" Sayang! Kenapa boleh datang sini?! Kenapa tak tunggu je dekat rumah..Nanti abang balik la!"..Soalku..
Aku yang sedang menunggu di ruang rehat hospital terkejut apabila ternampak kelibat isteriku..Aku menunggu di bahagian farmasi untuk mengambil ubat ..Terus, saja aku berdiri tegak memerhatikan tubuh itu mendekat...Tanpa banyak cakap, terus saja tubuh kesayanganku memelukku erat..aku membalas pelukan itu dengan sebelah tangan..
Dapat aku dengar tangisan darinya..Aku mengosok belakang badan itu untuk memujuknya bagi berhenti menangis..
"Sayang, jangan risau okay ..abang tak apa-apa"..kataku berbisik di telinganya..
Sebenarnya, di ruang ini tak de orang pun..hanya ada aku saja..Rakan sekerjaku yang lain sibuk menguruskan kes yang berlaku tadi..Jadi, aku dibiarkan keseorangan di sini..tak mahu menyusahkan orang lain..
Kepala isteriku mendongak merenung wajahku..Terus senyuman terbit di bibirku apabila melihat wajah sedih itu..
'Alahai sayang aku ni..Nangis macam budak-budak tapi tetap cantik..Manalah tak sayang lebih ini'..Bisik hati kecilku..
Aku mencium dahinya sekejap sebelum menariknya untuk duduk di bangku di sebelahku..
"Abangg s-sakit tak?" Soalnya dengan suara serak basah disebabkan menangis..
"Abang okay sayang, tak sakit mana pun..Doktor dah balut bahu abang dah..Sayang jangan risau ye!"..ujarku lembut sambil menyeka sisa air mata di wajah cantik isteriku..
"Mestilah risau, terkejut sayang dengar abang masuk hospital..Isteri mana tak risau suaminya tercedera waktu kerja abang!"..Katanya sambil memandang wajahku..
"Yela, abang faham..tapi ni sikit je..sayang, janganlah risau sangat ye.."..Ucapku sambil mencium pipi itu dengan berani..Niat hati ingin memujuk..
"Encik Kamal Zuhairi"..Panggil suara nurse di kaunter ubat..
"Sekejap ye , abang pergi ambil ubat lepastu kita balik ye"..Kataku lagi sambil tersenyum..
Namun, pergerakan bangunku di halang oleh isteriku sambil mengeleng..Aku mula mengerutkan kening sambil menatap wajah itu..
"Tak apa..Biar sayang ambil..Abang duduk sekejap"..Katanya cepat lalu bingkas bangun dan melangkah ke kaunter ubat..
Aku mengeleng melihat tubuh itu berjalan..'sayang, sayang..Abang bukan tak boleh jalan..Sakitnya dekat bahu bukan kaki..alahai sayang aku nii.'..Gumamku perlahan..
Setelah itu, kami bergerak pulang..Suasana di dalam kereta suram dan sunyi..'Fokus benar sayang aku ni drive ye'..bisikku perlahan sambil menatap wajah itu..
"Abang, rehatlah dulu..Nanti dah sampai sayang kejut"..Katanya sambil membalas pandanganku sekejap..
Aku tersengih lalu kembali merenung dalam wajah itu..Sembap di bawah mata terlihat mungkin disebabkan kurang tidur atau menangis tadi..
"Taknak!..Abang nak teman sayang"..Jawabku ringkas..
"Ikut Abang lah..!"..Katanya perlahan ..
Suasana kembali diam..
"Sayang, siapa yang bagitahu sayang yang abang tercedera waktu operasi?"..Soalku ..Sebenarnya soalan tu memang aku ingin bertanya .
"Ouhh, dia kata dia kawan abang..Apa nama dia eh..hmm, kalau tak silap dia cakap nama dia Sjn.Shafiq kot rasanyalah"..Jawabnya..
Aku hanya mengangguk faham..
"Ouh, yelah betul la tu..Sjn.Shafiq.."Ujarku..
Kini, kereta yang di pandu sudah masuk ke kawasan parking kondo..Aku keluar dari kereta sambil mengalas beg kecil yang terisi barang peribadiku..
Lantas, aku berjalan menuju ke lif..Laju saja isteriku datang ke arahku lalu mengambil beg galas di bahu kananku ..Kemudian, tangannya melilit di pinggangku..
"Abang ni sakit macam tak sakit je..Laju saja tinggalkan sayang dekat belakang.."..Katanya sambil wajah itu kelihatan monyok..
Aku yang tersedar tadi terus ketawa kecil lantas mencuit hidungnya yang comel itu..
"Sorry sayang, abang ter'jalan' laju pulak..Memanglah abang sakit..tapi abang sakit di bahu je sayang..bukan di kaki..So, abang boleh je jalan macam biasa"..ucapku lembut ketika lif bergerak naik..
"Ouhh, kalau macam tu..sayang tak payahlah nak 'papah' abang kan?"..Katanya sambil menjatuhkan tangannya yang melilit pinggangku..
Laju, saja tanganku menangkap lengan itu..Lantas, melilit kembali pinggangku..Aku mengeleng sambil menatap mata redup itu..'Sayang jangan pernah lepaskan abang sayang'..Detik hatiku..
"Tak-tak, sayang kena juga peluk pinggang abang..Tak kiralah abang sakit ke tak..Faham?"..Ucapku sambil melangkah keluar dari lif lalu menuju ke rumahku..
"Kenapa pula?"..Soalnya pelik tapi tangan itu masih melilit pinggangku erat..Kepalanya dah terlentok di bahu kananku..
Aku tersenyum melihat perlakuan manja ituu..
"Sebab sayang milik abang selamanya..InshaAllah sehingga maut memisahkan kita..Jadi, abang nak sayang selalu ada dengan abang tak kisahlah jauh macam mana pun.."..Kataku ..
Wajah itu memerah apabila mendengar kataku..Aku memberikan ciuman di dahi itu..
"Jom, masuk sayang.."..Tegurku lagi..
Laju saja tangan itu membuka kunci mangga di grill rumahku..
Sesudah masuk..Aku bergerak masuk ke bilik di bersama -sama isteriku..Aku mengambil tuala untuk membersihkan badan sebelum tidur..Terpaksalah aku mandi sebelah badan saja...huhu
Selesai saja mandi, aku membaringkan badan di sebelah Mira..
"Sayang jom tidur..abang letih sikit"..Ucapku sambil tangan kananku menarik lengan itu..
"Abang, bangunlah makan ubat dulu..Kalau abang tak makan nanti takut abang tak boleh tidur..sebab nanti bahu abang akan rasa bisa-bisa.."..Katanya sambil merenung tajam ke arahku..
Aku dengan malas terpaksa bangun bersila sambil menghadap tubuh itu..
Isteriku menyuakan ubat di hadapanku..Lalu aku mengeleng sambil membuka mulut..Lantas, laju saja jari itu memasukkan ubat ke dalam mulutku sambil menyuakan air kosong..Aku teguk sehingga habis..
Usai saja sesi memakan ubat, aku menarik lengan itu..ketika itu aku baru perasan yang isteriku memakai baju tidur seksi seperti semalam tapi kali ini warna hitam..Terus mataku dapat melihat kulit putih mulus itu..'Allah, seksinya isteri aku ni!'..rungutku dalam hati sambil menelan air liur ..
"Tidur abang, kata tadi letihkan"..Tegurnya dengan mata tertutup..
"Sayang lah ni..goda abang kenapa? Dah lah time sakit..Terpaksalah abang puasa bagi sembuh..Kalau dah okay nanti siap sayang tau"..Bisikku di telinga itu..
Terdengar ketawa halus dari isteriku..Lantas, saja lengan itu memelukku erat..sehingga hidungku bau haruman rambut itu..Wajah itu sudah disembamkan ke dadaku..
"Goodnight sayang.." Kataku perlahan..
Terus aku merapatkan kelopak mataku..hanya beberapa minit saja aku terus terlena di dalam pelukan isteriku..Sungguh nyaman dan selesa..
*******
"Abang..bangun abang..Subuh dah ni"..Kejutku sambil mengusap wajah itu lembut..
"Hmm, kejap sayang"..Balas suara serak itu..
Aku tahu suamiku masih lagi mengantuk kerana semalam kami sampai di rumah jam 3 lebih...
Aku hanya biar saja..Lalu aku mengucup lembut pipi itu..
Terus saja mata itu terbuka luas..Bibir itu menjadi lebar ..Tahulah aku suamiku sedang tersenyum manis apabila dapat kucupan itu..
"Dah, abang bangun lepastu kita solat..lepas solat sayang ganti baru 'bandage' dekat bahu abang ye"..Kataku lembut sambil bangun untuk duduk..
Namun, belum sempat aku duduk..Pinggangku di tarik..Lantas, aku terjatuh atas tubuh yang tidak berbaju itu..
"Abang, apa ni..Nasib baik tak jatuh dekat bahu abang yang sakit tu"..Marahku perlahan sambil mulut muncung ..
"Takpe sayang, sakit biasa je pun..Janganlah marah..Abang baru nak manja-manja dengan sayang ni.."..Ujarnya sambil tangan kanan itu memeluk pinggangku erat seakan tidak bagi aku bangun..
"Hmm , bukan tak bagi manja-manja..tapi masalahnya nak dekat subuh dah abang..Kejap lagi bunyilah azan ..Hari ini sayang akan teman abang satu hari..So, abang taklah sorang-sorang dekat rumah ni"..Kataku perlahan sambil tanganku memeluk pinggang itu..
"Ouh yeke? Sayang mintak cuti ke hari ni untuk teman abang?"..Soalnya teruja..
"Yelah abang, takkan nak tinggal suami sakit dekat rumah sorang-sorang..Kesian dia!"..Jawabku sambil jari bermain dia bahagian perutnya..
Sebenarnya, aku memang saja ingin mintak cuti untuk teman suamiku walaupun kecederaannya tak teruk..Tapi aku tak sampai hati juga tinggalkan dia di rumah keseorangan..
"Okay, terima kasih sayangg"..Katanya sambil mencium banyak kali kepalaku..
Allahhuakbar Allahhuakbar...
Azan subuh berkumandang..
Terus saja aku bangun dan melangkah mandi..
Kami menunaikan solat berjemaah atas permintaan suamiku...Usai saja, aku meminta diri untuk ke dapur bagi menyiapkan sarapan..
Suamiku pula sudah baring semula di katil untuk berehat selepas aku mengganti 'bandage' di bahu itu..
******
#hope korang enjoy okay..Maaf sebab baru dapat update bab baru..
Share this novel