Bab 37

Action Completed 25770

Ruang tamu Villa,

Dalam leka menonton rancangan Majalah 3 di tv3..Ibu menegurku..lalu aku memandangnya..

"Kamal, hujung minggu ni kamu nak ikut ibu ayah pergi rumah Mira tak?..Hantar rombongan.."

'Ouh ye hampir terlupa aku di buatnya..yelah busy sikit selepas kes Mira..Banyak pula kes yang bersangkut paut dengan kes itu'..bisikku perlahan..

"Err, tak pastilah ibu..takut ade operasi je..sebab dengar kata pihak atasan bermungkinan hujung minggu ni ada Ops Malam..Apa-apa nanti Kamal bagitahu balik ye"..jawabku..

"Ouh yeke, kamu ada bagitahu Amira ke pasal ni? Ibu dah bagitahu mak ayahnya..Alhamdulillah mereka terima..Mira tu jelah..kita tak tahu apa jawapannya kan".. Soal ibuku lagi..

"Hmm, Kamal dah jarang chat dia ibu, jadi..pasti dia tak tahu siapa yang hantar rombongan tu..Takpelah ibu, nanti dia tahu lah tu..Kamal terima saja keputusannya dengan hati yang terbuka"..ujarku perlahan..Seakan meredhai segalanya..'Aku serahkan semuanya kepada Tuhan'..bisik hatiku..

"Ouh, takpela kalau begitu..doa banyak-banyak ye Kamal..inshaAllah semuanya berjalan lancar..sebab ibu rasa jodoh kamu dengan dia kuat..Ibu dapat rasakan"..Jawabnya sambil tersenyum..seakan memujuk hatiku yang gusar memikirkan jawapan dari mulut Amira..

Aku mengerling ke arah ayah..dia jugak turut mengangguk kepalanya mendengar kata-kata ibunya..Ada benar juga ye..Aku percaya kata hati dan restu ibu bapa lagi penting untuk bina rumahtangga yang harmoni selain bergantung KepadaNya..

"Aminn ,inshaAllah ibu.." jawabku ringkas sambil tersenyum..Mataku kembali mengalih ke dada televisyen..tetapi fikiranku melayang..

Teringat saat aku menyuarakan keputusan untuk berkahwin dalam tahun ini kepada ibu ayahku..Ibu ayahku seakan terkejut mendengarnya lalu lama kelamaan mereka merestui dan mereka juga sangat gembira apabila sudah mengetahui siapa bakal isteriku...

Sebenarnya, aku telah membuat solat istikharah selama seminggu..Alhamdulillah persoalanku di jawab oleh Yang Maha Esa..Jadi, aku tidak ragu lagi dengan keputusan itu..Lalu aku memberitahu kepada orang tuaku mengenai isi hatiku..Aku bersyukur kerana ibu bapaku sangat memahami dan merestui segalanya..

Oleh itu, aku juga memberitahu ingin membuat majlis perkahwinan pada hujung tahun ini..Majlis akad aku akan buat selepas sebulan tarikh meminang..Gelojohkah aku?..

Ada orang kata, 'tak payah tunang lama-lama sebabnya dugaan bertunang lagi mencabar'..betul ke? ..lagi satu aku ingat, 'benda baik tak perlu di tangguh lama dan perlu buat dengan cepat..cukup dengan majlis akad sudah memadai supaya dapat kumpul pahala banyak'. Betul kan yang ni?

"Kamal, kamalll..Termenung pulak kamu ni..ibu tanya tadi, kamu bila nak bagi ibu cincin dan gelang yang kamu nak bagi sebagai tanda merisik dan meminang tu"
Soalnya dengan nada sederhana kuat..

Lantas aku tersedar dari lamunan..

"Err, hehe dengar ibu..ouh ye..nasib ibu ingatkan..Ada dekat bilik Kamal nanti sebelum ibu gerak ...ibu mintak ye"..Kataku sambil tersengeh..

Ibuku hanya mengeleng melihat tingkahku yang mengelamun tadi..'huhu, sorry ibu termenung pikir pasal bakal menantu ibu lah..keke'..gumanku dalam hati..

"Yelah kamu tu..jangan nak banyak sangat berangan..nanti kalau asyik termenung je melepaslah..Biasalah anak dara cantik macam Mira itu pasti ada yang terpikat juga...kalau dah melepas baru padan muka kamu tu"..Kata ibuku sambil menyindir..

Aku hanya tersengih..lalu menjawab..

"Alah ibu ni, janganlah cakap macam tu..ibu nak Kamal membujang lagi lama ke? Ataupun ibu yang tak sabar nak terima menantu dalam rumah ni?"..kataku sambil
tersengih..

"Haihh, kamu ni ada-ada saja..Dah-dah nanti kita bincang lagi..ibu nak sambung tengok tv"..ujarnya sambil menjeling manja ke arahku..Ayahku yang berada disisinya itu sudah mengelengkan kepala melihat kerenah dua beranak ini..

Aku hanya tersenyum..sambil merenung televisyen itu sampai tembus..haha..

Mengenai cincin dan gelang itu, memang aku yang ingin memberi kepadanya ketika majlis meminang nanti..Aku mahu lebih menghargainya sebagai bakal isteriku..

******

Hujung minggu tiba,

Ruang tamu di rumah Amira,

"hmm, ibu..pukul berapa rombongan itu nak datang?"..Tanyaku gelisah..aku menunduk sambil bermain dengan jariku..

"Mungkin dalam pukul 11 macam tu...mereka datang makan tengahari dekat sini..kenapa Ainnur?".. Soal ibu selepas berkata..

"Ouh..hmm yeke tak pelah kalau begitu,...Hmm, ibu rasa betul ke Ainnur dengan lelaki itu sesuai?"..Tanyaku ingin kepastian..

"Ouh, rupanya kamu risaukan pasal bakal tunang Ainnur ye..ibu ayah rasa 'dia' lah yang sesuai dengan kamu..sebabnya dia baik hati dan kami pun dah kenal hati lelaki itu"..jawab ibuku lagi sambil tersenyum manis memandangku..

'Hmm, kenapa nak sedih pulak ye?'..Rungutku dalam hati..

"Hmm, Ainnur takut 'dia' tak dapat terima diri Ainnur..yelah..Ainnur kan budak kampung je lepastu kerja pun biasa-biasa je.." kataku dengan nada gusar ..

Dalam hati jangan tanyalah, asyik nak bersuara bertanya siapa gerangan yang menghantar rombongan itu..

"Kamu jangan risaulah pasal itu..sebenarnya lelaki itu sendirilah yang menyuarakan hasratnya yang ingin memilih kamu sebagai isterinya..ibu kagum dengan keberanian 'dia'..Sikap dan sopannya membuatkan kami merestui hubungan ini..Jadi, kamu tak perlu risau kerana 'dia' yang memilih..malah 'dia' tak pandang langsung kelemahan kamu..'dia' terima kamu apa adanya"..ucap ibuku panjang..

Aku yang dari tadi hanya diam..'Betulkah semua yang ibu katakan itu? ..Manalah tahu nanti lepas kahwin terus saja tunjuk belang..Kesian aku nanti jadi mangsa keganasan rumah tangga..huhu' bisik hatiku..

'Kenapa kau suka fikir negatif Ainnur! Tak baik tau..restu ibu ayah sangat penting..jika itu yang terbaik..kau kena ikut..selepas tu kau kena banyak berdoa supaya benda-benda tak elok di jauhkan ..Kau perlu percaya dengan pilihan ibu ayah kau adalah terbaik dan diredhai olehNya..' terdengar suara lain memarahiku..

Hatiku sudah mula ingin berperang..terus saja aku dapat rasa jari jemariku di sentuh lembut oleh ibuku..Dia seakan tahu rasa gundah di hatiku..

"Ainnur, ibu tahu kamu susah hati nak terima semua ini..tapi yakinlah dengan pilihan kami ini..pasti Ainnur akan gembira apabila sudah dapat tahu siapa lelaki itu..ibu yakin kamu pun akan bersetuju kerana kamu kenal dengan 'dia'..Dia juga sudah lama menyukai kamu tapi mungkin dulu itu belum waktunya..jadi..sekaranglah masanya untuk dia bersuara selepas kes kamu selesai.." Kata-kata ibu sedikit sebanyak dapat memujuk hatiku..

Aku hanya diam lagi..menunggu dia meluahkan rasa hati itu..Biar aku tak kenal asalkan ibu ayahku sudah tahu semua tentang 'dia'..

"Ibu rasa kamu pasti terkejut lagi kan..Yakinlah dengan Kuasa Allah Ainnur bahawa dialah jodoh kamu yang sebenar..Sekarang kamu pergi la rehat ye..jangan fikir sangat ye pasal ini..kita tunggu jelah esok ye .." ucapnya lagi..

Aku hanya mengangguk kepala lalu bangun untuk masuk ke dalam bilik..
Aku menuju ke bilik air untuk mengambil wudu..Niat ingin menunaikan solat sunat dan mengaji sebentar bagi menenangkan hati yang masih lagi gundah..

Seusai mengaji , aku masih lagi berteleku di atas sejadah..Berdoa supaya keputusan yang bakal aku buat itu akan memberiku kebahagiann dunia akhirat..Hatiku sayu dan air mataku mengalir membasahi pipi..Bersungguh-sungguh aku meminta pertolongan DariNya..Kerana aku hanya hamba yang kedil dan tidak mampu untuk mengubah segala takdir yang telah tertulis.. Aku terima segalanya jika ini telah ditakdirkan untukku..

Dalam doaku juga, aku tidak minta segala kekayaan yang ada dari 'dia'..tapi aku hanya mengharapkan 'dia' mampu membawaku ke syurga Firdausi..Aminn..

Lama-kelamaan, aku terus terlena di atas sejadah..mungkin keletihan menangis tadi..

*******

Apakah akan terjadi esok?
Adakah Ainnur amira akan menerima lamaran dari si 'dia' ?

#Nantikan ye..Maaflah ye sebab pendek saja bab kali ini...

#sebenarnya nak straight to the point saja..tapi tak bestlah kan..nampak gelojoh sangat..sebab sis suka sweet moment ketika nak kawin..hihihi..jangan marah ye..muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience