Bab 12

Action Completed 25770

Jam 2 pagi keesokan harinya..

Seorang ketua segala kepala yang menjadi buruan pihak polis kini sudah pun berada di KLIA..Dia bersama beberapa orang 'bodyguard'nya yang berkot hitam dan serba hitam meng'eskot'nya ke kereta peribadinya ..Dari kejauhan, Ketuanya itu kelihatan seorang yang muda dan berwajah seperti seorang yang tiada perasaan dan orang lain tidak akan dapat membaca air mukanya itu..Tiada senyum tiada riak langsung..bersahaja

"Bos, sekarang kita akan ke D'lights Hotel untuk bos berehat"..kata P.A nya..

Dia hanya mengangguk kepala tanpa sebarang riak. Tetapi jangan diduga orang sepertinya..banyak helah dan muslihat yang membuatkan dirinya sukar untuk di diberkas oleh pihak polis sehingga kini..Begitu hebat permainannya itu..

"Esok aku nak jumpa mereka semua di tempat biasa..Pastikan semua ada" Arah ketua itu selepas sahaja melabuhkan punggungnya di sofa empuk kereta itu..
Kedengaran suaranya perlahan tapi ada kekerasan disitu..jangan ambil mudah.. suara itu kedengaran seperti biasa saja tapi kalau tersilap langkah, nyawa boleh melayang..

"Baik bos.." P.A nya menjawab sambil menoleh ke arah ketuanya itu yang sedang berbaring sambil memandang ke arah luar tingkap..

*******

Di club,

"Weyh korang, bos kita dah balik..apa plan kita nak settlekan kes budak tu..aku tak nak kita jadi mangsa nyawa melayang.." luah Botak dengan nada risau..

"Itula..benda ni kita kena settlekan cepat..esok kita ada perjumpaan dengan Bos besar tau..aku harap takde yang buka mulut pasal kes budak tu" Komeng pula bersuara..

"Aku pon harap macam tu..kalau terjadi apa-apa nanti..kita culik je perempuan yang dah banyak menyusahkan kita itu dengan cara senyap" nada marah Black membuatkan kedua rakannya itu mengangguk setuju..memang itu sahaja jalan nak kembalikan budak itu kepada mereka.

"Baik, esok lepas kita kumpul di sana..Kita gerak cari perempuan tu dekat rumah dia..ok?..Mereka semua bersetuju dengan kata-kata Komeng..Mereka tidak mahu kes kehilangan budak itu tersebar..

*******
Tengahari,

Sewaktu rehat tengahari,

Semasa aku ingin berjalan menyusuri sebelah jalan ..niat hati ingin menuju ke kedai buku berhampiran.. tiba-tiba aku terdengar bunyi hon yang kuat dari arah belakangku..Aku yang terdengar itu terkaku dan terasa kaki lemah longlai seperti tidak berdaya untuk berdiri tegak..Akhirnya aku terjatuh dan menunduk ke bawah di sebelah tembok jalan raya itu..

Kelihatan seorang lelaki berkot hitam segak, kemas serta berkaca mata hitam menghulurkan tangan untuk membantuku berdiri..aku mendongak sambil mataku silau memandang ke atas terus berdiri laju ..dengan cepat aku bersuara..

"Err maaf encik, saya tak perasan rupanya saya berjalan hampir ke jalanraya..maaf encik" ucapku bersungguh takut kena marah..aku menunjukkan muka sangat bersalah seperti pesalah yang sanggup terima hukuman..

"Tak pa, jumpa lagi" katanya sambil tersenyum manis serta melambai sekejap kepadaku..aku bergerak ke belakang sedikit memberi laluan ke arah kereta mewah yang lelaki tersebut naiki...tapi lelaki itu nampak muda..
'Nampak macam baya-baya aku je.. nasib baik dia tak marah aku balik..kalau tak kau mesti malu sebab kena marah depan orang ramai'.. getus hatinya .

Aku mengerling ke jam tanganku, pkul 12 rupanya..kelas mengajarku pukul 2 petang..aku meneruskan niatku tadi dan cuba menenangkan diri dan berjalan dengan berhati-hati ..

' tapi pelik la..kenapa dia tak marahkan aku eh? Dia terus blah macam tu je..siapa dia ye?' lagi sekali aku mengelamun sambil berjalan..tapi fikir pasal lelaki misteri itu..

'hmm kau tak payahla nak fikirkan sangat, sekarang tujuan kau apa? Baik ko pergi beli buku lepastu makan dan rehat sebelum masuk kelas.. buang masa je fikir pasal dia' lagi satu suara yang boleh membuatkan aku berperang dengan diri sendiri.. aku berjalan dengan cepat sambil mengetuk kepala supaya suara-suara itu pergi dari fikirannya...

******
Di dalam kereta mewah itu,

" Saya minta maaf bos pasal tadi, saya tak sangka boleh jadi macam tu..biar saya tegur pemandu kita tu supaya lebih berhemah..Maaf sekali lagi bos, sebab bos pula yang turun jumpa perempuan itu"..kata P.Anya..

P.A nya itu memerhati sikap bosnya dengan pelik..kelihatan ketuanya itu menyingkap tirai hitam ke tepi lalu merenung ke arah perempuan yang mereka hampir langgar..Muka yang tiada riak itu tiba-tiba kelihatan tersenyum nipis..

' Takkan la bos aku ni dah jatuh suka dekat perempuan itu? Setahu aku dia ni hati keras dan tidak berminat dengan perempuan..pandang pun tak tapi kali ni lain pulak...macam ada yang pelik je ni' gumam P.Anya itu.. Selepas meeting pagi dengan ahlinya yang lain..bos itu meminta mereka berpusing sebentar..

"Aku nak berjumpa dengan 3 orang yang menjaga bahagian budak ...Botak, Komeng dan Black ..suruh mereka siap sedia" kata Ketua itu lagi..tapi matanya masih lagi menatap perempuan itu..sebenarnya kereta mereka berjalan seiringan dengan Amira kerana kereta bergerak perlahan disebabkan sesak..

" Baik bos," jawabnya perlahan..sambil matanya juga melihat ke arah objek yang menjadi tumpuan bosnya itu sehingga bosnya itu tertarik untuk merenung lama..tak boleh disangkalkan lagi memang wanita bertudung itu mempunyai daya tarikannya sendiri terutama wajahnya tampak cantik, sopan dan ayu..'mungkinkah itu yang membuatkan bosnya itu tertarik dengan wanita itu?'..

Beberapa minit mereka sampai di lokasi perjumpaan bersama 3 orang lelaki tersebut ..

Botak, Komeng serta Black sudah pun menunggu di ruangan di sebuah gudang besar..Mereka kelihatan takut, gementar..sehingga berpeluh dahi masing-masing..Bosnya bergerak masuk, terus sahaja mereka berdiri tegak sambil memandang ke bawah..Kelihatan bodyguard di kiri dan di kanannya..

"Ada apa-apa yang korang semua nak terangkan dekat aku? Jangan korang fikir aku tak tahu pasal kes hilang budak itu" Selepas kata itu , kedengaran bunyi sebuah pistol memuntahkan peluru dan mengenai tepat ke arah dahi Black..Dengan serta merta , susuk tubuh itu jatuh mencium lantai..

Komeng dan Botak kelihatan menggigil dan terkejut dengan aksi bodyguard Ketuanya itu..memang tak sangka secepat itu sahaja nyawa rakannya itu melayang..

"Aku nak korang settlekan kes budak tu..dalam minggu ini juga..Kalau tidak korang akan mati seperti kawan kau tu.." Ketua itu bersuara..baginya walaupun seorang sahaja budak yang hilang tapi ianya sangat berharga ..kerana organnya masih lagi fresh. ..

"Korang boleh blah dari sini..jangan lupa pesan aku.." pesannya lagi sambil itu kelihatan mayat rakannya itu di seret oleh bodyguardnya untuk di bakar..supaya pihak polis tidak dapat mengesan mayat itu ..

Mereka beredar keluar dari ruangan itu, kini tinggal mereka berdua sahaja untuk selesaikan kes ini..dengan hati bercampur aduk sedih, geram dan marah menjadikan mereka ingin menculik perempuan itu dengan cepat..

*******

'Haa sekarang dah jumpa buku, sekarang perut pula perlu di isi' gumamku perlahan..aku berjalan ke arah satu restoran kampung yang diberi nama D'kampung Restoran ..Sebenarnya, aku juga sering singgah sini kalau ade masa lapang macam biasa ..

Aku melangkah masuk ke restoran itu dengan hati yang riang sebab bau makanan yang sangat menyelerakan yang dapat menaikkan nafsu makannya itu..Aku menuju terus ke arah kaunter pembayaran untuk order makanan..Ketika aku ingin mencari meja kosong, aku berpusing dan alangkah terkejut melihat dua susuk tubuh yang aku kenal yang sering aku jumpa di Villa..siapa lagi kalau bukan Ana dan Tuan Kamal..

Dengan tiba-tiba, hatiku sudah berdebar ..'Alaa kenapa la boleh terjumpa dekat sini pula..cair untuk ke 40 kali ' getus hatiku..Aku hanya senyum ke arah mereka tapi lebih kepada Ana kerana dia sudah melambai ke arah aku supaya duduk sertai mereka ..aku dengan hati berdebar menghampiri meja makan itu..

"Akak Mira meh la duduk makan sekali dengan kami ...Akak sorang je ke? Soal Ana kepadaku..

"Ya Ana akak sorang je..saja merayap..Ana boleh ke akak duduk sini sekali, tak mengganggu ke?".. Soalku was-was takut penerimaan Tuan Kamal..dia diam sahaja dari tadi..yang aku pelik..kenapa dia suka merenung aku seperti aku ni penjenayah..

" Eh tak ganggu pun la akak..duduk je kak..abang mesti tak kisah punya kalau akak ade dekat sini..lagi dia suka adalah" Pelawa Ana sambil menyakat abangnya itu..Kelihatan Tuan Kamal menyiku lengan Ana selepas dia mendengar kata itu..

"Aduh abang ni..betulkan adik cakap...Malu-malu pula nak ngaku" katanya sambil mencebikkan bibirnya itu serta menjeling abangnya disebelah..Aku disitu ketawa halus sebab terhibur melihat telatah Ana yang suka sakat abangnya itu...Nampak sweet ..kalau orang lain tak tahu mereka ni adik beradik mesti nampak macam pasangan sejoli.

"Ehemm..Mira tak order makan ke? Dari tadi sembang dengan Ana je..takde kelas ke harini? ..Soal Tuan Kamal kepadaku..'haa sudah bersuara..standby hati..jangan nak cair lagi..sabar-sabar'

"Haa ye saya order dah tadi sebelum duduk sini, saya ade kelas tapi jam 2 petang" jawabku sambil mataku menghala ke arah Ana..seolah-olah aku sedang bersembang dengan Ana..Sejujurnya aku tak kuat untuk menatap mata Tuan Kamal..takut hati lemah..hahaha

"Ouh..Nanti lepas akak sudah abis mengajar, akak terus balik tau..jangan merayau tempat lain..risau nanti 'orang' tu..lagi satu keselamatan akak penting sekarang ni.." Ana bersuara memberi khidmat nasihat kepada aku sambil mengerling ke arah abangnya sebentar..aku hanya mengangguk kepala faham..

Beberapa minit kemudian..Makanan kami pun sampai..kami menikmati dengan berselera dan suasana sepi ..tapi tidak bagi aku..aku masih lagi rasa kekok ketika makan kalau Tuan Kamal ada disitu..' bila lah nak abis kekok aku ni..hmm..perut lapar ni' ..Dengan terpaksa aku gagahkan juga untuk makan kerana lapar tapi tidak mengangkat wajah sekalipun ketika makan bersama mereka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience