Bab 5

Action Completed 25770

"Tuk tuk tuk"..pintu bilik yang tertera nama Esp.Kamal di ketuk oleh Sjn.Shafiq.. Kemudian dia terus masuk ke dalam apabila mendengar laungan dari Esp.Kamal yang menyuruhnya masuk..

"Tuan..saya dan team sudah pun mendapat lakaran wajah suspek jenayah dalam kes penculikan kanak-kanak..ini dia rupa mereka" kata sjn.Shafiq sambil menghulurkan tiga helaian kertas bersaiz A4 yang jelas menunjukkan muka sebenar mereka..

Aku melihat dengan teliti satu persatu lakaran wajah di kertas tersebut..wajah mereka memang sangat mengerunkan seakan memang sesuai untuk menjadi gangster ..wajah mereka di penuhi oleh parut ..berkemungkinan kesan daripada torehan pisau..

"Saya rasa mereka ini merupakan anak buah yang menjalankan kes jenayah ini..mereka akan menculik kanak-kanak apabila diberi arahan..Gambaran muka ketuanya belum kami dapati" sambungnya lagi dengan lebih terang..

"Ok Sjn..Saya nak awak copy bahan ini..dan berikan kepada semua anggota yang lain ..saya minta semua anggota bersiap sedia untuk semua situasi..awak ada sediakan biodata mereka? Saya nak lebih terperinci mengenai kes ini termasuklah kegiatan jenayah mereka yang lain ..dan juga biodata ketua mereka..Saya nak anak buah awak sentiasa mengintip setiap gerak geri yang dilakukan oleh suspek"  Aku memberikan arahan kepada Shafiq supaya lebih berhati hati dengan situasi sekarang..

"Maaf tuan, ada satu hal lagi saya hendak bertanya mengenai kes ini..hari tu ada seorang wanita kan berjumpa dengan tuan menceritakan pasal budak yang di bawa itu..Tuan rasa adakah budak itu salah seorang daripada mangsa yang diculik?" Tanyanya kepada aku.

Sebenarnya, aku masih lagi menunggu panggilan daripada wanita itu..tapi tidak tahu mengapa..hatiku dapat merasakan sesuatu yang akan berlaku kepadanya nanti..

"Ouh ye tak ye juga.. saya rasa macam tu juga..tapi sampai ke hari ini tiada sebarang maklumat saya terima dari wanita itu..mungkin mereka belum dapat di temui oleh suspek ataupun budak itu bukan daripada mangsa penculikan itu..kita hanya perlu menunggu panggilan daripada wanita itu..jika berlaku kecemasan ,saya minta awak serta anak buah awak lebih bersedia dari awal..faham?" Kataku dengan tegas..

Aku sangat serius dalam menjalankan tugas ini kerana melibatkan nyawa sekeliling terutamanya insan yang lemah iaitu kanak-kanak..Dalam pada masa yang sama, aku dan juga anggota lain perlu menumpaskan individu yang sering membawa masuk bahan terlarang seperti dadah, syabu dan lain-lain yang menceroboh masuk ke dalam negara ini ..Kes ini semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun tidak disebarkan berita mengenainya..

"Baik tuan, arahan diterima" katanya hormat serta tabik diberikan kepada aku sebelum dia berlalu keluar dari bilikku..

Aku meneruskan meneliti setiap biodata suspek dan ketua mereka serta biodata budak yang dibawa oleh wanita itu..sebab bagi aku, tidak mustahil budak itu adalah mangsa mereka sebagaimana yang dicakapkan oleh Sjn.Shafiq tadi..

Kadang kala aku juga terbayang wajah wanita itu apabila melihat biodata budak tersebut.."haisshh parah ni , macam mana boleh nak terbayang wajah dia pulak..tak pernah terjadi lagi..adakah aku tengah gila bayang? Arhh sudah ..fokus keje!" Bisik hatinya buntu tapi mindanya masih memikirkan wanita itu..

*******

Aku sudah pun masuk kerja kembali selepas bercuti 2 hari..sebab yang aku berikan ialah gastrik..aku terpaksa menipu sebab menguruskan hal Aiman ..aku menghantar Aiman ke rumah jiranku untuk dijaga semasa aku tiada di rumah atau erti kata lain semasa aku kerja la..

Aku berura ura untuk keluar dengan Aiman pada hujung minggu ini untuk membeli barang dan pakaian baru untuk Aiman..Sehinggalah sekarang, aku berasa seronok dengan kehadiran Aiman kerana aku sudah menganggapnya seperti adikku sendiri..aku memberikannya sepenuh kasih sayang seperti adik adikku yang lain ..

Tiba-tiba rindu keluarga aku yang jauh di utara sana.."hmm..nantila bile aku free aku call mak" kata hati kecilnya .

Aku mengerling jam di tangan, sekejap lagi waktu mengajarnya sudah abis.. jadi, sebelum keluar kelas aku akan sering mengingatkan kembali pelajarku mengenai assignment yang kuberikan..

"Okay awak semua, jangan lupa hantar assignmnt yang saya bagi ..tarikhnya tinggal lagi seminggu..saya taknak dengar awak cakap awak lupa atau bagi alasan ..saya tak terima.. sebabnya saya setiap kali masuk ke kelas akan mengingatkan awak semua pasal tugasan itu..Tugasan itu banyak markah jadi awak semua perlu score..faham?" Tegasku ..

"Faham cik amira"..jawab mereka serentak ..dengan itu, aku bergerak keluar dari kelas selepas mereka menyahut..

Aku terus memandu pulang ke rumah..sejak ada Aiman, banyak perubahan yang berlaku padaku seperti rajin memasak dan makan dirumah saja, pelbagai menu aku sudah mahir .."huhuhu, bangga diri nampak" dia ketawa selepas memuji dirinya sendiri sambil memandu.

"Assalamualaikum, acik Lehaa"..sambil tanganku mengetuk pintu rumahnya..Acik Leha merupakan jirannya yang menjaga Aiman..

"Waalaikummussalam, masuk la Mira" pelawanya sambil membuka kunci rumahnya..

"Mana Aiman acik?" tanyaku sambil mata ku meliar mencari kelibat Aiman diruang tamu..

"Ada tu dalam bilik, mungkin tidur dah kot sebab tadi dia baru makan petang..acik baru masak tadi..Mira dah makan ke? Ada lagi lebih kuey teow goreng tadi..saja acik masak lebih untuk Mira makan sekali..jomlah ke dapur"..

"Eh yeke..rezeki ni acik..saya pun tengah lapar jugak ni" kataku sambil membuntuti langkah wanita itu ke dapur..

Tak dapat dinafikan lagi, memang jirannya ini memang baik hati , lembut dan juga peramah sebabnya kalau ada lauk lebih mesti dia akan memberi sedekah kepada aku dan jirannya yang lain..sebab tu dia dimurahkan rezeki dari segi kewangan serta rezeki anak-anak mereka belajar tinggi dan berjaya..Aku sangat kagum dengan wanita ini..

Setelah selesai makan, aku mengemas pinggan dan basuh pingganku di sinki walaupun ditegah olehnya..aku hormatnya seperti ibuku sendiri..wanita ini juga sudah tahu lebih pasal Aiman sebabnya aku rasa sangat senang ingin berkongsi rahsia dengan wanita itu..

"Acik leha, Mira nak kejutkan Aiman sekejap lepastu nak ajak dia balik rehat dekat rumah..kesian acik mesti letihkan layan perangai Aiman tu yang kadang-kadang mengada ngada lebih.." kataku sambil melangkah ke bilik yang Aiman berada itu..

"Adik adik..bangun..jom kita balik rehat dirumah ye" ..kataku lembut di cuping telinganya supaya budak itu tidak terkejut..

"Eh, akak dah balik..adik dah lama tunggu akak balik..jom balik akak"..pintanya sambil menarik tanganku keluar dari bilik itu..

"Terima kasih acik sebab jaga Aiman hari ni..saya balik dulu" aku meminta diri untuk pulang dan menyuruh Aiman untuk menyalam acik leha sebelum balik..Acik Leha mengangguk sambil tersenyum manis selepas aku berkata sedemikian..aku berlalu pergi dan masuk ke dalam rumahku disebelah rumahnya dan terus mengunci pintu rumah..

Aiman terus masuk ke dalam biliknya, mungkin menyambung tidurnya balik..aku pula terus bergerak masuk ke bilik untuk berehat dan melepaskan lelah sambil berbaring di atas katil..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience