Di rumah sewa Qis,
Sedangku bersiap-siap untuk masuk kerja pada tengahari itu..aku mendapat mesej 'asing' dari nombor yang tak dikenali..Hari ini aku pergi kerja keseorangan setelah 'kehilangan' Amira..Berita mengenainya pun aku masih lagi tidak tahu..Semuanya aku serahkan kepada Tuan Kamal..Berharap Tuan Kamal dapat menjumpainya dalam keadaan selamat..
'Bib,' 'Bib,...
'haihh, Siapalah yang mesej aku waktu rehat ni!'..marahku dalam hati..
Lalu tanganku ligat mencari telefon bimbit di dalam beg tanganku..aku menekan mesej dari nombor itu..
Selepas saja aku muat turun gambar itu, hatiku berdetak laju, tanganku menggigil, dahi pula mula terbit peluh ..Seakan sedang berlari marathon..
'Ya Allah ,Mira!..' Air mataku terus mengalir.
Hatiku berasa kasihan melihat keadaan Amira yang tertunduk lemah dengan tangan kakinya teriikat..Hanya wajah lesu terlihat disitu..
Aku seperti mahu meraung mengenang nasib Mira.."Mira, moga kau kuat..Aku tahu kau kuat!"..tangisku dalam hati..
Apabila tangisan ku mula reda, aku cepat-cepat berfikir untuk meminta tolong dengan Tuan Kamal..
'apa aku nak buat ni..hantar jelah dekat Tuan Kamal gambar ni'
Lantas aku forward gambar yang ku terima tadi lalu menghantar ke Tuan Kamal..dengan beberapa patah kata-kata..
"Salam Tuan Kamal, Maaf mengganggu..saya harap Mira dapat dijumpai secepatnya..Ini gambar yang saya baru terima tadi"..
Dengan pantas aku menekan butang send.. aku hanya duduk sambil menunggu balasan dari Tuan Kamal..
'Bib' 'Bib'.. Bunyi mesej masuk..
"Okay terima kasih Qistina..Doakan kes ni dapat selesai dengan cepat. Doakan sekali untuk Mira..Saya dan team sekarang sedang berusaha mencari keberadaan Mira sekarang.." Balasan dari Tuan Kamal sedikit sebanyak membuatku lega..tapi masih lagi terbit risau..
'Bib' 'bib'..bunyi mesej masuk lagi..Dari Tuan Kamal..
"Lagi satu saya nak pesan..jaga diri awak..Pastikan awak keluar berteman..Kalau boleh nak pergi mana-mana ajak tunang sekali..jangan pergi sorang..kerana saya risau awak pula akan jadi mangsa seterusnya..kerana mungkin mereka sudah dapat tahu pasal awak..faham?".. Panjang nasihat itu diberikan ..
Aku menjadi kalut balik..'mungkin aku mangsa seterusnya?..Allahh!"..lemah jantungku membaca ayat tersebut..Aku dengan tabah membalas chat itu .
"Baik Tuan..InshaAllah saya doakan urusan Tuan dan Mira dipermudahkan..paling penting saya doakan keadaan Mira baik dan selamat ..InshaAllah saya ikut arahan Tuan..terima kasih Tuan ingatkan saya". Balasku lagi..
"Amiinn..okay Qis..saya nak awak lebih berwaspada dengan situasi sekarang sehingga kes ini selesai..apa-apa mengenai Mira awak dapat terus contact saya okay?".. Aku membaca lagi mesej tersebut..
"Baik Tuan, terima kasih Tuan..nanti saya inform Tuan balik"..Balasku ringkas..
Dalam kotak fikiranku sekarang ingin menelefon tunangku..Ingin bercerita panjang mengenai situasi sekarang..Harap dia dapat membantuku..
******
Di Balai,
Selepas mendapat mesej dari Qistina..Aku merenung lama gambar Mira ..Melihat keadaannya yang lemah itu membuat hatiku pedih dan hancur..Perasaanku sekarang jadi bercampur baur dengan sedih, marah, dan lain-lain..Aku hanya mampu berzikir di dalam hati bagi mencari ketenangan..
'Mira, saya harap awak kuat..Awak tunggu lagi sikit masa , bagi saya dapat jejak awak..Sekarang saya masih lagi mencari awak..Awak dekat mana?!'..hatiku menjerit..
Aku merasakan diriku sangat lemah ketika ini mengenang nasib wanita yang aku sayang berada dalam keadaan yang sukar..Aku berasa seperti lelaki tak guna yang tak dapat melindungi wanita itu..
'Bib' ,'Bib'...
Dalam termenung, aku mendengar mesej dari nombor tak dikenali masuk..aku mengerutkan kening..dan menekan mesej tersebut..ada beberapa keping gambar di hantar..Aku mengamati wajah yang berada di dalam gambar itu..terlihat sebelah pipi Mira terlihat merah..mungkin kesan daripada tamparan?.
Aku mendengus geram..tanganku di genggam kuat ..laju aku scroll ke atas untuk membaca pesanan terakhir..
"KORANG MEMANG TAK KESIAN LANGSUNG DEKAT 'PEREMPUAN' NI YE? ..TAK MENGAPA AKU BOLEH JADIKAN DIA SEBAGAI HABUAN DAN TEBUSAN AKU..HAHAHAH...JANGAN LUPA PESAN AKU ! BAWAK BUDAK LELAKI ITU KEPADA KAMI JIKALAU TAK MAHU NASIB 'PEREMPUAN' INI JADI SEPERTI KES KEMATIAN BUDAK HARITU!..PASTIKAN ESOK SEBELUM JAM 12 TENGAHMALAM KAU DATANG BERSEORANGAN DENGAN BUDAK ITU DI ALAMAT YANG BAKAL AKU HANTAR SELEPAS NI..JIKALAU KAU BAWA GENG ATAU ORANG LAIN..AKU JAMIN 'PEREMPUAN' INI MATI DI TANGAN AKU!..
panjang betul pesanan penjenayah tu ye!
Aku meraup wajah selepas membaca pesanan itu..Hatiku menjadi membara seperti api membuak-buak..seakan menunggu masa saja untuk meledak kemarahan itu..
Setelah waktu rehat sudah tamat, aku mengadakan meeting di waktu petang untuk memberi maklumat tentang ini kepada semua anggota..
******
Malam di Gudang,
"Hoi bangun..ni makanan kau, makan !".. Suara lelaki yang menampar aku semalam menyapa di telingaku ..Dia meletakkan sebungkus makanan dan air di tepi kerusiku..
"Tak ingin aku makan makanan tu..kot-kot ada racun dalam tu nak bagi aku mati awal kan?!"..Kataku keras sambil mendongak ..
"Baik kau makan sebelum aku tampar muka kau sekali lagi"..Kuat suaranya melawan suaraku..Sebenarnya dia telah diberi arahan supaya memberikan makanan itu kepada 'perempuan' ini..dan dia perlu memastikan wanita itu makan di hadapannya..itu pesan bosnya.
Lelaki tersebut telah menutup pintu tersebut lalu bergerak mendekatiku..dengan perlahan dia membuka ikatan besi di tanganku..Tangan sahaja ..Kemudian, lelaki tersebut mengambil makanan di tepi itu lantas meletakkan makanan di atas ribaku..
"Makan!"..gertaknya lagi..
Aku hanya diam saja ..tidak membuat ape pergerakan..hanya memandang lesu ke arah makanan itu..
"Kau nak aku paksa kau makan ke?!"..Marah lelaki itu lagi..Aku hanya mendengus marah lalu membuka makanan itu..
Bau nasi goreng kampung memenuhi ruang bilik..Aku masih lagi was-was mengenai makanan itu hanya menguis sedikit tetapi tidak masuk ke dalam mulutku lagi..
Dengan perlahan aku masuk ke dalam mulut dan mengunyah sedikit lalu meludah nasi tersebut ke arahnya terkena pada pakaian lelaki itu..Terdengar seperti gigi berlaga dari lelaki tersebut..Aku memang saja ingin buat dia marah..
"Kau memang perempuan s**l, berani kau ludah makanan tu..kau memang melampau..Kau saja mengundang kemarahan aku!"..jerit lelaki tersebut lalu menampar pipiku untuk kedua kalinya..
Lantas makanan itu jatuh bertebaran di lantai..Dengan cepat lelaki itu bergerak mendekatiku lalu menarik kedua belah tanganku untuk diikat dengan besi itu semula..Kasar ! Sehingga tanganku rasa ingin tercabut..
Sebelum lelaki itu bergerak keluar..dia telah menelefon bosnya memberitahu pasal aku yang enggan makan ..Matanya memanah kepadaku ..Aku hanya memberi senyuman sinis kepadanya..
Selepas saja tamat perbualan itu, terus saja lelaki itu melangkah keluar sambil menghempas kuat pintu tersebut..'Dia fikir aku takut la tu..bodoh!'..marahku dalam hatiku..
Aku hanya memandang sepi nasi yang sudah jatuh ke lantai..Sedih mengenangkan nasib sendiri..Badanku yang sedia kala kuat tadi terus jadi lembik selepas tamparan kedua yang di terima..sangat memberi kesan..
******
#Stay tuned guys..Saya cuba nak cepatkan kes ini supaya datang balik sweet moment antara Tuan Kamal dan Amira..saya tahu korang nantikan sweet moment tu..Harap korang bersabar ye!
*Jangan lupa komen okayy!!*
Share this novel