Bab 29

Action Completed 25770

Qistina mengajak aku keluar ke Mall untuk membeli barang dapur serta makan tengahari bersama..Kami keluar ke sana jam 11 pagi selepas aku selesai mengemas pakaian ..Sekarang ni..kami hanya menyewa berdua sahaja di rumah itu  ...

"Qis, kita nak makan apa hari ni?"..soalku sambil memandang ke arah luar tingkap ..jalan tidak berapa sesak berkemungkinan waktu bekerja sekarang..

"Kau rasa nak makan apa?"..Soalnya kembali..Aku menoleh ke arahnya sambil mengetuk perlahan daguku untuk memikir menu tengahari..

"Aku tak kisah weyh..nak makan nasi ke nak makan benda ringan pun boleh..sebab dah lama tak lepak dengan kau..yelahkan..orang ada tunang..."Kataku menyindir..memang saja aku mahu kenakan dia..

Qistina tergelak mendengar kata-kata aku tadi..aku hanya menjeling manja saja..aku hanya melemparkan mata ke hadapan ...Dari kejauhan dapatku cam kereta seorang lelaki yang sudah lama tidak aku temui..lelaki berdarah kacukan itu . Aku hanya memerhati sahaja..terlihat kelibat itu keluar dari kereta mewah itu sambil menuju ke sebuah deretan kedai..Sah memang dia!..

Kereta yang dipandu oleh Qis pula semakin dekat..terus saja aku menundukkan kepala ..hampir saja kelibat itu menoleh ke arah kereta Qis..'Huh nasib baik naik kereta Qis..Kalau tak ,pasti dia dah cam kereta aku'..Hatiku berkata

"Yang kau tunduk-tunduk tu kenapa?"..Suara Qis menyoalku setelah melihat perilakuku yang pelik itu..

Aku menoleh ke arah Qis selepas memastikan kereta ini bergerak jauh dari situ.."Hehe takde apalah, saja aku nak tengok kaki aku yang kebas ini"..kataku bohong sambil tapak tangan mengurut perlahan kawasan betis yang dipatuk ular itu..

"Ouhh..abistu kau boleh jalan tak ni?"..Soalnya sambil menunjuk riak wajah risau..

"Ehh aku okay jela..boleh jalan lagi macam biasa..takyah risau la okay..aku tak suka menyusahkan orang..so, aku kena paksa juga jalan sendiri " jawabku tekad..Sebenarnya aku tak suka bergantung harap dekat orang lain..

Qis hanya sekadar mengangguk..Kereta yang di pandu telah membelok ke kiri dan memasuki kawasan parkir bertingkat..Setelah parkir kereta, aku dan Qis berjalan bergandingan menuju masuk ke dalam Mall ..kami mengambil keputusan untuk membeli barang keperluan dapur terlebih dahulu ..

Ketika aku berjalan keluar dari pasaraya besar di dalam Mall itu ... Mataku seakan dapat mengecam dua orang lelaki berbaju kot hitam berbadan sasa dan memakai spek mata hitam..tiba-tiba otak aku teringat akan kejadian dulu dimana aku dan Aiman di kejar oleh mereka di tempat yang sama..

Tanganku terus menarik lengan Qis dengan kasar dan berjalan laju ke arah tiang besar berdekatan untuk menyorok..Aku yang kaki kebas itu memaksa juga untuk berjalan pantas bagi menyembunyikan kewujudan diri ini..tanganku lagi sebelah menekup mulut Qis supaya tak bersuara..aku hanya berbisik kepadanya.. "Nanti aku cerita dekat kau..tapi bukan sekarang sebab yang penting sekarang nyawa kita..kau diam dulu okay?"..selepas saja aku berkata terus aku melepaskan tangan yang menekup mulutnya itu..

Selepas memastikan kelibat dua orang lelaki itu hilang..aku menarik tangan Qis untuk berlalu pergi masuk ke lif ..Aku berbincang dengan Qis supaya makan tengahari masak dirumah saja..Dia hanya mengangguk seakan fahami situasi yangku hadapi sekarang..

*********

Sesampai saja dirumah..aku membantu Qis mengemas..dan aku mula memasak makan tengahari kami..menu simple saja kerana keletihan..aku hanya masak ayam masak merah dan sayur campur..manakala Qis membantu ku memasak nasi dan membancuh air sirap limau..

"Mira, lepas makan kau kena cerita dekat aku tau..jangan lupa"..Qis bersuara kami sedang duduk di meja makan untuk makan tengahari..Aku hanya mengangguk faham..ketika makan, tiba-tiba aku teringat pesan Tuan Kamal..Aku dengan spontan menepuk dahi..'haihh macam mana boleh lupa nak bagi nombor Qis dekat dia..takpela lepas makan jelah..harap dia tak marah la..huhu'..bisik hatiku.

"Kau pesal tepuk dahi? ada lupa apa-apa ke?"..Soal Qis kehairanan memandangku .

"Hehe takde apalah ..cuma lupa sesuatu je"..kataku sambil tersengih..

"Kau ni sejak dah lama kita tak berjumpa..kau dah berubah jadi penyimpan rahsia..ye.kenapa?"..Soalnya lagi ..

"Ehh , manada aku berubah weyh..hmm nanti kau tahu lepas aku cerita ..Aku rasa kau akan terkejut lepas kau tahu perkara sebenar"..kataku serius..lalu aku menyudahkan makananku dah berlalu ke sinki untuk membasuh..

"Kau ni suka buat aku suspen kan?"..jawabnya sambil mengikuti langkahku ke dapur..

Selesai saja mengemas meja makan, aku menarik lengan Qis untuk diduduk di sofa ruang tamu..Suara tv aku kurangkan supaya mudah untuk bercerita panjang..Qis sudah menantiku bersuara sambil menghadap aku..Aku memulakan bicara dengan bertanya sesuatu dekat Qis..

"Qis, Kau ada terpikir tak macam mana aku boleh tiba-tiba rapat dengan seorang pegawai polis?..Macam mana aku boleh duduk menginap di rumah keluarganya?..Kau juga mesti pelikkan macam mana aku boleh berubah drastik macam ni?..Kau taktahu kan apa-apa pasal aku? Betul?"..Soalku panjang..Sebenarnya aku memang jarang ingin bercerita dengan orang lain walaupun dengan kawan sendiri pasal kisah hidupku..

Dia hanya menunjuk reaksi wajah dan mengelengkan kepala tanda dia tidak tak tahu apa-apa pasal ni..Aku mengeluh perlahan cuba mencari kekuatan untuk mula bercerita..

"Aku cerita ni kau jangan menyampuk sepatah pun tau.."kataku sempat menjeling manja dekat Qis..aku tahu dia seorang suka menyampuk kalau orang sedang bercakap..

"Amboi sindir nampak..choiii..haaa cepatlah cerita!..". Katanya sambil menjelingku kembali sambil tersengih..Lalu dia mendiamkan diri memberiku ruang untuk bercerita..

"Okay ..cerita dia macam ni..."..Aku bermula bercerita mengenai aku hampir melanggar  Aiman di traffic light..lepastu aku buat report dekat Balai..Tuan Kamal pula orang yang bertugas mengambil kes ini kerana melibatkan satu geng besar..aku cerita lah sehingga perjumpaan dengan dua orang lelaki tadi yang kami terserempak sampai la habis..

Qis bersuara dengan reaksinya terkejut..

"Ya Allah, betul ke ni? Kenapa aku baru tahu pasal ni? Patutlah kau dekat dengan Tuan Kamal..Aku fikir korang 'date' ..". Soalnya sambil mata membutang memandangku..

"Weyhh kau gila ke nak 'date' dengan pegawai? Kau fikir dia banyak masa nak 'date' dengan aku ke?..merepek jela kau ni.." ujarku lagi..

"Yelah weyhh..kau pon tak pernah cerita pasal ni kan? Apa yang terjadi semua..sekarang baru aku tahu kenapa kau berubah sekarang"..Katanya lagi..

"Hmm ye Qis..sebenarnya aku taknak libatkan orang lain dalam kes aku ni..sebab tu aku ambil keputusan tinggal di sana..Ibu Ayahku pun dah tahu pasal ni..Tapi aku fikir taknak menyusahkan keluarga Tuan Kamal ..so, aku fikir nak tinggal dengan kau jela..tapi selepas aku berjaya pujuk Dato dan Datin , mak ayah Tuan Kamal baru lah aku dapat keluar dan tinggal dengan kau sekarang..Tapi sekarang, aku dah libatkan kau dalam kes aku pulak"...kataku perlahan seakan sedih memikirkan nasib diriku..

"Weyhh takpelah, aku fahamlah..takpelah aku boleh tolong kau jugak nanti kalau ada apa-apa berlaku nanti"..Katanya sambil mengusap lembut lenganku..Aku tahu dia kawan yang baik untukku..

"Terima kasih Qis, kau sajalah kawan yang faham situasi aku sekarang..hmm ,tadi Tuan Kamal pun ada call aku, dia ada minta nombor fon kau lepastu dia suruh aku bagi nombor fon dia dekat kau sekali..aku tak tahu kenapa?..tapi aku rasa tak sedap hati selepas pulang.dari kampung..aku risau pasal kes aku je".. Kataku lagi

"Hmm, takpe kau bagi je nombor Tuan Kamal dekat aku, nanti aku cuba korek rahsia dekat dia pasal kes kau..mana tahu dapat ke kan?"..pujuknya lagi..

Aku hanya mengangguk kepala lalu memberinya nombor Tuan Kamal ..

"Kau janga risau ye..banyakkan berdoa ye supaya kau dilindungi dari anasir luar.." Qis memberiku kata-kata semangat..aku hanya mengangguk sambil memikir masa akan datang..Apakah yang akan terjadi nanti kepadaku?..soalku dalam hati..Sedih menyelubungi hatiku..

*********

Dua hari kemudian, aku sudah pun menjalani hidupku seperti biasa..memulakan kelas mengajar..Aku sudah pun mengambil keretaku di rumah Tuan Kamal..Waktu itu aku ambil ketika Tuan Kamal tiada di rumah..memang aku sengaja tak mahu bertemu dengannya..Hatiku tak nak menyusahkannya lagi..

Pada waktu petang lepas mengajar kira-kira jam 5 petang, aku berura-ura ingin membeli buku untuk subjek baru yang bakal aku mengajar..Aku sudahpun memaklumkan hal ini kepada Qistina..

Ketika aku memandu, dapatku rasa kereta aku telah di ekori oleh sebuah kereta honda hitam..Aku cuba menenangkan diri..'InshaAllah takde pape"..Aku sedang mencari parkir..tetapi penuh..jadi aku membuat keputusan untuk parkir kereta di sebuah lorong bersebelahan sahaja dengan kedai buku itu..

Ketika aku ingin mengunci kereta waktu itu, aku seakan mendengar derapan kaki menghampiriku..Aku berpaling lalu ingin membuka langkah tetapi mereka terlebih dahulu memerangkap aku dan menekup mulut dah hidungku mengunakan sapu tangan..

Dalam beberapa saat saja , duniaku menjadi kelam..sempat aku mendengar gelak jahat dari dua orang lelaki tersebut..'Ya Allah, kau selamatkanlah aku'..doaku dalam hati sebelum aku pengsan di dalam genggaman penjenayah bertopeng itu..

*******

Apakah yang sedang berlaku dekat Amira?
Adakah Amira sudah menjadi mangsa mereka seterusnya?

#pss..sorry ye guys sebab terpaksa cepatkan..supaya korang tak bosan..heheh..nak tahu apa jadi lepasni..
stay tuned okayy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience