Sekarang aku sedang berada di dalam kereta Tuan Kamal..kami bergerak menuju ke rumah sewa Qis..Aku hanya mampu berdiam diri..seakan tiada topik yang ingin dibincangkan..kelihatan Tuan Kamal segak dan kemas berbaju uniform polis sambil memandu..Aku hanya berbaju kurung saja..
Terimbau kembali wajah serta suara Datin Aminah yang meminta Tuan Kamal untuk menghantarku ke rumah sewa..aku ingin bersuara untuk menolak pelawaan dari Datin tapi sempat Tuan Kamal mencelah pula lalu bersuara dan menyetujui saranan dari ibunya itu..aku hanya mampu berdiamkan diri dan mengangguk perlahan ketika mereka bersarapan..
Dalam termenung..tiba-tiba saja telefonku berbunyi kuat..aku terkejut lantas mengeledah handbag ku..
'Qistina?'..soalku apabila telefon sudah berada di tanganku..terus aku menolak button hijau ke atas untuk menjawab call darinya..
"Hello assalamualaikum qis"..aku memulakan bicara terlebih dahulu..dapat ke perasan Tuan Kamal memandangku sekilas sebelum dia kembali fokus dengan pemanduannya..
"Haa kau dekat mana sekarang..dah gerak ke?" Suara qis bersoal kepadaku..
"Haa ye dah..baru je gerak ni..err aku lupa nak inform kau yang Tuan Kamal hantar aku balik rumah sewa kau"..kataku perlahan sambil mengerling ke arah Tuan Kamal dengan berhati-hati..
"Haa?? Tuan Kamal hantar kau balik sini? Alololo sweet jugak Tuan Kamal kau tu..Bolehlah aku usyar muka dia japlagi kan?..hmm.. Abistu kereta kau macam mana?..soalnya bertalu-talu..
"Apa kau merepek pagi-pagi ni qis!..Kalau kau nak tengok dan tenung lama pun muka 'dia' kejap lagi tunggu kitaorang sampai..Pasal kereta aku tu..nanti kalau aku sihat sikit ,kau teman aku amik dekat rumah Tuan Kamal ye..boleh kan?"..kataku lagi..ayat terakhir aku berkata seolah-olah ingin memujuknya teman..
"Hahahaha..aku usik sikit pun tak boleh lah kau ni..eee tak sabar nak tengok wajah Tuan Kamal kau tu.."Jawabnya riang..aku dah mula mengeleng kepala dah ..
"Eee kau ni jangan nak menggatal sangat ehh..tunang kau nak letak mana ha? Nak aku report dekat dia ke?..alaaa..qiss boleh tak teman aku nanti amik kereta?..pleasee"..suaraku buat-buat manja supaya Qis termakan umpanku..
Pada mulanya aku ingin mengugut dia..lama-lama aku yang mengalah kerana ingin mintak tolong..takkan nak bagi arahan macam tuan Kamal buat kan? ..
"Berani kau report..kalau kau report aku taknak teman kau..werkk"..ujarnya lagi sambil mengejek..
"Haa..okay-okay aku tak report ..janji teman aku okay..hehehe"..jawabku riang sambil tersengih..ketika itu dapat ku rasakan mata helang kepunyaann Tuan Kamal mengarah ke wajahku.. terus aku betulkan dudukku tegak yang tadinya telah senget merapati ke pintu dan tingkap kereta itu...'takkan dia dengar suara manja or suara gedik aku ?..Abislahh'..kutukku dalam hati..
"Hellooo Amiraaaa...dengar tak aku cakap ape?!"..suara Qis menjerit menyedarkan aku yang sedang membetulkan dudukku..
"Haa err yee..kau tanya apa tadi?" Soalku kembali..
"Aku tanya tadii kenapa kau tak drive je kereta kau tu..ke memang saja nak ada driver?"..jawab sambil mengusik aku..aku tersenyum mendengar soalan itu..
"Hahaa aku bukan saja-saja taknak drive lah..keadaan tak mengizinkan aku drive..nanti aku cerita ye..cerita dekat fon tak best.." jawabku sambil tersenyum saja nak dia terfikir pasal cerita aku nanti..hehehe
"Okay lah, aku tunggu kau ni ..sampai call aku tau..jangan jerit bagi salam takut aku tak dengar duduk dalam bilik"..pesannya lagii..
"Oraitt nanti dah nak sampai aku call kau..see u later babe"..kataku lagi sebelum menekan button merah..aku hanya menjawab salam dalam hati saja..
Suasana kembali sunyi..sesekali mata helang itu menoleh ke arahku..aku yang sedang leka membelek lokasi rumah sewa Qis..Dalam beberapa minit , aku menunjukkan arah laluan ke Tuan Kamal..
******
Kereta bergerak masuk ke taman perumahan satu tingkat.. terlihat dari jauh aku dapat mengecam kereta viva warna grey milik Qis terparkir di bawah pokok rumahnya..Lalu aku meminta Tuan Kamal memberhentikan keretanya dia hadapan rumah itu..Dia hanya mengangguk sambil melihat sekeliling persekitaran taman itu..
Aku dengan pantas mencari nama Qis dalam kenalan di telefonku..setelah telefon dia jawab..Seketika kemudian, keluarlah Qistina yang hanya mengenakan seluar track dan tshirt lengan panjang serta tudung sarung..
Dia melangkah ke pintu gate dan membuka kunci untuk membenarkan aku masuk..Aku melangkah keluar dari kereta bersama Tuan Kamal..Kelihatan wajah Qis terpegun melihat wajah Tuan Kamal..Aku sudah mengesyaki awal reaksinya itu..aku hanya mengeleng..
"Haii Assalamualaikum qiss..hello qiss"..kataku sambil melambai-lambai tanganku dia hadapan wajahnya terpegun itu..'Sah angau dah dia ni!'..bisik hatiku..
Tuan Kamal pun kelihatan pelik melihat wajah Qis yang terpegun sambil mata terbuntang luas memandangnya..aku hanya tergelak dan tersenyum melihat wajah pelik Tuan Kamal..Aku dengan pantas menoleh ke wajah Qis dan menepuk bahu itu..
Terhinjut bahu itu..dan terkejut selepas aku menepuk bahunya itu.."hehehe Mira, sorry-sorry.. boleh pulak aku termenung ye?"..katanya segan dan menunduk sambil memandang wajahku yang sudah tersengih nakal..
"Ehh, jomlah masuk Mira err Tuan Kamal sekali" kata Qis sambil mempelawa ..
"Err tak mengapa, saya ada kerja pagi ni..ni pun sekejap saja saya hantar Mira ke rumah awak..lepastu saya masuk kerja"..Suara garau ala-ala maskulin berkata..Dapatku tangkap wajah Qis yang tadi malu terus teruja mendengar kata-kata dari Tuan Kamal..
Tuan Kamal terus membuka boot keretanya dan mengeluarkan beg bagasi ku..kemudian dia mengangkat dan menolak ke arahku..lalu dia mendongak memandangku ..aku tahu dia ingin bertanya sesuatu kepadaku..
"Er Tuan boleh je letak dekat situ..nanti saya tarik bawak masuk ye..btw terima kasih banyak Tuan sebab sudi hantar saya ke sini"..ujarku sopan ..orang berbudi kita berbahasa ye dak?Â
"Okay, sama-sama..tak pelah kalau macam tu..saya gerak dulu la ye"..katanya sambil menolak beg ku ke sisiku..
"Okay terima kasih ye tuan, hati-hati memandu ye"..ucapku lagi sambil memberikannya senyuman..Tuan Kamal hanya mengangguk perlahan sambil masuk ke dalam perut kereta..Lalu dia bergerak perlahan sambil menekan hon ke arah kami..aku hanya melambai sedikit ke arah kereta itu..
Sejujurnya aku turut berduka dengan perpisahan ini..tapi apakan daya..aku dengannya tiada ikatan apa-apa..Kami hanya terikat disebabkan kes Aiman saja..jika, kes itu selesai maka kami pun menjalani kehidupan masing-masing..Mukaku kembali sedih melihat kereta itu sudah bergerak jauh..
Tanpa ku sedar..ade sepasang mata melihat tingkahku..siapa lagi kalau bukan Qistina..
"Hmm sedih ye kena tinggal dengan cik abang?..Dahlah jom kita masuk..mari aku tolong kau bawak masuk beg"..Katanya sambil menarik beg aku..Aku hanya mengangguk kepala..
Aku melangkah dengan perlahan..ketika itu, Qistina menoleh dan memandang pelik ke arahku..Aku hanya tersenyum dan bersuara..
"Dekat dalam aku cerita okay"..ujarku sambil bergerak masuk ke rumahnya itu..
********
Semasa memandu, telefon bimbitku berbunyi..dengan pantas aku menekan button dia stereng keretaku..
"Hello Sjn.Shafiq..ada apa?"..jawabku setelah menjawab salam darinya.. tiba-tiba aku berasa tak sedap hati..seakan ada perkara buruk akan berlaku..tapi dekat siapa?
"Tuan, harini tuan sudah masuk kerjakan..saya ada kes serius ingin berbincang dengan Tuan berikutan dengan kes penculikan kanak-kanak yang turut melibatkan kes Cik Amira"..katanya lagi dengan nada risau..
"Ye saya otw sekarang..kita berbincang saja di Balai nanti..sekitar dalam 10 minit saya sampai"..jawabku tegas ..selepas mendapat persetujuan dari Sjn.Shafiq terus aku menekan button off lalu memandu laju ke Balai..Hatiku semakin resah apabila mendengar nama 'Amira'..
Patutlah dari tadi hatinya berat nak hantar 'dia'..rupanya akan ada sesuatu berlaku nanti..yang aku tak pastinya ialah hari dan tempat yang akan berlaku..'Semoga awak dapat jaga diri awak baik-baik Ainnur apabila saya tiada di sisi awak, saya risaukan keadaan awak..semoga takde apa-apa berlaku dekat awak'..Bisik hatiku lemah..
10 minit sudah pun berlalu, aku memarkir keretaku di bahagian parkir berbumbung yang tertulis pada papan 'pegawai'..aku melangkah laju masuk ke balai ..
Aku terus menuju ke bilikku..Dapatku menangkap tubuh Sjn.Shafiq yang sedang bangun dari duduk dan berdiri serta memberi tabik hormat kepadaku..yee aku yang menyuruhnya menunggu saja di bilikku..Aku bergerak melabuhkan punggung di kerusi empuk dan duduk memandang wajah Sjn.Shafiq ketika itu..
"Macam ni Tuan, ini adalah report yang saya terima dari bahagian siasatan dan risikan..Telah berlaku kematian ke atas seorang kanak-kanak di tepi lorong berdekatan kawasan kita..Mayatnya di jumpai oleh orang awam yang sedang lalu di situ..bahagian forensik mengesahkan budak itu telah diracun dan mayat itu sudahpun 2 hari di simpan lalu di campak di lorong itu"..Aku mendengar penjelasan dari Sjn.Shafiq sambil menarik kertas yang bergambar mayat kanak-kanak itu..aku dapat meng'agak' umur budak tersebut..lingkungan baya Aiman..
"Waktu bila report ini dibuat? Dan apa pula bahagian risikan kita? Ada bagi maklumat tentang kes ni?"..Kataku serius sambil memandang wajah itu..
"Ada tuan, semalam baru orang awam tersebut membuat report disini..Saya juga ada mendapat maklumat tentang kes dari bahagian risikan..Mereka ada mengatakan bahawa sebenarnya kanak-kanak itu berkerja untuk sendikit bagi meminta sedekah sekitar kawasan ini..sama seperti kes Cik Amira yang menjumpai Aiman di sekitar kawasan ini..tapi malang sungguh nasib budak itu kerana matinya telah di racun..motif kematian saya belum dapat tahu lagi"..Suara itu kembali memberi penerangan..Aku hanya diam dan mengangguk faham..Dalam kepalaku sekarang sedang memikirkan keadaan Amira..
"Jadi, apa tindakan tuan selepas ini? Adakah kita perlu bertindak menceroboh gudang itu?"..Soalnya kepadaku..Aku hanya mengeleng..
"No, kita tak boleh bertindak sembarangan tanpa makluman dari team Bukit Aman..team kita tak ramai seramai geng sana..Jadi, kita perlu berwaspada lagi pasal kes ini..saya akan maklumkan kepada pihak sana..sebarang makluman nanti saya sampaikan ke awak dan anak buah yang lain..yang penting sekiranya berlaku kes ini dan ketika itu di depan polis risikan..Polis risikan tersebut boleh menangkap 'penjenayah' tersebut secara senyap..Dan bawa ke mari..faham?!..ucapku tegas..Dia hanya mengangguk dan menjawab..
"Baik tuan..menurut arahan..ada apa-apa lagi tuan nak pesan kepada saya dan anak buah lain?"..soalnya lagi..
"Haa lagi satu..tolong maklumkan pada bahagian risikan saya nak maklumat dari masa ke masa..saya taknak tahu maklumat selepas 2 hari..tak kisah lah tiada pergerakan penjenayah sekali pun pada ketika itu..perlu juga maklum pada saya..Saya taknak benda ini berulang..kerana nyawa terkorban ialah kanak-kanak ..saya taknak juga berita ini disebarkan ke orang awam risau dapat menakutkan orang awam di luar sana.."ucapku panjang..
"Baik tuan, kalau tiada apa-apa lagi..saya minta diri dulu"..ucapnya sambil berdiri..sebelum bergerak keluar sempat dia memberi tabik hormat kepadaku..
Setelah pintu di tutup rapat, aku menyandar badanku ke kerusi empuk itu..aku memejamkan mata untuk meredakan kekalutan mindanya yang terus menerus memikir Amira..dia tidak risau akan keadaan Aiman kerana dia berada jauh dari sini..yang dia sangat risau Amira..risau Amira akan jadi gelang ganti bagi menggantikan diri Aiman..
Aku mencelek kembali mataku..lalu menyeluk poket seluar..aku membelek telefon dan mencari nama Amira di dalam kenalan telefonku..terus saja aku menekan button call untuk menelefon Amira..'arhh lantaklah..aku kena call jugak..malu tak malu belakang cerita..dia bukan nampak muka risau kau pon sekarang'..bisik hatiku..
Aku menekap telefon di cuping telingaku..
Tutt tutt...
Aku dapat mendengar nada deringnya..'Cepatlah angkat'..hatiku gundah apabila call tak diangkat..
Tutt tutt..
"Hello Tuan, assalamualaikum?..maaf lambat angkat saya tengah kemas-kemas bilik kejap tadi"..katanya laju..hembusan nafas kedengaran mengah dan berat..mungkin keletihan mengemas biliknya..
"Waalaikummussalam, err tak mengapa, saya nak mintak awak nombor telefon kawan serumah awak tu..bagi saya..lepastu bagi nombor saya kepadanya sekali"..kataku tegas..seakan tiada nada usikan atau gurauan ketika itu..
"Err kenapa tuan?"..Soalnya pelik..
"Tak ada apa..kejap lagi awak hantar nombor kawan awak tu..jangan lupa..awak start kerja bila?"..Soalku ingin tahu..supaya mudah untukku maklumkan bahagian risikan bagi memerhati pergerakan Amira..
"Err..Sepatutnya saya masuk mengajar hari ini, tapi saya nak rehat dulu dan saya dah mintak EL dari pihak U..Berkemungkinan saya masuk kerja..kenapa tuan?"..jawabnya lagi sambil bertanya..
'haihh dia ni banyak tanya ye..dia taktahu ke aku tengah risau pasal dia sekarang?.' getus hatiku..
"Ouh okay..takde apa..saya nak sambung kerja balik ni..jangan lupa apa yang saya pesan tadi..assalamualaikumm"..kataku laju ..selepas mendengar balasan salam darinya..aku menunggu dia menekan menutup panggilan itu..Sempatku merenung namanya yang tertera di telefon ku..'Tolong jaga diri awak'. Gumamku perlahan..
******
Apakah yang akan terjadi kepada Amira selepas ini?
#Stay tuned okayy..
Share this novel