*****
Semasa di dalam kereta, aku menuju ke arah laluan untuk ke rumah..
"macam biasa la sesak..aku memandu dengan cermat dan berhati- hati sebab sayangkan nyawa kan..hehe"..sambil memandu matanya ralit melihat deretan kedai di sebelah kanan dan kirinya untuk membeli makanan..
Aku memperlahankan kereta bersedia untuk berhenti di trafic light warna merah..Matanya melihat orang ramai mula berjalan untuk melintas di laluan zebra sambil meninjau ke arah deretan kedai makan di bandar tersebut..
Mulut ku bergerak seiring mengikut lagu yang sedang diputarkan di radio dalam keretanya yang bertajuk It's You by Ali Gatie..
"wah, sedapnya kalau dapat makan sushi ni..hehe"..katanya sendiri sambil mengerling ke luar tingkap kereta..
Dalam beberapa saat sahaja, lampu sudah bertukar hijau, aku mula menggerakkan kereta dengan perlahan tetapi...
Aku seakan ternampak seorang budak lelaki sedang berlari untuk melintas di lintasan zebra tersebut..
Dengan tiba-tiba aku terpaksa menekan brek dengan mengejut ...sehinggakan badanku hampir bercium dengan stereng... "Astaghfirullahalazim" kataku perlahan sambil mengurut perlahan dadanya yang berdetak laju..
Sebelum itu aku telah menyalakan lampu double signal menandakan kereta ada masalah.. Terus sahaja aku keluar melihat di hadapan keretaku ...budak lelaki tersebut sedang kaku dan cemas ..aku dapat melihat dari seri wajahnya itu, dia seakan sedang melarikan diri daripada di kejar oleh orang..Aku dengan pantas memeriksa setiap inci tubuh badan budak itu risau ada kecederaan ..
"Adik..okay tak? Ada sakit dekat mana-mana tak? Adik nak pergi mana ni sorang-sorang?" Kataku kalut sambil merendahkan badan agar sama tinggi dengan budak itu..
"Akakk, toolongg adikk..ada orang jahat kejar adikk" katanya setelah diam seketika sambil menunjuk ke arah lorong kedai yang ramai orang tetapi di suatu sudut aku dapat melihat 3 orang berkaca mata hitam berbadan tegap sedang berlari anak sambil menoleh ke kiri dan ke kanan seakan mencari sesuatu yang hilang..
"Okay..jom ikut akak..akak orang baik ..akak bawak adik balik ye"..pujukku dengan pantas mendukung budak tersebut ke arah kereta ku..
Dengan pantas, aku masuk gear D untuk bergerak dan aku telah membuat keputusan untuk ke balai polis yang berhampiran untuk keselamatan aku dan budak lelaki tersebut..semasa aku memandu, aku telah menyelit ke beberapa kereta lain supaya kereta ku tidak dapat di kesan oleh orang berbadan tegap itu.. Dan dapat kulihat 3 orang lelaki tersebut tidak dapat mengejar kerana kereta banyak lalu dan terpaksa duduk di tepi jalan..
"Ya Allah, moga-moga 3 orang jahat itu tak nampak kereta aku ..amiinn" Doaku di dalam hati sambil mengerling ke arah budak lelaki yang duduk di bahagian sebelah pemandu yang berpakaian seperti orang pengemis, tidak terurus dan rambutnya kusut masai..
"Adik nama apa? Umur berapa?" Tanyaku untuk memecah kesunyian..
"Namaa Aiman Asyraf, kawan-kawan adik panggil aiman je..umur 12 tahun kak" katanya petah dan perlahan sehinggakan aku perlu menekan button off radio..Aku hanya sekadar mengangguk sambil memandu..
"Kita pergi balai polis dulu ye dik.. akak nak adik selamat daripada orang jahat tu..boleh kan? Budak itu hanya diam sahaja mendengar soalan aku..aku tak pasti dia dengar atau tidak ataupun dia takut ..itu aku tak pasti..
Aku meneruskan pemanduan dengan cermat sambil mengerling jam di tangan.."Hmm..pukul 4.30 ptg..bukak lagi ke balai polis ye?..dia tertanya- tanya tetapi tetap meneruskan juga niatnya itu..
Share this novel