Bab 41

Action Completed 25770

Pejam celik pejam celik,

Akhirnya majlis akad nikah pun tiba keesokan harinya...

Segala persiapan sudah siap..aku hanya termenung di jendela bilikku..Udara malam itu terasa berlainan sejuknya dan damai..Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkanku membuai perasaan..'Betulkah esok aku akan bergelar isteri orang?..Betulkah keputusanku menerimanya sebagai suamiku nanti?'..Bisik hatiku perlahan

Dalam hatiku sekarang perasaan bercampur baur..risau? Gementar? Takut semua ada..Aku seolah-olah masih tak percaya esok aku akan menamatkan zaman bujangku..

Tetapi sedikit sebanyak kehadirannya dalam hidupku membawa sinar dan perasaan yang aku tak pernah rasa selama ini..

'Usah kau risaukan semua ini..Terima lah semua ini sebagai jodoh dan takdir yang telah ditetapkan olehNya kepada kau..lagi satu ,setiap perkara pasti ada sebab dan HikmahNya..begitu juga dengan kejadirannya dalam hidup kau..Kau perlu percaya Dialah yang telah menghantarnya kepada kau supaya kau berasa selamat dan aman hidup dengannya kelak'..Bisik satu suara seakan memberiku semangat..

Ya! Aku perlu percaya perancangan Allah kepadaku..Tiba-tiba aku terfikir sejenak..Adakah semua bakal pengantin akan ada perasaan sepertiku sekarang?..Ataupun hanya aku saja yang berfikir macam tu..Adakah aku tak rela ? Ataupun masih tidak percaya dengan semua ini?..

'Ya, Allah kau tetapkanlah hatiku kepadaMu..Jauhkanlah kan ku dari bisikan syaitan yang boleh menyesatkanku dalam membuat pilihan'..Doaku perlahan..

Angin bertiup menyapa ke tubuhku..seakan memberi semangat untuk menerima kehadirannya dalam hidupku..

Aku kembali merenung jam di dinding bilikku.. hampir jam 11 malam..Lalu aku menutup jendela bilikku..dan bergerak ke katil..

Aku melabuhkan punggungku di birai katil..kelihatan bilikku di hias dengan cantik..Baju nikahku di renung lama yang di gantung di almari..Lalu pandanganku jatuh ke jari jemariku yang cantik dengan inai..Sungguh halus ukiran inai ini..

Fikiranku terbayang kembali peristiwa beberapa minggu lepas..di mana aku dan Tuan Kamal keluar bertemu janji untuk berbincang mengenai majlis ini serta wang  hantaran..

*******

Flashback,,

Makanan sudahpun sampai..Tuan Kamal meminta aku untuk menjamu selera dahulu sebelum sambung berbincang..Aku hanya menurut saja..

Selepas saja makan, Tuan Kamal bersuara sambil menyandarkan badannya di kerusi..

"Okay, saya harap awak luahkan apa saja yang ada dalam fikiran awak ..saya harap boleh selesaikan semuanya sebelum kita menikah..saya tahu awak tak berapa selesa dengan perubahan saya sekarang..tapi inilah kenyataannys ..saya tahu dari riak wajah awak ada macam-macam persoalan..so, please let me know your problem".. Katanya sambil memandang ke arahku..Suaranya lembut tapi ada ketegasan di situ..Suasana semakin serius..

Aku mengeluh perlahan cuba mencari keberanian untuk bertanya..Lalu aku mendongak memandangnya dengan lama..

"Okay, saya minta maaf..sejujurnya ..saya masih terkejut lagi dengan perubahan drastik Tuan..Tapi takpa saya faham semua ni jadi kerana nanti saya akan mula hidup dengan Tuan sepanjang hidup saya..Saya tak kisah dengan perubahan Tuan dan saya akan terima sikit demi sikit sehingga saya selesa..Satu saja persoalan yang saya simpan dan agak kurang selesa dengan keputusan tuan.. Di mana wang hantaran yang tuan berikan kepada saya"...Kataku sambil merenung meja makan..Rasanya sehingga tembus mungkin..Mataku tidak berani menentang matanya lama..

Telinga ku menakap keluhan yang keluar dari mulutnya itu..Aku sudah dapat agak reaksinya itu..Aku perlu teruskan ini ..

"Ouh saya faham perasaan awak sekarang..Jadi, sebab ni ke awak jadi pendiam?? Saya rasa pasal wang hantaran itu saya anggap itu sebagai hadiah untuk awak 'bakal isteri' saya..ye saya tahu jumlah itu sangat besar bagi awak..saya tahu pasti awak rasa yang saya sedang 'membeli' awak dari keluarga awak? Betul?..Tapi sejujurnya saya tak pernah fikir macam tu....saya anggap kehadiran awak sangat berharga dalam hidup saya..Tiada erti belas kasihan ataupun apa saja semasa saya tetapkan jumlah itu..Saya memang ikhlas dengan awak..Saya harap dengan duit itu boleh bantu awak untuk majlis kita nanti.Kalau awak tak boleh terima, awak simpan saja duit itu..saya takkan ambil kalau awak pulangkannya balik"..Katanya lagi..tapi suara kembali lembut ..

Suara yang menyapa itu seakan dapat membuatku lembut hati..Jantungku kembali berdetak biasa...Aku hanya diam membisu.. sehinggalah kami pulang..selepas itu, kami kembali macam dulu..tak pernah call ataupun chat bertanya khabar sehinggalah malam ni..

*******

'Bip' 'Bip'..

Notifikasi telefonku berbunyi memberi tahuku bahwa ada seseorang menghantar mesej kepadaku..Aku  jadi tersentak dari lamunan tadi..

Segera tangan ku mencapai telefon bimbit dan menekan chat yang masuk..

Mesej itu dari Tuan Kamal..

"Assalamualaikum awak, saya harap awak boleh buat keputusan dengan tepat sebelum menjelang esok pagi..Saya terima semuanya keputusan awak..Jika kita tiada jodoh, saya terima dengan hati terbuka..saya taknak awak  terima saya dalam hidup awak kerana terpaksa.."

Aku menghembus nafas supaya dapat bertenang..setelah beberapa minit..aku membalas chat itu..

"Saya terima Tuan kerana Allah.." balasku ringkas..

Hatiku berdengup kencang..jujur hatiku semakin percaya dialah yang ditakdirkan untukku..setelah ketulusan hatinya itu aku tahu..'Terima kasih Allah'..bisik hatiku..

Lantas aku bangun..berlalu ke bilik air untuk berwuduk..Aku menunaikan solat istikharah untuk kali terakhir sebelum aku menamatkan zaman bujangku..

Seusai itu, aku kembali ke katil untuk melelapkan mata..Berharap esok majlisku berjalan lancar..Mesej dari Tuan Kamal aku hanya biarkan saja kerana esok aku berjumpa dengannya..

******

"Aku terima nikahnya...." suara garau itu melafazkan akad dari tok kadi..Kedengaran semua tetamu mengucapkan 'alhamdulillah' setelah lafaz itu lancar..Ye! Dengan sekali lafaz aku kini sudah bergelar isteri kepada Tuan Kamal..Tidak dapatku bayangkan hari-hari seterusnya bersamanya..

Kelihatan Tuan Kamal bersalam dengan bapanya dan ayahku..Lalu dia bangun untuk melakukan solat sunat..Sebelum majlis diteruskan..

Aku mengelap air mataku ketika itu..hatiku sayu dan hiba..Ibuku mengusap perlahan belakangku supaya bertenang.. Setelah beberapa minit, Tuan Kamal datang merapati aku..bau wangiannya aku dapat bau ..sungguh nyaman ..Aku menunduk merenung lantai..

"Assalamualaikum isteriku"..Ucapnya perlahan seakan berbisik ..dia duduk menghadapku..Tanganku seakan menggigil dan sejuk..

Aku masih lagi menunduk..Tapi aku menjawab salam itu..

"Waalaikummussalamm suamiku"..Jawabku sambil mendongak sedikit..Terlihat senyuman manis diberikan kepadaku..Aku terpana seketika melihat senyuman itu..dan sungguh segak dia memakai baju melayu putih cream itu..

"Sayang, tutup mulut tu sayang"..Tegurnya sambil ketawa kecil..Mungkin aku terpana melihatnya sampaikan mulutku terlopong..

Kedengaran ketawa kecil dari ibuku serta ibu mertuaku..

"Kamal, janganlah usik isteri kamu tu..Kesian dia malu.. Dah-dah sarung cincin tu tetamu dah pandang kamu" Lembut suara ibu mertuaku menegurnya..

Lantas tangan kekar itu menarik tanganku lalu cincin disarung ke jari manisku..Aku pula mengambil dan menyarungkan cincin itu di jemarinya..

Aku menunduk untuk mencium tangan itu..sempat lagi dia berkata kepadaku dalam berbisik..

"Sejuknya tangan sayang"..tegurnya lagi..Aku yang dari tadi diam terus saja kaku mencium tangan itu..Gelak kecil dari lelaki itu membuatkan hatiku gembira dan lapang..

"Akakk, stopp jap..Ana nak ambil gambar"..Ana bersuara untuk menahan langkahku tadi..

Selepas gambar di ambil..aku mengangkat kepala..Sempat lagi Tuan Kamal mengenyit matanya kepadaku..'Amboi nakal ye Tuan Kamal saya ni'..geram jadinya..

Setelah bersalam dengan ibu , ibu mertuaku serta ibu saudaraku yang lain..Ana dan afiq telah diberi upah untuk menjadi 'photographer' ku..Macam-macam posisi kami kena dengar dari mereka..Ada saja mereka ni..Kalau tak ikut mula lah masing-masing nak membebel..

Sampai satu part di mana semua bakal pengantin akan lakukan ialah suami akan memeluk pinggang si isteri manakala si isteri memeluk belakang leher suaminya..menghadap satu sama lain..Dahi bertemu dahi begitu juga hidung kami berlaga..Hanya beberapa inci saja bibir kami akan bertaut jika salah seorang bergerak..Kami diam sambil berlawan mata..

"Sayang, cantik sangat hari ini..terima kasih terima abang dalam hidup sayang"..Suara itu menyapaku..

Badanku terus saja menjadi keras..Lidahku kelu..Dalam hati rama-rama dah terbang bebas..'Abang?..auchh sweetnya!'..bisik hatiku..

Selepas itu, kami bertukar posisi pula..posisi itu memerlukanku untuk berdiri membelakanginya..Dia memeluk pinggangku dari belakang..Dapatku dengar detak jantung itu..Keadaan ini sangat membuatku terasa nyaman dan selesa jika di peluk dari belakang..

"Sayang, peganglah tangan abang"..Katanya lagi di telingaku..Tanganku yang berada di sisi..terus aku angkat lalu menyulam jari jemari itu yang berada di perutku..

"Sayang, janganlah takut..abang tak buat apa-apa dekat sayang dekat sini..Tapi dekat bilik abang tak janji.."..tegunya lagi..mungkin merasa tanganku masih lagi sejuk..

Aku yang mendengar tadi..terus saja aku mencubit manja tangan itu..Dia mengaduh kesakitan..

"Aduh sakitlah sayang, sampai hati cubit abang"..Katanya sayu..' Aduh, boleh tahan manja suami aku ni!'..

Tiba-tiba aku teringat satu ceramah..'Jangan sesekali berbuat jahat dengan suami jika mahu menjadi bidadari syurganya'..Terus saja aku tersedar dari perilaku spontan itu tadi terus saja mengusap tangannya yang ku cubit tadi..
Tapi tadi aku buat jahat ke? Haih..

Selepas itu, kami bergerak ke meja makan untuk makan beradab..Alhamdulillah majlisku berjalan lancar dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai..Aku bersyukur segalanya di permudahkan..

******
Apakah yang bakal berlaku dalam hidup Amira selepas kehadiran suaminya Tuan Kamal..
Adakah bahagia bakal dikecapi mereka? Nantikan..

#jangan lupa baca novel saya sampai tamat ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience