Bab 26

Action Completed 25770

Pemanduan masih diteruskan lagi..tapi kali ini kelajuan aku kurangkan ..sebab mahu menikmati keindahan sawah padi di kawasan Kedah..sungguh mendamaikan!

"Hmm, Err Tuan takde kawan perempuan ke dalam hidup Tuan?"..soal Ainnur gagap kepadaku..

Aku memandangnya sekilas apabila mendengar soalan yang diajukan kepadaku tadi..'Nak korek rahsia aku la tu ..alololo'..hatiku berbisik gedik..Dalam hidup aku tak pernah lagi nak berlembut dengan perempuan ..semenjak 'dia' hadir..dia seolah-olah memberi sinar dalam hidupku..Dan aku bertekad dia adalah orang yang istimewa dalam hidupku!

"Hmm kenapa tanya?..Nak tahu ke?"..soalku sengaja ingin menduganya..
Dalam hati dah ketawa sebab tengok muka gelabah dia..'cute!'

"Err saja tanya..lagipun tadikan tuan tak kisah kalau saya nak tanya apa-apa saja..tuan yang cakap gitu"..jawabnya sambil mencebik bibir..

Aku tergelak kecil melihat reaksi itu..seolah-olah sedang merajuk..aku geleng kepala..'kalau di layan 'dia' ni mesti hari-hari tergelak..perangai macam budak- budak sikit..haihh'..gumamku perlahan dengan hati berbunga..Sungguh aku dah angau!..

"Yelaa..kalau awak nak tahu ..saya dari dulu lagi takde kawan perempuan ..sampai saya kerja sekarang..kawan sekerja perempuan pun saya kurang bertegur..benda penting saja saya akan bercakap"..kataku jujur untuk menjawab soalannya tadi..

Wajahnya seakan terkejut sambil matanya terbeliak..Pelikkah aku?

"Err kiranya tuan tak pernah ada kawan perempuan lah ye?..Patut la nampak garang dan tegas je"..Katanya perlahan tapi dia silap aku dengar dia cakap..aku menoleh ke arahnya yang sedang tersengih..Dia tahu aku pastii dengar katanya walaupun perlahan..

"Ye betul la awak cakap tu"..kataku ringkas..

"Err maaf tuan..bukan saya nak mengata..tapi mula-mula saya tengok Tuan macam nak 'baham' orang je..takut saya..itu saya tanya soalan tadi"..katanya lagi sambil ketawa..

"Yela suka hati awaklah nak cakap apa..saya tak kisah"..Jawabku lagi sambil mataku difokuskan ..saja malas nak pandang Ainnur..Biar dia tahu aku terasa dengan kata-kata dia tadi..Padahal saja je..hehe

Aku perasan dari hujung mata yang Ainnur memandangku pelik..Aku hanya kaku dan keras hati memandang ke hadapan..pedal minyakku tekan dan kelajuan bertambah lalu aku memberi signal untuk masuk ke lorong kanan untuk memotong..

Suasana sunyi kembali..mungkin dia takut melihat tingkahku tadi..mungkin?

"Err maaf tuan kalau Tuan terasa hati dengan perkataan saya tadi..saya takde niat pon"..katanya seakan memujukku..'Pandai pujuk ye budak ni..huhu'..bisik hatiku.. 'sejak bila hati kau terpujuk dengan dia ni?!'..suara lain berbisik..

"Takde apalah ..awak nak tanya apa lagi?..Awak tak payah la nak emosi sangat..tak elok untuk kesihatan nak-nak lagi awak tengah sakit tu..nanti apa-apa jadi..saya jugak kena bertanggungjawab"..selorohku sambil memandang sekilas wajah muram itu..

"Err betul ni saya boleh tanya lagi?"..Katanya teragak-agak ingin bersuara..Aku hanya mengangguk sambil menunggu soalan seterusnya..

"Err Tuan takde nak cari someone 'special' ke? Yela paling tak pun 'kawan' perempuan..saya pulangkan balik soalan Tuan malam tu" tanyanya lagi..

Aku berfikir ketika mendengar soalan itu..'Hmm someone special ye?'..bisik hatiku perlahan..

"Ouhh pasal tu ye?..Hmm, dulu memang takde someone special or kawan perempuan macam yang awak cakap tu..tapi sekarang baru ada..tapi dia taktahu sebabnya belum masa lagi"..jawabku jujur ..tanpa melihatnya ..

Sebenarnya aku saja bagi dia 'hint' pasal hatiku..mana boleh terus terang sekarang sebab kesnya itu belum selesai..setelah semua selesai baru aku bertindak..

"Wahh..tak sangka ye..beruntung 'si dia' ..pasti dia dapat cairkan hati keras tuan ye?"..katanya perlahan sambil wajah itu nampak buat-buat gembira..sedihkah dia?

"Ye betul lah cakap awak tu..memang 'dia' boleh buat hati saya cair..Tapi apa yang beruntungnya 'dia' dapat saya?.." jawabku lagi sambil menyoal...Aku dapat lihat tingkahnya..Tangan kanan dia turun sedikit untuk ke bahagian betis seakan mengurut..

"Err takde apalah..hehe"..katanya sambil mengurut kaki itu..kebas ke?

"Kenapa dengan kaki awak? Kebas lagi ke?"..tanyaku seakan simpati..

"Err aah tuan..kebas sikit..mungkin sebab tak boleh luruskan kaki kot lepastu duduk je kan"..katanya sambil tersenyum kepadaku..

"Kalau awak nak luruskan kaki..awak tolak la kerusi awak tu kebelakang sikit..awak dah makan ubat kan pagi tadi? Tak mengantuk ke?"..kataku sambil bertanya..

Kadang-kadang aku pun pelik dengan diri sendiri..sejak kes kejadian Ainnur di kebun dan di rumahnya itu banyak membuat perangaiku bertukar..dulu keras hati , garang dan tak berperasaan kini bertukar..Semua pasal Ainnur pasti aku akan ambil berat dan risau..'Kuat betul penangan dia ni'..

Aku memerhati tingkah itu cuba menarik sesuatu di tepi kerusi supaya kerusi itu bergerak ke belakang..tapi tak bergerak langsung mungkin perbuatannya terbatas kerana hanya sebelah kaki sahaja boleh guna untuk menolak ataupun mungkin ketat kot..Aku bersuara..

"Boleh tak awak buat tu?"..

Dia hanya mengelengkan kepala..tapi masih lagi mencuba..aku memberhentikan kereta di lorong kecemasan sekejap untuk membantunya..tanganku pantas membuka seatbeltku..

"Meh saya tolong" kataku laju sambil tangan kiri sudah bergerak memegang 'penolak' di tepi kerusi itu..sebelah kanan tangan pula aku menolak kerusi ke belakang..Betullah katanya ketat mungkin kereta itu tak sering digunakan..

Wajah itu seakan menahan nafas dan mula la muka itu naik merah..mungkin terkejut melihat wajahku rapatnya dengan dia..Adakah aku keterlaluan?

"Ehemm..dah..kaki awak tu tak sapu minyak ke?"..kataku sambil berdehem..hidungku masih lagi dapat bau minyak wangi baju kurung yang dipakainya itu..aroma lavendar yang mampu membuat hatiku tertawan..

"Err terima kasih tuaannn..d-dahh s-saya letak waktu di rumahh"..jawabnya gagap mungkin lagi terkejut..

"Awak rehat la...nanti dah sampai atau saya berhenti saya kejut awak"...kataku sambil menyambung pemanduanku..

Sempat lagi aku mengerling ke arahnya setelah itu aku merenung jam di dashboard keretaku ..'Hmm dekat pukul 4..tapi baru je masuk sempadan perak'..

Dia hanya mengangguk faham..tapi sempat tegur aku..

"Err kejap lagi lah saya rehat..belum mengantok lagi". Jawabnya

Aku hanya mengangguk..tiba-tiba dia bersuara lagi..Aku hanya memandang wajah itu sekilas seakan menunjukkan aku berminat mendengar soalannya..

"Hmm tuan dapat rasa buah durian kebun abah saya?"soalnya.

"Ouhh dapat...waktu kita balik dari klinik tu kan awak tak sedar diri sampai malam..petang tu ayah awak kopek durian lepastu pelawa saya makan..dapat jugaklah makan buah durian tu..sedap"..Jawabku sambil teringat kejadian makan durian tu..Aku tersenyum sorang..

"Baguslah kalau Tuan dapat makan"..suara itu berkata lemah dan sedih..aku tahu dia saja yang tak dapat makan disebabkan dia masih sakit..aku hanya diamkan diri saja..

Tiba-tiba aku mendengar suara dia mengeluh kecil..aku pelik, pasti ada yang di fikirkan dalam diam..jadi, aku tegurnya..

"Kenapa mengeluh?"..suara aku yang menegur membuatkan Ainnur terkejut dan tersengih memandangku..'fikir aku tak dengar ye..budakk nii geram aku asyik sengih jee'..bisik hatiku..

"Err hehe..takde apalah tuan..saya baru teringat yang saya tak beli 'ole-ole' untuk Datinn..ehhh untuk Auntie..itu sebab saya mengeluh..hehe"..katanya lagi dengan muka serba salah dan tak tenang..

"Soal tu awak jangan risau lah, dia mesti faham kalau tengok keadaan awak macam ni"..kataku lagi..

Dalam beberapa minit, kami hanya diam saja selepas berborak panjang tadi..aku menekan radio untuk mendengar lagu bagi hilangkan bosan..Dalam leka aku memandu baru aku perasan yang Ainnur sudahpun lena tidur di seat penumpang sebelahku..

Dapatku telek wajah suci itu sekejap..wajah itu tenang dan sempurna semasa tidur..Sebenarnya wajah itu juga yang menghiasi hidupku sekarang..dulunya aku seorang yang susah nak berminat dengan perempuan..tetapi selepas berjumpa dengan'nya'..aku seakan terbuka hati dan tertarik melihat tingkah lakunya yang kadang-kadang sopan, manja dengan ibu ayahnya dan caring dengan adik-adiknya walaupun dia hanya seorang saja perempuan dalam keluarga itu..

Jadi, aku telah memberikannya tempat istimewa dalam hatiku..jujur!..moga suatu hari nanti dia dapat terima aku dalam hidupnya..

*****
Adakah cinta itu sudah berputik antara mereka?

-#Hai guysss maaf sebab sudah lama tak update 'D.S.A'..saya terlalu busy sampaikan jadual tidur saya tak betul..maaf sangat ye ..n terima kasih sangat kepada yang masih setia dan menunggu untuk membaca novel tak seberapa ini..jangan lupa baca sampai habis chapter ye guys..muahh hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience