*******
Keesokan harinya, Ainnur telah bersiap- siap untuk ke tempat kerjanya..Dia keluar awal pagi kerana takut akan berlaku kesesakan lalu lintas walaupun rumahnya untuk ke tempat kerjanya hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
"Nasib baik la aku keluar awal, kalau tak tadi mahu aku datang lambat" bisik hatinya..
"Makan sarapan dululah, awal lagi ni..perut pun dah berkeroncong nanyi lagu ziana zain ni.. haha teruk sangat ni" katanya perlahan takut orang lain pikir dia gila sebab cakap sorang- sorang..
Sedang fokus makan sebab lapar sangat sehingga tak pandang kiri kanan dah..Tiba - tiba ada makhluk Allah menyergahnya..
"Hahh.. Amira, makan sorang tak ajak" sergah Qistina kepada rakan sekerjanya sambil tersengih..
Ketika itu, dia merasakan kerongkongnya tersekat dengan makanan disebabkan sergahan kawannya itu.."Weh , kau nak aku mati awal ke? Tak boleh ke bagi salam dulu? " katanya sambil mengurut dada yang terasa perit..
"Yelah, im sorry okay..hihihi.. aku sayang kau lagi sebab kau sorang je kawan aku dekat sini" Qis menunjukkan muka sedih untuk minta simpati kawannya itu..
" Dahlah, tak payah nak berlakon lagi..Kalau kau lapar pergi la beli makanan cepat sebelum start mengajar..dah lambat dah ni..tinggal dalam 15 minit je sebelum pkul 8 tau"
Qis terus berlari anak ke arah gerai makanan selepas mendengar kata- kata si Amira..
"Ceyhh sempat lagi bagi ceramah dekat aku ye" hati Qis berkata-kata..
Selepas sahaja mereka bersarapan, mereka terus bergerak ke bilik ofis masing-masing sebelum masuk ke kelas untuk mengajar..
"Bye..Mira nanti kita jumpa waktu lunch ye kalau sempat la..itupun kalau aku tak keluar la dengan tunang aku si Khai tu..okay?" Amira hanya mengangguk sahaja tanda dia faham.." Ape- ape chat aku ye Qis"..Katanya kepada Qis sebelum berpisah..
" Okay semua, jangan lupa siapkan assignment yang saya berikan dalam tempoh 2 minggu..sesiapa yang lambat submit akan di tolak markah!" peringatan serta amaran diberikan kepada semua pelajar kelasnya sebelum kelas bersurai..
Semasa melangkah keluar dewan kuliah tersebut, kedengaran separuh pelajarnya mengeluh apabila mereka menerima banyak tugasan sebelum cuti pertengahan semester.. Akhirnya kelasnya telah pun habis untuk hari ini..
"Kriukk kriukk" bunyi perutnya yang menandakan dia sedang lapar kerana tak sempat lunch disebabkan banyak kelas dan si Qis pun tak boleh join sekali kerana telah keluar bersama dengan tunangnya si Khai..
"Untungla ade tunang, boleh ajak teman makan, jalan shopping, lepak-lepak..tak macam aku ni umur 25 tapi belum ada pasangan..huh, mungkin jodoh aku belum sampai kot hmmm" keluhnya sambil kaki mengarah ke bilik ofisnya..
Dia bercadang untuk singgah makan sebelum pulang ke rumah takut gastriknya datang ...Nasib baik dia sudah makan sarapan kalau tak pasti perutnya pedih..huhuhu
Share this novel