Bab 4

Action Completed 25770

Aku meneruskan niatku untuk pulang kerana waktu nak dekat senja..aku merubah fikiran untuk makan diluar disebabkan ada Aiman..jadi, aku berfikir untuk masak di rumah sahaja..

Sampai sahaja ke apartment yang aku sewa itu, aku terus memarkir kereta dan memimpin tangan Aiman untuk masuk ke dalam lif..aku menekan button 12 ..iya, rumah aku di tingkat 12..tinggi bukan?

Aku terus menggeledah beg tangan aku untuk mencari kunci rumah..setelah aku jumpa, aku membuka pintu rumah dan masuk dengan langkah kanan sambil memberi salam..Aiman hanya membuntuti aku dari belakang..

"Adik..bilik ini bilik adik sekarang, katil bantal semua akak dah sediakan. Adik tidur dalam bilik ni ye malam nanti"..kataku sambil membuka pintu bilik yang berhadapan dengan bilik ku..

"Okay akak, wahh bestnya ade katilll..terima kasih kakk" . Aiman terus berlari dan baring di atas katil empuk itu..aku dapat lihat air mukanya sangat teruja apabila masuk ke dalam bilik tu..aku tersenyum sedih mengenang nasib budak jalanan itu.

"Sama-sama dik, adik pergi mandi dulu ye. Malam ni adik pakai baju ni dulu tau. Nanti akak masak kita makan sama-sama okay?" Kataku lagi..

"Okay akak, terima kasihhh" ucapnya sambil berlari memeluk lututku sekejap.

Aku hanya menganggukkan kepala dan mengusap rambutnya sebelum beredar dari situ untuk ke dapur..aku mengeluarkan ayam mentah dan sayur sikit untuk di masak..aku memasak nasi dahulu sebelum berlalu untuk mandi dan solat maghrib..

*****
"Ya Allah ya tuhanku, semoga dengan kehadiran Aiman di dalam hidupku ini akan memberi keceriaan dan kesejahteraan serta jauhkanlah kami dari kesusahan..aminn," doaku semasa solat maghrib tadi..

Seusai melipat telekung, aku terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk masak makan malam kami..menunya simple sahaja..ayam goreng berempah dan sayur bayam tumis ikan bilis..

Aku berlalu ke bilik Aiman dan mengetuk pintu biliknya..Aiman pun keluar dari bilik sambil tersenyum kepada ku..

"Wah, sesuai pulak baju tu dengan Aiman ye walaupun besar sikit..dah handsome dah ha..itu baju adik akak yang bongsu"..pujiku kepadanya..

"Jomlah kita makan...akak dah masak" aku mengajak Aiman untuk makan lalu kami berjalan menuju ke dapur..

Aku menghulur pinggan yang sudah berisi nasi kepadanya serta menghidang lauk ayam berempah di atas meja berhadapan dengan Aiman lalu aku mempelawanya..

Aku melihat Aiman makan sangat gelojoh seakan akan sudah lama tidak menjamah nasi.."kesian dia, mungkin lapar sangat..hmm sayu hati" bisik hati kecilnya dengan rasa sayu..

"Aiman suka makan ayam tu? Sedap ke?" Tegurku apabila 2 ketul ayam abis di bedal olehnya..

"Suka suka..sedap akak..lepasni boleh tak akak goreng ayam macam ni lagi?" Sambil itu dia telah menghabiskan nasi di dalam pinggannya..

"Boleh adik..nanti akak masak banyak-banyak ye.." kataku kepadanya lalu aku menyudahkan makan malam itu dengan senang hati sebab ayam goreng berempah itu sudah licin..

" Adik pergi la tengok tv dulu..akak kemas dapur kejap ..nanti akak datang" aku menyuruhnya untuk di pergi ke ruangtamu dan menonton televisyen supaya dia tak bosan..

Kami duduk bersama-sama sambil menonton cerita ..sehinggalah cerita itu tamat..aku meminta Aiman untuk masuk tidur di dalam biliknya sebab aku melihat matanya sudah kuyu dan hampir tertutup ..

Aku menutup suis tv dan berlalu ke bilik beradu aku untuk tidur ..hari ini aku berasa letih sedikit mungkin disebabkan kes Aiman itu. Tapi tak mengapa sebab dia tolong Aiman dengan rela hati. Namun hatinya tetap berkata untuk berhati hati dengan situasi sekarang..aku pun baring dalam beberapa saat sahaja aku terlena..

******

Di club malam..

"Weyh Botak, mati la kita kalau macam ni..mana kita nak cari budak Aiman tu..Stress betul la..Kalau bos tahu ni habis la kita "..Kata Black kepada rakannya itu..kawannya yang lagi sorang sudah hilang di dalam club itu namanya Komeng..

"Aduh kau ni..bising la...rileks sudah la..ape yang kau takutkan sangat ni..bos kita bukan ada dekat sini..di dekat luar negara la uruskan hal dia..Kita ada banyak masa lagi la..apelaaa!" Katanya kuat separuh menjerit sambil meneguk air haram itu dengan kepalanya di angguk-angguk mendengar lagu yang agak bingit..

"Tak masalahnya nanti kalau ada orang lain mengadu pasal ni dekat bos kita macam mana?!..aku tahu dia takkan lepaskan kita senang senang macam tu je ..aku serabut la ..shitt"..Di sudah mula sakit hati dan mendecit kerana si Botak seakan tidak melayan kata-katanya...

"Okay okay..aku faham perasaan kau sekarang ni..pasal kes ni bos takkan tahu kalau ade orang bukak mulut ..faham?..Kita rileks dulu..esok kita pergi cari budak tu balik sampai jumpa sebelum bos kita balik okay..deal?. So, mari la kita enjoy dulu untuk malam ni..kau tengok si Komeng tu tak mengecewakan..mesti akan cari 'pasangan' untuk dia baham malam ni..hahahhaa..Kau bile lagi?..dah la aku nk cari 'pasangan' aku juga malam ni..cau" Kata Si botak panjang lebar..

Botak terus bangun dan berlalu ke arah bahagian tengah tempat menari..sambil itu, dia sengaja melanggar awek awek cun disitu supaya dia dapat merasakan buah dada yang montok dengan free..mereka berdua menikmati malam itu dengan nafsu yang membuak..

Black membiarkan dan mengendahkan ajakan si botak rakannya itu ..lalu dia melangkah keluar dari club tersebut..hatinya tidak tenang disebabkan hal itu..dia berfikir untuk pulang dan berehat di rumah sahaja..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience