Malam seterusnyaa,
"Sayang abang pergi kerja dulu ye..mungkin pagi abang balik sebab ada operasi..Doakan abang ye"..Ucapku berbisik perlahan ke telinga Isteriku yang sedang lena tidur..
Aku terpaksa pulang lewat dari kerja tadi disebabkan meeting untuk operasi malam ni..Jadi, balik pun terburu-buru lalu bersiap untuk malamnya pula..
Sejujurnya, aku risau nak tinggalkan Mira keseorangan di rumah..Walaupun ada cctv tapi aku masih risau..
Aku mengusap wajah itu perlahan takut Mira terjaga..Dalam beberapa minit menilik wajah cantik itu..Aku bingkas bangun..Tapi sempat aku mengucup dahi luas itu untuk menanam sedikit rasa semangat dalam diriku..
Lalu aku merapikan baju jaket kalis peluru di badan..kemudian, memakai glove dan stokin..
Aku menoleh sekejap ke belakang untuk menatap sekujur tubuh kesayanganku lalu bergerak keluar dari bilik..Aku memandu ke balai untuk persiapan terakhir ...
*******
Di Balai,
Skuad dari Bukit Aman sudah melaporkan diri pada pagi itu ..Mereka sudah bersiap sedia untuk menjalankan operasi malam ini..Separuhnya sangat berpengalaman dan separuh lagi dari skuad aku..
"Tuan, semua sudah bersedia..Saya dapat maklumat dari bahagian risikan bahawa Ketua mereka sudah berada di tempat yang sudah kita 'mark'..Tapi, jumlah mereka ramai tuan..Jadi, apa pandangan tuan sebelum kita bergerak".. Sjn, Shafiq datang memaklumkan sesuatu kepadaku..
Aku yang sedang bersiap memasang pistol di bahagian belakang pinggang tersentak..
Lalu, aku memandang wajah itu..
"Okay, kalau macam tu kita ikut saja plan yang kita sudah rancang..Pecah ke dua bahagian..Skuad Bukit Aman dan saya akan masuk dan Skuad kita akan cover kawasan"..Kataku..
Sjn.Shafiq hanya mengangguk..
"Arahkan semua skuad untuk berkumpul sebelum kita bergerak!"..Kataku tegas..
"Baik tuan!"..Jawab Sjn. Shafiq lalu bergerak memanggil kesemua skuad untuk berkumpul..
Dalam beberapa saat sahaja, kesemua skuad datang berbaris lalu mengangkat tabik hormat kepadaku dan seorang lagi sahabat aku dari Bukit Aman..Malam ini, aku tidak keseorangan kerana aku dan juga Tuan Fakir akan mengetuai operasi ini bersama..
"Assalamualaikum skuad!, saya harap malam ini tidak akan ada yang melanggar arahan yang diberikan..Saya tak mahu sesiapa tercedera di dalam operasi ini..Saya tahu ini adalah operasi yang paling penting selama beberapa tahun untuk menumpaskan penjenayah yang dikehendaki sejak dulu ..Saya harapkan semua beri kerjasama pada malam ini..Faham semua?!"..Suara tegas dan bersemangat Tuan Fakir memberi peringatan..
"Faham tuan!"..Jawab skuad serentak..Skuad berdiri dengan tangan berada di belakang..Keadaan bersedia..
"Okay bagus, Tuan Kamal ada mahu tambah apa-apa ?..Di persilakan"..Kata Tuan Fakir yang berdiri di sebelahku dengan wajah itu memaling ke arahku..Aku mengangguk..
"Okay, assalamualaikum semua..Saya cuma nak tambah sedikit saja kerana tidak mahu membazir masa..Saya nak ingatkan saja bahawa semua perancangan yang kita sudah bincangkan perlu di ikut..Sekiranya berlaku sesuatu perkara ..terus saja direct kepada saya atau Tuan Fakir..Saya taknak ada yang bergerak terlebih dahulu sebelum mendengar arahan..Pastikan diri masing-masing berada dalam keadaan bersedia dan selamat ketika berada di dalam situasi.. Keselamatan perlu di utamakan walaupun penjenayah tersebut sangat dikehendaki..Itu saja dari saya, Saya harap operasi pada malam ini berjaya"..Kataku mendatar tapi dalam nada yang tegas..
Semua skuad mengangguk dan bersiap untuk bergerak..Tapi, sebelum bergerak kami membaca doa yang di ketuai oleh Tuan Fakir supaya segala urusan pada malam ini berjalan lancar ..
Kami bergerak menuju ke satu tempat di mana penjenayah itu berada..Iaitu di berdekatan sebuah 'club' malam..Tapi, di belakang 'club' tersebut ada sebuah 'sarang' atau tempat penyimpanan segala barang terlarang..Dan ketika ini juga, Ketua mereka sudah berada di sana..
"Tuan, kita dah sampai"..Sjn, shafiq seperti biasa akan menjadi backup aku ..Manakala, Tuan Fakir akan memberi aku arahan untuk mengikut bergerak masuk bersama...
Skuad sudah pun bergerak mengepung 'club' tersebut..Aku , Tuan Fakir, Sjn.Shafiq dan beberapa orang lagi masuk ke dalam..Suasana sangat bingit dengan rentak lagu ..Kami menyorok di setiap sudut sehinggalah ternampak satu bilik yang di jaga oleh dua orang bodyguard di luar..
"Tuan, ada dua orang bodyguard yang menjaga di luar"..Suara sjn.shafiq bercakap di 'walkie talkie'..
"Okay, saya nak dua orang dari kamu alihkan perhatian mereka supaya kita boleh masuk ke dalam dengan senyap tanpa menganggu keadaan sekarang"..Tuan Fakir memberi arahan .
Kemudian dua orang lelaki yang backup kami berjalan keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke arah dua bodyguard tersebut..Kami hanya memerhati dari tempat tersorok ..
Kelihatan seorang dari pegawai kami telah membisik sesuatu ke telinga bodyguard tersebut..Lalu, mereka bergerak dari situ..Seorang saja lagi masih lagi bersembang..Tapi, beberapa minit kemudian pegawai itu telah melepaskan beberapa tumbukan serta mengetuk di bahagian leher bodyguard tersebut sehingga pengsan..
"Tuan, line clear.."..Kata pegawai itu yang sudah menyelesaikan tugas itu..
Kami bertiga bergerak keluar dari tempat persembunyian..Tapi sempat Tuan Fakir memberi arahan untuk meminta beberapa orang untuk 'back up' kami..
"Skuad! Saya nak tiga orang backup masuk sekarang dengan berhati-hati..Yang lain, bersembunyi saja di luar ..Perhatikan jika ada berlaku sesuatu di luar..Terus saja lapor kepada saya!..Faham?"..
Kata Tuan Fakir..
"Jangan bergerak!! Kami polis !.Letakkan senjata di bawah..Jangan cuba untuk bergerak seinci kerana tempat ini telah di kepung!"..Jerit Tuan Fakir dengan kuat ketika berjaya masuk ke dalam bilik itu..
Kelihatannya terdapat 4 orang lelaki memakai baju kod hitam dan seorang lelaki berwajah kacukan Cina berada di meja..
Mereka semua terkejut dengan kehadiran kami ..Spontan mereka berdiri sambil mengangkat kedua belah tangan di udara..
'Ketua' mereka hanya menepuk tangan di udara..
"Akhirnya, pihak polis sudah berjaya masuk ke tempat saya ye? Tahniah dan syabas"
..Kata lelaki tersebut.
Picu pistol Tuan Fakir menghala ke arah setiap bodyguard itu..
"Encik, saya harap encik boleh bagi kerjasama kepada kami sebelum terjadi sesuatu yang tak di ingini"..Kataku keras .
Lelaki tersebut bangun dan bergerak menghampiri kami..
"Jangan bergerak, senjata letak di lantai dan angkat tangan.."..Ulang Tuan Fakir..
"Hahhaa, okay-okay"..Gelaknya sambil meletakkan sepucuk pistol di tangannya di bawah..Tetapi, lain yang jadi..
Berlaku pergelutan kecil antara Sjn, Shafiq dan lelaki berbadan tegap ketika ingin menggari tangan lelaki tersebut..Kemudian, Kesempatan itu di ambil untuk menggari ke semua lelaki berbadan tegap..Aku yang sedang bergelut tidak perasan akan tindak tanduk 'Ketua' mereka yang sedang menunduk untuk mencapai pistol tersebut..
"Tuan Kamall!!! Jerit Sjn, Shafiq kuat..
Pcuh pcuh..
Satu tembakan terkena bahu kiriku..aku tidak sempat mengelak terpaksa berlari ke arah kanan..Lantas, laju saja Tuan Fakir menyepak tangan 'Ketua' itu dan memijak ke dua belah kaki lelaki itu sehingga tersembam di lantai..
"Kurang ajarr!"..Jerit Tuan Fakir sambil menumbuk sekali wajah itu supaya tidak dapat melawan..
"Tuann, tuan tak apa-apa? Panggil medik sekarang!!"..Jerit Sjn, Shafiq di walkie talkie..
Aku yang memegang bahuku yang berdarah..Sempat mengerling ke arah lelaki yang sudah lunyai di tumbuk oleh Tuan Fakir..Kelihatan lelaki berwajah kacukan itu tersenyum sinis memandangku..
"Tak mengapa..Awak dan skuad lain uruskan mereka sekarang..Saya tak apa-apa"..Jawabku sambil terduduk melutut di lantai..
Aku melihat darah di bahuku mengalir dengan banyak sekali..Dalam beberapa minit..Anggota Medik polis datang ke arahku sambil mengikat di bahuku supaya aku tidak kehilangan darah yang banyak..
******
Tidur lenaku di ganggu oleh bunyi deringan telefon pintarku ...Aku terus terjaga lalu melihat jam di dinding..
'Pukul 2?'..detik hatiku..Lantas, tanganku meraba bantal sebelah..Aku tiba-tiba teringat bahawa suamiku ada operasi malam ni..
Dalam termenungku, tiba-tiba telefonku berbunyi lagi..
Aku mencapai dan melihat nombor tersebut...'Siapa pula yang call malam-malam ni?'..Aku masih teragak-agak untuk menjawab panggilan itu .
Namun, jariku menolak button hijau ke atas..Lalu, telefon di tekapkan di telinga..
"Assalamualaikum Puan Amira ye di sana?"..Soal suara lelaki di talian..
"Waalaikummussalam, ye saya..Ada apa ye? Awak siapa?"..jawabku dengan nada pelik..
Terdengar suara di talian mengeluh sebelum menjawab..
"Okay, macam ni..Saya Sjn.Shafiq kawan kepada Tuan Kamal ..Saya harap puan bersabar..kerana Tuan Kamal sekarang di rawat di hospital kerana mengalami kecederaan ringan ketika operasi berjalan..saya mohon untuk puan datang menjemput Tuan Kamal pulang ke rumah"..Kata lelaki tersebut..
Aku terkejut dengan mata terbuka luas..'Ya Allah suami aku!'..Aku mula gelabah..
"Okay, saya datang sekarang!"..Jawabku lantas bersiap..
'Abang, tunggu sayang datang!'..Bisik hatiku..Aku bersiap ala kadar asalkan menutup aurat lalu memandu ke hospital yang telah di berikan oleh Sjn.Shafiq..
****
#Hope korang enjoy dengan chapter ni..Maaf tak panjang..
Share this novel