Tepat jam 8 malam, kami selamat sampai ke Villa mewah milik keluarga Tuan Kamal..Kami telahpun menunaikan solat maghrib di hentian rehat..Tuan Kamal meminta aku untuk menginap malam ini di Villa itu..mungkin dia risaukan aku letih dengan keadaanku sekarang kot..mungkinlah..Aku hanya menurut saja..
Aku disambut baik oleh Datin dan Dato..
"Macam mana Mira boleh kena patuk ular ?..Mira tak perasan ke?"..soal Datin Aminah risau melihatku jalan perlahan ke arahnya..Datin Aminah terus berjalan laju ke arah dan memaut tanganku untuk membantuku berjalann..Jadi segan aku dibuatnya..Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaan itu.. tapi sempat ku memandang wajah itu dengan dahi berkerut ..
'Mana Auntie tahu pasal ni eh?'..soal hati kecilku
Tubuhku dipeluk erat olehnya ...Aku hanya membalas pelukan sambil tersenyum..
"Pasti Mira pelikkan mana auntie tahu pasal ni..tentulah dari Kamal"..adunya kepadaku ...aku hanya mengangguk faham dan sempat menatap wajah serius itu..
"Meh Auntie tolong Mira masuk ke dalam"..katanya lagi..lalu aku menjawab..
"Ehh takpela Auntie..Mira boleh jalan lagi tapi slow la.."jawabku sambil tersengih malu kerana ada dua pasang mata lagi yang memerhati tingkah kami..siapa lagi kalau bukan Uncle dan Tuan Kamal..
Ketika aku sampai di sofa empuk tu..Datin telah membantuku untuk duduk di situ..Kelihatan di muka pintu, Tuan Kamal sedang mengangkat beg bagasi kepunyaannya dan kepunyaanku..Aku bertambah segan..
'Baiknya lahai Tuan Kamal ni walaupun nampak tegas..rajin tolong aku angkat beg..dahlah dekat kmpung dia angkat..sampai sini pun dia angkat juga..segannyaa',..bisik hatiku sambil memandang ke arahnya..ketika dia sibuk mengangkat beg sempat lagi dia membalas renunganku..terus aku menunduk..'kantoii mengusyar dia..huhuhu'
"Mira malam ni tidur sini dulu ye..tidur bilik bawah jela ye..kesian dekat Mira kalau nak naik atas..kaki tak okay lagi kan? ..Macam mana boleh kena ni Mira?''..Soal Datin untuk kedua kalinya..Aku terus memandang wajah itu yang sedang memandang pelik ke arahku..
"Err hehe..waktu itu Mira dekat kebun Abah mira...Tuan Kamal pun ada sekali sebab nak tengok ada buah tak disana..Kami berpecahlah sebab nak kutip buah durian..Ketika Mira sedang leka mencari buah, Mira tak perasan ada ular dekat dalam semak sebab kebun tu dah lama Abah tak uruskan..jadi rumput panjang ..waktu Mira nak melangkah tiba-tiba rasa ada sesuatu patut betis lepastu Mira pandang bawah rupanya ada ular sedang 'menyusur' dekat dengan kaki Mira..masatu mira dah kaku sendiri dan menggigil satu badan..lama sikit ular tu dah takde..disebabkan bisa tu.. terus kaki Mira rasa kebas dan badan Mira terus jatuh rebah dekat situ.. sempat jugaklah Mira jerit panggil Abah dan Tuan Kamal..Syukur Alhamdulillah Tuan Kamal terus datang lepas dengar Mira jerit..dan Tuan Kamal jugaklah yang bawa Mira ke klinik.."Aku bercerita panjang ke Datin ..
Kelihatan wajah itu serius mendengar ucapanku..dalam masa yang sama, dapat ku rasa dua pasang mata milik Tuan Kamal dan Uncle memandang kami..Pasti mereka turut dengar cerita yangku sampaikan kepada Datin..
"Mira, sangat berterima kasih dekat Tuan Kamal sebab dia banyak bantu Mira..Mira jadi terhutang budi kepadanya"..Sambungku lagi..Sejujurnya ucapan itu luahan dari hati..Aku memang rasa diri ni banyak menyusahkan Tuan Kamal dan Familynya..
"Ehh, takpelah Mira..Kamal pun takde pilihan lain kan selain bantu Mira..takkan dia nak biarkan Mira macam tu kan? Semua berlaku ni dah takdir kamu..inshaAllah ada hikmahNya"..katanya lembut membuatku tersenyum manis ..lembut hatiku dengar kata-kata itu..
"Err..Ibu dan Abah Mira kirim Salam dekat Uncle dan Auntie..Kalau ada lapang, datanglah sana"..ujarku lagi..sebab baru teringat pesan dari kedua ibu bapaku..
"Waalaikummussalam, ibu abah Mira sihat? InshaAllah kalau ada masa kami pergi ke sana ye...Mirakan tahu..Uncle kan selalu je busy dengan bisnes dia..sampaikan jadual harian tak betul"..katanya lagi sambil menjeling ke arah suaminya..Kelihatan suaminya hanya tersengih mendengar ucapan itu..
Aku turut tersenyum memandang mereka berdua..walaupun sudah berusia ..tapi kasih sayang antara mereka tetap utuh seperti ibu bapaku..Aku sangat bersyukur kerana hidupku di kelilingi dengan manusia yang baik dan penyayang..
"Takpelah Mira, jom auntie hantar Mira ke bilik hujung tu..Pasti bibik dah siap kemas..kamu perlu banyak rehat..mesti letihkan perjalanan jauh .." Datin bersuara lagi..
"Ehh takpelah auntie..Mira boleh jalan lagi..kalau Auntie asyik tolong je..macam mana kaki Mira nak sihatkan? Mira takdelah letih sangat sebab Mira duduk teman je..yang letihnya Tuan Kamal la sebab dia memandu lama"..kataku lagii sambil tersengih..
"Takpelah..biar auntie tolong.." ujarnya lagi sambil berdiri lalu menarik lenganku..dengan terpaksa aku hanya menurut..
"Haa Kamal, termenung apa lagi..tolong bawakkan beg Amira masuk dalam bilik..lepastu kamu pergi mandi rehat sekali..esok dah start kerja kan?"..Suara datin memberi arahan kepadanya anaknya itu yang masih lagi merenungku..
Aku sudah jadi lali dengan renungan itu tanpa gelabah..terus aku balas pandangan itu.. Kelihatan Tuan Kamal tersedar dari lamunan dan terus mengangguk perlahan kepalanya..Dia bergerak ke beg dan mengikut jejak langkah kami masuk ke bilik itu..
"Mira pergilah mandi lepastu rehat la ye..Mira dah makan kan? "..soal Datin Aminah apabila sudah melabuhkan punggung di birai katil..Aku berada di sisinya sambil tersenyum dan mengangguk..
Tuan Kamal pun masuk sekali ke dalam bilik itu lalu meletakkan beg bajuku di tepi dinding di muka pintu..lepastu dia berdiri tegak di tepi pintu seakan menunggu ibunya..
"Mira rehat cukup-cukup malam ni ye..esok baru Mira balik ke rumah sewa kawan Mira ye"..nasihat yang diberi aku hanya mengangguk faham..Lalu Datin berdiri dan terus bergerak ke muka pintu..Sebaik sebelum pintu itu ditutup rapat terdengar suara garau berkata kepadaku..
"Jangan lupa makan ubat doktor bagi"..Suara garau itu seakan mengingatkan aku sambil kedengaran tegas..aku hanya tersengih ke arahnya..Datin Aminah yang berada di sisiny itu terus menepuk kuat lengan Tuan Kamal..
"Apa kamu ni..asyik nak beri arahan saja ..cuba la berlembut sikit dengan Mira..apa kamu tak nampak Mira tak sihat..isshh kamu nii". Marah Datin kepadanya..
Aku yang masih di birai katil tergelak halus melihat gelagat anak dan ibu di muka pintu..kelihatan Tuan Kamal menyapu lengannya mungkin terasa pedih disebabkan tamparan dari ibunya..sempat lagi aku mencelah..
"Hehehe..takpelah auntie..saya dah biasa dah dengar suara tegas Tuan Kamal itu..saya tak kisah"..jawabku sambil tersisa gelak tawa dibibirku..Mata helang itu kembali menghala ke wajahku..Aku hanya tersenyum manis ke arahnya..
"Dah-dah jom kita keluar..kesian Mira nak rehat..Mira jangan lupa kunci pintu ye.."..kata Datin lagi sambil menarik pintu rapat..lalu aku bangkit memunggah beg bagasi bagi mencari tuala dan pakaian untuk di pakai..sebelum melangkah ke bilik mandi aku mengunci dahulu pintu bilik utama..
*********
Seusai aku membersihkan diri dan solat isyak..aku membaringkan tubuhku di atas katil empuk itu..Aku membelek telefon..lalu aku membuka aplikasi WhatsApp..terlihat chat dari ibuku serta dari rakanku..Qistina..yang bertanya keberadaanku sekarang...
Aku menjawab dahulu chat dari ibuku lalu aku terus menelefon Qis kerana aku malas nak bertaip panjang dengannya yang banyak tanya tu.
"Hello assalamualaikum Mira..kau dekat mana weyhh"..suara kuat itu berkata dahulu sebelum sempatku menjawab salamnya..aku mengeleng kepala ketika itu..
"Waalaikummussalam Qis..aku sekarang dekat rumah Tuan Kamal lah..Aku lupa nak bagitahu awal dekat kau..sekarang baru ada kesempatan lagipun sekarang keadaan aku tak mengizinkan aku balik rumah sewa kau sekarang"..jawabku
"Ouh yeke..lama aku tunggu kau..yelah kau kata nak balik sinikan lepas balik dari sana..takpelah kalau dekat sana..Aku pikir ada pape la jadi dekat kau sebab tak sampai-sampai sini lagi..".. Suara Qis jadi semakin kendur apabila mendapat keberadaanku..
"Hehe..Sorry Qis..aku lupa nak bagitahu kau..Jangan risau, esok aku balik sana..bilik aku dah ada kan?."kataku sambil menyoalnya kembali..
"Haa okay-okay..bilik kau ada dah kemaskan dah..ehh japp tadi kau kata keadaan kau sekarang tak mengizinkan kau balik sini? Maksudnya?..katanya blur dengan nada pelik..
"Esok aku cerita eh tapi yang penting aku balik sana ..jangan risau.." jawabku ringkas..
"Haa yelah esok cerita eh..aku tuntut..esok pagi aku ada dekat rumah..aku tunggu kau okay.."..katanya lagi sambil mengugut..aku tergelak kecil mendengar suara tu..
"Haha yelah..esok aku cerita okay..ehh esok kau tak kerja ke?"..soalku kembali..
"Esok aku takde kelas mengajar pagi..tengahari sampai petang je..okaylah weyhh..nanti call lagi ye..Tunang aku dah sampai..nak keluar makan jap..Kau rehat okay..esok jangan lupa balik pulak"..katanya lagi..
"Haa okay oraitt..amboii keluar makan ye..untunglah..hati-hati keluar tu"..kataku sambil berpesan..
"Untung apanya, biasa jelah..kalau kau nak rasa ..kau ajak la Tuan Kamal kau tu keluar makan ..hahaha ..aku gerak dulu ye..baii assalamualaikum"... jawabnya.. Sempat lagi dia kenakan aku..
"Ahhaha ..macam-macam lah kau ni..okay-okay baii walaaikummussalam"..jawabku lantas menekan button merah ..
Aku berura-ura ingin tidur...aku mengecas dahulu telefon dan bergerak ke suis lampu dan tekan..Bilikku jadi gelap..aku yang sememangnya letih itu terus saja terlelap dan lena..
********
Apakah akan terjadi lepas ni?
#jangan lupa baca sampai habis..sebabnya lepasni akan berlaku tragedi dalam hidup Amira..stay tuned okayyy
Share this novel