Aku membuka mataku..terasa berat sangat ..cahaya silau memedihkan mataku..Badanku terasa sakit dan lenguh..Tangan dan juga kakiku di ikat kuat di kerusi kayu itu sehingga terasa pedih dan sakit..Aku cuba mengamati sekeliling bilik itu ..gelap hitam hanya ada satu cahaya mentol malap berwarna oren ..'Aku ada dekat mana ni?' Getus hatiku..
Tiba-tiba aku teringat kejadian petang itu, ada dua orang lelaki datang menghampiriku lalu menekup mulut dan hidungku lalu aku pengsan.. Jadi? Aku di culik oleh mereka? Aku cuba bergerak -gerak supaya ikatan di tangan dapat dilonggarkan..Namun, tidak berjaya..aku berfikir cara untuk melarikan diri dari sini..Aku tak mahu jadi mangsa seterusnya..
Mataku meliar setiap sudut mencari sesuatu..jauh dari satu sudut aku menjumpai sesuatu..sebingkai cermin..Aku mencuba untuk bangun dari dudukku perlahan tapi tidak berjaya..kakiku seakan lenguh tidak dapat bergerak walaupun sedikit..
Aku berfikir lagi?..perlukah aku mengengsot badan ke sana?..Dalam berfikir..telingaku seakan dapat tangkap derapan kaki dan suara lelaki ketawa kuat..Terus saja mati ideaku..lalu aku berlakon kembali jadi pengsan dengan memejam mata sambil menunduk..
Dalam beberapa minit, pintu di buka..terdengar suara mereka berkata sesuatu..
"Weyhh lama juga perempuan ni pengsan?" kata lelaki itu bergerak dekat ke arahku ..Aku masih lagi cuba sedaya upaya untuk berlagak biasa seperti sedang pengsan..
"Taktahulah aku..tapikan aku tengok ni cantik pulak kalau tengok dekat-dekat..muka putih licin lembut bersih .." Kata suara lain ..Dapatku rasakan ada jari jemari bermain di setiap inci wajahku ..kemudian, dia memegang daguku untuk mendongak kepalaku..tangannya lain telah mengusapi wajahku..'Ya Allah, bantulah aku..'Doaku dalam hati..
"Weyh kau cari jap fon perempuan ni..aku nak cari sesuatu yang boleh 'bantu' kita cari budak lelaki tu.." Kata lelaki yang masih sedang memegang wajahku..
"Haa Nah, aku jumpa dah..kau nak aku cari 'siapa' yang boleh 'bantu' kita tu?"..Kata suara lain itu ..
"Bak sini, aku tengok jap..wahh perempuan ni memang takde letak lock screen fon dia..memang sangat membantulah perempuan cantik ni.." kata-kata itu membuatku semakin menggila..Ingin saja aku membuka mata lalu menjerit supaya jangan menyentuh privasiku..'Ya! Memang aku takde buat lock screen..memang tak suka! Tak tahu kenapa!' ..marahku dalam hati..
"Hmm, Tuan Kamal? Siapa ye dia ni? sampaikan nama dia dekat no. pertama dalam contact perempuan ni .. Mungkin dia orang yang sangat penting dalam life perempuan ni?"...Suara itu berkata lagi..
"Weyh..apa kata kita test dulu Tuan Kamal dia tu..Mana tahu dia boleh 'bantu' kita cari budak lelaki itu kan?"..
"Bagus juga idea kau tu..kejap aku amik nombor 'Tuan Kamal' ni..lepastu aku nak tangkap gambar perempuan ni..biar dia kelam kabut..hahaha"..kuat mereka ketawa sambil bahuku terhinjut sedikit..
' Klik '..Rasanya gambarku telah di ambil kerana terasa flash camera dari telefon lelaki didepan ku ini..
"Okay settle, dah jom blah..aku dah hantar dekat Tuan Kamal dia tu..Kita tengok esok apa jadi..hahaha..Pasal perempuan ni kita settle esok tunggu dia sedar.." Suara itu seakan memberi arahan dan mengajak rakannya itu pergi dari bilik itu..Aku terasa lega mendengar ucapan itu..Debar dihatiku berkurang..
"Cantik, esok kita jumpa ye..jangan pengsan lama sangat okay .." Sempat lagi suara itu berbisik perlahan sambil mengusap pipiku sebelum bergerak keluar..Setelah aku mendengar pintu bilik itu ditutup dan di kunci..Aku membuka perlahan-lahan ..Aku terasa jijik di bahagian muka ku kerana sudah di sentuh oleh tangan kotor mereka...
Dia panggil aku 'Cantik'?..eee..gelinyaa terasa nak samak je muka aku ni..sebab bersentuh dengan benda haram!.. Aku dari hanya berfikir ..apa yang mereka nak buat dekat aku? Suara lelaki itu seakan terngiang -ngiang di telingaku.. bulu romaku pula seakan berdiri tegak..dahi mula berpeluh..Apakah esok akan tamat riwayatku?..
********
Di Villa Tuan Kamal,
' Bib' 'Bib' 'Bib'.. Bunyi mesej masuk di telefon bimbit milik Tuan Kamal..
Aku yang sedang termenung tiba-tiba pelik mendengar bunyi mesej yang masuk..
'Siapa pulalah yang mesej aku ni? Mungkin dari bahagian risikan kot!'..bisik hatiku . Aku merenung jam di dinding.. Jam 2.30 pagi..Ya! Aku masih tidak dapat tidur kerana fikiranku masih terfikir nasib Mira..disebabkan perasaan itu lah yang membuatkan mataku segar..
Bilikku masih lagi terang benderang..seakan tak sanggup menunggu lama untuk tiba hari esok..Jariku laju menekan skrin telefonku..
'Aik nombor siapa ni?'...Eh ada gambar la..'..bisik hati ku sambil pelik...Aku menekan anak panah ke bawah di gambar itu untuk muat naik gambar tersebut..Hatiku yang tenang sikit tadi tiba-tiba menjadi debar kuat..
Mataku tiba-tiba terbutang dan segala urat sarafku jadi kaku sekejap..Hampir sahaja telefon bimbitku terjatuh dari tanganku..Hatiku tidak keruan apabila melihat gambar yang telahku terima..Siapa lagi kalau bukan gambar seseorang yang hampir namanya lekat dihatiku..Amira!..
Terus saja kau scroll melihat mesej seterusnya..'KAU TUAN KAMAL YE? HAHAHA..APA MACAM KENAL LAGI TAK PEREMPUAN CANTIK DALAM GAMBAR TU? KE KAU NAK AKU BAGITAHU? CANTIKKAN DIA..KAN BEST KALAU DIA BOLEH JADI 'LAUK' AKU SIANG MALAM..PASTI KENYANG KAN? HAHAHA..
AKU TAHU, KAU PASTI TAK TAHU KENAPA PEREMPUAN CANTIK NI DALAM TAHANAN AKU...AKU NAK KAU PULANGKAN BALIK 'HARTA' YANG PEREMPUAN NI AMBIL DARI KAMI..KERANA DI SEBABKAN PEREMPUAN NI KERJA KAMI SUSAH..AKU HANYA BAGI TEMPOH MASA 2 HARI UNTUK PULANGKAN BUDAK LELAKI ITU..JIKA TIDAK, KAU TUNGGU SAJA NASIB PEREMPUAN INI DI DALAM TANGAN AKU..AHHAHA..SEE AHH'
'Tak guna! Kurang ajar betul..Kalau berani kau cuba lah sentuh dia..kau belum tengok aku mengamuk lagi! ..Aku takkan bagi perkara tu terjadi!'..marahku dalam hati sambil tanganku genggam kuat..
Laju tanganku membalas mesej itu..
'Kau siapa ? Berani kau culik dia ye..Kalau aku dapat tahu ada perkara buruk berlaku dekat dia..Nahas kau, Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing..Aku akan bawa budak lelaki itu..Bagi alamat pertemuan kita!' ..send..
Setelah beberapa jam, aku masih lagi menunggu balasan dari mesej itu..tapi hampa ..Aku cuba menenangkan diri lalu membaringkan badan..Dalam kepala otak, masih lagi ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan nyawa Mira..
******
Keesokkan harinya, Aku telah menghubungi dengan Sjn.Shafiq sebelum bergerak ke Balai untuk mengumpul semua anak buah supaya aku dapat membuat mesyuarat tergempar..Aku bergegas turun dari bilik menuju ke ruang tamu..Sehingga sekarang mataku masih lagi segar..Otakku juga seakan dapat berfungsi dengan baik..
"Eh Kamal, Awal arini? Baru pukul 6.30 ni Kamal..Kamu dah nak ke pejabat ke?"..Soal ibuku melihat pelik perilaku yang telah tiba di meja makan itu..
"Err ye ibu..arini ade mesyuarat tergempar yang Kamal perlu handle..ada masalah sikit"..Kataku perlahan sambil mencapai roti bakar..Seleraku seakan terbang selepas mendapat tahu keadaan Mira..
"Ounh..kamu banyak kes ke arini? Semoga urusan anak ibu dipermudahkan ye..amin". kata ibuku membuat hatiku tenang.. Nasihat yang diberikan oleh setiap wanita bergelar 'ibu' pasti akan dapat menenangkan hati anak-anaknya..
'Hmm, Nak bagitahu ke tak ye pasal Mira?..Tak payahlah rasanya..takut ibu risau nanti!'..gumamku perlahan
Seusai aku bersarapan, kira-kira jam 7 pagi aku bergerak ke Balai..
******
Di Balai,
Setelah membuat sesi mesyuarat itu..kami telah pun bersepakat untuk turun ke padang mencari Amira..Aku ialah ketua bagi mereka..Aku juga telah meminta anak buah untuk meng'trace nombor telefon yang telah aku berikan..
Dalam hatiku, tak putus-putus untuk berdoa supaya keadaan Mira selamat dan tak diapa-apakan..Sedangku leka termenung di dalam bilikku kerjaku...terdengar ketukan di pintu..
'Tuk' 'tuk' 'tuk',
"Masukk!". Jeritku memberi arahan..
"Assalamualaikum Tuan, Maaf mengganggu..saya datang nak laporkan satu perkara penting"..Ucap Sjn.Shafiq apabila sudah membuka pintu bilikku sambil memberi tunjuk hormat..
"Waalaikummussalam, ye masuk Sjn.Shafiq"..kataku perlahan ..
"Duduklah, apa yang penting tu Shafiq?"..Tanyaku lagi..
"Hmm begini Tuan, Tuan ada minta anak buah kita 'trace' nombor telefon yang tuan berikan kan?..Jadi, mereka sudah dapat jejak nombor itu..Masalahnya sekarang tuan, nombor tersebut tiada nama pendaftar tetapi nombor itu di guna pakai dari gudang sindiket tersebut..Saya rasa Cik Amira telah pun di culik dan di bawa ke sana.." Kata Sjn.Shafiq lagi sambil memandang ke arahku..
"Ouhh..kiranya mereka beli tanpa daftar nama la ya? Tapi nombor tersebut masih lagi berfungsi ke? Sebab saya balas mesej mereka tapi tiada balasan..lagi satu, betul ke Cik Amira sekarang berada di sana..saya takut itu satu perangkap dan jerat untuk kita"..Jawabku sambil menyandar badan di kerusi empuk itu..
"Nombor tu dah tak aktif Tuan, mungkin mereka setiap hari bertukar-tukar nombor supaya pihak kita tak dapat menjejaki keberadaan mereka..Sungguh licik mereka ni..yang pasal Cik Amira, saya setuju dengan kata-kata tuan, tapi berkemungkinan ada benar juga tuan, kerana sebelum ini kan ada kes kematian budak berdekatan dengan gudang itu"..
Kata-kata Sjn.Shafiq ada benarnya juga..Aku hanya mengangguk kepala..Sambil otak ligat berfikir tindakan seterusnya..
"Saya rasa, kita perlu menghantar 2 atau 3 orang bahagian risikan untuk pergi ke gudang tersebut..sebabnya mereka sudah memberi masa kepada kita selama 2 hari untuk menyerahkan Aiman kepada mereka..jika tidak, akan ada perkara buruk akan terjadi kepada Cik Amira".. ujarku perlahan tetapi kedengaran tegas..
"Okay baik Tuan,"..Kata Sjn.Shafiq lagi..
Suasana menjadi sepi sekejap..Aku yang dari tadi termenung perasan sepasang mata Shafiq melihat tingkahku...Lantas aku bertanya..
"Ada apa-apa lagi Shafiq?"...kataku sambil memandangnya pelik..
"Err, takde apa dah Tuan, saya perasan Tuan banyak termenung hari ini..Tuan Okay? Mata Tuan pun bengkak sikit..Tuan tidur tak malam tadi?"..Jawabnya lagi..Benar! Semua tekaan dari Shafiq itu aku mengangguk perlahan..Pandai Shafiq menilaiku sekarang..
"Hmm, saya pun tak tahu kenapa boleh termenung ..mungkin disebabkan kes ini jadi teruk kot?...Lagistu, memang saya tak dapat tidur malam tadi lepas dengar kes Cik Amira ..mata saya terus jadi segar sampai sekarang"..Kataku lagi..
"Ouhh saya faham, mungkin Tuan risau keadaan Cik Amira sekarang kan? Lagistu tuan perlulah rehat, nanti mana tahu kita ada misi ke gudang ..Tuan kan ketua"..Suara itu bergema lagi memberi nasihat..Aku hanya sekadar mengangguk perlahan..
"Saya minta diri dulu tuan, Tuan perlu rehat sekarang. Apa-apa jadi saya inform tuan kembali..Assalamualaikum"..ucapnya sambil berdiri dan bersiap sedia untuk keluar.. Aku hanya mengangguk dan kembali ke situasi asal..Termenung dan termenung..Apalah yang terjadi kepada Amira sekarang ni? Benarkah Mira sekarang berada di gudang itu?.. Soalan demi persoalan bermain di mindaku..
******
Apakah yang akan terjadi kepada Amira pada pagi ini?
Mampukah Tuan Kamal menyelamatkan Amira di sana?
#Stay tuned okay..
Share this novel