Selepas maghrib..kami telah berkumpul di meja makan untuk makan malam..aku seperti biasa akan membantu dari segi menghidang dan membancuh air..Masak? ..Datin dan pembantu dapur akan melakukan tugas memasak sebab katanya aku ni tetamu...perlu di layan dan diraikan bukan disuruh buat kerja..aku jadi segan dengar kata-kata Datin itu..
Sebelum menjamu selera..Dato' meminta Tuan Kamal untuk membaca doa sebelum makan..kami semua mengaminkan doa itu lalu menjamah lauk pauk yang sangat menyelerakan itu...
"Tambah la lagi Mira, sikit je makan tu..Diet ke?" pelawa Datin sambil ketawa mengusik aku..
"Eh ye Auntie..tak diet pun auntie" jawabku segan ..selepas berkata.. aku mengangkat tangan kiri ku untuk menarik pinggan yang berisi sayur kangkung tapi ada tangan lain juga ingin mencapai pinggan tersebut..terus terbantut pergerakan tanganku untuk memegang pinggan berisi sayur tu lalu aku menarik kembali tanganku dan letakkan semula di paha..Aku terus melihat tangan kekar yang juga menghulur untuk mengambil pinggan itu ..tangan itu juga dengan drastik menarik tangannya selepas melihat perlakuanku tadi..jadi segan semula
"Eh Tuan ambil la dulu.." kataku segan kerana sketsa kami tadi diperhatikan oleh semua mata di situ..
"Hemm" sahutnya ..itu saja? Ye ..dia memang susah nak bercakap..ke dia ni memang pendiam?..
Tangan Tuan Kamal sudah memegang pinggan itu..lalu tangan kanannya menyenduk sayur itu masuk ke dalam pinggan nasiku..Aku jadi terkejut sekejap dengan tindakannya itu..Bukan tadi dia ke yang nak makan sayur tu?..selepas itu Tuan Kamal menyenduk sayur masuk ke dalam pinggannya pula..
"Err..terima kasih Tuan..susahkan Tuan je" kataku sambil menunduk..aku perasan Ana sudah mengenyitkan matanya kepada aku..lagi bertambah-tambah segan ..Tapi dalam hati jangan kata apa la..rasa macam nak terbang sebab gembira sangat dengan cara layanan Tuan Kamal kepadaku..
Dia hanya mengangguk dan menjemputku makan lalu terus aku menyambung makan..suasana sangat meriah dan tenang di meja makan itu..
******
"Eh akak dekat bilik rupanya..Ana cari dekat bawah takde..rupanya ada dekat sini" Kata Ana..aku menjadi pelik..kenapa cari aku?
" Aah ..akak rehat dekat bilik je sementara nak tunggu isyak..kenapa Ana cari akak? Soalku ..Dia mengangguk lalu menjawab..
Selepas mengemas apa yang patut, aku meminta diri untuk berehat di bilik saja..Ana ketika itu masih berada di dapur..jadi, dia tidak tahu pasal itu..
"Eehemm, abang nak jumpa akak lepas isyak dekat pangkin taman dekat dengan kolam ikan" ..Aku yang dari tadi mengerut dahi..dan menyoalnya lagi..
" Kenapa Abang Ana nak jumpa akak?..dia hanya mengangkat kedua bahu menandakan dia tidak tahu..
"Dia kata ada hal nak bincang tapi taktahu pasal ape" Dia bersuara lagi dan terus menuju ke bilik air selepas aku mengangguk kepala tanda mengerti katanya itu tadi..
******
Aku melangkah perlahan ke bawah..dan keluar ke halaman sambil mencari kolam ikan serta pangkin yang disebut oleh Ana tadi..Apabila aku sudah jejak kaki disitu..Tiada sesiapa di situ..aku memanjangkan leherku untuk meninjau sekeliling tapi tiada orang disebutkan tadi..'hmm takde pon..takkan Ana nak tipu aku pulakkan?..Takpelah..tunggu jela sini..mana tahu dia lambat ke kan?" Pujuk hatiku
Aku melangkah ke pangkin sambil melabuhkan punggung di situ berdekatan dengan tiang kayu jati itu..Aku memerhati kolam ikan disitu ..ada air terjun kecil dan hati terasa tenang..aku menghirup udara malam di situ..kelihatan air kolam itu berkocak kadang-kadang nampak ikan timbul..aku tersenyum kerana sangat menikmati keindahan pada malam ini..
Dalam mengelamun sorang-sorang ..tiba-tiba terdengar orang berdehem dekat dengan telingaku. Aku agak terkejut dengan kehadiran Tuan Kamal di situ..lalu aku terbangun sendiri dari dudukku..tanganku genggam erat telefon supaya tidak jatuh ke dalam kolam itu..sambil mengurut dada aku berkata..
"Huishh, semangattt..terkejut saya "..aku melihat dia kelihatan seperti tiada reaksi di wajahnya..'hmm..dia tak risaukan kau pon'..getus hatiku..Keadaan jadi sunyi sepi hanya terdengar curahan air terjun itu sahaja..
"Duduklah, saya ada benda nak bincang dengan awak" ..Suara garau itu memecahkan keadaan sunyi sepi itu ..aku mengangguk ..
"Nak bincang pasal ape Tuan?" Aku memulakan perbincangan dengan menyoalnya terlebih dahulu sambil mengerling sekejap ke wajahnya..wajah itu tampak tenang sekali..yang tak tenang hati aku sekarang..awkward duduk berdua dekat situ waktu malam..seram jugak..haha
"Saya nak bincang pasal kes awak dan Aiman.. Saya nak tanya, sebelum awak call saya waktu malam tu..awak ada dapat apa-apa bukti lain tak? Ataupun awak rasa di ekori ataupun dapat sesuatu sebelum hari kejadian?" Soalnya serius..
"Ouhh pasal tu, hmm saya ada terima satu surat sehari sebelum kejadian saya call Tuan..Masa saya dapat tu waktu saya dekat kolej..surat tu berada di atas meja saya..taktahu siapa yang letak" jawabku sambil mengingat kembali peristiwa itu..
Terus kepala Tuan Kamal memandangku..mungkin terkejut tapi tak tahu kenapa..dari riaknya itu menunjukkan riak kerisauan..
"Hmm, awak ada simpan surat tu?"
" Saya rasa ada saya simpan..tapi tk ingat sangat sebab waktu saya baca tu saya tengah buat kerja..kot-kot ada selit di buku atau dimana -mana dalam bilik saya..Kenapa tuan?" Soalku risau..muka pula menunjukkan kerisauan apabila disoal pasal kes itu..
"Seperti yang awak tahu..kes awak masih dalam siasatan pihak kami, kalau ade bukti lagi senang kerja kami..sebab saya risau kes awak ni bersangkut dengan kes lagi bee...." Kelihatan ayat dari mulut itu terhenti..aku memberanikan diri untuk mendongak melihat wajahnya sambil mengerutkan dahi..
"Bee.. apa Tuan?" Soalku seperti memaksa..
"Tiada apa..awak tak perlu tahu..itu kerja kami..tak penting untuk awak tahu..yang penting awak kena jaga diri"..ucapnya sambil merenung ke anak mataku..mata kami bertaut untuk seketika..detak jantung ku laju..dapatku rasa dalam kata-kata itu ade nada kerisauan dalam ketegasan..
"Baiklah Tuan" jawabku sambil menunduk kembali..aku tak sanggup nak tatap matanya lama..takut tak terkawal nafsu nak peluk..opss..hehe .
"Hmm satu lagi saya nak tanya, siapa lelaki yang awak jumpa di kereta selepas makan luar bersama kami?" Kali suara itu seperti suara orang sedang jeles..Â
' Tuan jeles ye saya dengan orang lain..haha' hatinya berlagu riang..
" Kenapa Tuan tanya? Tuan jeles atau risau?..Soalku berani..sambil berlawan mata dengannya..tapi hanya seketika sebab aku yang akan kalah..
" Jeles sikit" jawabnya perlahan seolah berbisik sahaja..seperti angin bertiup..lalu dia berdehem dan mengatakan dengan kuat seperti selalu...
"Takde apa..saya nak awak berhati-hati dengan orang yang tak dikenali..kalau awak kenal lelaki tidak mengapa la" jawabnya sambil memalingkan wajahnya merenung kolam ..Diam seketika..
" Hmm..sebenarnya saya tak kenal pun siapa lelaki tu ..sebelum saya pergi ke kedai buku..lelaki itu hampir melanggar saya di tepi jalan sebab waktu itu saya tak perasan yang saya telah berjalan masuk ke jalan raya..tapi selepas makan tengahari dengan Tuan dan Ana, saya singgah solat dulu sebelum nak gerak ke tempat mengajar..lelaki itu sekali lagi menegur saya..tapi saya tak cakap banyak dan terus berlalu dari situ"..Ceritaku panjang..tiba-tiba hati ini mahu berterus terang..sebab? Tak tahu..mungkin sebab selesa dan selamat kot..
" Kalau macam tu , awak perlu jauhkan diri daripada dia..takut perkara yang tak diingini berlaku..keselamatan awak sekarang perlu diutamakan..tapi awak jangan risau sebab setiap gerak geri awak di awasi oleh bahagian risikan saya.."
Jawabnya terperinci..Aku merasakan kes yang aku hadapi sekarang sangat berat..kenapa ye?
"Tuan, saya nak tanya..saya rasa dari percakapan tuan..kes saya ni macam besar saja..betul ke? Soalku serius..
" Awak akan tahu nanti..saya taknak lebih-lebih..sebabnya kerja saya orang 'luar' tak perlu tahu" ucapnya tegas..
Aku yang mendengar kata itu seakan berjauh hati dengan perkataan 'luar'..'nampak tak kau ni tak penting dalam hidup dia'..aku terus menunduk dan berasa sayu..hampir saja aku ingin menitiskan air mata..disebabkan kecewa mendengar kata itu..tapi kutahan saja..
"Lagi satu saya nak cakap, saya rasa saya boleh je balik kampung berdua dengan Aiman..saya dah biasa..dan saya taknak menyusahkan Tuan lagi..Cukup la saya dah susahkan Tuan dan family Tuan sekarang.. lagipun tuan pasti busy dengan banyak kes kan?" .. aku berkata perlahan dengan hati yang kecewa tadi..tak nak berharap lagi..biar kecewa sekarang daripada menyesal di kemudian hari kan?...
" Saya yang akan hantar awak nanti" suara itu sangat tegas seperti memberi arahan..aku terkaku dan hanya mampu mendiamkan diri..
" Kalau tak ada apa-apa lagi..saya masuk bilik dulu Tuan.." ujarku perlahan..dalam hati seakan nak menangis dah ni..macam-macam dah fikir..walau hanya satu perkataan itu saja..tapi sangat terkesan di hatiku..
Aku berdiri dan berjalan menuju ke bilik selepas dia mengangguk kepala tanda membenarkan aku bergerak..sepanjang aku berjalan , hatiku seakan menangis diam yang tak dapat diluah.. 'Kuatlah hati..kau sahaja yang beria-ria minat dia..tapi dia langsung tak pandang kau..Kau kena sedar tu..memang kau ditakdirkan untuk hidup seorang tanpa seseorang di sisi'..gumamku sambil berjalan..
Semasa melintasi ruang tamu..aku memberikan senyuman kepada Datin, Dato dan Ana serta disebelahnya Aiman..aku meminta diri untuk berehat di atas..mereka hanya mengangguk..
******
Aku menghempaskan badan sambil memejamkan mata..untuk memujuk hati..tapi lampu masih lagi terpasang..tiba-tiba pintu dikuak dari luar..aku tak berpaling sebab aku tahu hanya Ana saja yang akan masuk ke bilik itu..
" Eh akak belum tidur lagi ke? Akak ok ke tak? Kenapa muram je ni lepas jumpa Abang? Dia ada buat apa-apa dekat Akak ke? ..Soalnya prihatin sambil menapak ke arah aku..tanganku dia ambil dan disapu seakan memujuk aku..
"Eh, akak ok jela..akak sekarang tengah risau pasal kes akak dengan Aiman je"..Bohongku menutup rasa di hati..supaya Ana tidak dapat menembak perasaanku sekarang..aku melemparkan senyuman nipis kepadanya..
" Akak jangan tipu Ana la..sebab akak memang tak pandai nak berbohong..Ana tahu ni semua sebab Abang Ana...Abang memang macam tu..seorang yang keras hati walaupun dengan adiknya sendiri..tapi percayalah dalam hatinya tu ada baiknya..mungkin disebabkan kata-kata tegas Abang akak terasa kan? ..Tembak Ana memang mengena dihatiku..semua yang diperkatakan benar. Aku senyum lagi dan mengeluh halus..
"Takpelah Ana, Biasa la tu..Abang Ana kan seorang pegawai polis..memang perlu dia bersikap macam tu..akak je salah faham" ujarku lagi..
" Sebenarnya, Abang takkan jadi setegas itu dengan orang lain..Tegas abang berbeza mengikut keadaan..tempat kerja lain dan dirumah lain..hanya dengan orang 'tertentu' saja..mungkin disebabkan 'dia' sangat penting..Ana kenal Abang Ana tu..dia memang susah nak tunjuk sikap penyayangnya itu..disebabkan dia tak pernah punyai wanita atau kekasih hati dalam hidup ..Ana harap akak boleh bertahan dan bersabar dengan sikap Abang tu.."Ana menjelaskan dengan panjang seolah-olah memberi syarahan kepadaku..
Aku diam dan memikirkan kata-kata Ana itu..tiada kekasih? ..Hmm patutla...lagistu dia seorang pegawai Polis kan..takkan nak lembut kot..apalah kau ni Ainnur..tapi aku masih tertanya siapakah 'dia' tu dalam hidup Abangnya itu..kata tak pernah ada kekasih..pasti dia telah terpikat hati dekat seseorang..' melepas dah kau' ..bisik hatiku..kepalaku tiba-tiba pening memikirkan kata-kata Ana itu .
"Ana, akak nak tidur dulu la ye..esok akak ade kelas mengajar pagi" ..aku meminta diri untuk berehat dan tidur..dia hanya mengangguk perlahan lalu keluar dari bilik itu..mungkin ingin ke ruang tamu ..tapi dia sempat menutup lampu dan merapatkan pintu..dalam gelap, aku memaksa mataku untuk dipejam..
******
Di ruang tamu,
Ana terus berjalan laju menuju ke arahku..terus dia menepuk bahu dengan kuat walaupun kecil tapak tangan itu..tapi terasa bisa disitu..
"Aduh, adik ni kenapa pukul abang..bisa tahu tak" ..soalku geram.. Ibu dan ayah menoleh ke arah kami ..mungkin terkejut disebabkan tamparan Ana yang kuat itu
" Memang patut Abang kena dengan Adik..apa abang dah buat dengan akak Mira? Sampaikan dia moody lepas jumpa Abang?..soalnya marah sambil menatap anak mataku seperti mata helang memandang mangsanya..Aku terus berfikir ape yang aku telah buat dengan Mira..hmm apa ya?
" Abang mana ada buat apa-apa dengan dia...." Tiba-tiba aku terdiam memikirkan pasal perbincangan tadi..adakah dia terasa dengan kata-kataku tadi? Persoalan di situ..
******
Apa yang akan terjadi esok?
Adakah Tuan Kamal akan meminta maaf atas kelanjuran katanya itu?
#Nantikan yee..
Share this novel