Beberapa minggu kemudian,
"Assalamualaikum sayang"..
Salamku berikan apabila kaki melangkah masuk ke dalam rumah..Jam di kerling..
'hmm, ada banyak masa lagi ni..boleh la siap-siap'..detik hatiku..
Kakiku melangkah menuju ke dapur apabila salamku tak bersambut..Kelihatan susuk tubuh isteriku sedang mengemas sambil memasang radio dan bernyanyi..
'ouh, patutlah tak dengar rupanya dengar lagu lepastu menyanyi sambil mengemas dapur ye..Siap diaa..hehe'..Otakku sudah fikir plan untuk mengejutkan isteriku yang sedang leka..
Suara isteriku masih lagi bernyanyi lagu..
Lihat awan disana
Berarak mengikutiku
Pasti dia pun tahu
Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani
Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakini ku bila sendiri
Hati bagai langit berselimut kabut
Ohh..denganmu..
Nyanyiannya semakin rancak sambil badan itu bergerak mengikut rentak..Aku berjalan terjengkit kaki perlahan sambil tersengih nakal ..
Baahhh!!
Sergahku sambil memegang lembut bahu itu ..Aku tergelak kuat apabila melihatnya melatah kuat sambil kaku..
"Oi mak kau jatuh"..Terkeluar suara latah dari isteriku..Aku masih lagi tidak dapat mengawal ketawa ku...Lantas, tubuh itu berpusing menghadap aku.
Lalu tangan itu terus mencubit perutku dengan mata memanah memandangku..Aku terus mengaduh .
"Aduhh, sakitlah sayang!"..Kataku sambil mengusap perut..Sakit doh!
"Haa padan muka, siapa suruh sergah sayangkan..Lain kali buat la lagi kalau nak kena cubit"..ujarnya sinis sambil memberi amaran ..Wajahnya tampak garang..
"Yelah, abang minta maaf..Yelah, satu lagi salah sayang lah..Puas abang bagi salam tapi takde orang menjawab..Rupa -rupanya 'orang tu'Â tengah dok menyanyi sambil menari..So, apalagi abang pun sergah lah sayang..hehe"..
Aku dengan cepat memeluk erat pinggang itu untuk memujuknya..Kemudian, pipi gebu itu aku kucup lama..Aku rindu bau isteriku!
"Yeke? Yelahh, sorry abang..sayang tak perasan!"..Jawabnya sambil membalas pelukanku..
Aku tersenyum lebar mendengar suara itu..Lantas, aku leraikan pelukan dan mengenggam erat tangan itu .
"Sayang, dah siap kemas ke? Kalau dah jom kitaa.." ujarku..
"Ehh, nak kemana pulak? Sayang ada lagi kerja nak kemas ni..Abang jangan macam-macam ye..Masih petang lagi!"..Jawabnya
"Eh sayang ni fikir apa hmm? Sayang mesti fikir lain kan? Betul kan?"..aku mengacahnya..
Muka itu bertukar rona merah..mungkin malu ..haha
"Mana ada!"..Jawabnya tegas..
Aku seakan terhibur melihat reaksi itu..Lantas, aku menghamburkan ketawa ..
Dalam seumur hidup aku, tak pernah lagi aku ketawa banyak dan rasa happy seperti sekarang..
Muka itu sudah mencebik dan masam apabila melihat aku ketawa kuat..Aku tergeleng melihat telatah isteriku yang merajuk seperti budak-budak..
" Yelah-yelah..abang cakap terus jela..Karang tak pasal-pasal abang kena tidur luar pulak!"..Katanya geram..
"Okay-okay..Abang rasa sayang terlupa sesuatu..Sayang mesti tak ingatkan yang malam ni ade 'majlis makan malam' dekat hotel Marina..Sayang ingat tak?"..
"Ouhh, Ya Allah..Nasib baik abang ingatkan..Patutlah abang balik awal hari ni..Sorry abang, sayang terlupa..hehe"..Jawabnya sambil tersengih..
Aku hanya mampu mengeleng kepala..
"Takpelah kalau macam tu, ni abang ada beli baju untuk sayang pakai malam ni ...harap muat lah"..Kataku sambil menghulur beg baju..
"Okay abang..terima kasihh..muahh"..Katanya sambil menghadiahkan kucupan di pipiku..
Aku mula tersenyum nakal..Lalu aku menariknya untuk naik ke bilik bersamaku .
"Eh eh, abang nak bawak sayang pergi mana lagi ni..sayang ade kerja sikit lagi belum siap..abang pergilah rehat dulu"..rungutnya tapi kaki itu tetap mengikut langkahku..
"Memang abang nak rehat la ni..Tapi abang nak rehat dengan sayang..best sikit..Kerja sikit tu nantilah sambung ye sayang"..Kataku sambil tersengih..
Isteriku hanya mampu mengeleng kepala melihat tingkahku..Dulunya pendiam dan tegas tapi kini seorang yang manja dengannya..Sah! Dah angau dengan isteri sendiri..hehe
********
"Ya Allah sayang! Cantiknya..Kenapa cantik sangat sayang malam ni?"..
Tegur satu suara dari arah belakang..
Lantas, dapatku rasakan pinggangku di peluk erat dari belakang sehingga dapatku bau wangian yang suamiku pakai..
"Cantik apanya abang, biasa je .Btw terima kasih abang beli dress ni..Cantik sangat..sayang suka..Pandai abang pilih!"..Ucapku sambil memusing mengadapnya..
"Isteri abang ni dah memang cantik..bila pakai baju ni lagi bertambah cantik..Abang macam takut pulak nak lepaskan isteri abang ni keluar malam ni..Risau ade orang mengorat pulak!"..Rungutnya sambil muncung..
Pipi itu aku pegang..Mataku menatap sepasang mata coklat miliknya..
"Abang, jangan risau okay..Hati sayang cuma ada abang je tau..Hanya ada nama Tuan Kamal..!"..Pujukku sambil tersenyum manis..
"Hmm, yelah-yelah..Okay abang percaya sayang..Tapikan sayang..Semejak dua menjak ni sayang makin tembamlah ..Buat abang geram je!"..ujarnya sambil mencubit pipi gebu ku ..Sakit woi!.
Aku mengaduh kecil sambil menyapu pipiku..Lantas, seulas bibir milik suamiku mendarat di pipiku yang sakit tadi..'Pandai pujuk balik ye!'.
"Haihh, dah-dah makin lama borak makin lambatlah kita nak sampai nanti..!"..Ujarku sambil menolak tangan itu dari memeluk pinggang rampingku..
Terus sahaja aku menilik pakaian di tubuhku untuk terakhir kalinya sebelum bergerak ke venue party itu dia adakan..
Perjalanan memakan masa dalam 40 minit..
Semasa perjalanan itu, suamiku tak putus-putus bagitahu supaya jangan pandang orang lain..takut orang mengorat..
'Kalau macam tu..Abang simpan jelah sayang dekat rumah..kan lagi senang!'..Gumamku dalam hati.
Setelah selesai memarkir,.
Kami melangkah masuk ke dalam dewan..Aku memeluk erat lengan suamiku..
Kelihatan dewan itu sudah di banjiri oleh semua anggota dan pegawai polis yang terdiri dari rakan suamiku..
Suamiku membawaku ke meja yang telah di label oleh mereka iaitu 'VVIP'..Meja itu menempatkan pegawai tertinggi sahaja..
"Sayang duduk sini dulu ye..Abang nak jumpa kawan abang sekejap"..Katanya berbisik sambil mencium belakang tanganku..
Aku hanya mengangguk..Sambil menunggu mataku melilau melihat sekeliling dewan..Sungguh meriah..Aku hanya sekadar senyum dan menunduk apabila mata bertembung dengan orang lain ..
Lantas , terdengar suara juru acara berucap..Aku mengalihkan pandanganku ke arah pentas..Lampu yang tadinya cerah terus saja gelap..Hanya 'spotlight' saja yang menyuluh juru acara tadi..Suamiku sudahpun melabuhkan punggung di kerusi sebelahku..jari jemari kami menyulam antara satu sama lain..
"Assalamualaikum, Selamat datang saya ucapkan kepada semua ..saya merupakan juru acara anda semua pada malam ini..Oleh, itu sebelum kita mulakan acara ini..Marilah kita mendengar kata alu-aluan serta ucapan ringkas daripada barisan pegawai tertinggi kita..Yang pertama, Kita mempersilakan Tuan Kamal selaku pegawai anggota untuk memberi sedikit ucapan..Dipersilakan"..
Aku yang dengar tadi terkaku sekejap..
Dengan spotlight menyuluh ke arah kami..
Terus saja lenganku di tarik..Suamiku tersenyum manis lalu mengangguk ke arahku supaya mengikutnya naik ke pentas..
Aku terus malu hanya mampu menunduk kepala apabila berada di pentas..Mulalah suamiku berucap..
"Terima kasih kepada juru acara kita..Dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua anggota, tuan-tuan dan puan-puan kerana dapat hadirkan diri untuk memeriahkan lagi majlis ini..Selamat menjamu selera dan sebelum saya mengakhiri ucapan ini..Saya ingin menjemput semua untuk hadir ke majlis walimatulurus saya dan isteri di Villa pada hujung bulan ini..Semua di jemput hadir ..Sekian saja dari saya..Terima kasih dan selamat menjamu selera semua.."
Bergema tepukan gemuruh di dalam dewan..Aku yang tunduk sikit tadi mendongak menatap wajah itu yang sedang senyum manis memandangku.
Kepala itu di angguk dan mulut berkata 'jom' mengisyaratkan supaya aku mengikutnya melangkah turun dari pentas..
Aku juga terdengar orang mengucap 'tahniah' ketika kami melintasi meja mereka..Aku hanya tertunduk malu..'Allah segannya aku..boleh pulak laki aku ni jemput dekat atas pentas..fikir bagi kad je..Haih macam-macam lah laki aku ni..Nasib baik sayang!'..Bisik hatiku..
"Sayang..ouh sayangg!"..Panggilnya berbisik...
Aku yang termenung tadi terus saja tersedar lalu memalingkah wajah memandangnya..
"Ye abang"..Jawabku berbisik juga..
Sebenarnya, sekarang ni di atas pentas berlangsungnya acara tarian dari anggota wanita..jadi, suasana sangat kuat dengan lagu tradisional ..Terpaksa aku berbisik dengannya..
"Sayang termenung apa tadi..Abang tanya sayang nak makan apa? Abang boleh sendukkan"..Tanyanya sambil merenung wajahku..
Wajah tampan itu aku tatap puas..Kenapa baru sekarang wajah itu sangat tampan apabila berbisik..Sungguh beruntung aku dapat memiliki dia ..
"Takpa abang..Nanti sayang senduk sendiri"..Jawabku setelah menilik wajah itu..
Niat hati ingin saja mencium pipi itu..tapi keadaan tak mengizinkan..Jadinya, aku hanya mampu mengusap lengan itu..
Kelihatan dia tersengih nakal apabila melihat perilaku aku tadi ..Memang ingin menggoda!.
"Betul ni sayang?..Takpelah kalau macam tu.."..ujarnya sambil mengenggam erat jemariku..
Aku hanya mengangguk lalu melihat ke arah pentas..sekarang berlangsungnya nyanyian dari artis terkenal ..Suara itu sangat merdu sehingga dapat membuaikan aku..
Ketika ralit mendengar, tiba-tiba aku teringat kata-kata suamiku sebelum bergerak tadi..
'aku semakin tembam?'..Soalku pelik..tapi hanya aku saja yang mendengar ..
Memang tak dinafikan lagi, memang selera aku sejak dua menjak ni bertambah..Dan sekarang pun aku sejenis yang cepat letih kalau buat kerja sikit..Kenapa eh?
Eh jap!.Tapi aku belum period lagi..Takkan la? Aku takde pun simptom muntah-muntah..Pelik!..
Aku sudah mula mengelamun jauh..Tidak menghiraukan lagi suasana bising tadi..
*******
#hye readers..Sy ingin meminta maaf sebab sudah menghilangkan diri lama..tanpa beritahu apa-apa..Maaf ye guyss..Ini bab baru..Harap korang enjoy..
Share this novel