Bab 54

Action Completed 25770

Masa berjalan sangat pantas,

Pejam celik pejam celik,

Kandunganku sudah membesar dan sihat.. Sarat 8 bulan

Aku yang sedang duduk di sofa melepaskan lelah sebentar dari berkemas rumah..Walaupun seringkali di tegah..Tapi aku degil..Niat hati taknak menyusahkan orang lain selagi mampu untuk diri ini bangun..

Aku yang sedang leka menonton rancangan Nona di Tv3 tiba-tiba terkejut kecil apabila ade orang menepuk lembut bahu kiriku..Aku tersentak lalu menoleh ke kiri..

"Amira , kalau letih tu..rehatlah dulu..kesian kamu ibu tengok dengan badan dah sarat ni..Kalau apa-apa jadi nanti kan susah..Dahlah, Esok lusa baru suami kamu balik".. Katanya sambil mengusap lembut perutku yang sudah memboyot ke depan..

Aku tersenyum manis, kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu mertua sangatlah tak memilih kasih..Kasihnya seperti aku ini anaknya..Kerana sikapnya yang lembut tutur kata , sikap dan tingkahnya  membuatkan aku selesa berada di Villa itu..

"Takpelah ibu, Mira taknak duduk di sini sambil goyang kaki ..Mira taknaklah tak buat semua benda disebabkan Mira mengandung..Doktor pun pesan suruh Mira banyakkan berjalan untuk mudahkan waktu bersalin nanti"..Jawabku sambil menatap wajahnya..

Kelihatan muka itu berkerut sedikit mungkin risau melihat keadaanku..

Aku mengusap lembut bahu itu seakan memujuk..Lalu, aku merapatkan tubuh lalu memeluk tubuh itu..Sungguh aku rindu pelukan seorang ibu..Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati..

Ibu dan ayahku yang berada jauh di sana selalu saja menelefon aku ..Sering bertanya khabar aku..mereka akan datang apabila dekat 'due' aku nanti..

Suamiku pula perlu terbang ke Sarawak untuk menjalani kursusnya selama sebulan di sana..Mungkin esok atau lusa baru suamiku pulang bergantung dengan tugasnya..Tapi itulah, tipulah kalau tak rindu suami sendirikan? Setiap malam pasti akan ber'video call sampailah aku tertidur..

Sejak sarat ni, aku selalu tidur awal..Mungkin kerana keletihan dan kakiku janganlah tanya..bengkak habis sampai rasa nak menangis jugak kalau lama-lama berdiri..Tapi, aku terima semua tu kerana itulah dugaan semasa mengandung..

Hmm, selalu ibu mertuaku lah yang akan mengurut kakiku..Nak urut sendiri? Memang tak sampai la cerita dia..haha..

Ayah mertuaku pula, selalu juga bersembang denganku jika teringin apa-apa , beritahu saja kepadanya ..Dulunya dia seorang yang pendiam..Kini, berubah apabila dia akan bergelar 'Atuk' ..Reaksi mukanya gembira tak terkata begitu jugalah ibu mertuaku..Yelah cucu pertama mereka kan?

"Kaki mira bengkak lagi ke? Nak ibu urut ke?"..Soalnya prihatin

Aku mengeleng sambil menegakkan kembali badan..Kesian dekat ibu mertuaku untuk menampung berat badanku yang bertambah..

"Takpelah ibu, semalam ibu dah urut..Dah surut sikit..Tak sakit lagi..Terima kasih ibu" Ucapku sambil tersengih..

"Kalau macam tu, ibu nak pergi siapkan makan sekejap sebab ayah kamu balik rehat..Kamu rehatlah , naik bilik ke atau makan dulu lepastu rehat..Tak payah buat kerja, faham?" ..Katanya sambil mengangkat punggung untuk berlalu..Dalam ucapnya ade ketegasan di situ..

Aku hanya mengangguk perlahan,

"Faham ibu, terima kasih ibu!"..Jawabku sambil tersengih..Ibu mertuaku sangat memahami!..

*******

Petang,

Aku berjalan sekitar Villa mewah milik keluarga suamiku..mata melihat dan hidung menghirup udara petang di sebuah taman bunga yang dihias dan di tanam oleh ibu mertuaku sendiri..

Aku melabuhkan punggung di pangkin yang berdekatan..Di situ ade sebuah kolam buatan..aku memerhati sekeliling..

Terasa nyaman seperti berada di kampung ..Aku menjadi terleka dan termenung ketika menatap kolam..

Mindaku tiba-tiba terbayang waktu pertama kali aku bertemu dengan suamiku..Semua kenangan pahit yang pernah menjadi parut dalam hidupku seakan hilang setelah bahagia menyingkap semua masalah itu dengan kehadirannya..Hatiku sangat memanjat kesyukuran kepada Yang Satu kerana menghantar seseorang tepat pada waktunya untuk melindungi insan yang lemah ini..

Sungguh dalam dunia ini, kita sebagai hamba tidak akan pernah menyangka perkara yang akan berlaku..Terpulang kepada kita untuk bersedia atau tidak untuk menghadapi perkara itu..

Dalam masa yang sama, aku terfikir akan perancangan Tuhan dalam menyatukan jodoh kami..Segalanya sangat sempurna walaupun pada mulanya sangat pahit tapi manis di akhirnya..

Tak semena-mena air mataku mengalir di pipi..Sungguh terharu  dan hati sangat merindui suamiku..Sebulan itu ibarat setahun tidak berjumpa..Aku tak tahu kenapa emosi cepat saja terusik ..Biasalah orang mengandung kan..

Tiba- tiba aku terasa ade hembusan di telingaku..lalu, terhidu bau yang sangat aku rindui ..

"Assalamualaikum sayang"..Bisik satu suara..Aku mengeleng kepala sekejap..sambil menunduk ke bawah...Mungkin itu hanya halusinasi aku saja mungkin terlalu rindu..

Lalu, suara itu memberikan salam sekali lagi..Aku masih lagi beriak sepi...

"Sayang dah tak sudi tengok muka abang ke?"  Soal suara itu lagi ..Aku yang tadi menunduk lantas dengan pantas aku mendongak kepala melihat ke arah kanan..

Mataku terbuntang dan badanku dengan pantas bergerak ke arah itu untuk memeluknya..

Tak sangka!

"Abang?!"....Jerit kecilku..badan sasa itu terus saja aku peluk erat walaupun agak sukar kerana perutku membesar..

"Ye sayang!" ..Jawabnya sambil mencium lembut tepi kepalaku..Lalu, bibir itu merayap di segenap wajahku..Air mataku yang mengalir di sapu lembut..

"Sayang apa khabar? Rindunya abang dengan sayang..Baby macam mana? Okay?"..Soalnya sambil tersenyum lebar..

Tangan itu mula mengusap perutku..Aku yang masih lagi terkejut hanya mampu mengangguk kecil..

"Abang minta maaf sebab tak bagitahu awal yang abang dapat balik awal..Niat hati nak bagi surprise..Tapi bila tengok sayang menangis teruk macam ni ..Abang tak sampai hati.." pujuknya apabila melihat aku hanya diam membisu..

Aku mengangkat wajahku memandang wajah yang aku rindui itu..Benar kata orang! Bila kita dah berkahwin pergilah sejauh manapun bila takde depan mata pasti mencari..Rindu yang aku rasa ni macam suamiku aku takde setahun padahal sebulan saja!..

Aku masih lagi dengan sikap bisu sehingga ke malam..

Di meja makan pun , aku hanya tunduk bisu sambil makan..

Ayah mertuaku kelihatan bingung melihat sikapku yang berubah tapi hanya sekadar pemerhati..

********

Ketika aku sedang mencuci pinggan..Terasa pinggangku di peluk dari belakang..Lalu terasa belakang kepalaku dikucup..Aku yang tahu siapa gerangan itu..Hanya sekadar buat tak endah..

"Sayang marahkan abang lagi ke? Im so sorry sayang..Please sayang! Im really miss u so much..your voice , your laugh , your smile and everything about u..Abang mohon jangan seksa hati abang macam ni please!"..Rayunya

Aku yang seakan terpujuk hanya membalas..

" Hmm"..Itu saja balasanku..

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni..Padahal suamiku pergi ke sana untuk bekerja bukan buat benda tak elok..Perasaan ni pun aku tak faham kenapa boleh jadi bisu bila dia ade di depan mata..Bila takde mencari! Payah jadi seorang perempuan..Betul?! Its so complicated..

Selesai saja aku mencuci..Aku menyapa ibu mertuaku sebentar sebelum bergerak masuk ke dalam bilik beradu kami..

Suamiku hanya tertunduk sedih melihat aku melangkah pergi tanpa menghiraukan dia..' Maaflah cik abangku sayang! Emosi sayang tak menentu ..harap abang bersabar!' bisik hati kecilku..

*****

Aku termenung sebentar di ruang dapur sambil meneguk air untuk basah tekak..Dalam tak sedar aku mengeluh kecil..

"Hai Kamal? Kenapa mengeluh tu? Bukan Mira dah naik atas ke? Kenapa ada dekat bawah lagi ni?"... Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut ibuku..

Aku memandang wajah itu seakan meminta bantuan untuk memujuk hati wanita mengandung..

Ibu yang seakan mengerti pandanganku terus menyapa dan menepuk bahu kiriku..

"Ibu faham apa yang terjadi, biasalah Kamal emosi ibu mengandung memang macam tu..berubah tak ikut masa..Sekejap ceria sekejap sedih..Itu semua sebab pembawakan budak..lagi satu, ibu tahu Mira tu kalau merajuk tak lama..Dia cuma tak tahu nak bagi reaksi apa bila jumpa kamu depan mata ..Ibu harap kamu boleh bersabar dengan isteri kamu..Kamu pujuklah dia perlahan- lahan ye".. Nasihatnya

Aku masih lagi diam untuk cuba menghadam semua kata-kata ibu ..

"Kamu kena ingat, itulah pengorbanan seorang ibu apabila dia start mengandung sehingga anak itu besar dewasa..Dari situ kita di uji untuk banyak bersabar..Kamu pun tahukan kenapa Tuhan cipta manusia berpasangan..Sebabnya untuk saling melengkapi antara satu sama lain untuk mengejar redhaNya..Sudahlah, ibu nak masuk bilik dah..Kamu jangan lama sangat..Ibu percaya Mira seorang yang jenis lembut dan cepat sejuk..!"..Katanya lalu bergerak meninggalkan aku keseorangan di meja dapur..

Beberapa saat kemudian,

Setelah aku termenung lama..Jadi, aku buat keputusan untuk memberi peluang untuk diri sendiri bagi mengenali tingkah isteriku semasa mengandung..Ego aku perlu diketepikan dahulu..Sebab utamanya ialah..S.A.Y.A.N.G dan C.I.N.TA

Kaki mengorak langkah menuju ke bilik beradu ..Niat ingin memulakan sesi memujuk sehingga isteriku mahu bercakap semula..'Go Kamal , u can do it! ' ..Sorak hati kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience