Pagi yang hening,
"Sayang, bangun..dekat subuh ni"..Kejutku perlahan..
Tubuh itu bergerak sedikit apabila mendengar suaraku..Aku tersenyum memandang wajah itu sambil teringat 'tentang' malam tadi..
Terus saja aku melabuhkan ciuman di dahinya..Sempatku berbisik..
"Terima kasih sayang untuk malam tadi"..kataku perlahan sambil mencium telinganya..aku meniup lembut telinga itu..
Isteriku mengeliat kegelian ketika aku meniup telinganya..Mata yang terpejam itu menjadi celik..kedua belah tangan itu menutup mukanya..mungkin malu teringat kejadian 'itu'..
"Sayang janganlah malu, hari -hari sayang kena hadap juga muka abang ni..lama- lama nanti sayang biasa lah..Nanti kita boleh 'repeat' lagi..tapi kena 'double round' la ye?"..Usikku dalam gelak..
Terus saja tangan itu menampar lenganku perlahan..
"Abang ni, malulah saya ..gatalnya abang nii..Dahlah malas layan abang..Mandi lagi baik"..Suara emas itu menyapa..
Aku tergelak melihat perangai dia..Macam budak-budak..Terus saja dia bangun dari pembaringannya..
Tiba-tiba dia terkaku sebentar..Aku pun sama..Nasib baik lampu bilik samar-samar..Dapatku lihat belakang tubuh itu putih melepak..
Dia seakan terkejut melihat tubuhnya dan tubuhku tanpa seurat benang..Lalu selimut di tarik menutup bahagian dadanya..
Aku menelan air liur..'Haih, seksinya lahai sayang aku ni!..abang tak tahan ni sayang!'..Gumamku perlahan..
Dia menoleh ke belakang apabila menyedari tanganku mengusap belakangnya..Tindakan spontanku itu membuatkannya melompat turun bersama selimut..
Mata itu terpejam kembali mungkin segan melihatku..terus saja aku bangun dan menghampirinya..Tubuh itu aku angkat lalu menuju ke bilik air..dia hanya diam membisu..
"Sayang jom kita mandi wajib sama-sama"..Kataku ketika bergerak menuju masuk ke bilik air..
Setelah mandi..Kami menunaikan solat subuh berjemaah..Muka itu masih lagi menunduk ketika mencium tanganku selepas solat..
Aku tahu pasti dia malu dengan kejadian semalam..Aku tersenyum manis sambil memegang dagu runcing itu..
"Abang, sayanggg sayang sangat"..Ucapku perlahan sambil mencium bibir itu lembut..
Lepas saja bibir kami berhenti bertaut..muka itu memerah..
"Sayang ,janganlah malu dengan abang..Siapa nak layan abang nanti..Kesianlah dekat abang"..ujarku seakan merajuk..Saja ingin menduganya..
Wajah itu kembali mendongak..'Tahu pun risau kalau aku merajuk..hihi'..Bisik hatiku ..
"Abang la yang buat saya malu..asyik cakap 'pasal' tu je..tak tahulah pulak abang ni gatal..Kalau nak saya layan abang, abang janganlah cerita 'pasal' itu lagi"..Jawabnya sambil merenung anak mataku..
"Alaa, abang gatal dengan sayang je..Sayang tak suka ke? Atau sayang nak abang gatal dengan orang lain?..Yelah lepasni abang tak cerita 'pasal' tu lagi..tapi sayang kena layan abang ..okay?".. kataku sambil tersengih gatal..
"Abang jangan cari pasal ye. saya suka je abang macam ini..tapi jangan lama-lama naik malu la saya... Tapi ,kalau saya dapat tahu abang menggatal dengan orang lain! Siap ye!..yelah abang, lepasni saya akan layan je kerenah abang tu"..Jawabnya sambil menjelingku..
Aku tergelak mendengar amaran darinya..aku duduk bersila di hadapannya..Tubuh itu aku tarik untuk dipeluk..Aku tahu dia saja berkata begitu kerana takut dia di'madu'kan..Semua perempan yang sudah bergelar isteri pasti risau kalau di'madu'kan..betul?
"Okay-okay sayang jangan risau ye pasal tu..Cuba sayang fikir macam mana abang nak 'tackle' perempuan lain dengan rupa abang yang asyik ketat ni hmm?Hanya sayang saja yang dapat tengok rupa abang sebenarnya..Sayang pasti risau kalau di'madu'kan ..betul?"..Soalku sambil itu aku menarik tubuh itu untuk duduk di ribaku..
Tubuh itu ringan saja..jadi aku tak kisah untuk meribanya..
"Haihh abang ni, kita baru je kawin kot..takkan nak cerita pasal 'madu' pulak?..Cuba abang tanya dekat perempuan lain yang dah kawin..dorang nak ke ada 'madu'?..Macam tu lah juga saya..tentulah saya risau.."..Katanya sambil menilik dan bermain cincin di jari jemari tanganku..
Wajah itu seakan muncung..tahu dia merajuk..
"Yelah, abang faham..okay-okay abang tak cerita pasal madu lagi..tapi abang nak sayang je yang layan abang okay? taknak perempuan lain..Sebab dorang tak macam sayang..Sayang diam ii tapi manja..betul sayang?"..kataku sambil mengusik..
Tanganku perlahan-perlahan membuka telekungnya..lalu aku mengusap rambut penjang itu..Lantas aku menyembamkan wajahku ke lehernya sambil menghidu bau rambutnya..wangi betul..aku seperti orang angau tapi dengan isteri sendiri takpe kan..
Aku mencium leher itu..Dia kegelian ketika itu lalu isteriku mengusap rambutku lembut..Aku terbuai..Nafsuku menggelodak kembali..tapi, aku yang terbuai tadi terus ter'berhenti' dengan perlakuan tadi apabila mendengarnya berbisik..
"Abang, hari dah nak pagi dah ni..Dah lepas subuh dah pun..nanti kita lambat pulak nak siap-siap balik KL..Abang lupa ye harini kita balik KL?"..Katanya sambil menolak wajahku..
"Alaa, abang baru nak manja dengan sayang..Abang fikir nak ajak sayang buat lagi se'round' sebelum pagi..melepaslah abang macam ni!"..Kataku sambil mencebik..
Niat hati begitulah..siapa sangka orang yang serius sepertiku tak pandai bermanja..Cett...
"Alolo, merajuk pulak sayang saya ni..Nantilah kita sambung ye dekat sana..kita kena balik KL ni..takut jalan sesak nanti.."..Pujuknya sambil mengusap pipiku..lalu bibir itu mencium pipi kananku..
Aku yang muram tadi terus terpujuk hati..Bibirku kembali mengukir senyuman.
"Betul ni kita 'sambung' dekat KL?"..Soalku teruja..
Dia hanya mengangguk sambil tersenyum..Aku kembali teruja..'pucuk dicita, ulam mendatang'..
Terus saja aku bangun sambil menarik tangan itu untuk sama-sama berdiri..
"Kalau macam tu..jomlah kita balik KL cepat..Abang dah tak sabar ni"..Kataku sambil mengusik..Aku mengenyitkan mata ke arahnya..
Kami pun bersiap-siap mengemas semua barang..separuh hadiah perkahwinan kami tinggal di rumah mertuaku..
Selesai saja bersarapan , kami bersalaman ..Sempat lagi ibu dan bapa mertua meninggalkan amanatnya kepadaku..
'Jaga Amira dengan sepenuh hati Kamal..Seperti kami menjaganya...Sayang dan bimbinglah serta tegurlah dia jika dia buat kesilapan..Kamal sajalah kami bergantung harap'..Pesan ibu mertuaku..
'Ayah serahkan Amira sepenuhnya kepada kamu..Ayah tahu kamu mampu menjaga dan melindunginya seperti nyawa Kamal..Ayah harap ikatan suci kamu berdua berkekalan sehingga syurga firdausi..Aminn'..Pesan ayah mertuaku..
Segala pesanan itu aku simpan dan sentiasa ingat..Kerana aku sudah sangat menyayangi isteriku seperti nyawaku sendiri..Lagisatu isteriku merupakan Amanah yang terindah dari Tuhan untukku..Tidak sanggup aku menyakitinya walaupun aku tahu setiap orang yang sudah berumah tangga akan terjadinya pasang surut..Tapi aku akan tetap bertahan..InshaAllah..Itulah azamku..
******
Setelah beberapa jam perjalanan,
Suamiku ingin singgah sebentar ke rumah keluarganya sebelum pulang ke rumah kami yang sudah dia beli dengan titik peluhnya sendiri..
Aku hanya mengangguk faham..Sebenarnya aku pun rindu dekat ibu mertuaku itu..Mereka pulang awal kerana ayah mertuaku sangat sibuk dengan businessnya..Jadi, tak sempat untuk berborak lama..
"Abang, nanti kita singgah dekat mana-mana ye sebelum balik rumah family abang"..Kataku ketika perjalanan tidak jauh untuk sampai..
Dia menoleh sekilas ke arahku..
"Sayang, nak beli apa?"..Tanyanya
"Saya fikir nak beli barang sikit..nak bagi sesuatu dekat ibu..Saja sebagai ole-ole..Abang agak-agak ibu abang suka apa ye?"..Soalku sambil memandangnya..
"Aipp, kenapa nak bagi sesuatu? Sayang ada berkomplot dengan ibu abang ye?.." Tanyanya pelik..
Aku tergelak sambil mengeleng..
"Takde apalah abang, saja nak bagi sebagai hadiah..takkan tak boleh kot?"..kataku sambil merenungnya..Sungguh kasihku sudah 'tumpah' untuknya..
"Ouh, abang fikir ada komplot apa-apa dengan ibu..Kalau ada, siap sayang abang 'gomol' puas-puas..Tahulah dia ye!.." Katanya sambil tersengih gatal..
Mataku terus terbuntang mendengar kata itu..'Dia fikir aku ni 'baby' ke nak gomol-gomol?'..Rungutku dalam hati..
"Ya Allah, abang ni gatalnyaa..Abang fikir saya ni 'baby' ke nak gomol?..Abang bagitahu lah ibu abang suka apa? Saya tak tahulah nak belikan apa..".Kataku sambil mencebik..
Kedengaran gelak tawa darinya..Aku menjeling sebelum memandang ke depan..
"Sayanggg, janganlah marah..Sayangkan 'baby' abang..Jadi, tak salahlah abang nak gomol..Yelah-yelah, ibu abang tak cerewet sayang..Sayang beli jelah apa-apa pun..Pasti dia akan terima..Lagi-lagi dari menantu kesayangan dia ni yang bagi..Tentu dia seronok punya"..Katanya sambil tersenyum manis
Aku yang mendengar tadi hanya mengangguk..Aku berfikir untuk memberinya tudung..Okay tak?
"Kalau macam tu..boleh tak abang singgah dekat Mall sebelum balik rumah family abang?''..Kataku lagi
Dia hanya mengangguk..sempat lagi dia menarik tanganku yang berada di ribaku ..lantas ciuman diberikan..Aku hanya tersenyum manis..Terasa suamiku ini sangat romantis dalam diam..Bahagia weyh!
*******
Kereta membelok masuk ke Mall..
Aku dan suamiku berjalan beriringan sambil memegang tangan seperti pasangan bercinta..
Mataku meliar mencari butik tudung..Ada satu butik yang sangat eksklusif..jadi, kami menuju ke sana..
"Sayang, abang pergi toilet sekejap ye?..Sayang carilah dulu barang..nanti kita jumpa dekat sini ye..sayang jangan pergi mana-mana okay?"..Katanya sambil berpesan..
Aku hanya mengangguk faham..lantas, mataku memandang tubuh itu menghilang ..
Seusai aku membeli dua helai tudung yang bagiku cukup sesuai untuk ibu dan Ana..aku keluar dari butik..mataku meliar mencari kelibat suamiku..Lalu, aku terpandang satu bangku yang disediakan oleh Mall di hadapan butik itu..
Kakiku melangkah ke arah bangku itu..Aku mengeluarkan telefon bimbit sementara menunggu suamiku..Dalam beberapa minit, ada seseorang seakan datang menghampiriku sambil menegur..
"Hye beautiful, long time no see..awak apa khabar?"..Tegur satu suara..
Suara itu aku sangat cam..Suara yang sudah lama tidak ku dengar..Lantas, wajahku mendongak melihat gerangan yang berada di hadapanku..
Aku terkejut..Benar dia!..Aku terkaku..Kenapa dia tiba-tiba boleh muncul?
******
Siapakah gerangan yang menegur Amira?..
Apakah yang bakal terjadi selepas pertemuannya dengan lelaki tersebut?
#Stay tuned okay..
Share this novel