Bab 53

Action Completed 25770

Kompang dipalu, pengantin baru...
Duduk bersanding tersipu malu..

Kedengaran lagu di mainkan ketika majlis walimatulurus kami..Sekarang sedang sesi untuk bergambar setelah menjamu selera..

Aku dan suamiku mengayakan busana pengantin berwarna biru grey..Kelihatan senyum di bibir suamiku tak pernah lokek..
Seperti biasa, jurufoto kami meminta kami membuat 'aksi' yang romantik di pentas..

Sehinggakan ada satu part tu, suamiku tak mahu melepaskan bibirnya dari mencium hujung hidungku..Mulalah usikan dan gelak tawa dari kedua-dua belah pihak..

"Oii Kamal, Sabar la sikit..Janganlah tunjuk sangat oii..Kesian lah dekat aku yang single ni!"...Tegur sepupunya..

Suamiku mendecit mendengar jeritan dari sepupunya itu..Aku hanya menahan malu kerana kami sedang menjadi perhatian tetamu..

"Okay, gaya seterusnya..Boleh tak encik angkat puan seperti gaya mengendong anak..Dan puan paut leher suami puan..Boleh?" ..pinta jurufoto ..

Aku hanya memandang ke arah suamiku..dia hanya mengangguk setuju..

'Boleh ke angkat aku ni?! ..'Gumamku..

"I love u sayang, Thankyou for everything love"...Sempat lagi ungkapan itu terluah dari bibir suamiku semasa membuat aksi itu.. Hanya kami berdua saja yang dengar..

Hatiku berbunga-bunga..Rasa happy sangat..Tak sangka suamiku yang dulunya keras hati sekarang sudah terpaut dengan aku..Terima kasih ya Allah di atas anugerahMu ini..

***********

Selepas saja, sesi mengambil gambar..Aku terus saja menarik lengan kekar itu masuk ke bilik beradu yang telah dihias cantik untuk kami..

'Tak sampai hati nak sorokkan 'benda' ni lagi..Better aku ceritakan sebelum suami aku dengar dari orang lain'..Bisik hatiku

Aku menolak badan sasa itu untuk duduk di birai katil..lalu kakiku melangkah ke almari untuk mengambil alat P.T lalu aku sorok di belakang badan..

"Abang, sebenarnya sayang ada sesuatu nak tunjuk dekat abang..Harap abang tak marah sayang sebab baru sekarang sayang nak berterus terang dengan abang"..Kataku sambil melangkah merapati tubuh itu..

Mata itu tidak lepas memandang ke arahku..Perasaanku bercampur baur..Suamiku hanya diam memerhati tindak tandukku..

"Hmm..Sayang ade sorok apa-apa dari pengetahuan abang ke?"..Soalnya lembut..

Ringan saja tangan itu menarik tubuhku supaya aku duduk di ribanya..Lengan itu terus memeluk pinggangku..

Aku mula berdebar..Mata kami bertaut lama..Aku menarik nafas dalam dan hembus sebelum menghulur alat itu...

"Nah, harap abang happy"..Ujarku sambil menghulur alat itu..

Raut wajah suamiku berubah seakan terkejut melihat alat itu..

Aku cuba sedaya upaya untuk senyum sambil tahan ketawa kerana wajah suamiku kelakar ..

Tanganku mengusap pipinya ..Lantas mata itu terus memandang wajahku yang tersenyum manis..Lalu, bibirnya mengucup lembut bibirku..

"Betul ke ni sayang? Ya Allah, abang bersyukur sangat.." Katanya sambil merenung alat PT itu..

Aku mengangguk laju..aku memeluk tubuh itu erat..Aku merasa bahagia disaat ini..

"Patutlah badan sayang berat semacam je..Lepastu pipi tembam , selera makan bertambah..Rupanya disebabkan 'buah hati' kita la ni ye?..Tapikan sayang kenapa baru sekarang sayang nak bagitahu abang? Ade siapa lagi yang tahu soal ni?"..soalan mula diutarakan..

Aku mendongak merenung wajah suamiku sebelum menjawab persoalannya itu..

"Sorry abang, sebenarnya sayang pun baru je tahu..Bukan sengaja nak sorokkan tapi sayang takut bagi abang harapan..Satu hari tu sayang terpikir nak cuba sebab tanda-tanda pregnant dah ada..Mula-mula takut jugak..tapi sayang cubalah..Alhamdulillah positif tapi sayang tak sempat pergi check dekat klinik sebab sibuk dengan majlis kita..Lagi satu, sayang nak ajak abang sekali pergi check ..Yang pasal siapa tahu pasal ni..Ibu abang je yang dapat tahu..itupun dia yang teka..Sayang fikir nak bagi surprise.. rupanya ibu abang dapat hidu benda ni waktu dekat dapur hari tu..hehe..Abang jangan marah ye"..Jawabku sambil tersengih..

Tangannya mula mengusap perutku yang masih lagi kempis..

"Hmm, takpe abang tak marah..Nanti kita pergi buat checkup dekat klinik .. tapiii"
Ayat tergantung..

"Tapii?" Soalku..

"Tapi sayang tetap kena denda dengan abang sebab sorokkan benda ni dari abang.."..ujarnya meleret..

Aku mula merengek..

"Alaaa, kena denda jugak ke?!"..Jawabku sambil mencebik..

"Eh, mestilah"..Jawabnya sambil senyum senget..

Aku dah boleh agak denda tu..Tapi saja buat-buat tak tahu..

Suamiku mula mengucup di seluruh wajahku..Tangannya masih menyapu lembut di bahagian perutku..

Tok tok tok!

"Pengantin baru! Buat apa lama sangat dalam bilik ni? Saudara mara kita nak balik dah ni.."..Suara ibu mertuaku di sebalik pintu..

Kami yang sedang bercumbuan terkejut..lantas aku melepaskan tautan bibir kami..Aku mula mengelabah membetulkan tudungku yang senget..

Suamiku berdecit geram mungkin merasa terganggu..Sebelum sempat aku mengoles gincu di bibirku semula..

Suamiku pantas membuka pintu bilik..Terdengar suara ibu mertuaku menyapa..

"Haa, keluar pun pengantin baru ni..Saudara mara kita nak balik dah tu..Pergilah sapa dorang sebelum dorang balik..Ini tak! Duduk dalam bilik..Tapi sebelum keluar tu..Cermin dulu muka kamu Kamal..Takut dorang terkejut dan ketawakan kamu..Nak 'berdating' pun tunggu la malam sikit...Sudah ibu turun dulu!"..

Aku yang mendengar terus menyapa suamiku yang tercegat di muka pintu..

Terbeliak mataku melihat cebisan lipstick di hujung bibirnya..Aku termalu sendiri..'Ya Allah segannya aku dengan ibu! '

"Abang! Malunya sayang..Nasib baik ibu tegur tau! Abang la ni..Tak menyempat tau!"..Kataku sambil mengelap hujung bibir itu..

Tetapi, lain reaksi suamiku..dia hanya tersengih saja dari tadi sambil merenung aku..Aku hanya mampu mengeleng saja..

"Sayang yang goda abang..Nak salahkan abang pula..Nasib baik ibu ketuk pintu tadi..Kalau tak ,mungkin abang dengan sayang dah terlajak!"..Katanya sambil ketawa..

"Abang! Cakap tu pandang-pandanglah sikit..Kalau orang dengar nanti ape pulak kata dorang.." Jawabku sambil aku menepuk dada bidangnya itu supaya ketawanya berhenti..

Tanganku di tangkap..lalu di bawa ke bibir..

"Okay-okay..abang tak gelak dah..kita turun dulu lepastu malam nanti kita sambung balik ye projek yang tergendala tadi..Okay?" ..Soalnya sambil mengenyit mata..

Kami terus saja turun sambil berpimpin tangan..Sampai saja di bawah, aku dan suamiku mengucapkan terima kasih sebab sudi datang memeriahkan majlis kami kepada saudara maranya..

*******
Tepat jam 11 malam,

Aku membaringkan badan..Terasa lelah dan lesu mungkin disebabkan berbadan dua..Aku mengusap lembut bahagian perutku..Alhamdulillah satu hari ni tiada alahan hanyalah pening ringan saja..

Dalam aku termenung ingat semula majlis tadi, aku berasa katil bergerak sedikit..Suami aku sudah naik terus menerpa aku dan menindih ..

"Abang!".. Aku terkejut apabila suami aku sudah berada di atas aku..

Mukanya hanya tersengih riang..Nasib la suami aku! Kalau orang lain mahu kena luku kepala tu sebab buat orang terkejut!

"Sorry sayang, abang tak sengaja.." katanya sambil mengucup hujung pucuk hidungku..

"Yelah..yang abang ni tindih sayang kenapa? Tak letih ke..Bukan main bertenaga lagi malam ni?"..Saja aku bertanya..Buat taktahu..

"Hehe, abang rindu sayang..sayang makin berseri-seri sejak mengandung ni..Abang asyik tergoda saja tengok sayang..Macam dalam mata abang ni nampak muka sayang je..Jadi, bila abang dekat dengan sayang..hilang semua rasa letih..kalau boleh taknak lepas sayang pergi mana-mana"..Ucapnya

Aku tersengih lalu mengucup bibirnya sekilas..Memang sejak berkahwin dengan dia..aku sudah belajar cara pikat dan cairkan hati suamiku yang dulunya beku..

"Sayang ,pandai ye goda abang!..Abang fikir nak bagi sayang rehat malam ni..Tapi sayang goda abang ni..Hmm, abang ajak sayang buat 2 ke 3 kali round nanti tahulah"...Ugutnya..

Aku mengeleng laju..Memang niat hati nak ajak berehat..

"Okay, Taknak..Nantilah ye...kesian dekat baby bump sayang..Esok kita nak pergi klinik kan nak check baby..Malam ni abang bagi sayang rehat ye..pleasee!".. Rayuku sambil mengerlip kan mata..

Setelah mendengar rayuanku, terus saja badan sasa itu jatuh ke bahagian kanan katil..lalu lengan itu lantas memeluk pinggangku erat..

Aku tersenyum bahagia..jari jemariku mengusap lembut wajah suamiku ..Cukup sempurna untuk aku ..

"Okay, jom la rehat..Tak sabar nak check baby esok"..Katanya sambil tersenyum manis yang sentiasa mencairkan hatiku..

aku bergerak merapatkan lagi jarak untuk lebih selesa..Bau haruman dari badan suamiku sangat menyamankan..Terasa mataku makin layu sebelum di ulit mimpi indah..

****
harap korang semua enjoy ye ..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience