Aku membuka mata..kepalaku seakan berat lantas aku melihat disekelilingku..'bilik aku? Bila masa pula aku sampai rumah?'..bisik hatiku..tiba-tiba aku teringat akan kejadian yang menimpa aku di kebun..aku meraba betisku..berbalut dan masih lagi terasa sengal ..tapi Alhamdulillah masih boleh bergerak walaupun perlahan..Aku mengerling ke arah jam dinding di bilikku..'Pukul 9 malam? ..lamanya aku tak sedar..huhuhu..
Tekak ku tiba-tiba berasa kering dan pahit..mungkin disebabkan ubat aku telan di klinik itu..
Tuan Kamal? Yee..dia yang hantar aku ke klinik..Aku jadi terhutang budi dengannya..Bila teringat balik ..kenapa wajah Tuan Kamal kelihatan cemas ketika aku di patuk ular? Risaukah dia terhadap aku?
Lalu,aku bingkas bangun dari katil untuk menuju ke dapur perlahan-lahan..Niat hati nak panggil ibu untuk meminta pertolongan..tapi rasa takperlu lagi aku menyusahkannya sebab ibuku bukan orang yang kuat lagi..jadi perlu berdikari sendiri..Aku mencapai tudung sarung di birai katil lalu bergerak perlahan dengan kaki terjungkit sedikit apabila kaki yang sakit itu menjejak lantai..
Aku tabahkan hati lalu bergerak keluar..semasa aku melintasi ruang tamu..ada 3 pasang mata yang berada di sofa itu memandangku..aku hanya senyum nipis dengan bibir pucatku..
"Ehh, Ainnur bila sedar? Kenapa keluar bilik ni? Ainnurkan sakit ..nak pergi mana ni?..Soal ibuku yang sudah datang dekat denganku sambil memegang bahuku..
"Baru je tadi sedar ibu..Ainnur haus..jadi ainnur bangun la pergi dapur..taknak susahkan ibu..lagipun kaki Ainnur pun dah ok sikit boleh jalan"..ucapku perlahan kerana tenagaku masih kurang..Aku senyum melihat Tuan Kamal dan abah yang ketika itu melihat ke arahku..
"Kenapa tak panggil ibu je ?..Ainnur haus? Ainnur lapar tak? Kalau lapar jom ibu hidangkan makan sekali..satu harikan Ainnur tak makan"..ibuku bersuara lagi..
"Tak pe ibu..Ainnur boleh ambil sendiri ibu jangan risau"..kataku lagi sambil bergerak ke arah dapur..aku dipimpin oleh ibu ..
"Ibu mana yang tak risaukan anak dia Ainnur"..jawab ibuku..Aku melabuhkan punggung di kerusi meja makan..ibu mengambil air masak lalu menghulur kepadaku..Sambil itu tangannya membuka tudung saji dan mengambil nasi dan lauk untuk di hidangkan untukku..
"Ainnur makan sikit ye..alas perut tu..kesian nanti lapar sebab dah malam ni"..kata ibuku sambil menghulur pinggan berisi lauk..
Aku hanya mengangguk faham..tanpa banyak cakap aku makan tapi sedikit saja nasi itu aku jamah..selebihnya aku tolak ke tepi..Ibu melihatku pelik..aku hanya menggelengkan kepala menandakan aku takde selera makan..Badanku masih lagi rasa lemah dan sengal mungkin antibodi tak berapa kuat lagi..
Aku cuba untuk bangun dan berlalu ke sinki untuk membasuh tangan..ibu cepat-cepat memegang bahuku dan memimpin ku ke sana..
"Lepasni Ainnur mandi dulu..lepastu rehat dekat dalam bilik tau..jangan lupa makan ubat ye..badan Ainnur ni lemah lagi." Ibuku berkata sambil memujuk..sebabnya ibuku tahu yang aku tak suka makan ubat..Aku hanya mengangguk kepala perlahan terpaksa kerana taknak ibuku risau..
Secara jujurnya aku seorang manusia yang degil untuk makan ubat..pernah dulu aku makan ubat tapi still demamku tak kebah last-last aku demam 2 minggu ..lagipun aku tahu badanku takkan sihat kalau makan ubat seakan kebal dan ubat pasti tidak berkesan.. jadi, start dari itu aku kalau sakit kepala atau demam..aku akan biarkan saja sihat sendiri tanpa ubat..
"Jom ibu bawak Ainnur pergi ke bilik air"..ibuku masih lagi memimpinku..setelah sampai ke bilikku, aku terus mencapai tuala dan terus saja aku dibawa ke bilik air..
Setelah selesai mandi, ibu memintaku untuk berehat di bilik saja..ibu keluar sebentar untuk mengambil air dan ubat..selepas itu, aku membaringkan badan untuk tidur..ibuku keluar dari bilikku sambil tangannya menekan suis untuk menutup lampu..Mataku hanya terkebil-kebil sebentar lalu beberapa saat kemudian aku kembali terlelap..Kuat betul pengaruh ubat itu..lena tidurku dalam sakit..
**********
Di ruang tamu,
"Ibunya, awak dah bagi Ainnur makan ubat?"..Soal Pakcik Samsul setelah isterinya itu berada di situ..
"Dah abahnya, Ainnur dah tidur tadi..Kesian pulak saya tengok dia tadi..Badan dia masih lemah lagi.." jawab ibu Ainnur itu dengan nada perlahan dan risau..
"Nak buat macam manakan..kena patuk ular..Alhamdulillah Kamal bawak dia dengan cepat..kalau tak ..tak tahu la jadi apa dekat Ainnur..Terima kasih banyak ye Kamal.." Suara pakcik Samsul berkata kepadaku..
"Sama-sama pakcik .. Pakcik dengan makcik jangan risau ye..InshaAllah Ainnur akan sihat tapi perlu banyak rehat.."..kataku kepada mereka..Itula mesej yang di sampaikan oleh doktor yang merawat Ainnur tadi..
"Ye Kamal..kami banyak sangat terhutang budi dengan kamu..dengan kes Aiman lagi ..lepastu pasal tadi lagi..terima kasih banyak ye Kamal..kamu memang anak yang baik"..Kata puan siti sambil memandangku ..
"Eh takpela makcik..saya tak anggap ini semua beban untuk saya..lagipon Ainnur tu masih lagi bawah tanggungjawab saya..jadi saya mesti tolong dia..saya tak harapkan apa-apa..saya ikhlas bantunya"..Kataku jujur dari hati..
Aku teringat balik kejadian dikebun itu..Semasa, aku ingin berlalu mengutip buah di tempat lain tiba-tiba aku mendengar suara Ainnur menjerit minta tolong..Aku yang dari tadi tak sedap hati terus saja berlari mendapatkannya..tetapi aku sesat..Nasib baik Ainnur menjerit lagi jadi aku dapat mengesan suara itu..Akhirnya, aku berlari ke arahnya dari kejauhan lalu mendapatkannya..Kelihatan dia sedang duduk sambil menangis memegang kakinya..mula-mula aku memandangnya pelik..setelah mendapat tahu perkara sebenar..terus saja hatiku seakan berdetak laju dan panik..Tak tahu kenapa? Seakan takut kehilangannya..kenapa?
"Betul kata makcik tu Kamal, Alhamdulillah Kamal dapat dengar Ainnur menjerit..Pakcik waktu tu memang tak berapa dengar seperti sayup-sayup..jadi, pakcik berpatah balik..lepastu pakcik tengok kamu dah berada dengan Ainnur..pakcik bersyukur sangat...Tak dapat pakcik nak balas budi kamu Kamal"..seloroh pakcik samsul lagi sambil mengusap bahuku lembut..
Aku menggeleng kepala..
"Takpa pakcik...memang waktu itu saya yang kena tolong selamatkan nyawa dia..saya ikhlas pakcik makcik..takperlu la nak balas apa-apa ye..terima kasih sebab layan saya baik disini"..kataku lagi dengan nada perlahan..
"Sama-sama Kamal, hmm esok Kamal dan Ainnur dah nak bergerak balik kan?".. Suara Puan Siti menyapaku sambil menyedarkanku ..
Aku hampir terlupa soal itu..aku rasa macam sekejap sangat duduk sini..sebab? Sebab utamanya ialah aku rasa tenang berasa di sini..dan aku juga hampir lupa KL serta kerjaku di pejabat..
Aku mengangguk perlahan..
"Saya rasa biar la saya balik sorang dulu..biarlah Ainnur berehat di sini"..jawabku perlahan..dalam hati dah bimbang dengan kesihatan Ainnur dan sedih sebab nak tinggal tempat yang indah dan tenang ini..
"Makcik rasa macam itu juga, biar Ainnur berehat di sini dulu..tapi kita kena bincang dengan dia dulu takut dia banyak urusan di sana"..Jawab Puan Siti..Pakcik Samsul mengangguk tanda menyetujui kata-kata isterinya itu..
Aku mengamati wajah dua orang dihadapanku yang seusia dengan ibu dan ayahku ..terserlah kasih sayang di wajah itu..seakan anaknya itu di tatang dengan penuh kasih sayang..Dalam hatiku bersyukur kerana bertemu dengan keluarga ini..Aku hanya mengangguk faham dan diam membisu..
"Eh Kamal dah lewat ni..pergi la masuk bilik rehat..esok gerak pukul berapa?" Suara Pakcik Samsul menyapaku yang termenung..
"Err baiklah pakcik, saya pergi dulu ye..yang pasal balik tu takpasti lagi pakcik .mungkin tengahari sikit rasanya"..
Kataku sebelum bangun berdiri dari dudukku..
"Takpela kalau macam tu..kamu pergilah rehat..esok kamu nak berjalan jauh"..Kata pakcik samsul sambil memberi senyuman kepadaku..
Aku hanya mengangguk dan bangun untuk berlalu..ketika melintasi bilik Ainnur aku memperlahankan langkahku sambil hati berkata..'Selamat Malam Ainnur, Harap esok awak dah boleh sembuh walaupun sikit..saya risaukan awak'...bisik hatiku sedih..Mungkinkah hatiku sudah jatuh sayang kepadanya?..Aku berlalu ke bilik yang aku berada sekarang ..tujuan untuk melelapkan mata..
********
Keesokan paginya, Aku tersedar dari tidurku..terasa badanku segar sedikit dari semalam..Aku mengerling ke arah jam dinding..jarum menunjukkan tepat jam 6 pagi..Ketika aku ingin bangun untuk ke bilik air..aku baru teringat hari ini aku akan balik KL..terasa sekejap sangat aku berada di sini..'huarghhh nak balik KL dah!!..' aku menangis dalam hati..
Aku terasa badanku ringan..Alhamdulillah badanku dah sihat sikit..cuma kebas di kaki saja..Muka ku juga tidak pucat lagi..syukur sangat..Aku terus bergerak ke bilik air di dalam bilikku itu..seusai mandi dan bersiap..aku kemas katil dan bilik serta aku melipat baju lalu menyimpan baju ke dalam beg bajuku..
Setelah selesai..Aku ingin keluar dari bilik itu dan ingin menjenguk ibuku di dapur..kerana aku tahu pada waktu itu ibuku pasti sibuk menyiapkan sarapan..tiba-tiba langkahku terhenti kerana ada seseorang yang melintas dan berdiri di hadapanku..Aku terkejut dan terus mendongak melihat gerangan lelaki itu..
Aku tersenyum manis kepada lelaki yang banyak membantu aku..Hatinya sangat baik walaupun luarannya tegas dan keras..Kelihatan wajah itu turut juga terkejut melihat aku yang berada di muka pintu..'Comel'..hatiku tercuit gembira melihat matanya besar memandangku..
"Err Maaf Tuan, saya tak perasan Tuan lalu"..pintaku kepada geranganku itu..Dia hanya bergerak mengundur setapak seakan memberi laluan untukku bergerak keluar..
"Hmm..tak apa..awak dah sihat ke?"..tanya suara itu lagi..Aku hanya mengangguk sambil kaki ku bergerak perlahan..dia hanya mengikuti langkah perlahanku..
"Eerr tuan jalan dulu lah, saya lambat sikit"..kataku perlahan sambil memberhentikan langkah dan bergerak rapat ke tepi dinding untuk memberi ruang kepadanya..
"Eh tak apalah..awak je jalan dulu..saya tak kisah lagipun saya faham keadaan awak sekarang ni"..Jawabnya sambil merenungku..Aku jadi malu tersendiri dan menunduk..tanpa membuang masa aku bergerak dan cuba untuk lajukan langkah tetapi gagal..jadi jawabnya macam kura-kura jalan la..'maaf ye Tuan Kamal sebab lambat berjalan'..Getus hatiku
Aku terus mendapatkan ibu di dapur selepas menjejakkan kaki di meja makan..
"Ibu, masak apa tu?"..kataku sambil bersusah payah merapatinya..
"Eh, Ainnur dah bangun..kenapa ada dekat sini? Pergi la duduk dekat meja tu.."kata ibuku yang sibuk menyeduk mee goreng mamak dari kuali ke dalam mangkuk kaca besar..
"Alaa taknk laa..Ainnur dah ok sikit la hari ni..nampak tak muka Ainnur ceria je nii"..kataku sambil membuatkan mimik muka lagi gembira..ibu hanya menggeleng lihatku..
"Dah jangan nak banyak alasan, pergi duduk dekat meja makan tu"..kali ini suara ibu memberi arahan..aku mencebik bibir ke bawah sambil dalam hati berkata-kata.. 'Sejak bila entah ibu belajar memberi arahan ni..takkan lah ibu terpengaruh dengan sikap Tuan Kamal kot..haihh'..rungutku dalam hati..
Aku bergerak ke meja makan sambil membuat muka masam..tapi kali ni laju pula langkah kaki ku.. 'haih kaki pun ngada-ngada ye..time dengan Tuan Kamal bukan main slow lagi nak bergerak..tapi bila dah marah laju la pula'..dengusku perlahan..
"Haa.. merajuk la tu ibu marah kamu"..aku yang dari tadi ingin melabuhkan duduk di kerusi tertoleh ke arah ibuku..Aku mencebik lagi untuk menunjukkan aku masih lagi merajuk..
Tanpa disedari ada mata yang memerhatikan tingkah ku..terus aku menoleh ke arah mata yang suka merenungku..Kelihatan wajah itu seakan ingin tergelak kecil mungkin tercuit hati sebab melihatku kena marah..
Aku terus teringat satu perkara..Aku juga pernah tergelak kecil apabila Tuan Kamal kena marah dengan ibunya..sekarang aku pulak..'itulah kau, padan muka baru tahu rasa gelakkan orang..sekarang kau dah kena'..rungutku dalam hati..
Aku melabuhkan duduk sambil menunduk..ketika itu Abah memberi salam sambil melangkah ke meja..aku memberikan senyuman kepadanya sambil menjawab salam itu..
"Ehh, Ainnur ada dekat sini lah..Macam mana hari ni? Kaki okay?"..soal ayahku sambil duduk di tempat biasanya..Aku senyum manis padanya..
"Alhamdulillah Abah, kaki dah okay sikit dah boleh berjalan takdela teruk macam semalam"..ibuku sudahpun melabuhkan punggung..Ibuku menghulur pinggan berisi mee goreng ke Abah , Tuan Kamal dan aku..
"Alhamdulillah kalau macam tu, muka kamu pun dah tak pucat lagi..nampak ceria saja"..katanya lagi..Aku hanya memberi senyuman dan memulakan suapan..kali ini mee goreng yang ibu masak aku habiskan..Nampak sangat lapar..
"Makan perlahan sikit Ainnur, ibu tahu la kamu lapar"..tegur ibuku yang melihatku makan tanpa henti..Aku hanya tersengih..aku perasan je sepasang mata merenungku tapi aku hiraukan saja..malas layan sebab perut keutamaanku sekarang..
"Ainnur , hari ni kamu balik KL juga ke?" Suara abah pula menyapa..aku mengangkat muka terus memandangnya..aku mengangguk perlahan..
"Ainnur tak nak tambah cuti dan rehat dekat sini ke?" ..suara ibuku pula terdengar jelas di pelipat telingaku..
"Hmm..bukan tak nak ibu abah tapi Ainnur banyak kerja lagi dekat sana..lagipun student Ainnur pun nak dekat exam dah...kalau cuti lama sangat..takut tak sempat nak prepare dekat exam final dorang"..jawabku perlahan sambil mengeluh perlahan sambil memikirkan kaki ini..macam mana nak buat kerja..
"Ouhh tak pelah kalau begitu..hati -hati nanti nak buat kerja dekat sana..ibu dan abah tak dapat tolong kalau kamu jatuh..nanti kamu ke bangun sendiri tau"..kata ayahku lagi sambil menyelit unsur jenaka dalam katanya itu..
"Hehehe okay abah"..jawabku sambil tersengih..
"Err..Tuan kita nak gerak pukul berapa?"..soalku kepada gerangan yang suka merenungku..
"Lepas zohor macam tu..boleh?"..katanya sambil meminta persetujuanku..Aku hanya angguk sambil makan ..Aku ingin cepat menghabiskan makananku kerana ingin melihat matahari terbit untuk kali terakhir ..
Tapi dalam fikiran ku masih lagi memikirkan kan kejadian lepas..Macam mana ye nak balas budi Tuan Kamal? Hmm..
*******
Apakah yang akan Ainnur untuk membalas budi Tuan Kamal?
#Nantikan ye..please follow dan give me ur rating..don't forget to comment okay and share this novel to ur friends too. Much luv..
Share this novel