Pagi di Villa..
Aku bersiap- siap memakai baju uniform polisku...Jam menunjukkan tepat jam 7.00 pagi...Sesudah bersiap..aku mengejut Aiman yang masih tidur..Aku lihat Aiman bangun dan terkejut melihat aku serta merta dia terus melihat sekelilingnya..memerhati bilik ku..
"Eh abang Kamal, Macam mana Aiman boleh adee dekat sini? Abang culik adiikk ke? " ..ujarnya terkejut sambil mata terbeliak..Aku yang sedang senyum tadi terus tergelak ..hatiku terhibur dengar katanya aku ni menculiknya..
"Abang tak culik adik pon la..tengok ni abangkan polis..mana boleh culik budak nanti ke hukuman tau.. Sekarang ni adik dekat rumah Abang la.. Kakak mira pun tidur dekat sini juga tapi bilik lain la"..jawabku perlahan supaya dia faham apa yang aku cuba sampaikan .
"Ouh yeke..takpe la kalau akak pon ade..buat adik takut je tadi" katanya sambil tersengih..aku yang dari tadi terus lega mendengar kata itu.. sebenarnya risau kalau dia tanya lebih pasal malam tadi..Taktahu cara nak sampaikan dengan lebih tepat untuk budak faham..
" Okay adik sekarang pergi mandi dulu..baju adik nanti abang sediakan..lepas siap mandi pakai baju..adik turun bawah ye kita sarapan sekali..Abang tunggu dekat bawah" kataku sambil mengambil beg baju Aiman dan meletakkan bajunya di atas katil sebelum keluar bersarapan..aku melihat Aiman sudah pun turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi..
'Bagus budak ni..Dengar kata...Tak susah nak uruskan dia' getus hatiku semasa melihat perlakuan Aiman itu..
Aku melangkah turun ke bawah sambil kakiku menghala ke meja makan..aku mendengar suara orang bersembang di dapur dengan happy tapi kuat..' Macam suara ibu, ceria semacam je bersembang sampai atas boleh dengar..bersembang dengan siapa la tu' gumamku perlahan sambil mengorak langkah ke bahagian dapur..
Dapat kulihat susuk tubuh ibunya serta seorang wanita muda sedang menyiapkan sarapan pagi..Aku seakan berfikir memandang susuk tubuh wanita muda itu dari belakang..' Takkan la adik aku bangun awal macam ni..lepastu pakai tudung pulak..adik aku mana pakai tudung dalam rumah' aku menjadi rungsing fikirkan benda tu..aku melangkah ke meja semula tapi langkahku terhenti mendengar suara ibunya ..
" Miraa, Tolong auntie bancuh air teh O dengan air nescafe dekat dalam teko ni" suara ibunya meminta Amira membuatkan aku baru teringat tentang semalam..Aku datang rumahnya dan bawanya tidur di sini..' aihh apalah kau ni..takkan boleh lupa pula pasal Mira' hatiku geram..lalu aku menepuk dahi mengenang nasibnya menjadi pelupa sekejap..
Aku melabuhkan punggung di kerusi meja makan itu..aku keseorangan..ayahku mungkin di dalam biliknya lagi untuk berehat ..biasa sudah berumur...ayah akan turun jika dipanggil oleh ibu...aku hanya duduk diam disitu menunggu sarapan..
*******
Di dapur,
" Mira, lepas dah siapkan air tu..mira tolong bawa ke depan ye letak atas meja sekali dengan cawannya ye?" Datin Aminah katanya lembut..aku senyum sambil mengangguk faham..
Setelah siap..aku melangkah perlahan dan berhati-hati supaya air tak tumpah dan tak jatuh..aku yang hanya berjalan sambil melihat bawah menjaga langkah kaki supaya tak kalut ..ketika itu tanpa aku sedari rupanya ada kelibat orang yang sedang merenungku..apabila aku mendongak kepala memandang ke depan..aku hampir terkejut dan mataku menjadi besar dan mulutku terlopong..Aku cepat-cepat merapatkan bibirku supaya tidak terlopong melihat gerangan yang berada di meja itu..
Aku terus meletakkan dulang air itu di atas meja sambil menyapu dadaku kesan daripada terkejut itu..
'Huish semangat, fikirkan siapa la tadi...Boleh tahan hensem Tuan Kamal ni..rasa nak cium-cium je..aipp, hai la hati, berapa kali kau nak cair ni..tak letih-letih ke cair tengok Tuan Kamal'..bisik hatiku seakan berperang dengan diri sendiri..
Aku tersengih dan tersegan sendiri dengan aksi spontanku tadi lalu bertanya..
"Selamat pagi Tuan, tuan nak minum air ape?" Tanyaku ceria disebabkan hati sudah cair dan berbunga ..haha
" Pagi, air nescafe jela" jawabnya sambil tidak lepas memandangku..aku menuang air yang diminta ke dalam cawan itu dan menghulurkan kepadanya..
"Terima kasih" ucapnya lagi..aku yang dari tadi tak tenang di tenung hanya mengangguk dan berlalu cepat ke dapur untuk mengelakkan diri dari Tuan Kamal yang tak pernah tak handsome..' Sah kau dah gila Ainnur' ..aku mengeleng kepala bila fikir pasal Tuan Kamal..
Dalam diam, Datin Aminah nampak aku mengelengkan kepala lalu bertanya..
" Apa yang digelengkan kepala tu Mira? Kenapa sakit kepala ke? " Soalnya tampak prihatin..
Aku terdiam malu sendiri apabila Datin menegurku.. dengan sengihan aku menjawab..
" Hehe..takde apa la auntie..fikir pasal kerja je..bohongku untuk selamatkan diri dari kantoi minat anaknya itu..Aku melihat Datin turut tersengih melihat gelagat aku tadi..
Aku berjalan beriringan dengan auntie sambil memegang bekas berisi mee goreng manakala auntie memegang piring berisi roti bakar serta jem..
" Eh Kamal, awal dekat sini ..sarapan la dulu..ibu nak panggil ayah kejap" kata Datin sambil melangkah naik ke atas..tinggal la aku dengan Tuan lagi..Aku yang dari tadi diam sebab gementar memberanikan diri untuk bertanya kepadanya lagi..
"Err Tuan Kamal nak makan ape? Ade mee goreng dengan roti bakar dan jem?" Soalku sambil memberitahu menu di atas meja..
"Hmm..bagi saya mee goreng" ..jawabnya...aku terus menyenduk mee goreng itu lalu memberikannya pinggan itu..
"Awak taknak duduk ke? Memang suka berdiri ke dari malam tadi? Soalnya pelik sambil tidak lepas merenungku..
"Haa ahh..ye okk" aku tergagap sebab gugup kerana hanya kami berdua saja di meja makan itu sementara menunggu ahli lain turun..
"Awal bangun Mira?" Soalnya
"Haa ye-ye awal..sebab dah terbiasa bangun buat sarapan untuk Aiman" Jawabku.. Dia hanya mengangguk sambil merenungku..' Tuan please la jangan buat saya jatuh hati banyak kali..rasa nak tercabut je jantung saya ni' getus hati sambil menunduk.. tiba-tiba suasana menjadi sepi sebentar sebelum Aiman berlari sambil memanggil namaku..
Aku berasa lega akhirnya suasana kekok tadi berakhir dengan kehadiran Aiman, Datin Dato dan Ana..Aku memberikan senyuman dan berdiri sebentar lalu menarik kerusi untuk Aiman duduk di sebelahku..Sebenarnya, aku duduk berhadapan dengan Tuan Kamal itu sebab jadi kekok semacam je..
"Kamal sedap tak mee goreng tu?" Ibunya menyapa Kamal yang sedang makan mee goreng itu..aku lihatnya makan banyak mungkin berselera..
"Sedap ibu" jawabnya sambil tersenyum ..aku mengerling sebentar kearah Tuan..
"Wah..tambahlah lagi..maknanya sedap la ye mira masak.." pujinya sambil memandangku..Aku terus menundukkan kepala sebab semua mata disitu memandangku membuatkan aku bertambah segan dan tersenyum..
Yang lain sudah tersenyum dan ketawa perlahan melihat perlakuanku tadi..aku sempat mengerling ke arah Tuan Kamal yang juga turut tersenyum..terlihat Ana sudah gelak halus sambil mengenyit mata ke arahku..hatiku tiba-tiba berbunga..' senangnya dalam hati..lalala'' hatiku berlagu riang..
"Ouh, Mira lepas ni ape perancangan Mira?" Tanya uncle kepadaku..
" Hmm, saya nak balik amik kereta kejap..lepastu nak uruskan sekejap kerja saya..saya fikir nak hantar Aiman pulang ke kampung hujung minggu ni..risau keselamatan dia..saya juga fikir nak sewa hotel beberapa hari sebelum pulang ke kampung"..jawabku panjang dan terang..
" Eh, kenapa nak sewa hotel pula..Mira tinggal jela dekat sini ye..sini selamat ..semua orang senang dengan Mira dan Aiman..atau Mira tak selesa duduk dengan kami?..betul tak abang?" Datin Aminah pula menyelah seakan memujukku untuk terus tinggal disitu sementara..
" Betul tu Mira, tinggal jela dekat sini dulu sebelum balik kampung, Nanti Ana pon boleh je tengok-tengokkan Aiman" Dato pula sudah bersetuju..Ana dan Tuan Kamal hanya mengangguk perlahan tanda setuju..
" Maaf Uncle Auntie, bukan saya tak selesa tinggal disini..malah saya nak berterima kasih sebab terima saya sebagai tetamu disini...saya cuma rasa macam menyusahkan keluarga uncle auntie saja..saya jadi serba salah" ..jawabku jujur dan perlahan..
"Ya allah, takde menyusahkan kami pon..lagi satu, tetamukan membawa barakah ke dalam rumah ni..jadi kami terima Mira dengan hati terbuka..Mira tinggal sini ye?..pujuknya lagi..
" Awak duduk je sini sementara..ibu ayah saya okay je ...awak kena fikir keselamatan Aiman juga buat masa sekarang..lagi satu, saya akan hantar awak pulang ke kampung minggu ni...boleh ibu ayah? ..Suara garau dan tegas itu sudah bergema..aku terus diam dan hanya menunduk sambil mengangguk..aku seolah-olah tak boleh nak melawan..tak tahu kenapa?..mungkin sebab tegas?
"Ibu dan ayah benarkan Kamal.. demi keselamatan Mira dan Aiman.." ibunya menjawab..
"Dah- dah makan..nanti lambat pula nak pergi kerja..Kamal teman Mira ambil kereta ye? ..
"Ye ibu" jawabnya perlahan sambil mempercepatkan kunyahannya..aku cepat menghabiskan sarapan dan meminta diri untuk bersiap sebelum bergerak..
*****
Setelah menghantar Mira untuk mengambil keretanya..aku mengekorinya sehingga lah ke tempat mengajar..selepas memastikan dia selamat..aku juga sempat berpesan padanya , jika berlaku apa-apa perkara terus hubungiku.. lalu aku terus bergerak ke Balai..sebelum itu aku menelefon Sjn. shafiq..
" Hello, pagi Shafiq..saya nak awak kumpulkan semua anggota untuk berkumpul di bilik gerakan..saya nak buat meeting tergempar jam 9.30 pagi ..bawa sekali fail kes jenayah penculikan serta kes Cik Ainnur Amira".. arahku ke Sjn.Shafiq
" Baik tuan" jawabnya..terus aku menekan button merah..Dalam hatiku sudah mengumpul amarah yang membakar apabila teringat sampul surat yang telah di baca yang di ambil di grill rumah Amira... ' Aku harus melakukan sesuatu' hatinya berkata ..
Sesampai sahaja..aku terus menuju ke bilik gerakan ..aku melihat semua anggota sudah pun berkumpul.."salam Tuan" kata mereka serentak yang sedang berdiri sambil memberi tabik hormat kepadaku..aku hanya memberi tabik hormat sekejap dan meminta mereka duduk..aku memulakan meeting dengan mendengar berita dari bahagian risikan..
" Salam semua, saya dari bahagian risikan..seperti kita ketahui..bahagian kami telahpun mendapatkan gambaran wajah penjenayah termasuk Ketua mereka..Anggota kami juga masih lagi memerhatikan setiap gerak geri penjenayah tersebut..Satu lagi berita terbaru saya ingin sampaikan ialah..Ketuanya yang kini berada di China akan pulang ke Malaysia esok waktu pagi jam tempatan..Jamnya saya tak dapat kepastian lagi..itu sahaja daripada saya"..kata ketua anggota bahagian risikan..
"Okay terima kasih atas informasi tersebut..jadi saya nak khabarkan kepada semua.. maklumat yang saya terima dari Bukit Aman..Mereka meminta kita untuk menyediakan beberapa team untuk bekerjasama dengan mereka bagi menangani kes jenayah terbesar ini..Saya dan Sjn.Shafiq akan mengetuai team dari IPD Gombak..awak semua juga turut terlibat dalam kes ini..hanya beberapa anggota sahaja yang tinggal untuk berada disini.. Dan satu lagi sebelum terlupa, ini sampul surat serta kertas bersimbol 'X' ini saya terima dari Cik Amira sendiri..saya rasa kes mereka saling berkait rapat dengan kes jenayah penculikan kanak-kanak...jadi, saya perlukan beberapa orang dari bahagian risikan untuk memerhatikan lokasi rumah dan keadaan Cik Amira.. jika ada apa-apa berlaku terus hubungi kami di pejabat atau dengan saya sendiri..Tapi buat masa sekarang, Cik Amira berada di rumah saya.. Dia kini berada di bawah kawalan saya sementara saja ..Tugas awak semua berjalan seperti biasa..Saya minta awak semua bersiap sedia dari segi mental dan fizikal kerana kita semua akan mula bertindak apabila sudah tiba masanya..faham anggota? " Tegas dan garang suaraku memberikan arahan..
" Anggota boleh bersurai" kataku lagi..tinggal aku dan Sjn .shafiq sahaja disitu.." Baik Tuan" mereka berdiri dan bergerak keluar dari bilik itu..aku menyandar kepala ku sebentar disitu..merehatkan otak sekejap dari memikirkan kes Amira dan kes jenayah itu..
" Tuan, maaf saya bertanya..Macam mana Cik Amira boleh dirumah Tuan?..soalnya pelik..
" Ouh macam ni ceritanya..." Aku menceritakan ape yang berlaku semalam .
" Ouh faham, dari cerita Tuan tadi.. saya rasa Cik Amira mesti sudah lama diperhatikan sehinggalah mereka berani menonjolkan diri..saya rasa Cik Amira pasti ada lagi bukti lain yang kukuh untuk mengenal pasti kesnya itu berhubung kait dengan kes jenayah besar .. Shafiq memberikan pendapatnya kepada aku..' ada betul juga kata Shafiq'..gumamku ..
"Okay terima kasih bagi pendapat yang bernas itu, takpa pasal kes Cik Amira biar saya tanya dia sendiri..sekarang yang lebih penting kes jenayah penculikan itu...sebab sudah lama menjadi 'sarang' di Malaysia ni..kita kena cepat bertindak sebelum orang luar terlibat menjadi mangsa baru mereka.. " kataku kepadanya..
" Baiklah Tuan, saya minta diri dulu.." kata Sjn.Shafiq meninggalkan ku di bilik itu..Aku dengan malas terus berlalu masuk ke bilikku dan mengelamun memikirkan kes Amira..
Dengan tiba-tiba dia terbayang wajah manis Amira ketika sedang bersarapan dengan keluarganya itu..Dari mataku..dia seorang wanita yang sempurnaa dengan sifat malu segannya serta sopan dan hormat melayan orangtuaku. Tapi dalam dirinya itu aku tahu dia kuat semangat..sebab berani mengalahkan dua orang lelaki berbadan sasa pada tempoh hari.. Dia juga seperti muslimah lain yang bertutup litup untuk menutup aurat dengan sempurna daripada terdedah..itu salah satu ciri calon isteriku..
'aihh takkan la dah terbuka hati untuk Mira kot Kamal? tak habis-habis puji dia je.." Aku meraup muka sehingga ke atas kepala..merasakan diri telah jauh tersasar dari pekerjaannya sekarang..
' mana boleh campur adukkan hal peribadi dengan hal kerja..pleasee Kamal..Kalau kau asyik terbayang muka dia je..memang abis kerja kau kelaut' bisik hatinya lagi..
Terus dia mengambil fail kes itu..dan membaca setiap maklumat baru yang diterima itu...Aku juga harus fikir esok apa yang akan berlaku jika Ketua jenayah itu pulang ke sini..hmmm
******
Apa yang akan terjadi esok?
apa pula yang akan berlaku kepada 3 orang lelaki penjenayah tersebut..?
#stay tunned guysa
Share this novel