Bab 38

Action Completed 25770

"Alhamdulillah, pinangan dah di terima oleh pihak perempuan..jadi, lepasni kedua- dua pihak boleh lah berbincang pasal majlis akad nanti..lagi cepat lagi bagus" Kata wakil ustaz yang menjadi saksi antara mereka...

"Baiklah, kalau macam tu mari semua jemput makan di luar..Ada jamuan sikit kami sediakan"Ucap ayahku ..

Mereka bangun lalu bergerak keluar dari ruang tamu ..Terdengar gelak tawa ayahku bersama 'bakal bapa mertua'ku ..Riak wajah mereka sangat gembira apabila sudah kenal antara satu sama lain..

Bilikku di ketuk, terjengul wajah ibuku serta wajah 'bakal ibu mertua'ku di muka pintu ..Mereka bergerak serentak..dapatku tangkap wajah Ana bersama melangkah dan beberapa juga mak saudaraku..

Mereka mendekati aku..lalu Datin Aminah melabuhkan punggung dan menggamit aku supaya duduk lebih rapat dengannya..Aku hanya tersenyum malu kerana terdapat flash dari camera  ...

Lalu tanganku di capai oleh Datin Aminah dan lantas dia menyarung cincin dan gelang di jari dan lenganku sebagai tanda..Akhirnya, aku sudah hampir menamatkan zaman bujangku..Ya! pinangan itu dari keluarga Tuan Kamal weyh..Hati dah bernyanyi lagu riang..huhu

Aku menarik tangan Datin lalu aku mencium lembut belakang tangan itu..Kelakuanku di tahan oleh Ana, katanya nak ambil gambar bagi dekat Abangnya..siapa lagi kalau bukan Tuan Kamal tersayang..'opss gatal kau eh!'..gumamku dalam hati..

Setelah itu, Datin memeluk eratku sambil mengucap terima kasih kerana menerima anaknya yang muka serius itu ..Lalu cepat saja bibir itu memberi kucupan di kedua belah pipiku..Aku hanya membalas sambil tersenyum manis..Sungguh hatiku merasakan bahagia kerana dikurniakan keluarga mertua yang sangat baik..

"Akak, jom tangkap gambar ramai-ramai"..Kata Ana kepadaku..Aku hanya mengangguk sambil tersenyum menandakan aku menyetujuinya..

"Kejap, akak panggil adik akak,Afiq dekat luar nanti akak mintak tolong dia tangkapkan gambar kita"..kataku lalu bergerak mencari adikku di ruang tamu..

Ketika itu, aku perasan adikku sedang melintas di ruang tamu sambil memegang pinggan kosong untuk di bawa keluar..Lalu aku memanggilnya sebentar..

"Afiq, boleh tak tolong akak tangkap gambar akak dengan family Tuan Kamal dekat dalam bilik?..tapi afiq pergilah hantar dulu pinggan kosong tu..lepastu masuk bilik akak ye.." kataku perlahan seakan berbisik kerana ramai orang yang memandang ke arahku..mungkin aku lawa?..haha perasan lebih!

"Okay kak..kejap eh kak..akak masuk dulu..satgi afiq masuk bilik akak okay".. Jawabnya lagi..sambil bergerak ke luar rumah..

Di luar dapatku perhati, sungguh ramai tetamu..Sebenarnya, ayahku telah menempah 2 buah khemah untuk majlis ini..takut tidak mampu menampung tetamu walaupun rata-rata mereka saudara mara aku serta keluarga Tuan Kamal..

Terus aku melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di tempat tadi iaitu di antara ibuku dan bakal ibu mertuaku..

"Auntie nak berterima kasih dan bersyukur sangat sebabnya Amira dapat menerima Kamal dalam hidup Mira walaupun wajahnya jarang menunjukkan di suka kan Mira..Tapi auntie sebagai ibu kepadanya, auntie tahu dia menaruh hati dekat Mira..setiap tingkah laku dia auntie perhatikan.."..Kata Datin Aminah sambil mengelus jari jemariku lembut..

Aku hanya tertunduk malu..

"Betul kak, Ana tahu Abang minat dan sukakan akak..tapi dia mungkin tak tahu cara nak luahkan..yelah, muka asyik nak serius je..lepastu tegas semacam manalah tahu pasal hati ni kan kak?..kata Ana sambil ketawa kecil..

Aku hanya tersenyum sambil mengangguk..menandakan meng'iya'kan kata itu..

"Cantik Mira harini, untung saja Kamal dah cop dulu..kalau tak melepaslah dia..hehe"..ujar Datin lagi sambil mengusikku..

"Hehe, takdelah auntie..Mira biasa je"..Ucapku malu..hatiku dah mula debunga dah terbang tinggi mendengar kata-kata itu..

Bilikku di ketuk, Adikku bergerak masuk..camera Nikon yang berada di Ana sudah di hulur ke Afiq..Lantas, afiq menerima huluran dari Ana..Dapatku perhati mereka seakan malu-malu di antara satu sama lain.. Nasib, Afiq pandai 'cover' malunya lalu meminta kami duduk rapat untuk mengambil gambar..

Sebenarnya bilikku sudah di hias seperti bilik pengantin..Aku mulanya pelik dengan sikap mak-mak saudaraku yang rajin menghias bilikku..Simple dan cantik..

'Klik', 'Klik,..

Beberapa gambar telah di ambil..

"Ana, nanti bagi akak juga ye gambar tu..akak nak cuci nak simpan jadi kenangan.." kataku lagi sambil memandangnya..

Di dalam gambar itu terserlah riak bahagia dia setiap wajah mereka..termasuk wajahku..seperti berseri -seri..Tersenyumku melihat gambar yang telah di ambil..

Kemudian, setelah bergambar..kami bergerak ke luar di ruang tamu untuk menjamu selera..Kami makan dengan berselera sekali..terlihat Datin Aminah menambah nasi dan lauk..Katanya sedap masakan kampung..Ibuku tersenyum manis..

Terlihat keakraban mereka ketika bersembang..aku sangat bersyukur kerana Datin tidak pernah memandang jelek ke keluarga kami yang hanya hidup sederhana ini..sungguh baik dan mulia hati mereka..

********

Di luar rumah,

'Bukk'..

Hampir terjatuh Ana ketika Afiq hampir melanggar tubuh kecilnya itu..Nasib sempat sambut tangannya..

"Ehh, awak saya minta maaf sebab tak perasan.." Kata Afiq dengan laju apabila dia merasakan telah melanggar seseorang di belakangnya..

Ana mendongak melihat gerangan yang melanggar tadi..terus saja tertunduk malu ..mungkin segan melihat lelaki itu yang memandangnya..

"Err, tak pa..saya pon tak perasan awak dekat situ tadi"..Kata Ana sambil menunduk..Walaupun bahunya terasa sakit sikit tapi tidak dihiraukan kerana hatinya kini berbunga kerana bersua muka dengan lelaki itu .

" Betul ni?, Saya Afiq Iskandar..adik Akak Mira ..Awak adik Tuan Kamal ye?"..Soal Afiq sambil memulakan perbualan..Hatinya juga turut gembira kerana dapat bertemu depan dengan wanita itu..

"Ouh ye betul, Saya Ana Farhana.." jawab Ana ringkas..kerana Ana perasan ada juga yang memerhati kami..

"Ouh, ye..nice name..awak dah makan ke?" Soal Afiq tanpa rasa segan

"Err, yee thanks..makan? Belum lagi..saya saja nak menjenguk keadaan luar sambil itu lihat ayah saya di luar".. Ujar Ana sambil memandang ke arah ayahnya yang rancak bersembang di meja makan..

"Ouh yeke..Awak nak apa? Saya boleh sendukkan.." Tanya Afiq lagi..Matanya juga kembali terarah ke wajah Ana ..'Comel saja'..getus hati kecil Afiq..

"Err..takpelah awak..menyusahkan awak je..saya boleh ambil sendiri"..Kata Ana lantas mengambil pinggan kosong dan menyenduk nasi putih ke dalam pinggan itu..

"Err, kalau macam tu..saya ambilkan awak air ye"..Kata afiq lagi..Kelihatan Afiq sedang berusaha ingin mengenali wanita comel itu yang sudah memikat hatinya..

Selepas saja Ana mengangguk, laju saja langkah Afiq mengambil cawan berisi air untuk Ana..

Kemudian, Afiq melabuhkan punggunggnya bersama dua cawan berisi air..satu untuk Ana lagi satu untuknya..Ana memandang pelik wajah lelaki yang sedang berada di depannya itu ..

"Err, awak saya seganlah kalau awak tengok saya makan..Awak tak makan sekali?" ..Ana kembali bersuara..Nasi itu masih belum sempat di jamu..

"Err..sorry ganggu awak..kejap lagi saya makan..sebabnya kejap lagi saya banyak keje"..Jawab Afiq serba salah.

"Laa takpelah awak..awak tak ganggu pun ..awak pergilah amik makanan , boleh makan sekali.." kata Ana lagi..

"Hmm, awak tak kisah ke saya makan dekat sini? ..mana tahu awak tak selesa ke dengan saya"..jawab Afiq sambil mengusap belakang lehernya..

"Eh, takpelah..saya tak kisah awak pergilah ambil sana..nanti ramai orang..saya tunggu dekat sini"..

"Okay, kejap ye"..kata Afiq bingkas bangun dengan cepat takut ramai orang..Ana yang melihatnya rasa terhibur sambil tersenyum ..

Setelah Afiq mengambil makanan dan berlalu duduk di hadapan Ana..Afiq membaca doa makan dan di aminkan oleh Ana..seusai makan mereka berborak tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya..Tampak mereka berdua semakin selesa dengan keadaan sekarang..

*******

Pada malam itu,

Aku telah menerima call dari Encik Tunang a.k.a Tuan Kamal..Terpaksalah aku melangkah menuju ke bilik ..Di luar keluarga Tuan Kamal masih lagi berada di ruang tamu..selepas isyak mereka aku berangkat pulang ke homestay yang telah di sewa..

Aku menekan button hijau lalu melekapkan  telefon di telingaku..Salam di beri..

"Assalamualaikum err Tuan," sapaku dengan gugup..terasa lain pula apabila sudah bergelar tunangnya..

"Waalaikummussalam..ganggu Mira ke?"..tanyanya

"Err tak ganggu pun..Mira dekat luar tadi dekat ruang tamu" jawabku lagi..
Hatiku masih lagi berdebar menanti suara itu..rasa seperti dekat saja..

"Ouh, yeke..boleh kita borak sekejap? Mira dah makan?"..Soal Tuan Kamal lagi..

"Haa aah ye..boleh je..dah makan tadi dengan mak ..Auntie dan uncle pun ada sekali tadi"..Jawabku lagi dengan suara riang..

"Ouh..ibu ayah saya ada lagi dekat rumah awak sekarang?"..

"Ye Tuan, ada lagi..mungkin lepas isyak baru mereka balik homestay..Ayah saya yang tahan family Tuan..suruh rehat dekat sini dulu" kataku lagi sambil bermain cincin di jariku..

"Ouhh yela ..tak pelah kalau macam tu..saya cuma cakap terima kasih dekat awak sebab sudi terima pinangan saya dan maaf sebab saya tak dapat hadir..sebabnya malam tadi saya adi operasi".. Ujarnya

"Err, s-sama-sama t-tuan, eh, takpa tuan..saya tahu tuan sibuk dengan kerja..jadi, saya tak kisah..hmm, s-saya p-pun nak cakap t-terima k-kasih sebab terima saya dalam hidup Tuan"..kataku sambil gagap..

Aku memegang dada, jantung mengepam darah dengan laju..Dup Dap Dup Dap..

"Haha, kenapa awak gagap?..Comel lah awak ni ..ye sama-sama ..saya terima awak dengan hati terbuka ..harap hubungan kita ke jinjang pelamin..Maaflah selama ini buat awak gerun tengok saya..tapi percayalah awak juga yang buat saya lembut hati terima awak".. Terdengar gelak halus ..Aku yang dengar tadi terus memerah pipi..terus darah sebu..

"Err, hehe.." itu saja respon dariku..Aku jadi tak terkata..sebabnya hati dah rama macam nak terbang tinggi je ni..

"Saya tahu pasti awak terasa dengan saya selepas kes itu..tak balas chat awak..betul?"..katanya lagi..

"Hmm, ye tuan".. beraniku menjawab..ingin mendengar jawapan darinya..

"Saya minta maaf sebab tak balas chat awak..ada sebabnya..inshaAllah..lepas dah halal nanti saya bagitahu ye.." Katanya lagi..

Kami berborak panjang sehinggakan masuk azan isyak..lepastu aku menamatkan perbualan kerana ingin berjumpa dengan Auntie dan Uncle sebelum mereka pulang ke homestay..

******

#maaf readers, semalam tak sempat nak update sebab terlelap..huhuhu.sorry ye guyss..muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience