Bab 46

Action Completed 25770

"Hye, Mira right?"..Tegur lelaki itu lagi..

Aku hanya mengangguk kepala dan perasaanku mula gelisah..takut suamiku salah sangka kalau dia nampak aku berbual dengan lelaki lain..Mataku melilau mencari kelibat suamiku..Tapi, tak ada!..

"You cari siapa?"..Soalnya lagi sambil bergerak duduk disebelahku..

Spontan aku mengengsot sedikit ke tepi ..bagi nampak jarak antara kami..

"Err, saya tengah cari suami sayaaa"..Jawabku gugup..

Dapatku perhatikan..Mata yang merenungku tadi terbuntang..

"Awak dah kawin?"..Soalnya pelik sambil mata itu tak lepas merenungku..

Aku sudah mula tidak senang duduk..Lambat saja kepalaku mengangguk..'Manalah suami aku ni..kenapa lah lama sangat'..Rungutku dalam hati..Mata masih melilau mencarinya..

"Woww, congratss..i'm happy for u..but when u get married?"..Ucapnya ..

Aku cuba untuk bertenang..

"Thanks Tuan Zul..Saya baru saja berkahwin dalam seminggu macam tu"..Jawabku

"Ouhh, begitu..melepaslah saya..haha"..Katanya sambil ketawa kecil..Matanya yang sedia sepet itu kelihatan tertutup apabila ketawa..

Aku akui lelaki ini sangat baik..Tapi hati selalu tak berasa tenang bila berada dengannya..Tak tahu kenapa!..

"Er,hehe"..Aku hanya ketawa sekejap lalu memberinya senyum nipis..

"Ouhh, jadi sekarang ni awak tengah 'dating' dengan husband la ye? Btw kenapa tak bagitahu saya..boleh saya bagi hadiah untuk awak"..Kata Tuan Zul..

"Yee, hehe..ehh, takpelah Tuan Zul..Saya tak kisah pun pasal hadiah..Lagipun saya buat majlis kecil-kecil je..Tak jemput ramai orang pun"..Kataku perlahan..Aku sudah dapat bertenang..Gugupku hilang apabila sudah boleh sesuaikan diri bersembang dengannya..

"Ouhh, faham..semoga perkahwinan awak kekal hingga ke anak cucu...Suami awak orang mana?"..Soal

Aku meng'amin' lalu tersenyum..Riak wajah itu tampak senang apabila bercerita mengenai majlisku..Kami bersembang beberapa minit..Setelah itu, Tuan Zul meminta diri untuk beredar kerana ingin berjumpa dengan 'client'nya..

Mataku menghantar pemergiannya ..sempat lagi dia memakai kaca mata hitam sambil melambai ke arah aku..Aku hanya membalas dengan anggukkan saja..

*******

Dari kejauhan,

Aku seperti dapat mengecam susuk tubuh lelaki yang berada di samping isteriku..Hatiku mula berasa bingung..

'Siapa lelaki tu?..Kenapa Mira boleh bersembang dengan dia?..Mira lupa ke dia sudah berkahwin?'..Persoalan demi persoalan bermain di fikiranku..

Perasaan cemburu menguasai jiwaku..'Aku perlukan dapatkan Mira sekarang!'..Laju saja langkahku mendekat..Namun, lelaki tersebut kelihatan berdiri dan berlalu dari situ..

Setelah mendekat dengan Amira..aku berdehem..

"Ehem"..

"Err, abang..abang pergi mana? Lama saya tunggu abang"..Tegurnya terkejut sambil berdiri menghampiriku..

Aku hanya diam sekejap..Cuba untuk mengawal perasaanku sekarang..

Sebenarnya tadi aku singgah di satu butik pakaian wanita..Aku membelikan baju tidur seksi khas untuknya..Niat hati saja ingin mengenakan isterinya itu..Tapi sekarang aku yang terkena! Arghh!

"Siapa lelaki tadi?"..Soalku garang..

"Err, tadi tu 'kawan' saya..Kebetulan terserempak dengan dia dekat sini tadi".. Jawabnya perlahan..Muka itu menjadi kendur dan muram..

Aku hanya diamkan diri..Aku tahu isteriku ini seorang yang jujur..Dari perwatakannya itu aku tahu dia susah nak berbohong dengan orang lain termasuk aku..

"Dah siap beli tudung kan?..Kalau macamtu kita gerak balik..Ibu ayah dah tunggu kita"..Kataku dingin..

Kepala itu hanya mengangguk..Aku tahu dia serba salah sebab bersembang dengan lelaki itu sehingga aku ternampak..

Dalam perjalanan,

Kereta sunyi sepi..Radio tidak dihidupkan..Aku hanya mendiamkan diri dan fokus memandu..Dalam hati sudah berperang inginkan penjelasan dari Mira..Tapi perasaan cemburuku menguasai diri..

Aku nak isteriku sendiri menceritakan tentang 'kawan' nya itu..Aku sebenarnya melancarkan protes dalam diam..Tidak mahu bercakap dengannya..Biar dia tahu perasaanku apabila aku melihatnya berbual dengan lelaki lain..

Tipulah kalau orang lelaki di luar sana tak jeles kalau tengok perempuan or wanita kesayangan dia berbual dengan lelaki lain walaupun sepupu rapat..Pasti perasaan jeles tu ada..betul?!.

Separuh hati sudah memaafkan tetapi separuh lagi tidak dapat menerima dan perlukan penjelasan..Aku mengeluh kecil..Aku tidak berniat langsung untuk terasa hati dengannya..Tapi jiwa lelakiku meronta untuk itu..

Aku mengerling ke arah isteriku..kelihatan isteriku hanya diam membisu sambil menunduk..Mungkin takut melihat perubahanku yang dingin tadi..Aku malas nak bergaduh, jadi aku diamkan saja..

*******

Kereta yang di pandu suamiku membelok masuk ke perkarangan Villa familynya..

Aku memandangnya sebelum melangkah keluar ..Dia hanya membalas renunganku sekejap..

Aku tanpa bersuara terus keluar lalu mengikut jejak suamiku yang bergerak masuk ke dalam..

"Assalamualaikum ibu ayah"..Suara suamiku memberi salam ketika kaki melangkah masuk..

"Waalaikummussalam, masuklah Kamal Mira"..Sambut ibu mertuaku sambil melangkah ke arah kami..Lantas , tubuh itu memeluk ku erat..

Aku tersenyum manis lalu membalas pelukan itu..sungguh, aku rindu pelukan itu kerana pelukan itu seperti ibuku ..Kasih sayangnya mengalir ketika berpelukan..

"Mira sihat? Ibu sangat bersyukur Mira jadi menantu ibu..Lepasni boleh la Mira tinggal sini teman ibu"..Katanya sambil merenungku..

Aku tersenyum manis lalu mengangguk..Suamiku yang berada si sebelahku hanya diam memandang kami berdua..Aku mengerling ke arahnya..Mata itu seperti mata helang yang menunggu untuk menerkam mangsa..Aku tahu dia masih terasa dengan aku..

"Eh, jomlah..ayah dah tunggu dekat meja makan..mari kita makan tengahari sama-sama"..pelawanya lagi..

"Hmm, ibu ni ada buah sikit Kamal beli tadi.."..Tegur suara garau itu..sambil menghulur buah yang di beli di tepi jalan sebelum sampai ke sini...

"Mari Kamal Mira"..Katanya sambil menyambut huluran itu lalu bergerak ke dapur..

Aku masih kaku apabila menyedari renungan mata helang itu..Lantas, tanganku di gapai olehnya..Terus saja tanganku di tarik untuk bergerak beriringan dengannya..

Usai makan bersama keluarga Kamal..Sebenarnya, di meja makan hanya suara aku yang berbual dengan ibu dan ayah mertuaku..Suara suamiku tiada lansung kedengaran! Nampak sangat terasa dengan aku...

Kami meminta diri untuk pulang ke rumah milik suamiku..Kereta di pandu ke kondo mewah suamiku..Aku terlopong melihat persekitarannya sangat cantik dan bersih..Siap ada security guard!..

"Jom"..Katanya sambil keluar dari kereta ..

Aku membantunya mengangkat beg..Kami melangkah masuk ke lif..Butang no 9 di tekan..Bermakna rumahnya itu berada di tingkat 9..

Aku melangkah masuk ke rumah itu..Besar , cantik, kemas dan susunan perabotnya sangat rapi..tiada langsung cacat ...Aku terkaku di hadapan pintu rumah itu..Timbul rasa segan ingin masuk ke dalam rumah itu walaupun sudah pun menjadi isterinya..

"Kenapa tercegat dekat situ? Masuklah! Nak jadi 'mak guard' ke dekat pintu tu?"..Sapa suara itu..

Aku yang mendengar tadi tersentap ..Jarang sekali aku mendengar tutur kata seperti itu..Agak kasar tapi aku tahu dia masih lagi marahkan aku..Jadi, aku kena terima

"Err, ye saya masuukk". Jawabku perlahan sambil mendekat ke arahnya.

"Ini bilik kita..Takde istilah bilik sendiri-sendiri dalam rumah ini.." Katanya sambil memulas tombol pintu itu..
Aku hanya mengangguk faham..'Ceh, dalam marah pun tak bagi aku duduk bilik asing..Tahu lah risau bini jauh kan?'..Bisik hati kecilku..Aku tersenyum sikit..Katil saiz King itu elok terletak di bahagian tengah bilik..Biliknya besar..

"Apa yang disenyumkan tu?.." Tegur dingin suara itu..

Aku mengeleng perlahan..

"Ini almari awak sebelah dengan almari saya"..Ucapnya sambil memandang ke arahku..

Aku mendongak melihatnya apabila mendengar nama panggilan itu sudah bertukar..'Awak saya?'..Sah! Memang aku lah kena pujuk dia ni..Haiyoo!..

Aku mengangguk..lantas meletakkan beg berhampiran almari itu..

Aku melihat langkah kaki suamiku keluar dari bilik..Aku mengeluh perlahan sambil otak berfikir cara untuk memujuknya..

Aku tahu hati beku itu boleh cair..Tapi kena ada caranya!..Fikir Ainnur Amira!..Sikap suamiku itu membuat kepalaku pening..'haih, baru je kawin kot..dah berperang..huhu nasib..Semuanya disebabkan kau Ainnur Amira'..

*****

Apakah Ainnur Amira akan berterus terang tentang lelaki itu?
Apakah cara Amira gunakan untuk mencairkan kembali hati beku suaminya itu?

#Hye guys, first of all..saya nak minta maaf sangat sebab tak dapat nak konsisten update setiap hari bab baru..sebabnya busy sikit ..huhu..Im so sorry okay readers semua..Hope, korang dapat support novel pertama saya ini..luv u all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience