Bab 25

Action Completed 25770

Lepas zohor, aku telah bersiap dengan Tuan Kamal untuk pulang ke KL...Hatiku berat ingin pulang ke sana...aku bergerak perlahan ke sofa untuk menunggu Tuan Kamal keluar dari biliknya..Kelihatan Aiman dan Shakir sedang bermain di satu sudut rumahku ..aku memanggil Aiman dan Shakir untuk datang ke arahku..

"Shakiirr , Aimann..mari sini sekejap"..panggil ku perlahan..mereka berdua bergerak perlahan menghampiri aku..

"Kenapa kak Ainnur?..Akak nak pergi mana ni?" Soal Aiman kelihatan dia baru perasan bajuku..

"Akak hari ni dah nak balik KL Aiman, Aiman tinggal dekat sini ye dengan Shakir..Nanti Shakir tunjuk kawan-kawan dekat Aiman ye." Kataku seakan-akan memujuknya..

"Lagi satu, Akak nak Shakir layan Aiman dengan baik ye ..layan Aiman seperti adik Shakir boleh ye?"..Kataku lagi sambil memesan kepada Shakir pula .

"Okay akak"..adikku menjawab lalu kedengaran esakan Aiman tiba-tiba..
Aku memanggilnya untuk rapat dengan ku..Aku menyapu belakang badan itu..Aku turut sebak ingin meninggalkannya disini..tetapi ni lah cara yang paling selamat..

"Aiman, jangan macam ni ye..Kalau Aiman rindu akak nanti..Aiman suruh Shakir atau pakcik call Akak ye..Nanti kalau ada cuti panjang , akak balik sini jenguk Aiman ye..Aimankan budak baik..nanti Aiman dengar cakap pakcik dengan makcik ye"..kataku lembut dan perlahan sambil menyeka air mata yang ingin mengalir..

'Inilah kehidupan yang harus aku lalui..anak perantauan'..bisik hatiku..aku meminta Aiman untuk duduk di sebelah sehingga dia reda dari menangis..Beberapa saat kemudian, kelihatan Tuan Kamal sudahpun bergerak keluar dari bilik itu dengan begnya yang berada di tangan..Aku hanya senyum melihatnya sambil tanganku mengusap lembut bahu Aiman disebelahku ..

Tuan Kamal terus bergerak keluar rumah dengan beg itu..Selepas itu, dia telah menarik beg aku yang berada di muka pintu untuk di simpan ke boot kereta itu..Aku jadi serba salah..aku duduk tapi dia yang tolong angkat beg aku ..

Ibu dan Abah pula keluar dari biliknya itu..ingin bersua kali terakhir sebelum kami bergerak pulang ke KL..Aku mengangkat punggung lalu berdiri..tanganku di tarik oleh Aiman seakan tidak membenarkan ku berganjak dari situ..

Aku pula menarik tangannya untuk ke muka pintu..Aku bersalaman dengan ibu dan abah serta diikuti oleh Tuan Kamal..

"Elok-elok drive balik KL ye Kamal..Kalau letih berhenti rehat ye ..satu lagi pakcik nak cakap terima kasih dekat Kamal sebab banyak tolong Ainnur di sana dan terima kasih sebab sudi datang ke rumah pakcik yang tak seberapa ni"..Abahku bersuara sebak..Tuan Kamal mengangguk sambil menjawab .

"InshaAllah pakcik..nanti saya letih..saya berhenti ye..pakcik jangan risau..Sama-sama pakcik..saya pun nak cakap terima kasih dekat pakcik dan makcik sebab sanggup terima saya sebagai tetamu dan beri layanan baik kepada saya..saya sangat hargai semua tu"..Kata Tuan Kamal sambil tersenyum..Aku yang berada di sisi ibu sedikit sebanyak terasa ayat itu ikhlas datang dari hatinya..

"Kamu anak yang baik Kamal ..Nanti sampai di rumah..Sampaikan salam makcik dan pakcik untuk ibu dan ayah Kamal ye.." Ibuku pula bersuara..di mengenggam erat tanganku. Seakan berat untuk lepasku pulang..Air mata itu seakan berlinangan di mata..tetapi cepat saja tangan tua itu menyeka..Aku perasan tingkah itu..namun aku hanya mendiamkan diri saja..

"InshaAllah pakcik makcik..Saya rasa kita kena gerak dah ni Ainnur..takut sampai sana lewat nanti"...Suara itu menegurku..Aku mengangguk faham..
Aku bergerak dari sisi ibu lalu memeluk tubuh tua itu..kejap sungguh pelukan dari ibuku itu..kemudian aku beralih ke Abah ..Aku menghadiahkan ciuman di kedua-dua belah pipi itu selepas bersalam..dan akhir sekali aku bergerak ke Aiman dan Shakir..

Aiman hanya menundukkan kepalanya..aku faham perasaannya ketika itu..jadi aku menghadiahkan pelukan sekejap..terasa tangan itu membalas pelukan ku..Pasti aku merindui teletah Aiman..Aku juga buat perkara yang sama di Shakir..Aku tak tahu kenapa kali ini hati aku berasa berat sangat nak pulang..adakah akan ada sesuatu yang akan berlaku tak lama lagi?

Aku malas berfikir lalu menuju ke arah kereta Tuan Kamal..

"Kami gerak dulu pakcik makcik"..Tuan Kamal bersuara buat kali terakhir sebelum bergerak..dia sudah bergerak masuk ke dalam kereta..Aku juga mengikuti langkah itu..Sebelum bergerak, Tuan Kamal menurunkan cermin di sebelahku..sambil melambai sekejap..

Aku juga melambai ke arah mereka semua sambil tersenyum tawar..Kelihatan tangan abah memegang tangan kecil Aiman yang sudah menangis itu..Aku turut sebak melihatnya sambil menyeka air mata mengalir..walaupun kami tiada hubungan darah..tapi aku dapat rasakan tangisan itu.. 'Perpisahan sungguh memeritkan bagiku'..bisik hatiku..

"Nanti dah sampai call abah ye Ainnur..hati-hati balik ye Kamal"..Abah bersuara sambil memesan...Aku menatap satu persatu wajah yang bakal aku rindui..sebab aku tak tahu bila lagi akan pulang ke sini..kereta sudah pun bergerak perlahan aku menundukkan kepala sedikit supaya dapatku tahan air mata ini..

Tuan Kamal memicit hon sebelum bergerak menjauhi kawasan rumahku..setelah aku rasa kereta itu bergerak jauh sedikit..Aku mendongak perlahan kepala sambil mengelap sisa air mata lalu merenung ke arah luar tingkap...Sejujurnya aku ini seorang yang jarang menangis di depan orang..aku hanya akan menangis dalam diam...aku merenung pemandangan sawah padi di luar tingkap bagi mencari ketenangan hati ..

Aku perasan wajah Tuan Kamal memandang ke arahku sebentar secara curi-curi..kali ini hanya kami berdua saja dalam kereta..terasa awkward pula..apabila memikirkan pasal Tuan Kamal yang banyak membantu aku..Masa ini lah aku nak berterima kasih dengannya..

Suasana di dalam kereta itu hanya sunyi sepi..radio tidak dimainkan..mungkin Tuan Kamal memberi ruang kepadaku untuk bertenang selepas menangis..'huhu aku pun rasa berat hati apabila aku akan berpisah dengan Tuan lepasni'..huhuhu..hatiku berbisik sedih..

Setengah jam berlalu..kelihatan kereta yang di pandu oleh Tuan Kamal sudahpun masuk menyusuri membelah highway untuk menuju ke arah selatan..Aku yang sedari tadi sudah tenang dan menerima perpisahan tadi hanya memandangnya sekilas..Dia macam biasa seperti orang yang sukar untuk di baca riak wajahnya itu..wajah itu seakan tenang dan fokus memandu..

Dalam termenung memandang wajah itu.. tiba-tiba saja wajah itu menoleh ke arahku..mata kami bertaut sebentar sebelum aku melarikan anak mataku depan..'aduh kantoii'..jangan di cakap la dalam hati..jantung berdetak laju seakan mencari oksigen..Aku yang segan tadi terus membetulkan dudukku sambil menyandar tegak di kerusi empuk itu..

Aku berdehem cuba membetulkan suara sebelum bersuara ...'macam mana ye aku nak start cakap ye ..fikir -fikir..alah hentam.saja la'..getus hatiku..Aku dengan berani bersuara..

"Er Tuan, terima kasih tolong angkat beg saya tadi..saya nak cegah tapi tingkah Tuan laju saja..maaf menyusahkan Tuan tadi dann.." kata-kata terhenti di situ..otakku ligat berfikir pasal kejadian itu..tiba-tiba suara yang diam tadi bersuara..

"Dan apa tu?..Pasal beg tu tak apa..lagipun saya tahu keadaan awak sekarang..takkan awak nak angkat dengan kaki macamtu kan?'..aku yang mendengar suara itu seakan lembut sedikit dari sebelum ini mendongak perlahan untuk menatap wajah itu..'betul ke dia ni?..aduh cair hati '..

Aku hanya mengangguk..lalu aku menyambung ayatku..

"Dan pasal kejadian dekat kebun hari itu..saya nak berterima kasih sangat dan bersyukur yang Tuan dengar jeritan saya..kalau Tuan tak dengar ..tak tahu la saya apa jadi lepastu..mungkin nyawa saya melayang"..kataku perlahan ketika menyebut pasal nyawa..

"Sama-sama..lagipun memang waktu itu saya yang berada berdekatan dengan awak lagi..mula-mula saya tak perasan lepastu sesat..lepas awak jerit banyak kali baru saya dapat kesan awak..dengan rumput panjang lagi menyukarkan saya bergerak lepastu saya nak minta maaf sebab terpaksa 'sentuh' awak waktu itu'..ucapnya sambil mengerling ke arahku sebentar..suara itu kelihatan bergetar..sebab apa ya?..

Aku terasa darah menyerbu ke arah muka ku selepas teringat kejadian aku di dukung ..'huarghh malunya..tak pernah lagi ada orang menyentuh aku lagi-lagi lelaki'..gumamku perlahan..tapi apabila berfikir waras..betul saja tindakan itu untuk menyelamatkan nyawa..

"Err pasal tu tak mengapa Tuan..lagipun Tuan pun sudah meminta izin dari abah saya dan juga dari saya..lagipun waktu itu saya tak fikir apa dah sebab saya rasa kaki dan tangan sebelah kanan tak boleh bergerak..saya terkejut dan tak hiraukan pasal tu lagi..." Aku menjawab sambil menunduk..tak berani ingin mengangkat muka..

Dia hanya mengangguk faham..suasana kembali sunyi..tiba-tiba aku teringat yang aku ada marah Tuan Kamal ketika sebelum masuk ke kebun..mungkin kah ini akibatnya dari kemarahanku kepadanya?..tak mungkin..

"Err Tuan.." aku bersuara..wajah itu memandangku sebentar..

"Hmm"..dia hanya menyahut seperti tu seakan memberi ku ruang untuk bercakap.

"Er..saya nak minta maaf sekali lagi sebab ada tertinggi suara dengan Tuan waktu sebelum masuk kebun..saya rasa disebabkan saya marah tuan itulah ..saya dapat kesannya ini"...Kataku kesal sambil menyapu perlahan bahagian lututku itu..

"Eh tak mengapa la..saya tak terasa hati pon la..lagipon saya saja nak usik awak..taktahu pulak awak betul-betul marah ..Yang pasal patuk ular itu..Saya tak tahu la itu 'balasan' untuk awak atau memang 'takdir' awak begitu .." katanya lagi memberiku senyuman..Aku yang dari tadi sedih terus hilang rasa itu...seakan hatiku terpujuk mendengar kata-kata itu..

Tapi semenjak dari sana, aku nampak perubahan pada dirinya..memang Tuan Kamal agak berubah apabila pulang dari rumahku..lebih suka senyum , sudah mula menegurku dulu, tiada lagi suara tinggi dan tegas..Adakah keadaan di sana telah merubahnya?..

Aku hanya mengangguk mendengar kata itu.. dalam beberapa saat selepas itu, aku baru saja ingin meminta maaf sekali lagi ..tapi dia sudah memotong..

"Err tuuuann"..aku baru nak panggil..terus saja menoleh ke arahku..pastinya dia sudah dapat meng'agak' perkataanku seterusnya lalu bersuara..

"Awak nak minta maaf lagi ke Ainnur?..tapi maaf untuk apa pula?"..katanya sambil memandang ke arah depan..

Aku hanya tersengih malu..lalu menyambung lagi ayat tergantungku..

"Err hehehe..tapi kali ni saya nak minta maaf sebab kali ini saya tak boleh jadi driver Tuan macam hari tu disebabkan kaki saya tak berapa sihat lagi.."..kataku perlahan sambil tersengih..Dia hanya mengelengkan kepala mendengar kata-kataku itu..

"Laa kesitu pulak dia fikir..memang takdela saya nak bagi awak drive dengan keadaan macam tu..saya pun faham..lagipun saya tak harapkan awak jadi driver saya pun..sebabnya awak tak sepatutnya jadi driver saya tapi awak patut jadi suri hati saya"..Aku yang mendengar tadi terus terkejut mendengar kata itu..perlahan dan halus ayat last itu dituturkan tapi cukup untukku dengar..

Aku cuba membaca riak wajah itu..tapi aku hanya buat-buat gelak untuk hilangkan gemuruhku..'betul ke apa aku dengar tadi..dia macam lamar aku?..betul ke?'..aku geleng kepala..

"Err hehe Tuan pandai bergurau ye..terkejut saya..tapi hari ini saya boleh je teman tuan drive sebab malam tadi saya dah tidur lama"..kataku cuba ubah topik..Dia hanya berdehem perlahan dan mengangguk ..

"Awak dah makan ubat ke belum Ainnur?"..suara itu bertanya seakan mengambil berat terhadap aku..

"Err dah tuan tadi selepas makan tengahari tadi"..jawabku ..

Aku yang dari tadi ingin mengajaknya borak terus terbantut niatku itu selepas teringat ucapan 'suri hati saya'..aku hanya memandang ke arah depan sambil jariku menyulam sama sendiri..Diam buat seketika..

"Err Ainnur, awak ada nak tanya saya apa waktu malam tu dekat pangkin?"..Suara itu menyapa lagi dengan lembut..aku agak dia ingin mengajakku berborak untuk hilangkan bosannya ketika memandu..

"Ouhh haa pasal tu..saya fikir nak tanya pasal life tuan pulak sebab Tuan asyik tanya pasal saya je kan? ..jadi, sekarang Tuan sudah tahu pasal life saya..saya saja tak tahu life tuan..mana adil kan?"..kataku seakan bergurau untuk mencari suasana ceria di dalam kereta itu..

"Ouh haha..fikirkan benda serius sangat la malam tu sampaikan kena buat muka masam lepas ibu awak panggil masuk..haha..awak nak tahu apa pasal life saya?"..katanya sambil mengungkit dan tergelak melihatku..Aku yang dari tadi memerhati gelaknya itu terpana..memang payah aku nak dengar dia gelak depan mataku sendiri..Adakah aku berjaya mencari suasana ceria itu?

"Eeee. Tuan ni jangan la ingat balik..segan saya..hehe..saya baru nak ajak tuan 'dating' lama sikit dekat situ..ibu pulak kacau daun..hehehe gurau je...saya tak kisah..apa yang tuan nak sharekan..saya dengar je..." Kataku sambil tersengih ..Aku tadi hanya cuba berani mati berkata begitu..'apa fikir dia je berani cakap, aku pun boleh..werrkk' hatiku berkata..

"Haha awak ni kelakar juga ye..nak ajak 'dating' ye..hmm boleh je lagipun pangkin awak tu memang best untuk 'dating' lama-lama dekat situ..Angin sepoi-sepoi bahasa..awak tanya la baru saya boleh cerita..lagipun life saya biasa je takde yang menarik"..jawabnya lagi membuatku tersenyum..hatiku berlagu riang..'hmm nak tanya pasal apa ye?'..

*********

Apakah perasaan sebenar Tuan Kamal ketika berborak dengan Ainnur?

;)..Korang komenlah sikit..nak Ainnur tanya apa dekat Tuan Kamal..InshaAllah dia jawab nanti..hehehe..

#Nantikan ye chapter seterusnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience