"Kalau saya bagitahu awak pasal tadi..jangan gelabah"..Jawab Tuan Kamal..
"Err..inshaAllah tak..tapi nampak macam serius saja Tuan?..ada apa-apa berlaku ke?" Soalku lagi..Dari riak wajah itu nampak serius..Aku dapat rasakan bulu romaku beremang..
"Awak tahu tak waktu kita pergi rumah awak tu dah sampai di sana ..Ade orang ekori kita dari belakang?"..ujarnya sambil memandangku sekilas di bahagian sebelah pemandu..
" Err..ouh pasal tu..pikir apa la tadi" ..jawabku ringkas..bukan apa..memang sejak dari kejadian di rumahku itu..setiap hari aku akan merasa diriku di ekori..tapi tak dapat kenal pasti siapa..Tuan Kamal seolah-seolah terkejut mendengar jawapan dari mulutku itu
"Ouh, jadi selama ni awak tahu la ye ade orang ekori awak?!"..Nada suara itu seakan tinggi dan tegas..Aku yang disebelahnya itu terkejut dan kaku..aku menunduk ke bawah ..mungkin terasa hati disebabkan suara itu..aku cepat sentap..tak tahu kenapa..
Aku hanya mengangguk diam sambil menahan air mata yang bergelinang ..' Tahan Mira..kenapa la sejak -sejak ini hati kau bagaikan tisu? Cepat sangat sentap lepastu leleh air mata' ..keluhnya perlahan..
"Mira" panggil perlahan seakan nada tegas itu sudah kendur mungkin disebabkan kebisuan aku.."Mira..okay saya minta maaf sebab tertinggi suara dekat awak"..katanya perlahan seakan memujukku.. 'Aiipp sejak bila dia pandai minta maaf ni? Wah ada perubahan ni..kihkihkih' gelaknya dalam hati..sebenarnya hatiku cepat sejuk lagi-lagi dengar Tuan Kamal panggil namaku dengan lembut...Tapi aku tetap teruskan lakonanku..diam dan menunduk..
"Okay Mira , saya minta maaf dekat awak pasal tadi..saya tak terniat nak tinggikan suara pada awak..awak tahu kan kes awak masih dalam siasatan..kenapa awak tak pernah bagitahu saya soal ini? Awak tahukan bila-bila masa sahaja nyawa awak akan tergadai? ..Saya harap lepasni kalau ada apa-apa seperti kejadian tadi..awak terus bagitahu saya" ..Katanya sambil mengeluh..ketika itu juga dia meraup mukanya sehingga ke belakang kepala..seakan kecewa dengan sikapku pentingkan diri..yeke?
"Baik Tuan..takpa saya dah maafkan Tuan..lagipun memang patut pun Tuan bertegas dengan saya..sebab saya pentingkan diri tak membantu Tuan dalam kes saya dan Aiman.." ..Jawabku perlahan dan aku terus menoleh ke arah kiri cermin untuk menikmati pemandangan malam itu ..
Kami berdua hanya berdiam sahaja..dan Tuan Kamal terus memandu pulang ke rumah..Sampai sahaja di Villa itu, aku terus keluar tanpa bercakap lalu mengangkat beg dan terus berlalu masuk ke dalam Villa itu..Kedengaran Tuan Kamal mengeluh melihat perilaku aku itu..
Aku disapa oleh Datin Aminah dan Dato semasa di ruang tamu..
" Eh Mira dah balik..awalnya..tak sampai satu jam pon..Mira dah makan?" Soalnya ramah..
" Ye auntie sekejap je..hehehe..Hmm Mira belum makan lagi"..jawabku sambil tersengih dengan tangan memegang beg baju.
" Ouh yeke? Kamal tak bawak Mira pergi makan ke? Takpelah kalau macamtu..Mira kalau nak makan, pergi je makan dekat dapur ye..makanan ada lagi tu..lebih"..ujarnya..
Aku hanya mengangguk perlahan..dan bergerak naik ke atas..malas nak berlama-lama disitu sebab ada Tuan Kamal ..Aku masuk ke dalam bilik mewah kepunyaan Ana itu..aku meletakkan beg di tepi dinding tempat tidurku..Aku ingin menunaikan solat isyak sebentar sebelum turun makan..
Seusai solat, aku turun ke bawah untuk makan malam..aku ternampak kelibat Tuan Kamal di meja makan itu..' eh sibuk la dia dekat situ'..Aku bergerak ke dapur untuk mengambil pinggan lalu duduk di meja makan itu bersama Tuan Kamal . Tanpa berlengah aku makan tanpa menghiraukan Tuan Kamal di depanku..
"Ehem"..di berdehem sambil memandangku..aku hanya mengangkat kepala sedikit lalu melihat wajah itu ..sambil itu aku mengangkat kening sebelah kiriku seakan bertanya..'Aduh dia ni..jangan la renung aku lama sangat..dah la tengah lapar gila ni..terbantut pulak kang'..getus hati..Aku memperlahankan suapanku sambil berfikir..'aku makan gelojoh sangat ke?'..
"Ehem..esok kita nak gerak pukul berapa? Awak mintak cuti sampai hari ape?..tanyanya kepadaku..aku berhenti sekejap sambil memandang dan berfikir..
"Ikut Tuan la, selalu Tuankan yang tetapkan waktu?..hmm saya minta cuti sampai hari isnin..start esok sampai isnin.."jawabku..aku kembali menyuap nasi ke mulutku..Dia hanya berdiam ..mungkin terkesan kot dengan jawapan dari aku tadi..
"Huh, kali ni saya ikut awak punya jam..lagipun jauhkan perjalanan kita esok..jadi saya ikut awak je sebab balik kampung awak kan?"..katanya sambil mengeluh kecil..
"Haa okay..biasa saya gerak pagi dalam pukul 7 pagi ke..macam pergi kerja lah..kalau gerak pagi mungkin boleh sampai petang itupun kalau tak sesak la highway tu.." jawabku sambil memandangnya..
Dia mengangguk lalu berkata, "Ouh okay..so, gerak pagi la ni? Biasa awak balik sana berapa jam nak sampai?"..soalnya lagi..kelihatan nasi di pinggannya itu sudah habis..Aku punya ada sikit lagi..
Suapanku terhenti apabila dia menyoalku lagi..'haih, bile la boleh abis makan kalau macam ni'..keluhku di hati lalu menjawab..'Kau ni janganlah marah dia, dia mungkin banyak tanya sebab mungkin tak biasa jalan jauh ke kan..cubalah positif sikit' suara lain pula yang berbisik..
"Tuan takpa kan kalau gerak pagi? Esok Tuan dah ambil cuti ke? Hmm biasa saya balik kampung makan masa dalam 8 jam macam tu"..aku menyoalnya kembali..
"Ouh Lama jugak ye..takpa saya ikut awak je..pagi pon boleh..Esok saya macam awak la dah start cuti tapi saya minta cuti sampai ahad je"..katanya sambal bersandar di kerusi itu dan merenungku..
"Ouh Tuan cuti sampai Ahad je..takpela kalau macam tu..Ahad nanti tuan boleh la balik dulu..Saya boleh je balik naik bas je pagi isnin tu''..ujarku lagi..Akhirnya, nasi di pingganku sudah abis..jadi boleh la pandang wajah itu lama..huhu
"Soal cuti itu takpa, nanti saya call anak buah saya ganti tempat saya hari isnin tu..saya tak benarkan awak naik bas..saya yang akan hantar awak balik sana dan bawa pulang awak balik ke sini"..katanya lagi tapi nada tegas..
"Err..okay Tuan, maaflah sebab tak bagitahu Tuan awal-awal pasal cuti saya tu..maaf sebab susahkan Tuan hantar dan bawa balik saya..Kalau saya tak terlibat dalam kes itu, mungkin saya tak kenal tuan dan tak menyusahkan Tuan" ..jawabku serba salah..kalini aku turunkan egoku dan minta maaf darinya..Aku menunduk sedih..
"Hmm takpa..tuhan dah takdirkan awak berjumpa dengan saya"..jawabnya perlahan tapi aku masih lagi dapat menangkap..Aku hanya mengangguk faham dan bangun dari kerusi bersama pinggan dan cawan untuk di basuh..
Setelah selesai makan,dan mengemas apa yang patut di atas meja makan itu, aku terus bergerak ke ruang tamu untuk bersembang ..aku melabuhkan punggung di sofa dan duduk di sebelah Datin Aminah..
"Auntie tengok cerita apa tu..mcm best je"..sapaku kepadanya..
"Tak tahu la tajuk ape ni Mira, Auntie tengok je dah Uncle yang bukak"..jawabnya sambil tersenyum memandangku..
"Ouh hehe..auntie ada nak kirim apa-apa tak waktu Mira balik sana nanti?"..Soalku ingin bersembang..
Kelibat Tuan Kamal menghampiri kami di ruang tamu itu lalu dia duduk di sebelah ayahnya..sambil- sambil matanya memandang kami yang sedang bersembang..Ana dan Aiman duduk bersama di sofa yang lain..mereka seolah-olah tak hiraukan orang lain..mereka leka dengan dunia gamenya..
"Ouh ye Auntie hampir lupa ye..esokkan Mira bertolak balik sana kan? Pkul berapa?..Soalnya..soalanku di balas dengan soalan..Aku hanya tersengih..
"Ye Auntie..kami gerak dalam pukul 7 pagi macam tu.."Jawabku..Datin Aminah terus mengalihkan badannya ke arah aku lalu mencapai lembut tangan lalu di elus..
"Ouh ye ke..Mira mintak cuti berapa lama?..Nanti jangan lupa sampaikan salam auntie dekat ibu dan ayah Mira ye"..
Aku hanya mengangguk faham dan bersuara kembali..
"Mira cuti sampai hari isnin je auntie..Nanti Mira sampaikan ye..nanti Mira beli ole-ole untuk auntie ye dekat sana"..Jawabku sambil tersenyum
"Tak payah la mira, susah je..lagi satu nanti lepas mira balik sini..mira nak tinggal dekat mana? Kalau takde boleh je Mira tinggal dekat sini"..ujarnya lagi..
"Ouh ye auntie..baru teringat..mungkin lepas Mira balik sini..ari selasa tu Mira duduk dengan kawan sekerja mira ..dia duk..mira tinggal dekat sana sampai kes Aiman abis.." Kataku kepadanya..
Aku perasan yang uncle dan Tuan Kamal memandang ke arah kami..Tumpuan mereka kini berubah..
"Laa, kenapa tak tinggal sini je..lagipon auntie rasa sunyi ke kalau takde Mira takde la bosan sgt duduk rumah"..pujuknya lagi..
Aku tekad lepasni takkan susahkan keluarga Datin lagi..walaupun hatiku berat juga nak pergi tapi aku terpaksa sebab aku dengannya tiada ikatan apa-apa..jika kena tangkap basah memang boleh terus kawin..
Aku mengeleng lalu menjawab..
"Maaf auntie, Mira tak boleh lama-lama dekat sini lagi..Mira tak susahkan family auntie lagi nak tumpangkan Mira duduk sini..Mak abah Mira pun tahu pasal ni , mereka juga serba salah sebab Mira tinggal dekat sini..rasa menyusahkan..lagipun auntie rumah sewa kawan Mira pun dekat-dekat sini je..jangan risau eh"..kata lembut seakan meminta izin untuk keluar dari rumah ini dengan cara baik..
"Hmm, terima kasih sangat dekat Uncle, Auntie dan err Tuan Kamal sebab bagi saya tumpang di sini..Family Auntie semua baik-baik ..layan Mira dengan baik..Mira hargai sangat..lepasni kalau ada rezeki kita boleh jumpa auntie"..jawabku lagi secara jujur sambil tahan sendu..air mata sudah berlinangan..
'Tahan -tahan,. Air mata jangan mengalir dulu pleasee' ..bisik hati kecilku..
Wajah putih mulus Datin kelihatan sedih..dan akhirnya air mat dari wajah itu turun..aku jadi kaget dan gelabah..'eh asal Datin menangis pulak ni..abis la aku dengan Dato nanti'..
"Err..Auntie kenapa ni..janganlah nangis..serba salah saya jadinya"..kataku gelisah seperti orang tak senang duduk..aku memandang ke arah uncle dan Tuan Kamal..mereka hanya melihat dengan takde perasaan..Tiba-tiba
"Mira, Auntie memang macam tu..lembut hatinya ..kalau orang dah mula sayang lepastu nak pergi tinggalkan dia..macam tu la jadinya..menangis" Uncle mencelah..aku mengangguk faham..Puas aku fikir cara nak pujuk Datin yang dari tadi diam dengan air mata..
"Err..auntiee..Nanti auntie bosan ke nak teman borak ke..auntie call Mira terus ye..Nanti Mira datang ..okay? ..Kalau ada masa lapang..Mira datang la sini jumpa auntie..boleh?..pujukku perlahan sambil mengusap lembut tangan tua itu..
"Mira, rumah ni sentiasa terbuka untuk Mira..Mira datang je tau..Nanti takdela auntie bosan"..jawabnya sambil tersenyum dan tangan kanannya mengesat air mata itu..Aku hanya mengangguk dan terus Datin memeluk kejap..aku rasa seperti belaian ibu kepada anaknya. Sungguh nyaman..
"Mira, dah kemas-kemas ke untuk balik esok?..Mira pergi rehat la ye..esok nak jalan jauhkan?..Ucapnya lagi..Aku hanya mengangguk dan bangun dengan perlahan untuk beredar dari situ..aku perasan mata helang itu seakan- akan memandang sayu ke arah aku..Kenapa ye?
*******
Adakah Tuan Kamal akan bersuara? Bagaimanakah kehidupan Mira selepas keluar dari Villa mewah itu? ..Nantikan..
#pss: sorry guys..semalam tak sempat nak update chpter baru..sebab bz dengan vid temuduga..saya harapkan doa-doa kalian supaya saya dapat sambung belajar..Amiinn..Malam ni saya akan update satu lagi okay..
Share this novel