Datin Aminah menegur anaknya yang sedang mengelamun di depan pintu pagar walaupun kelibat Amira sudah tiada..Dia merasakan ada sesuatu yang anaknya itu pendam..Dia mula tersengih dan dapat idea untuk mengenakan anaknya itu..
"Hai Kamal, kenapa tercegat dekat situ lagi? Dah angau dekat orang yang baru balik tu ke?" Sakatnya kepada Kamal..Suaminya di sebelah hanya tersenyum dah faham apa yang berlaku ..yelah, anaknya yang sorang ni tidak pernah dan susah untuk jatuh hati dekat perempuan sampai sekarang..walaupun ade ramai perempuan luar sana ingin memikatnya..tapi dia hanya buat tak endah je..
"Eh ibu ni, mana ade la..saja nak amik udara dekat luar ni" kataku sambil menapak masuk ke dalam rumah dan berlalu ke bilik..
Aku merebahkan badan di atas katil..aku seolah -olah terbayang wajah Amira serta percakapannya tadi..dia tahu walaupun perempuan ada belajar seni mempertahankan diri tapi tentu tidak boleh melawan kudrat lelaki yang lebih kuat..dia mula risau.."haishh kenapa hati aku ni..jangan macam -macam la"..
Di bangkit lalu mahu membersihkan diri sebentar sebelum tidur..
*******
Hari demi hari,
Hatiku rasa tidak tenang, aku rasa hidup aku sekarang diekori oleh kelibat orang walaupun di tempat aku bekerja ..semasa, aku telah habis waktu mengajar ..aku melangkah meluru ke bilik ofis aku untuk mengambil barang sebelum pulang..Tetapi aku lihat di atas mejaku ada satu sampul berwarna coklat..yang siap bertulis namaku tapi menggunakan dakwat merah..
'Aihh surat ape ni..siap tulis nama aku pakai dakwat merah..pelik' gumamku sendiri
Aku agak terkejut tetapi aku ambil juga untuk dibawa bersama pulang..Sebelum pulang..aku berfikir untuk singgah membeli barang di Mall sekejap sebab barang di dapur sudah hampir habis..
Aku memberi signal ke kiri dan membelok masuk ke Mall..aku memarkir kereta dan mematikan enjin untuk keluar..sebolehnya aku ingin cepat beli dan cepat pulang kerana risaukan Aiman walaupun di dijaga oleh jiranku tapi aku tetap tidak mahu menyusahkannya..
Aku melangkah laju menuju ke pasaraya besar Mall itu mencari barang..aku menuju ke bahagian basah untuk membeli ayam mentah..aku menolak troli pula ke arah barang kering..
Dengan tiba-tiba aku di sapa oleh seseorang yang dah lama aku tak jumpa sejak bertemu dirumahnya dulu..2 minggu lepas rasanya..
"Hai Cik Ainnur Amira, sorang je ke?" ..aku terkejut sebab ade orang menegurku di belakang..dengan pantas aku berpusing dan memberi senyuman kepada gerangan itu serta berasa lega melihat orang itu..
" Ouh ye Tuan Kamal, saya sorang je..saya fikirkan siapa la tadi"kataku lega
"Awak ni macam nak cepat je , awak okay tak?" Dia seolah -oleh mengambil berat kepadaku..'haishh hati jangan cepat cair pleasee'.. pujuk hatiku..
"Ha er ye Tuan, saya rushing sebenarnya sebab tu tak pandang benda lain dah..saya kena balik risau Aiman dekat rumah jiran..takut menyusahkan dia pulak" jawabku jujur..
Dia hanya mengangguk..aku berura-ura nak pergi dari situ sebab rasa macam tak selesa bila dekat dengan Tuan Kamal..tapi ade suara wanita memanggil membuatkan langkahku terhenti..
"Abangg , abang dekat sini rupanya ye? Penat tau tak pusing- pusing cari abang" lembut sahaja suara wanita dihadapannya itu marah..Nampak cantik dan comel dengan ketinggian ala model itu..nampak sesuai dengan Tuan Kamal..
"Errr maaf Tuan, saya minta diri dulu la..saya nak cepat" kataku meminta diri kerana wanita itu pandangku pelik..
'kau jangan harap la nak suka dekat Tuan Kamal tu Ainnur, cermin dulu diri kau' bisik hatinya..aku mengeluh dan berjalan ke kaunter untuk membayar selepas memastikan semua barang di ambil..
***
Setelah sampai di rumahku, aku meletakkan semua barang di dapur sebentar..Aiman telah memintaku untuk masak ayam goreng berempah macam hari itu..aku hanya tersenyum dan mengangguk..
Aku menuju ke bilik dan meletakkan barang peribadi ku di atas meja serta barang kolej..aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan solat maghrib..seperti biasa aku menyiapkan makan malam dan makan bersama dengan Aiman..
Aku mengambil kertas kerja ku untuk dibawa ke ruang tamu tetapi semasa aku mengangkat ada satu sampul tadi jatuh..aku kutip sampul itu dan duduk di birai katil..
Hatiku seakan berdebar melihat sampul itu..dengan lafaz bismillah..aku menarik keluar kertas putih dan melebarkan kertas itu untuk mudah di baca..
'KAU JANGAN FIKIR KAU AKAN TERLEPAS DARI KAMI..KAU TELAH MENYUSAHKAN HIDUP KAMI DENGAN BUDAK ITU..'
Aku terkejut kaku dan terbeliak mataku dan terus menggigil ketakutan lalu kertas itu jatuh ke lantai..dapat ku lihat cebisan seperti titisan darah di kertas itu yang berwarna merah tulisannya..
'Ya allah , aku nak buat ape lepas ni, otak aku buntu, aku berasa tak selamat sekarang' doaku pohon sambil air mataku mengalir..aku dapat rasakan orang itu dapat jejak dan mengesanku sekarang..aku dalam bahayaa..
Adakah aku perlu bantuan Tuan Kamal? Perlu ke aku hubunginya sekarang? "Tapi haishh ..tak boleh dah malam..tak baik mengganggunya..kau sabar dulu tenang dulu..esok kalau jadi apa- apa kau terus jumpa dia atau call dia' pesan hatiku..
Mood aku untuk menyiapkan kerja terus hilang serta merta..aku mengesat air mata dan melangkah keluar untuk ke ruang tamu untuk berborak dengan Aiman..aku telah membuat keputusan untuk....
"Aiman, akak nak tanya, kalau akak hantar aiman balik kampung akak nak tak? Dekat sana nanti Aiman ade kawan..adik akak ade dekat sana.." usulku kepadanya.
"Wahh kampung akak dekat mana? Aiman ikut je akak..Aiman tak kisah sebab nanti ada kawan" jawabnya riang..aku perlu selamatkan Aiman dulu sebelum 'mereka' dapat jejak Aiman..
Aku tersenyum kepadanya lalu mengambil telefon untuk menghubungi ayahku di kampung..aku mahu menceritakan segalanya kepada ayahku mengenai Aiman serta surat yang baru aku terima itu dan hasratku untuk meminta ayah dan ibuku menjaga Aiman..
Selepas berbincang dengan ayah..aku fikir untuk menghantar Aiman balik ke kampungku pada hujung minggu ni..Ayahku juga berpesan supaya berhati- hati dan terus call polis jika berlaku perkara tak diingini ..
Hatiku tenang sekejap selepas meluahkan segalanya kepada ayahku..aku menyiapkan diri untuk tidur..
*****
'haish kenapalah aku asyik teringat dan risau kepada dia? Takkanlah aku dah jatuh hati dekat dia? Aihh tak mungkin! Kata hati ku sambil mengelengkan kepala ketika baring di atas katil empuk itu dan mengelamun terbayang wajah Amira di pasaraya tadi seakan sedang takut dan panik..
"Tuk tuk"..ada orang mengetuk pintu bilikku yang terbuka..
"Abangg , abang mengelamun apa tu? Adik panggil banyak kali tak dengar..abang teringat dekat kakak cantik yang kita jumpa dekat Mall tu ke? Tanya adikku , Farhana..
" Eh Ana ni, terkejut abang..aihh mana ade abang fikir pasal dia" balasku...
"Eleh, tak mengaku konon..macam la adik taktahu..abang pandang akak tu waktu dia pergi macam ada pape je..tenung lama..Dahla jom kita makan, ibu dah panggil dah tu" Ana berasa menyampah denganku lalu meninggalkanku berlalu ke meja makan .
"Yelah yelah" jawabku malas sambil bangun dan berjalan turun ke bawah..
Ketika makan, Ana sudah mula memecahkan tembok kesunyian disitu dengan mengenakan aku..
"Ibu ayah, tadikan waktu kitaorang keluar pergi Mall , kitaorang terserempak dengan kakak cantik dan ayu je tengah bercakap dengan abang..masa tu dah la adik tengah risau pusing-pusing cari abang..rupanya dia tengah bercakap dengan kakak itu .."
Adikku sudah buka cerita..seperti biasa ibu aku akan tertarik dengan cerita adikku itu..
Adikku ni baru sahaja balik dari menyambung master in bussiness di London..sekarang tengah bercuti..jadinya dia pulang ke sini sebab rindukan familynya di Malaysia..Sorang lagi yang bongsu , Akhasyar sedang menyambung pelajaran di UKM dalam bidang engineering..Kiranya, aku la abang sulong ..
"Ouh yeke Ana? Macam mana rupa kakak tu? Katanya sambil mengerling ke arah ku sebelum memandang ke arah Ana..
' Ada la tu nak kenakan aku budak ini' getus hatiku semasa memandang Ana di sebelahku..
"Akak tu cantik ibu..dia tak berapa tinggi dan tak berapa pendek..sedang -sedang je..comel pun ada pakai tudung bawal..tapi yang adik pelik..kenapa dia panggil Abang dengan gelaran 'Tuan'? Soalnya sambil memandang ke arahku..Aku buat tak endah sambil makan..
" Ouh yeke..orang yang sama ke yang datang hari tu Kamal? Apa namanya, hmmm Amira kan Kamal?" Ibuku sudah pun menangkap cerita yang adikku sampaikan .. Ibu pula memandangku seperti menunggu jawapan dariku..Aku mengeluh sebelum menjawab pertanyaan itu..
" Ye ibu, Amira la..kenapa?" Tanyaku malas ..aku memandang ke arah ayahku yang sedang makan..sememangnya ayahku tidak suka makan sambil bercakap depan rezeki..perempuan di mana-mana sahaja boleh bergosip..itulah kuasa wanita kan..
Ibuku sudah senyum lebar seperti mendapat anugerah..apa entah yang di fikirkannya..
"Ibu rasa ada orang tu dah terpikat la dengan Amira la abang" kata ibuku mengejut kepada ayahku yang sedang makan..ayahku tersedak dan terbatuk disebabkan sapaan ibuku .
"Aihh awak ni..tersedak saya dibuatnya..awak jangan nak mandai- mandai..Kamal tak cakap ape-ape pun lagi..excited betul awak ni nak bermenantu..sabar la dulu" ucap ayahku..
Ibuku tarik muka sambil mencebikkan bibirnya mendengar kata-kata ayahku..Aku hanya diam dan makan sambil berfikir ' ibu tunggu aku kawin ke'..aku hampir terlupa umurku sekarang tidak la muda dah..sudah hampir menjejak ke angka 30'..
'Hmm tunggu jela jodoh datang sendiri' gumamku sendiri..
******
"Assalamulaikum acik Leha..saya datang nak hantar Aiman ni" aku memberi salam seperti kebiasaanku sebelum bergerak pergi ke tempat kerja..
" Waalaikummussalam..masuk la dulu Mira," pelawanya kepadaku ...aku hanya mengeleng ..
"Takpela acik, saya takut sampai lambat nanti sesak banyak kereta"..Aiman sudah pun masuk ke dalam sambil duduk di sofa untuk menonton televisyen siaran kartun..
"Ouhh takpa la kalau macam tu..hati-hati pergi kerja tu" ..aku senyum dan hampir terlupa aku mengata sesuatu kepadanya..
"Ouh lupa pula acik..Aiman minggu ni last saya hantar sini.. saya cadang nak hantar balik kampung..terima kasih ye acik sebab tengok - tengokkan Aiman..lagistu saya nak minta tolong sangat dekat acik untuk minggu ni, kalau ada orang datang cari saya ataupun Aiman ke acik kata tak kenal tau..minta tolong sangat acik" aku berusaha dan berharap dengan memujuk Acik Leha supaya dapat membantuku..aku taknak libat Acik Leha dalam kes aku ni..Cukuplah Tuan Kamal..
"Ouh okay ,acik faham..Mira jangan risau ye" katanya dengan lembut membuat hatiku lega..Aku bergerak ke kereta untuk pergi kerja selepas bersalam dan mencium kedua belah pipinya..
*****
Di Balai..
'Tuk tuk'...
"Masukk" kataku kepada orang yang mengetuk pintu bilikku..
"Assalamualaikum Tuan, Saya datang hendak memberi maklumat penting mengenai kes jenayah penculikan kanak-kanak..Setelah mendapat risikan daripada team risikan mereka telah mendapat maklumat mengenai Ketuanya Tuan..ini" Sjn. shafiq memberikan kepingan kertas yang berisi data maklumat Ketua geng itu..
Aku membaca dengan teliti ..nama serta maklumat lain..Rupanya mereka juga telah menjual organ kanak-kanak China serta menyeludup masuk Dadah secara haram ..
"Lagi satu Tuan, saya dengar dari bahagian risikan , mereka ada mengatakan bahawa Ketuanya akan pulang ke Malaysia setelah selesai urusannya di China dalam masa terdekat ini" aku terus menegakkan badan dan menjadi terus serius memikirkan kes ini ..Nampaknya tak lama lagi aku akan turun padang dan berperang..
"Okay baik.., saya akan menghantar maklumat ini di Bukit Aman..Kita akan tunggu arahan dari sana dulu...saya harap awak dan anggota lebih bersedia sekarang..sebabnya saya rasa kita semua akan terlibat dalam kes ini..kita akan turun ke 'medan perang'..suaraku tegas ..
"Baik tuan saya sedia..dan saya akan siapkan anak buah saya.." Sjn.Shafiq berkata dan melangkah keluar dari bilik itu..
*****
Aku berasa letih sikit pada hari ini..mungkin disebabkan banyak hal perlu diuruskan kehulur kehilir seharian..sibuk dengan meeting pensyarah lagi..
Aku masuk ke bilik air untuk mandi dan solat maghrib..aku berteleku di atas sejadah..aku terbayang balik waktu aku mahu pulang ke rumah tadi...
Aku merasakan keretaku diekori oleh sebuah kereta hitam sehinggalah sampai ke apartmentku ini..aku cepat-cepat berlari dan menyorok disebalik tiang di parkir..memang betul terdapat 3 orang lelaki keluar dari kereta itu sambil melangkah ke kereta aku..aku amati mereka dengan teliti,.. ye betul merekalah yang mengejar kami di Mall hari tu..Aku duduk disitu berdiam diri sehingga mereka pergi ..
Aku cepat berlari masuk ke lif dan ke rumah..aku dapat merasakan sekiranya aku tersilap langkah tadi mungkin nyawaku akan terkorban.
"Ya Allah, Kau Lindungilah HambaMu ni dari bala dan anasir jahat, Kau berikanLah aku kekuatan untuk Menempuh semua dugaanMu ini. Kau kirimkanLah seseorang yang dapat melindungiKu..Aminn" ..Doaku meminta pertolongan dari Yang Maha Esa..
Aku berehat di dalam bilikku ..mataku sukar untuk lelap kerana terbayang wajah mereka itu..mataku segar..Aiman sudah pun tidur di biliknya..Namun, aku rasa pelik kerana jam sudah dekat pukul 12 tapi ada orang datang sambil menekan loceng rumahku..' Tak mungkin ada tetamu datang malam-malam ni..pelik?..gumamku..
Aku melangkah perlahan ke arah pintu rumahku..aku lihat di cermin bulatku seakan 'teropong' yang ada pada pintuku..aku dapat lihat 3 orang lelaki memakai penutup muka hitam..semuanya serba hitam sedang menampal sesuatu di grill rumahku dan meletakkan satu sampul diselit disitu juga...
Aku ketika itu kaku..dan terus beredar masuk ke dalam bilik serta mengunci bilik..aku dapat rasakan satu badanku menggigil ketakutan untuk kali kedua ..air mataku turun automatik..aku dengan pantas membelek kenalan di telefonku..aku berfikir untuk meminta tolong..
Iye..hanya dia sahaja yang dapat membantu aku..aku taknak libatkan orang lain di dalam kes aku..bismillahh..
****
Psss ;) Nak tahu apa jadi.dekat Mira? Siapa yang Mira minta tolong? Kalau nak tahu dengan lebih banyak lagi..stay tuned okayyy..much love
Share this novel