"Ainnur, kamu pergilah naik pergi mandi..Dapur nanti ibu sambung kemas..Nak dekat maghrib ni..Kamal pun dah naik atas tadi"..Tegur ibuku ketika aku masih sedang sibuk mencuci pinggan ..
Selepas saja tetamu pulang, aku terus saja ke dapur dengan baju nikahku..Veil aku sudah cabut..tinggal tudung saja..Aku membasuh pinggan dan kemas segala peralatan yang telah digunakan semasa majlisku tadi ..Bermula jam 5 hingga maghrib..Sejujurnya, pinggangku terasa mula sakit..kakiku lenguh..tapi disebabkan majlis aku..aku gagahkan juga diri untuk membantu..
" Ye ibu, kejap je ni..sikit lagi"..Kataku sambil membilas sudu dan garfu di sinki..kemudian, baru aku lap seluruh sinki itu..
"Haa, yela..lepastu kamu naik..nanti kalau sudah siap mandi..rehat la dulu..ramai lagi saudara mara kita boleh tolong kita kemas luar nanti"..ujarnya lagi..
Aku hanya mengangguk dan menyelesaikan kerjaku itu..badan sudah terasa melekit..maghrib pun nak masuk dah..
Setelah selesai, aku melangkah menuju ke bilik pengantin a.k.a bilikku ..Pintu bilik tidak berkunci lantas aku memutar tombol dan melangkah masuk..Terdengar percikan air di dalam bilik air yang berada di bilikku itu..sudah pasti Tuan Kamal sedang mandi..
Aku terus melabuhkan punggung di birai katil..Sambil-sambil itu mataku melihat hantaran yang tersusun elok di lantai di sebelah katilku itu..
"Ehem, sayang nak mandi ke? Pergilah" Tegur satu suara..aku terkejut kecil lalu menoleh ke arahnya .Aku melopong sebentar melihat 'pemandangan' yang luas terbentang di depan mataku..Dia hanya memakai tuala putih separas lutut..Bahagian lain sudah terdedah..' Haih, menguji iman betul la dia ni'..Gumamku perlahan..
"Sayang, tutup sikit mulut tu, tahulah badan abang ni sado ketul-ketul..Nak pegang boleh je..mari la sini"..Katanya sambil tersengih ..Terus saja aku menjeling lalu melarikan mata ke arah lain..'mentang-mentang body lawa..riak la tu'..rungutku dalam hati..
"Eleh, perasan"..spontan saja aku menjawab..Terdengar gelak kecik darinya ...aku dapat menangkap derapan kaki itu menghampiriku..
Hati sudah berdebar-debar..'Apa dia nak buat dekat aku ni..jangan buat pasal lah Tuan!'. Hatiku resah .
"Ouhh, cakap abang perasan ye..Siap dia"..Katanya yang sudah berada di hadapanku..
Tangan kekar yang sejuk itu menolak daguku untuk memandang wajahnya..Lalu wajah itu semakin dekat dan dekat dan dekat..Dengan pantas aku bangun lalu berlari kecil mengambil tuala di penyidai lalu melangkah laju masuk ke bilik air..
Terdengar gelak ketawa Tuan Kamal..'Ouh, gelakkan aku ye..siap dia nanti'..geramku dalam hati..
"Sayang mandi cepat, lepastu kita solat meghrib berjemaah okay"..Katanya di muka pintu sambil mengetuk beberapa kali..Aku hanya dia membisu..
Seusai mandi, kami solat berjemaah..Doa yang di baca itu sangat kudus..Aku meng'aminkan doa itu..Setelah itu, dia memusingkan tubuhnya menghadap aku..lalu tangannya di hulur untuk bersalam kepadaku..Aku menyambut huluran lalu mengucup tangannya..Dengan cepat, Tuan Kamal membalasnya dengan kucupan di dahi, di kedua belah pipiku kemudian turun di hujung hidungku..yang terakhir sekali dia mengucup bibirku sebentar ..Bibir kami bertaut sekejap..terus saja darah menyerbu naik ke wajahku..terus memerah pipiku..
"Comel lah sayang malu-malu,"..Katanya sambil mencuit hujung hidungku..
Aku menepuk lengannya dengan lembut untuk menutup maluku dan rasa gementar tadi..
Tangannya naik mengusap ubun-ubun yang ditutupi telekung..Aku memandang sebentar wajah itu..aku teliti di setiap sudut wajah itu dengan dekat..Inilah peluangku untuk melihat wajah itu lebih dekat..Wajah itu kelihatan bersih tanpa kesan jerawat..tiada garisan tua di wajah itu..bersih saja wajah itu . Sampai saja melihat bibir itu..Bibir itu sedang senyum melebar..
"Sayang suka ye tenung wajah abang dekat-dekat hmm?"..Soalnya seakan berbisik..
Aku segan lalu menunduk kembali..tanganku di raih..tangannya mengusap lembut jari jemariku..
"Sayang, cakaplah ..kenapa banyak diam je dari tadi..Tak suka abang ke?"..Tanya lagi..seakan berusaha untuk membuatku bersuara..
"Takde lah Tuan"..jawabku perlahan yang masih lagi tertunduk..
"Sayang cakap apa? Abang tak dengar lah..Cakap tu pandang la muka abang..Kenapa tak sudi ke?"..Soalnya lagi tapi suara itu seakan berjauh hati denganku..
Aku jadi resah dan gelabah..'Aduh, janganlah buat aku serba salah'..bisik hatiku..Terus saja aku mendongak kepala lalu berkata kepadanya..
"Err, bukan tak sudi Tuan, tapi saya segan"..Jawabku gugup..Mata kami bertaut ..Laju saja mataku di alih ke belakangnya melihat ke tempat lain..'Gelora hati jangan cakap..berdebar semacam je'..
Terus saja bibir suamiku itu menindih bibirku lama..lama dari yang pertama tadi ..
"Siapa 'tuan' sayang?"..
Aku pelik...'Dia ni saja ke ataupun memang sengaja?'..
"Err, awak la Tuan Kamal"..Jawabku pelik..
Sekali lagi bibir kami bertaut..
"Cuba sayang cakap sekali lagi dekat abang..siapa 'awak' tu?"..Soalnya sambil menatap mataku..
Terus saja aku menangkap muslihatnya itu..'ouh, nak aku panggilnya 'Abang' ye..haishh'..rungutku dalam hati..
"Err, A-abang la"..Jawabku gagap..
Bibir itu kembali terukir senyum manis..Lalu tangan itu mengusap kepalaku perlahan..Sebenarnya, aku suka dan terbuai seketika apabila suamiku itu mengusap kepalaku..Seakan di manjakan..
"Goodgirl sayang abang ni..Lain kali kalau sayang panggil abang dengan panggilan 'tuan' atau 'awak'..siap ye..abang cium banyak kali bibir merah sayang tu sampai lemas baru tahu"..Katanya lagi..
Setelah itu, bibir itu di daratkan ke kedua belah keningku ..
"Sayang rehatlah dulu dalam bilik..abang nak keluar kemas khemah kejap".. Katanya sambil bangun..Lalu menarik lembut tanganku untuk sama-sama berdiri..
"Err, saya nak ikut keluar kejap..dekat dapur tak abis kemas lagi" kataku perlahan sambil membuka telekung..lalu terurai la rambut panjangku separas pinggang..
Selesai saja menyidai telekung..aku bergerak ke meja cermin solekku untuk mengambil sikat..Tiba-tiba ada tangan yang lebih pantas mengambilnya lalu tanganku di tarik untuk duduk di birai katil..
Suamiku a.k.a Tuan Kamal duduk di belakangku sambil menyisir rambutku..Terlihat wajah itu seakan terpesona melihat rambut panjangku yang selama iniku simpan..
"Cantiknya rambut sayang..bau pun wangi..abang suka". Katanya sambil mencium belakang kepala ku..
Aku hanya diam saja..selepas itu aku menghulurkannya getah rambut..
"Dah siap..jom sayang kita keluar..nanti semua orang fikir bukan-bukan pulak kalau kita duduk lama-lama dalam bilik"..ujarnya sambil bangun dan meletakkan sikat di meja solek..
Matanya di kenyitkan kepadaku..
"Amboii, Nakalnya suami saya ni!'..ucapku perlahan.
Kelihatan dia tersengih mendengar kataku..
"Alaa, dengan sayang je pun kan-kan?''..katanya laju sambil berjalan ke arahku..
Bibirnya singgah di dahi dan pipi kananku lagi..Entah ke berapa kali..'Memang hobi suami aku ni cium je ke macam mana?' ..bisikku..
Kami melangkah keluar bilik selepas aku mengenakan tudung di kepala..Kelihatan di luar masih ada saudara mara ku menyambung kerja-kerja mengemas di khemah..Tuan Kamal bergerak menghampiri mereka sambil menolong..
"Ehem, senyum je muka Abang Ana tu?..Ada apa-apa ke akak?"..Soal Ana kepadaku ketika masuk ke dapur..
Ana sedang menolong menghidang makanan untuk makan malam..Selepas itu baru mereka bergerak pulang ke homestaynya dulu bersama Datin dan Dato..
"Err, takde apalah Ana.."..jawabku segan..Mereka yang berada di situ turut tersenyum melihatku..
Aku kembali menyambung kerja sehinggalah selesai.
******
Malam pun sudah larut ..
Masa bergerak begitu pantas..Aku yang masih lagi mengutip sampah di sekitar khemah tidak perasan malam sudah lewat..Orang pun sudah banyak pulang..begitu juga keluargaku..
"Eh, Kamal..pergilah masuk rehat ..dah pukul berapa ni nak?..lewat ni..kamu pergilah masuk tidur".. Tegur ayah mertuaku..
"Haa, okay abah..sekejap..sikit lagi"..Kataku sambil mengutip sampah..Badanku asyik menunduk ke bawah saja..
Apabila terasa lenguh..baru aku tegak kembali badanku..Ayah mertuaku datang mendekatiku..
"Eh, kamu ni tak pandai letih ke Kamal?..Ayah pun tak larat dah ni..Dah la jom kita masuk..takde kerja apa sangat dah ni.."..Ujarnya sambil menepuk bahuku perlahan..
Aku serba salah jadinya..lalu aku mengangguk ..Plastik sampah aku ikat lalu aku letak di tong sampah..Aku mengikut langkah ayahku masuk ke dalam rumah..Suasana sunyi sepi..
"Kamu pergilah rehat..depa pasti dah tidur..sebab tu sunyi ..ayah masuk dulu la"..tegur ayah mertua ku sambil menutup dan mengunci pintu..
Kelihatan ayah mertuaku sudah bergerak masuk ke dalam biliknya..Aku pun melangkah perlahan merapati bilik tidur Mira..biliknya terang ..'Tak tidur lagi ke sayang aku ni?'. Getus hatiku..
Perlahan-lahan tombol dipulas..lalu aku melangkah masuk..Aku mencari kelibat Mira..Rupanya ada sekujur tubuh sedang tidur di atas katil..Aku merapatinya..Rambut ituku selak..
'Cantik sungguh isteri abang ni'..kataku perlahan sambil bibirku singgah ke pipi mulus itu..
Aku bergerak masuk ke bilik air untuk membersihkan diri..lalu menunaikan solat isyak..
Setelah selesai solat, Aku melipat sejadah..Aku membuat keputusan untuk tidur kerana keletihan..
Aku membaringkan badan di sebelah Amira..tubuhnya yang membelakangiku itu , aku tarik perlahan bahunya supaya menghadapku..
Aku bergerak rapat dengan tubuh itu..Lalu tangannya di letakkan di pinggangku..Kami berkongsi satu bantal..Wajah itu kelihatan letih tapi nampak masih cantik di mataku walaupun dalam keadaan tidur dengan lampu suram...
Aku memeluk tubuh itu..kepalanya rapat ke dadaku sehingga nafasnya itu terasa di dadaku..tubuh itu bergerak sedikit mungkin ingin mencari keselesaan..Tangannya itu erat memeluk pinggangku..Aku tersenyum riang..
'Nampak macam kekok dengan abang, tapi sayang tetap terima abang..tak menolak langsung..terima kasih sayang'..ucapku perlahan seakan berbisik dengannya..
Wajah itu aku cium perlahan dan berhati-hati ..
Kemudian, aku memeluknya kembali..Dalam beberapa saat, mataku berat dan akhirnya aku lena dengan pelukan erat isteriku..Rasanya malam ni malam paling terindah buat pertama kali..Tidurku semakin lena di samping isteriku..'Selamat Malam sayang!'..
******
#sorry guys lambat update..harap enjoy dengan chapter ni..kalau nak baca lagi sweet ..tunggu chapter lain ye..jangan lupa komen okay..
Share this novel