Keesokan paginya.. aku sudah bersiap untuk ke Balai..lalu aku melangkah keluar dari bilikku dengan perlahan..risau Aiman terjaga dari tidur lenanya..Aiman menyambung kembali tidurnya selepas kami solat subuh bersama...mungkin letih bermain dengan Ana..Aku bersyukur sebab Ana boleh menjaganya dengan baik dan rajin melayan telatah Aiman..Ana memang sukakan budak sebab tulah kadang-kadang perangai dia mengalahkan budak-budak..pening kepala nak melayan..haiyoo..hehe
Aku menjengah ke dapur sambil kaki melangkah merapati bahagian itu..kelihatan Amira , Ibuku dan pembantu dapur sedang menyiapkan makanan untuk sarapan..seperti biasa aku duduk di meja makan keseorangan..
Setelah beberapa minit , ibuku dan Amira sedang melangkah keluar dari dapur untuk ke meja makan..aku perasan ada satu bekal makanan di tangan Amira. Aku tidak berfikir apa-apa mungkin dia lapar ke kan nanti kan..
Selepas itu, Amira terus bersalam dengan ibu dan melagakan pipi sebelum melangkah keluar rumah..Itu menjadi kebiasaan mereka jika ingin berpisah..Dia tidak langsung mengerling ke arahku sedikit pun..seperti aku tidak wujud di situ..'Hmm, takkan dia terasa hati dengan aku lagi?'..bisik hatiku..
Ibu yang menyedari tingkah laku aku yang sedang merenung Amira berlalu dari situ terus menegurku..
"Aii..lama tengok anak dara orang ye"..usik ibuku sambil tersengih melihat aku..Aku berdehem menghilangkan rasa malu lepas di tegur oleh ibu ku..
" Ehem..takde la ibu.." jawabku sambil melihat jam di tanganku..'Baru pukul 7:15 kot, awalnya dia pergi kerja' ..getus hatiku lagi..
" Kenapa? Pelik tengok Mira pergi kerja awal harini?..Pelik sebab tak sarapan sekali?." Duga ibuku lagi..'aihh macam tahu-tahu je ibu aku ni..tak boleh jadi ni..sejak bila dia boleh baca hati aku ni?!' ..aku hanya tersengih mendengar kata ibuku itu..Aku tahu ibu sedang mendugaku..
" Takde apa lah ibu" jawabku ringkas..malas tanya banyak nanti kantoi aku meng'usyar' anak dara orang..malu sendiri nanti..huhu
"Eleh, macam la ibu tak tahu..kamu tu sebenarnya berkenankan dekat Mira..betul? ..Sejak Mira ada dalam rumah ni, perangai kamu pun berubah jugak..pikir ibu tak nampak ke? ..Soal ibuku lagi..soalan yang dituju itu seakan menjerat leherku..aku terdiam ..'hmm betul ke aku berubah sikit sejak Mira ada?' soalku dalam hati..
" Mana ada berubah la ibu..biasa je takde apa-apa pun berlaku" jawabku membalas dan menyangkal segala yang diperkatakan oleh ibuku..
Aku melihat ibuku yang dari tadi berdiri kini sedang bergerak untuk duduk dan melabuhkan punggung di kerusi hadapan ku..ye tempat duduk Mira ..Aku memandangnya pelik..'kenapa ibu ni tanya soalan pelik-pelik je pagi ni eh?' ..otakku seakan mencari jawapan dari persoalan itu..
" Ibu nak tanya ni..betul ke Kamal takde langsung perasaan dekat dia? Ibu tengok Mira tu baik je..hormat orang tua..happy je muka dia..suka senyum .." puji ibuku.. 'semua kata ibuku ada benarnya..tipula hatiku tak terpikat tapi aku taktahu macam nak luahkan perasaanku ni..mungkin sebab taktahu caranya ataupun masa belum tiba lagi..tunggu jela masa yang sesuai'..hatiku menjawab..aku tak mampu nak luahkan lagi dekat ibuku..takut bagi harapan palsu pulak..kesian dia sebab nak sangat menantu sekarang..
" Entah la ibu..tengok la macam mana nanti"..jawapanku ini membuatkan muka ibu berubah ke muram..
"Hmm yelah Kamal, kamu ni dah makin bertambah usia tau..kamu tu tak muda lagi tau..tahun depan nak masuk umur 30 an dah tau..ibu kalau boleh nak merasa ada menantu dan cucu sebelum ibu pergi.." luahan sedih itu keluar dari mulut ibuku..Aku menjadi serba salah..duduk pun tak senang sekarang.. 'aduh macam mana ni'..
" Ye ibu, janganlah sedih..sebelum Kamal jejak umur 30 an..Kamal cari menantu untuk ibu ye"..kataku perlahan... ' haihh terpaksa la pujuk balik'..Kelihatan wajah yang muram tadi berubah ceria.. 'amboi ibu, cakap pasal nak cari menantu terus je senyum sampai ke telinga..' gumamku ..
"Lagisatu Kamal, Kalau Kamal dah berkenan terus jela bagithu..nanti melepas pulak"..ujar ibukuu..Aku hanya menangguk sambil tersenyum.. 'tapi persoalan aku tadi kenapa Mira tak sarapan sekali?' masih tak terjawab..
" Ouh ye ibu lupa..pasti Kamal tertanyakan kenapa Mira keluar awal pagi ni..Dia kata arini dia tak sempat nak sarapan sekali sebab dia ade kelas pagi jam 8..lepastu takut jalan sesak pulak nanti" .. 'aip..ibuku ni memang terbaik la..tahu saja soalan yang berlegar dalam otak aku ni'..
"Okay la..kamu makanlah dulu, ibu mahu panggil ayah kamu turun makan sekali"..ujar ibuku sambil bangun dan melangkah ke atas untuk ke biliknya..jadi, terhenti la sesi luahan hati antara ibu dan anak..
Aku menyenduk sendiri bihun goreng serta nescafe susu panas dituang ke dalam cawanku.. 'hmm kan bestt kalau ada orang tolong layan time makan'..getus hatiku..selepas tersedar dari lamunan..aku makan dengan tertib.
*******
Di pejabat,
'Tuk Tuk'..
Aku tersentak lalu kerjaku terhenti apabila mendengar pintu bilikku diketuk dari luar dan aku melaung perkataan 'masuk' kepada gerangan orang yang mengetuk itu..Kelihatan Sjn.Shafiq masuk sambil wajahnya menunjukkan riak risau...Aku duduk tegak sambil mendongak memandangnya lalu aku memintanya untuk duduk ...
" Ye ada apa Sjn?". Tanyaku terus kepadanya
"Maaf Tuan mengganggu, saya datang ke mari sebab saya nak melaporkan satu maklumat yang saya baru terima tadi dari bahagian risikan kita" ..jawabnya sambil peluh di dahinya kelihatan..dan duduknya macam tak senang..
"Okay , maklumat pasal kes ape? Sjn. Okay tak ni? Kenapa nampak risau je.." Tanyaku lagi ..pelik melihat kelakuannya itu..
"Kes berkenaan Cik Amira..sebenarnya bahagian risikan yang kita hantar itu memberitahu bahawa.. terdapat 2 orang lelaki yang sedang mengekori Cik Amira setiap hari..untuk makluman Tuan sekarang, lelaki yang mengekori Cik Amira adalah anak buah kepada Ketua kes jenayah dan penculikan kanak-kanak itu..jadi sekarang nyawa Cik Amira dalam bahaya Tuan"..jawabnya panjang sambil menahan rasa risau itu..
Aku yang mendengar khabar itu terus terkejut dan istighfar meniti dibibirku..berita itu juga seakan telah menikam hatiku..'Ya allah kau lindungilah wanita itu'..doaku dalam hati..Sekarang aku sudah menjadi seperti Sjn. Shafiq kelihatan seperti orang tak senang duduk..Sjn.Shafiq seakan tahu reaksi aku lalu dia hanya mendiamkan diri..menunggu jawapan dariku..Aku memerah otak untuk berfikir cara untuk melindungi Amira..
Dalam beberapa minit, aku sudah mendapat idea..aku cuba menenangkan diri lalu berkata kepada Sjn.Shafiq..
"Okay macam ni, saya nak awak tambah anggota risikan..dan pastikan anggota itu dapat membantu Cik Amiraa menyelamatkan diri jika ada apa sahaja yang berlaku ..Dan terus maklumkan kepada saya secepat mungkin"..aku mengeluarkan idea yang difikirkan tadi walaupun kedengaran seperti biasa..tapi aku perlu memikirkan idea lain untuk keselamatan Mira..
"Baik tuan" jawabnya lalu keluar dari bilikku..dia kelihatan seperti tergesa-gesa untuk berjumpa dengan bahagian risikan setelah mendengar arahanku tadi..selepas sahaja pintu bilikku di tutup rapat..Aku terus sahaja menyandar badanku serta kepalaku pening memikirkan pasal kes Amira ni..sudah ku agak kesnya akan bersangkut dengan kes itu..
*****
Di club.
" Weyh sekarang ni kita dah berapa hari jejak si perempuan tu..tapi tak juga tahu dia tinggal dekat mana sekarang..kita selalu je ekori dia..tapi kita selalu nampak dia pergi kolej dengan Mall..lepastu dia hilang" kata Komeng kepada Botak..
" Itula..bila kita nak culik dia ni ha? Masa dah tak banyak ni..kalau lagi lambat..habislah kita" ..Botak berkata dengan nada risau..
"Itulah masalahnya, takkan kita nak culik dia depan orang ramai..depan public kot..gerenti kita kena tangkap dengan orang"..Jawab Komeng lagi..
"So, kita kena ekori dia lagi la ni..sampai dapat budak tu balik? Lepastu perempuan tu kita nak buat ape ?"..soal Botak sambil memerhati disekelilingnya takut perbincangan mereka di dengari oleh orang lain..
" Nanti kita fikir, sekarang kita keluar ekori perempuan tu !"..Kata Komeng lalu berdiri dari duduknya ..sebelum itu dia sempat meneguk air kencing syaitan itu..'Dalam mabuk nak ekori Mira, memang sebab tu la asyik terlepas saja'..
Mereka melangkah beriringan keluar bersama dari club itu..
*******
Di Kolej,
'Hmm sedihnya tak dapat sarapan dengan Tuan Kamal..opss bukan-bukan tapi keluarganya lah'..hatiku berbisik sayu..sebenarnya memang aku ingin mengelak dari terserempak dengan Tuan Kamal pada pagi itu..Bukan tak nampak tapi hatiku masih bersedih dengan kata-katanya semalam ..'Sekarang kau makan la sorang-sorang..takde orang teman'..Aku membuka bekas tupperware berisi bihun goreng dan makan dengan suasana sunyi di dalam bilik ofisku..
Selesai saja makan, aku berkemas-kemas meja ..kerana jam 10 pula ada kelas..harini merupakan hari yang sangat padat jadualku..sampai lah ke petang..Nak buat macam mana kan demi sesuap nasi..kena la hadap.. aku melangkah ke bilik kuliah..
2 jam berlalu,
"Okay semua, saya ingin berikan kepada awak semua kerja assigment serta kuiz sepanjang ketiadaan saya"..kataku sebelum mengakhiri kelas pada waktu tengahari tu..
Selepas melangkah keluar dari bilik kuliah itu, aku menuju ke kereta dan berura-ura untuk keluar sorang kerana kawannya itu sibuk dengan tunangnya..aku memandu ke arah Mall yang berdekatan..Aku masuk ke dalam satu restoran dan meng'order' makanan ku..sementara menunggu orderku sampai, aku mengeluarkan telefonku untuk membelek aplikasi intasgramku untuk hilangkan bosan..Tanpa ku sedar sebenarnya segala gerak geriku telah diperhatikan oleh 2 orang lelaki ..
Tiba-tiba aku telah disapa oleh seorang lelaki yang hari itu..yang aku temui di tepi jalan..aku terus mendongak dan terkejut melihat kelibat itu..
"Hai, jumpa lagi ye kita dekat sini..awak sorang je ke? Boleh saya join awak lunch? ..ujar lelaki itu sambil tersenyum memandangku..dia masih lagi dengan pakaian yang sama macam kali pertama berjumpa..Sebab tu aku terus dapat mengecamnya..
"Erkk..ye ii saya sorang" jawabku kekok..rasa tak selesa sudah datang..aku mengerling ke arah 2 orang lelaki di belakangnya..kelihatan seperti bodyguard..'adakah dia orang besar dan berpangkat?' soalku dalam hati...
"Awak tak selesa ke dengan saya?" Soalnya kepadaku..Aku hanya mendiamkan diri sambil melihat pakaian bodyguardnya itu.. lelaki itu seakan dapat mengagak keadaan itu terus berpaling ke belakang dan berbisik kepada 2 orang lelaki itu..lalu saja mereka berlalu..
"Awak okay? Maaf saya ganggu awak lunch..saya cuma nak berkenalan dengan awak je..tak sangka jumpa awak dekat sini" ujarnya lelaki..
"Ouh..ye takpa..awak nak tahu ape ? Btw awak taknak order makan dulu ke? ..aku berkata sambil cuba menenangkan diri..cuba anggap orang didepanku ini baik..
*****
Dari kejauhan,
"Weyh Komeng kau nampak tak ape yang aku nampak? Soal Botak yang masih terkejut melihat Ketuanya itu telah bertemu dengan wanita tebusan mereka..
"Aku nampak la b*d*h..pikir aku buta ke ape" jawab komeng sambil menunjal kepala Botak .. dia merasakan soalan itu tk masuk akal kerana memang dia pun sama- sama mengintip perempuan itu..
"Yelah, yang aku pelik kenapa Bos jumpa dan boleh bersembang sambil makan lagi dengan perempuan? Dia taktahu ke perempuan tu yang dah culik budak tu?"..soalnya kepada Komeng..dia merasakan situasi itu pelik
"Itulah pasal. Makin susahla kita nak culik perempuan tu kalau dia dah kenal rapat dengan Bos kita..rosak plan kita"..mereka masih menjadi buntu sekarang..kerana plannya akan gagal kalau Bosnya tahu perempuan itu bakal diculik..Sebenarnya, mereka masih menyorok di sebalik tiang di dalam Mall itu kerana takut keberadaan mereka dapat dikesan oleh bodyguard bosnya itu..
*****
Adakah Mira akan berkenalan dan berkata jujur dengan lelaki itu?
Apakah tindakan Komeng dan Botak selepas ni?
#Nantikan ye..kalau nk tahu sweet moment kena baca sampai habis okay..stay tuned..jangan follow and rate ye..
Share this novel