Aku dapat rasa percikan air terkena di wajahku..terus saja aku membuka mata perlahan..mataku yang kabur aku kedip-kedip kan supaya dapat fokus melihat sesuatu yang berada di depan mataku..Macam biasa , badan aku jangan cakap lah, lenguh ya amat..badan makin lemah..
Macam biasa keadaan bilik itu tetap gelap..seperti berada di dalam bilik kebal..Tiada cahaya matahari mahupun tingkap..Hanya satu cahaya malap sahaja yang menerangi bilik itu..
"Hai cantik, baru bangun ye..tidur pun cantik ..muka baru bangun pun cantik"..Ada suara lelaki yang menyapa apabila melihatku sedar..Aku mendongakkan kepala yang dari tadi tunduk..Leher rasa macam nak patah..
"Korang ni siapa ? Kenapa aku ada dekat sini? Korang nak apa dari aku haa?"..kataku kuat seperti ingin menyerang..tapi terbatas kerana aku diikat..
"Jangan marah-marah cantik, nanti cepat tua..hahhaa!"..gelak mereka serentak. Hatiku aku jadi semakin panas. Aku hanya diam saja menunggu mereka bersuara lagi.
"Cantik nak tahu kenapa cantik ada dekat sini ye?.. Sebabnya cantik dah ambil 'barang' kami lepastu tak pulangkan balik ..." Suara itu menjawab..rakannya di sebelah hanya mengangguk..Mungkin yang bersuara ini ketuanya?
"Aku ambil barang apa dari korang?!" Kataku keras sambil mataku memandang ke mata lelaki tersebut..aku tidak dapat mengecam wajah mereka kerana mereka memakai topeng muka ..Hanya mata saja yang dapat di lihat..
"Cantik janganlah marah-marah..terpikat saya tengok muka garang yang mengancam tu..Sebenarnya kan Cantik, Cantik ada bawa lari seorang budak lelaki dari kami!"..Cantik kenal kan siapa budak ni?"..Katanya sambil datang mendekatiku..sambil berpusing mengelilingiku..tangan kanannya menunjukkan sekeping gambar budak..sebelah tangan lagi dah mengusap bahuku perlahan..
Aku rimas dan rasa jijik di sentuh oleh lelaki itu..
"Jangan sentuh aku..aku jijik!"..kataku dengan nada menjerit sambil mengengsotkan badan ke tepi untuk menjauhkan diri daripada di sentuh..
Kedengaran gelak tawa kuat dari mereka..
"Hahaha, cantik janganlah takut..nanti pasti ada yang datang selamatkan cantik..kalau takde baru lah kitaa 'em em'..Bolehkan cantik?"..lelaki tadi bergerak dan berdiri di hadapanku .. Wajahnya mendekati wajahku sambil tangan itu mengusap pipiku perlahan..
Dalam hatiku jangan katalah, rasa nak nangis dah walaupun luaran nampak kebal.. 'Tuan Kamal, tolong saya..saya takut , saya tak kuat!!"..rayuku dalam hati..
Aku cepat-cepat memalingkan wajah ke kanan..aku taknak 'orang' itu nampak kelemahanku..
Lantas tangan kiri kasar itu..memegang kuat daguku untuk memalingkan wajahku semula menghadap muka bertopeng itu. Sambil tangan kanan, menunjuk kembali sekeping gambar kepadaku..Ya! Wajah di dalam gambar itu adalah milik Aiman..aku kenal!..Aku meneruskan lakonan seperti tidak tahu apa-apa .
"Siapa budak tu? Aku tak kenal!"..Bentakku kuat sambil merenung ke anak matanya..
"Betul kau tak kenal budak ni? ..Atau pun kau nak aku call sesiapa 'tolong' carikan budak ini untuk selamatkan kau?!"..Katanya sinis sambil berlawan mata denganku .
"Kau jangan nak babitkan orang lain dalam hal ini..mereka semua tak tahu apa-apa!"..kataku kuat sambil mendengus..
"Kalau macam tu..aku nak kau sendiri bagitahu mana budak ini berada sekarang kalau kau nak selamat?!"..Jawabnya dengan suara garang..
"Aku tak tahu siapa budak ni!..Aku takde kena mengena dengan dia!..Kau salah orang!"..ucapku lagi..
"Hahaha, Cantik ni pandai buat lawak ye..kami dah ekori Cantik dah lama tau..tapi waktu itu tak sesuai untuk 'tangkap' Cantik..Tapi petang semalam memang paling sesuai untuk kami..sebab kami dah banyak bersabar dengan cantik!"..Lelaki itu masih lagi menjawab dengan keadaan yang sama..statik langsung tidak bergerak..
'Kejap Cantik, kejap kau aku..bodoh betul lelaki ni!'..aku hanya memaki hamun dalam hati..'Tapi betul lah selama ini ada ekori aku?..tak guna!..
"Kau takkan dapat jumpa budak lelaki itu..sebabnya budak itu dah lari waktu aku selamatkan dia dulu..Aku tak tahu keberadaan budak itu sekarang!"..Bohongku supaya dapat tutup wajahku yang cuak..
"Cantik, cantik..jangan fikir kami bodoh ..semua perkara yang Cantik dah buat semua ada dalam otak kami..Hahaha .pandai ye Cantik berlakon tak kenal..Aum aum"..Suara itu seakan meng'acah' aku..
"Ye memang korang bodoh pun!"..jawabku sambil menjerit kuat..Dapatku rasakan ada satu tangan lain menampar pipi gebuku..Pedih tak terkata sama pedih dihatiku..Aku memandang mata lelaki yang dari tadi hanya diam membisu..
"Celaka kau perempuan, mulut tu jangan nak biadap..jaga sikit mulut kau depan bos aku!"..ujar lelaki yang menamparku tadi..
'Eh, ada ke orang jahat marah kalau kita maki dia? Bukan benda biasa ke?'..hahaha dasar pengecut!..Marahku dalam hati..
"Weyhh, kau janganlah berkasar dengan si Cantik aku ni..kesian dia tau dah merah pipi gebu dia ni!"..Ujar lelaki dihadapanku itu sambil mengusap pipiku..Aku rasa ingin meludah saja lelaki yang membelaku itu .
"Kita kena ajar Cantik dengan cara yang betul..Diakan perempuan, jadi.. caranya mesti halus dan lembut tapi menyeksakan..betul tak Cantik?"..Suara itu berkata lagi sambil berdiri bangun dari duduk cangkung itu lalu menghampiri anak buahnya..mungkin..
Aku hanya menjeling ke arah mereka..mataku hanya menatap ke arah lain..
"Takpa Cantik kalau taknk bercerita, kami bagi rehat dekat Cantik dulu ye..Nanti kami akan cari 'orang' baru untuk carikan di mana budak itu ye..byee"..Kata lelaki itu sambil melambai sebelum melangkah keluar bersama dengan anak buahnya itu..
Aku yang dari tadi diam..hanya memikir siapakah orang yang bakal mereka hubungi..'Janganlah Abah dan juga ibuku..Kesian mereka'..Hatiku berbisik sedih mengenangkan nasib mereka jikalau mereka dapat tahu keadaanku sekarang..Pasti mereka risau..Air mataku tiba-tiba saja turun membasahi pipiku yang masih terasa pedih itu..
'Tuan Kamal, Tolong saya!!'..jerit hatiku ..Badanku yang tadinya lemah semakin lesu dan longlai..Aku hanya tertunduk bisu sambil mengenang nasibku yang bakal tiba esok!..
*********
Di Balai,
Aku tersedar dari lelapku..Aku dapat mimpi seolah-olah mendengar orang memanggil namaku sambil meminta tolong..aku terus saja bangun dari pembaringanku lalu duduk si sofa panjang empukku di dalam bilik pejabatku sendiri..
Aku meraup wajah sambil beristighfar panjang..sambil itu aku cuba mengamati sekali lagi suara itu..sepertinya suara yang aku kenal ..dan semestinya suara seorang perempuan..Adakah itu suara Amira?..'Betul ke mimpi aku tadi? Itu petunjuk dari Allah kepadaku?..hatiku berbisik..
Aku bangun dari duduk kemudian bergerak merapati ke meja kerjaku. Aku mencari telefon lalu melihat dada skrin itu..'Takde balasan dari nombor tu'..gumamku perlahan..Mataku melihat jam , 'Eh lagi 5 minit nak masuk Zohor, Tapi tak makan lagi ..Hmm, takpelah takde selera'..Bisik hatiku lagi..
Aku duduk bersandar di kerusi itu sambil membuang lelah sebentar sebelum menunaikan solat Zohor..Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu..Aku mengarah gerangan tersebut untuk masuk..Dan muncul lah Sjn.Shafiq di muka pintu..
"Eh Tuan dah bangun?.., sekarang dah lunch time..Tuan tak nak pergi makan sekali ke?"..ujarnya..
Seperti kebiasaannya, kami berdua akan keluar makan bersama apabila sudah jam rehat..tapi kali ini aku takde selera..Jadi, terpaksa aku menolak pelawaan itu..
"Ye saya baru bangun..lama ke saya terlelap tadi?..Takpelah Shafiq, Kau pergi jelah makan ..aku takde selera"..Jawabku perlahan..
"Tak lama Tuan, dalam 15 minit rasanyalah..Takpelah kalau macam tu..Tuan nak saya bungkus makanan untuk Tuan tak?"..Katanya lagi..
Aku hanya mengelengkan kepala dan tersenyum nipis..Perutku tidak bernyanyi seperti kebiasaannya..Selalu tengahari la perut aku akan berasa lapar..kali ini saja tak..Aku menjadi pelik..
"Takpelah kalau macamtu..saya gerak dulu ye Tuan.." ujar Shafiq lagi sambil bergerak keluar dengan menarik pintu bilikku rapat..
Aku termenung lama sambil memikirkan keadaan Amira sekarang?.. Adakah keadaan baik dan selamat?..Tiba-tiba suara azan dari telefon bimbitku kedengaran menyapa telingaku..'Dah Zohor, baik aku mengadu saja kepadaNya'..bisik hati..
Aku bangun dan bergerak keluar dari bilikku menuju ke surau khas yang disediakan di setiap Balai untuk kegunaan anggota di balai tersebut ..
Seusai solat Zohor, aku berteleku di atas sejadah sambil berzikir panjang untuk mencari ketenangan di dalam hati..Sempatku berdoa supaya segala urusanku mengenai kes Amira di permudahkan olehNya..Dan aku juga meminta petunjuk dariNya mengenai keberadaan Amira sekarang..Jadi, aku telah menyerahkan kesemua urusan duniaku kepadaNya..
******
Adakah segalanya akan terungkai esok?
Apakah akan berlaku seterusnya?..
#Nantikan ye..Jangan lupa support saya okay..dan jangan lupa tinggalkan komen also give me a rating for this novel ..okay?..luv u all readers
Share this novel