polis, Aku membelok ke kanan dan memberi signal untuk masuk ke balai polis IPD Gombak itu..
Sebelum melangkah keluar kereta, aku mengejut budak lelaki tersebut daripada lenanya..mungkin kepenatan agaknya..
"Adik, adik bangun..kita dah sampai dekat balai polis ni" lembut suaraku mengejutnya takut budak itu terkejut.. tiba-tiba budak itu menangis apabila melihat sekelilingnya..aku terkejut dan bingung kenapa budak itu tiba-tiba sahaja..
"Adik, kenapa menangis?"..pujukku sambil menyapu belakang badan kecil itu..
"Adikkk..adikk takutt" katanya sambil teresak- esak menangis..
"Adik..jangan takut ye..akak ada dengan adik..akak nak adik selamat dari orang jahat..akak nak adik cerita semuanya dekat dalam ..boleh?" Kataku memujuk..Dia hanya diam sambil mengangguk..
"Ok jom kita masuk ye"..aku membuka pintu dan melangkah lalu memimpin tangannya masuk ke dalam balai tersebut...
*****
Aku menolak pintu tersebut dengan perlahan.. aku disambut di muka pintu oleh seorang anggota polis wanita..
"Ye cik..apa yang boleh saya bantu?" Soalnya kepadaku sambil mata itu melihat ke arah budak lelaki yang bersembunyi di belakangku..
"Saya datang nak buat keterangan pasal budak dekat belakang saya ni..saya terserempak dan hampir melanggar budak ni dekat jalan..saya agak dia sedang melarikan diri dari seseorang yang tak dikenali" ceritaku ringkas
"Okay, sekejap ye cik..cik duduk dulu..saya panggilkan pegawai untuk uruskan kes cik ini ye".. kata anggota itu lalu dia bergerak berjumpa ketuanya yang lama , Tuan shafiq..
"Tuk, tuk,tuk"...pintu diketuk dari luar ..
"Masukk" sahut Sjn.Shafiq...anggota polis wanita tersebut masuk dan menerangkan serba sedikit mengenai laporan yang diterima itu tadi..
"Ouh begitu..ok saya faham..takpa biar saya uruskan hal ini..biar saya berjumpa dengan Esp.Kamal sendiri..awak tolong suruh dia tunggu sebentar" kata Sjn. Shafiq kepada anak buahnya itu..
"Baik tuan" anggota tersebut tabik hormat sebelum melangkah keluar bilik ketuanya itu...
Sjn.Shafiq terus keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Esp.Kamal untuk memberi makluman laporan tersebut..setelah selesai berbincang, Sjn. Memanggil anak buahnya untuk memanggil aku untuk masuk ke dalam bilik Esp.Kamal..
******
Selepas 5 minit aku menunggu..aku di minta untuk masuk ke bilik pegawai Esp diiringi oleh anggota polis wanita tadi..
Sampai sahaja di pintu itu..aku memandang sekilas nama pegawai tersebut Esp.Kamal bin Kamaruddin..Aku mengetuk pintu dan masuk apabila aku mendengar sahutan dari dalam untuk masuk ke dalam..
Aku terpegun melihat pegawai lelaki tersebut " Boleh tahan handsome juga ye walaupun ade garang sikit..hehehe" bisik hatinya sambil mataku cepat beralih ke tempat lain takut kantoi aku usyar mukanya malu nanti..Dia mengangkat mukanya daripada menghadap fail kes jenayah dan meminta aku untuk duduk di hadapannya..
"Ya cik?..apa yang boleh saya bantu? Saya Esp. Kamal" Suaranya tegas bertanya soalan kepada aku..
"Saya Cik Ainnur Amira ..panggil Cik Amira je..tujuan saya datang sini nak buat laporan pasal budak lelaki di sebelah saya ini" ..Aku pon mula la bercerita dari awal aku terserempak dengannya sehingga la aku nampak 3 orang lelaki yang mencurigakan cuba mengesan kami..aku sebenarnya ragu-ragu pasal budak lelaki ni..takut juga dia kenakan aku ke apa ke kan..so, aku buat la keputusan untuk bawa dia ke sini supaya budak.tu bercakap jujur ..
"Saya akan cuba juga mengambil keterangan budak lelaki ini..walaupun kesahihan ceritanya diragui..kadang kala ada kebenarannya.." Kata Esp itu kepada aku..Aku hanya mengangguk kepala tanda faham..
Aku melihat budak itu duduk di sebelah kiri aku..Budak itu hanya menundukkan kepala dan diam seribu bahasa ..Esp. Kamal bertanya kepadanya tapi tiada respon ..Aku berusaha juga memujuknya sambil tanganku menggenggam erat jari halus itu untuk memberi semangat..
"Adik, jangan takut ye..encik polis ni nak tolong kita..nak tengok adik selamat dengan akak..nanti adik boleh tinggal dengan akak ye lepas ni..nanti akak masak untuk adik , beli baju baru sekali ..nak?"aku mengumpan budak itu dengan nada yang lembut supaya dia berbicara dengan Esp. itu.
Aku dapat melihat Esp. itu tersenyum sikit mendengar cara aku memujuk budak itu sambil bertanya soalan ..Soal jawab pun bermula..
"Adik nama apa dan umur berapa?" -Esp. Itu bertanya dengan nada suara yang perlahan sedikit.
"Namaa adikk Aiman Asyraf, uumurr 12 tahunnn" ..jawabnya
"Adik duduk mana sebelum ni?" Adik ade ibu ayah?"..tanya Esp. lagi
"Adil tinggal dekat lorong dengan kawan-kawan adik yang lain..ibu ayah dah takde ..adik hidup sorang- sorang" katanya perlahan sambil menangis perlahan..
Aku serta Esp. tersebut terkejut mendengar kenyataan yang di beritahu oleh budak itu..
"Okay..Takpa-takpa..abg minta maaf ye..boleh tak bagithu abg ..adik tinggal dengan kawan-kawan di mana dan berapa orang? Lorong mana? Sapa yang bawa adik ke sana?"..tanyanya lagi dengan menukar nama panggilan diri kepada abang supaya budak itu selesa bercerita dengannya..
" Kawan -kawan adik kan ada banyakk dalam 20 orang..lorong itu dekat belakang kedai..dekat kedai tu ade jalan pergi masuk ke gudang besar..adik datang situ sebab masatu adik berjalan sorang-sorang cari makan..lepastu ada abang 3 org badan besar datang bagi nasi putih dekat adik..tapi syaratnya adik kena ikut dorang..nnti dorg bagi adik duit banyakk"..ceritanya lagi..
Esp. itu terdiam sebentar dan mengangguk faham dan menyoal semula..."adik sudah berapa lama dekat situ? Adik ingat tak muka abg 3 orang yang bawa adik tu?, Abg itu ade cakap apa-apa tak?..
"Adik baru dalam 2 bulan sejak ibu meninggal lepas ayah..hmm..abg-abg tu cakap kalau orang tnye pasal muka dia ke..dia suruh adik diam kalau tak adik mati" budak itu menunduk kepala sambil menangis kuat..
Aku disebelah itu hanya terdiam kaku apabila mendengar adik Aiman itu bercerita..sangatlah petah bercakap macam orang besar..tak sangka ye..aku memujuknya supaya tidak takut sekarang ini...
"Okay la cik..saya rasa setakat ini sahaja soal selidik saya kepada Aiman..Cik boleh bawa dia pulang tapi perlu berhati-hati dengan keselamatan diri cik juga sebab sudah terlibat dalam kes ini".. peringatan serta nasihat yang diberikan aku hanya membalas dengan senyuman dan mengangguk faham..
"Adik aiman nanti kita sembang lagi ya..Nanti abang belanja adik makan ye bile kita jumpa lagi nanti..adik jangan takut ye sebab abang akan tangkap orang jahat yang kacau adik tu ye" ucapnya lembut sambil tersenyum kepada budak Aiman itu supaya dia berasa selamat dan aman dengannya..
"Saya minta diri dulu ye Esp.Kamal..terima kasih banyak-banyak" ucapku perlahan sambil menarik budak itu bangun dari duduk untuk beredar dari situ..
"Ehh cik err ??..ini kad saya..kalau ada apa-apa berlaku dekat awak dan budak Aiman tu..awak terus menghubungi nombor dekat saya tu ye" ..Terima kasih juga sebab sudi meluangkan masa untuk memberi keterangan kepada pihak kami"
..ucapan penghargaan aku terima dengan hanya senyuman di bibir dan mengangguk perlahan..
Aku menunduk sedikit kepalaku sebelum melangkah keluar bilik Esp.Kamal tersebut sambil memimpin tangan Aiman untuk ke kereta..Waktu itu hatiku sudah mahu pulang..mana taknya..sudah petang..Pasti Aiman sudah lapar kan..Jadi,aku memandu cermat sehinggal la aku sampai di rumah..
#MAAF YE SEBAB LAMBAT SIKIT UPDATE BAB BARU ...SAYA AKAN CUBA UNTUK CEPAT..JANGAN MARAH YE..SAYA MENGHARAPAKN KOMEN DAN SOKONGAN PADU DARI AWAK SEMUA..SUPAYA SAYA DAPAT MENAMATKAN KISAH D.S.A INI..HARAP KORANG KOMEN SUPAYA SAYA DAPAT BETULKAN AYAT YANG SALAH DAN PERTINGKATKAN BAHASA SAYA. SELAMAT MEMBACA..PLEASEE SUPPORT GUYS..
Share this novel