Bab 13

Action Completed 25770

Seusai makan tengahari bersama Ana dan Tuan Kamal..aku meminta diri untuk beredar dan mereka juga pulang selepas makan..Aku perlu menyiapkan diri sebelum masuk mengajar..

"Haih, kena solat dulu la..lepastu baru balik rehat dekat ofis"..Aku melangkah ke surau yang berdekatan..

Semasa aku ingin gerak masuk ke kereta yang telah di parkir berdekatan kedai buku itu, aku perasan kereta yang hampir melanggar aku berada tidak jauh dari situ ..aku terus berasa seram dan takut..' Ya Allah, moga la dia bukan org yang jahat...Kau lindungilah aku..sesungguhya hanya Engkau la tempat aku berlindung' ..Doaku bersungguh-sungguh di dalam hati sambil melangkah laju ke keretaku..

Dalam tak sedar, semasa aku ingin membuka lock kereta..terus aku disapa oleh lelaki berkot hitam yang aku jumpa semasa kejadian di tepi jalan itu..

"Ehemm, awak busy ke sekarang ni? boleh bagi nombor telefon awak? ..soalnya kepadaku..Aku terus mendongak melihat wajah lelaki tersebut tapi aku tidak dapat melihat sepenuhnya kerana dia memakai kaca mata hitam..

Aku mengerling jam di tangan..jam menunjukkan pukul 1:30 tengahari..' Alamak, aku kena gerak ni..kalau tak takut jalan sesak nanti..dah la jam 2 nak kena mengajar, tak sempat la aku nak rehat kalau macam ini' ..gumamku sambil mengelamun lama sampaikan lelaki di hadapanku ini memetik jari..

"Eh. Haa apa? Maaf saya busy sekarang..saya ada kerja" jawabku sambil terkejut melihat perlakuannya yang memetik jari tadi..' Nasib aku tak pandai melatah, Kalau tak memang segan la kau' suara lain berbisik dia hatiku..

"Ouh yeke, boleh saya dapatkan nombor telefon awak? Mana tahu boleh keluar jalan sama-sama ..boleh kenal-kenal"..ujarnya sambil tersenyum nipis..Dia nampak berusaha mahukan nomborku tapi jangan silap..pendirian ku sangat teguh..Kalau tak kenal sesiapa ..Nomborku tak kan bagi sesuka hati..

"Maaf ye Encik, saya tak kenal En, jadi saya tak boleh berikan nombor saya dekat orang yang tak dikenali" terus aku menjawab..Mukanya tampak muram selepas mendengar kataku tadi..

" Maaf sekali lagi, saya harap encik berjumpa dengan orang lain yang lebih tepat dan baik..saya gerak dulu..maaf"..tanpa menunggu jawapan dari mulutnya..aku masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ..Aku melihat cermin sisi apabila sudah bergerak..Kelihatan lelaki tersebut melangkah longlai sambil menunduk dan berwajah muram masuk ke dalam kereta mewahnya itu..

Tapi, dari sudut hatiku berasa perasaan yang tak selesa ketika berada dengan dia..bukan sebab suka atau ape..tapi lebih kepada takut, rasa macam tak selamat , rasa macam diri ni perlu mengelak dari berjumpa dia..Padahal mukanya nampak macam orang baik-baik je walaupun tak nampak wajah itu sepenuhnya..

'Kau jangan salah menilai orang Ainnur, Takut kau silap langkah nanti..Jangan disebabkan rupa luaran terus kau percaya yang dia baik..Kau perlu tahu perangai dia dari dalam juga..Don't judge a book by it's cover' ..aku seperti dia tiup semangat supaya tidak mudah percaya dekat orang ..

Aku memandu kereta myviku dengan kadar sederhana laju disebabkan lalu lintas ..Jam di dashboard menujukkan 1:45 ..'harap-harap boleh sampai sebelum masa' ..gumamku perlahan dengan nada risau sebab aku sangat mementingkan masa..kerana aku seorang yang panctual dengan masa...

Kereta yang dipandu telah pun memasuki kawasan kolej ..aku memarkir kereta dekat dengan bilikku..Aku masih mempunyai sisa 5 minit sahaja lagi sebelum kelas mengajar aku bermula...Aku berlari anak menuju ke bilikku sebentar untuk mengambil barang mengajar lalu bergegas masuk ke dalam bilik kuliah..

Setelah sampai di bilik kuliah itu, aku meminta pelajarku menandatangani kehadiran kelas..selepas itu, aku terus memulakan sesi mengajarku sehinggalah habis waktu jam mengajar..

*********

" Bos keluar jumpa siapa? Kenapa wajah Bos muram je? bos sihat tak?..Tanya P.A itu risau..' Takkan la bos aku ni terus tak sihat lepas jumpa wanita tu..ataupun takkanlah bos aku kena reject oleh wanita itu! Punyala handsome , segak'..hati P.Anya itu berkata-kata..

"Takde apa la" jawabnya tanpa ada riak..sukar untuk P,A nya itu nak tembak perasaan bosnya itu..Tapi dia ade perasan muka suram itu ketika memandang keluar tingkap..

'Kesian bos aku ni..baru nak merasa ade perempuan dalam life dia..tapi kena reject ..sampainya hati perempuan tu..' gumam P.A itu sambil memerhati sikap bos yang beriak berbeza pada hari itu..

******

Sebelum aku memandu pulang ke Villa Tuan Kamal..aku merehatkan badan di dalam kereta sambil bersandar dan memejamkan mata sebentar dengan menghirup udara sejuk aircond keretaku..
Aku membelek telefon..tapi tiada sebarang mesej..'Hmm..bosannya alahai hidup single ni...bila boleh ade chat masuk dari pakwe kan' rungutnya sambil membelek aplikasi WhtApp ..

Setelah badan rasa segar disebabkan udara sejuk keretaku, aku terus bergerak untuk pulang..tapi aku berura-ura untuk singgah di mana-mana warung untuk membeli sedikit juadah makan petang untuk keluarga Tuan Kamal walaupun tak seberapa..Aku rasa terhutang budi kepadanya..

Mataku melilau mencari warung tepi jalan sambil memandu..

"Haa adapun kedai" aku memberi signal ke kiri kerana aku ingin berhenti di sebelah kedai itu..lalu aku keluar sebentar dengan mematikan enjin ..aku melangkah menuju dan memilih juadah di depan mata..' Fuh banyaknya kuih minum petang dekat sini, patut la ramai orang' ..gumamku perlahan sambil melihat setiap juadah itu..

Aku jadi rambang mata nak pilih, pelbagai makanan di hidangkan seperti pisang goreng, cucur udang, cucuk-cucuk bebola, mee kari, laksa, keropok lekor dan bermacam-macam..

Jadi, aku memilih cucur udang makanan kegemaranku..lepastu pisang goreng dan keropok lekor sikit..sikit tak sikit tapi tiga bungkus plastik juga aku pegang..aku menuju ke Villa dengan selamat..

Ketika aku ingin memarkir kereta, aku sudahpun melihat kereta Tuan Kamal sudah ada..bermakna dia sudah balik..'awal juga dia balik..tak busy ke'..
'apalah kau ni, diakan polis mesti la office hour lagi-lagi dia pegawai..memang takla dia duduk balai lama-lama' lagi satu suara yang boleh membuatku berperang lagi..

Aku keluar dan melangkah masuk sambil memberi salam..

"Assalamualaikum" sapaku dengan salam dan suara sopan ..kalau menjerit nanti macam tak hormat rumah orang pulakkan..Aku masuk ke dalam sambil menjijit bungkusan plastik..Aku dapat lihat auntie, uncle , Tuan Kamal sedang menonton tv bersama manakala Ana sedang melayan Aiman bermain game di telefon Ana..Aku tersenyum manis melihat suasana sekarang ini..

"Waalaikummussalam Mira, Eh lambat Mira pulang ye..apa yang dekat tangan tu Mira..banyaknya..Mira beli apa tu? ..Suara pertama yang akan bersuara sudah semestinya Datin Aminah..Aku senyum manis lalu menjawab..

" Ye Auntie, tadi Mira singgah beli makanan untuk minum petang.." kataku sambil menapak ke arahnya lalu bersalam..Aku hormat Datin seperti ibuku sendiri..

" Wah, akak dah balik..akak beli apa?" Suara ceria si Aiman pula yang menyapa aku..lalu aku menyua kepadanya bungkusan plastik yang berisi keropok lekor..aku tahu itu makan kegemarannya sejak tinggal bersama jiranku ..

"Akak ade belikan keropok lekor untuk Aiman..kejap lagi akak hidang ye..akak gi dapur jap" jawabku kepadanya yang sedang teruja melihat makanan kegemaran itu..dia mengangguk faham lalu aku mengatur langkah ke dapur tapi terhenti sebab ade orang bersuara memanggilnya seperti suara Datin.. lalu aku berpaling..

"Mira, Mira letak je situ makanan tu..minta tolong pembantu dapur hidangkan..Mira kan baru balik..mesti letih..Mira pergi la mandi segar badan lepastu minum petang dengan kami sekali" Datin Aminah menyuarakan pendapat kepada aku..

Aku termangu dan menjadi segan sendiri apabila aku baru teringat yang aku ni sekarang masih berbaju kurung dari tempat kerja lagi..Aku tersengih malu dan berlalu ke atas..sebelum tu akak memberikan makanan itu kepada pembantu dapur itu..Dapatku lihat mereka semua tersenyum melihat mukaku yang sedang tahan malu..' Alaaa malunyaa'..

Selepas aku menunaikan solat asar, rasa diri menjadi segar terus aku turun ke bawah dengan menyarung tudung ...yelah dalam rumah tu ada ajnabi yang boleh halal untuk berkahwin..jadi kena jaga aurat..aku menapak menurun..terlihat makanan sudah pun terhidang..' kesian dorang kena tunggu kau untuk makan sekali, mesti lama kan' rungutku..

"Maaf la lambat, Mira solat asar sekali tadi sebab tak sempat nak asar dekat kolej" aku minta maaf kepada mereka sebelum apa-apa..aku juga berterus terang takut di fikiran mereka lain..bukan nak syak wasangka..tapi kita waspada..

" Eh takpa lah Mira, kami okay je..dah mari sini makan sekali" Pelawa Datin kepadaku..' kenapalah Datin ni baik sangat dengan aku, huarghh rindu ibu dekat kampung' ..hatiku tiba-tiba sebak apabila sebut familyku di sana..

"Okay Auntie" jawabku ringkas lalu menapak ke arah bahagian kerusi berdepan Tuan Kamal..Memang disitu jelah tempatku setiap kali untuk makan..taktahu la benda ni kebetulan atau di rancang..

Kelihatan Tuan Kamal masih sama juga dari awal bertemu suka merenung aku lama..'Dia ni taktahu ke yang mata dia boleh buat duniaku berubah..oh my god..hati kena kuat..jangan lemah"..bisik hatinya..Pada masa itu juga, aku dapat rasakan perbezaan perasaan apabila berada dekat dengan dua orang lelaki yang berbeza..

'Kalau dekat dengan Tuan Kamal mesti hatinya akan jadi huru-hara, cair dan rasa macam ada taman dalam hati dan yang paling penting..aku rasa selamat..Lain pulak kalau berada dekat lelaki yang aku jumpa itu..hati rasa lain seperti tak sedap, tak aman dan bercelaru..tak tahu kenapa..mesti lelaki tu terasa dengan sikapku..tapi aku tk boleh sorok sebab taknak berpura-pura..itu bukan aku..hmm..lantak la' Fikiran ku akan menjadi kusut kalau fikir lama pasal lelaki yang tak dikenali itu..

Kami berehat selepas minum petang dan aku membantu Datin serta pembantu dapur untuk mengemas meja makan..Dan menolong memasak hidangan untuk makan malam..

*****

Adakah Amira sudah jatuh hati dengan Tuan Kamal? apakah sebabnya?
Dan apakan berlaku dengan lelaki yang baru sahaja ditemui itu?

#Nantikan ye..stayy tunedd guys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience