Aku masih lagi memegang stereng sambil-sambil mata memerhati keindahan Tuhan..Cukup indah dan nyaman..
"Hmm..cantiknya pemandangan ni..tenang je rasanya..lapang dada"..kataku perlahan sambil tersenyum ..macam berkata untuk diri sendiri..Aku memandang Tuan Kamal disebelahku masih lagi matanya tidak lepas memandang sawah padi yang sedang menghijau..
"Err Tuan suka ye tengok pemandangan sawah di luar?"..soalku mengajaknya bersembang..alang-alang ambil hatinya sekali..cewahh..hahaha berangan je la..huhu
"Ye Mira, indah sungguh Ciptaan Tuhan..tapi hanya sesetengah manusia sahaja yang tidak pandai menilai ini semua..sibuk dengan dunia sampaikan lupa nak puji Tuhannya sendiri"..jawabnya seperti memberi kuliah agama kepadaku..
Aku menjadi segan sambil mengangguk kemudian aku mengalihkan kembali pandanganku ke depan..
"Ehem Mira, berapa lama lagi kita nak sampai ye? Asar masuk dah kan? Boleh la kita berhenti rehat kejap..pasti Aiman pon sudah lapar.." Soalnya..mungkin dia terasa lama sangat duduk dekat dalam kereta agaknya..bosan la tu..huhuhu
"Dalam satu jam lagi macam tu Tuan..lepastu nanti sampai la rumah saya..kalau Tuan nak berhenti rehat boleh je..depan sana ada hentian rehat..boleh la rehat solat dekat sana"..ujarku lagi..Aku juga malas nak 'rushing' sangat sebab jarak rumahku hampir sahaja..lagipun aku faham perasaan Tuan Kamal..mungkin letih dan bosan duduk dalam kereta lama sangat..jadi, aku turutkan saja..
Aku memberi signal kiri untuk memasuki kawasan hentian rehat ..Setelah, solat dan makan..aku memberikan kunci kereta itu kepada Tuannya, Tuan Kamal..walaupun aku tahu dia tk mintak..tapi dari riak wajahnya boleh ku baca. Sebelum meneruskan perjalanan..Tuan Kamal memandu masuk dan memakir kereta di pam minyak petronas..lalu aku bertanya..
" Biar saya keluar Tuan" kataku..dia seakan terkaku sebentar mendengar kataku tadi..tangannya yang sudah ingin membuka terus jatuh ke bawah..wajahnya kehairanan..
"Awak nak pergi mana?"..tanyanya kehairanan..kelihatan Tuan Kamal tak jadi turun..Di kesempatan itu..aku terus mencabut setbelt dan membuka pintu separa lalu berkata..
"Saya nak pergi bayar duit untuk isi minyak laaa..hehehe"..kataku sambil tersengih ..kaki kiri dah standby dekat keluar..lepas sahaja aku berkata terus aku keluar pantas dan melihat no pam...Reaksinya terkejut melihat tingkah aku..sempat aku mengerling ke arah dia dari luar.. kelihatan dia mengeleng dan merenung garang dari dalam..aku hanya tersengih dan berlalu ke kaunter..
Sesudah isi minyak..suasana dalam kereta itu sunyi sepi..Aiman dengan dunianya..game budak-budak..tak hiraukan orang lain ...tiba-tiba aku teringat kes pasal isi minyak tadi..'Takkan dia marahkan aku kot pasal tadi?'..getus hatiku..
"Err , Tuan marahkan saya ke pasal tadi?"..soalku perlahan sambil mengerling memandang wajah mendung tu..sah la tu marah..sebab dia hanya mendiamkan diri..No respon!
"Err saya minta maaf pasal tadi..tapi memang itu niat saya nak isi minyak..Takkan Tuan hantar saya..tapi saya naik free-free macam tu je..saya pun ada hati dan perasaan ..jadi dengan cara tadi saya dapat kurangkan sikit serba salah dan balas budi baik Tuan"..kataku lagi sambil membuat muka sedih dan menunduk..nada suara di buat perlahan seakan memujuk..
Kelihatan dia mengeluh kecil, dia menjawab "Lain kali jangan buat lagi, faham?"..Katanya mengerling ke arahku..Dalam hati dah bersorak riang sebba dapat pujuk dia lagi..
Aku hanya mengangguk faham dan sambil tersenyum manis ke arahnya..dia hanya mengeleng melihat aku senyum kepadanya..hehehe..kami meneruskan perjalanan dengan hati riang..
****
Setelah memberi tahu lokasi rumahku..kami sudah pun masuk ke simpang ke jalan rumahku..dari kejauhan sudahku nampak bumbung rumahku..jalan itu di kelilingi oleh sawah bendang..kelihatan Aiman sangat teruja melihatnyaa..
"Wahh akak, bestnyaaa...adik tak pernah tengok pon"..ucapnya sambil tangan sudah menekap di cermin kereta belakang..Anak mata itu bersinar-sinar..
" Ye Aiman, akak pon suka duduk sini..dekat sini best tau..nyaman je ..sampaikan akak tak nak balik KL"..kataku sambil tergelak..aku juga turut teruja..hati tiba-tiba rasa lapang. Kelihatan Tuan Kamal memandang sekilas sawah padi itu..Suka la tu! Hehe
"Bestnya nanti dapat duduk sini..boleh main ada kawan sekali nanti"..jawab Aiman..
Sampai sahaja di halaman rumahku..rumahku biasa saja..rumah kampung katakan ..Rumah dua tingkat..bawah batu atas kayu..rumahku betul di kelilingi dengan sawah padi..Tuan Kamal sudah pun memarkir keretanya di bawah pokok rendang bersebelahan dengan pangkin buatan ayahku..di situ ada juga buaian dari jala..
Aku mengajak Tuan Kamal dan Aiman untuk turun..mereka hanya mengangguk..aku mendahului untuk melangkah mendekati pintu rumah yang sudah terbuka separa itu..
"Assalamualaikum, ibu abah..akak dah balik ni"..aku memberi salam ketika sudah berada di pintu...Tuan Kamal dan Aiman masih lagi di tepi sisi kereta itu..
"Waalaikummussalam Ainnur, Ya allah anak ibu dah balik" jawab mereka serentak..lantas ibu berlari dan memelukku ..'rindu betul dengan belaiannya'..hatiku berbisik..aku membalas pelukan itu..
"Yeahhh akak dah balikk..yeahh" ..jerit adik bongsu ku, Shakir..ibu melepaskan pelukan
kemudian aku merendahkan badan seperti berlutut untuk memeluk adikku pula..lalu aku menyalam abah dan mencium pipi tuanya itu..seakan jejak kasih..huhu
"Ouh ye..lupa pulak Ainnur nak kenalkan..itu Tuan Kamal dan ini Aiman"..kataku memperkenalkan mereka..
"Assalamualaikum pakcik, sihaf?"..Tuan Kamal bersoal khabar ke ayahku..lalu dia menyalam tangan tua itu..Abah aku membalas dengan senyum dan anggukan..
"Alhamdulillah, sihat ..macam ni la sihat kami pon..Tuan Kamal macam mana? Okay tak jalan jauh macam ni?"..Soal abahku kepadanya..
" Ehh, pakcik tak perlu la panggil saya Tuan Kamal..segan saya..panggil Kamal je..setakat ni alhamdulillah okay lagi..lagipon tadi anak pakcik ni ada jugak drive"..Katanya sambil memandangku sekejap..
"Alhamdulillah..dah-dah jom la masuk..Sembang apa dekat pintu ni..Shakir pergi bawa Aiman masuk sekali...maaf la kalau rumah pakcik tak berapa besar..harap Tuan ehh Kamal selesa la duduk sini"..Abahku bersuara merendah diri..
Aku hanya mendengar sedikit sebelum berlalu masuk ke dapur untuk membantu ibuku menghidang air dan sedikit makan petang ..iaitu cucur udang dan keropok lekor..setelah aku menyusun gelas ke atas dulang..
Aku mengangkat dulang yang berisi air dan gelas itu di bawa ke ruang tamu..beberapa langkah untuk sampai di ruang itu..aku seolah-olah dapat mendengar gelak tawa yang datang dari ruang itu..setelah mendekat..betul telahanku..kelihatan Tuan Kamal dan Abah sedang berceritakan sesuatu sambil bergelak..Aku kehairanan..'Senang betul Tuan Kamal ambil hati abahku itu..sekejap je kelihatan seperti kawan..haa sudahlahh..jangan abah sudah terkenan nanti..abis aku sebab gerenti aku bukan pilihannya'..gumamku perlahan sambil bergerak..
Aku meletakkan dulang itu dan terus melutut untuk menuang air..kelihatan Tuan Kamal masih lagi menahan ketawa sambil melihatku sekilas..'aku jadi teringin nak tahu pasal tajuk mereka ni..sebab dua-dua pandang aku je ni'..aku beranikan diri untuk bersuara..
"Nah air untuk abah...apa yang bukan main sakan lagi abah dok suka ketawa sangat tu"..tanyaku sambil meletakkan air di hadapannya..selepas itu aku beralih ke arah Tuan Kamal ..aku membuat perkara sama..
"Takdak apa lah Ainnur, abah terbuka cerita pasai kamu yang kena gigit lintah waktu kamu main dalam bendang"..Abahku bersuara sambil ketawa kecil..Aku yang mendengar tadi terus membulat mata..'patutlah Tuan Kamal gelak sambil pandang aku..depa ni rupanya duk bercerita pasai aku..arghh maluu'..bisikku ..
"Alaa abah ni..awat dok cerita pasai Ainnur waktu kecik dulu..segan la Ainnur lagu ni"..kataku sambil memandangku..
Aku hanya tersengih malu dan tiba-tiba teringat kenangan itu..sampai sekarang aku trauma dengan haiwan bernama lintah..Kenangan tu berlaku waktu aku usia 10 tahun..waktu kecil biasa la nakai tak mau dengaq kata orang tua..degil nak main jugak bendang..last-last kena gigit lintah terus berlari mendapatkan pertolongan Abah..ketika itu aku dah terbaring dekat atas batas sambil berguling sebab nak buang lintah itu sambil itu aku menangis tapi tak boleh juga..jadi abahku guna cara lain..Akhirnya, lintah itu dah jatuh terus darahku keluar..aku melihat lintah itu dengan perasaan 'jijik' dan geli..
Dari situ aku sudah tak berani ketika itu lagii..terus mengelak pasal itu ..
*****
apa yang jadi dengan Tuan Kamal?..
#stay tuned
Share this novel