Bab 21

Action Completed 25770

Seusai saja solat isyak berjemaah..Tuan Kamal telah mengimami solat tersebut ..Kami bergerak ke dapur untuk makan malam..Kelihatan Tuan Kamal nampak segak dengan baju melayu warna biru gelap dan kain pelikat pemberian dari abah..

Selepas makan..Abah dan Tuan Kamal bergerak keluar dari dapur menuju ke ruang tamu sambil bersembang..Aku yang dari tadi perati je mereka..aku jadi pelik apa panjang sangat tajuk yang di bualkan itu dari petang sampai la sekarang..Aku hanya mengeleng..Aku kenal sangat Abah..kalau orang lain yang pandai ambil hati dia..mesti borak panjang..kalau tak ..memang dia diam je..

Aiman dan Shakir pula bermain berdua dengan gajet game mereka..mereka berdua pun seakan nampak serasi walaupun baru kenal..Hatiku sangat gembira melihat kemesraan mereka..

"Apa yang di gelengkan tu Ainnur"..tiba-tiba suara ibuku menyapa mengejutkan ku dari lamunan..

"Takde apa la ibu..Ainnur pelik je dengan depa tu..apa lah yang depa dok borak..panjang sangat tajuk tu..Abah tu pun melayan jaa..selalu diam ja"..kataku sambil muncung ke mereka..ibu hanya mengelengkan kepala mendengar kataku itu..

Ibu bergerak ke meja untuk mengutip pinggan dan kemas di atas meja itu..lauk-pauk di tutup di bawah tudung saji..ada jugak yang di letakkan di dalam periuk balik..esok senang boleh je panaskan balik..

" Biasa la tu Abah kamu tu..sapa yang pandai ambil hati dia..dia layan baik la smpai mak dekat sebelah pun dia tak perasan..tapi kalau orang yg tak reti ambil hati dia..mesti dia diam ja".. ibuku berkata sambil mengangkat pinggan kotor untuk aku basuh..

Aku memang dari tadi duduk di sinki..kerjaku membasuh pinggan dan cawan yang dah digunakan..aku hanya diam saja..tapi ada lagi suara menegurku..
Pastinya ibuku

"Ainnur, ibu tengok Tuan Kamal tu nampak sopan, baik hati dan pandai ambil hati orang tua..bagus dia tu..Ainnur dengan Tuan Kamal ada apa-apa ke?"..soal ibuku perlahan yang sudah berada di sampingku itu..Tetapi, memang tak disangkalkan lagi sebab sikap baiknya itulah yang menembak hatiku untuk cair ..

Aku tiba-tiba terkejut dengan suara ibu yang memuji sikap Tuan Kamal itu..Hampir saja pinggan bersabun itu yang aku pegang ingin jatuh..nasib sempat sambut..
Aku menoleh sedikit ibuku yang berada di sebelah kananku itu..

"Apa ibu ni tanya macam tu..nasib baik tak jatuh tau pinggan ini..ibu tahukan Ainnur ada kes dengan Aiman..Tapi, kes itu Tuan Kamal yang uruskan..Jadi, kan memang tugas Tuan Kamal perlu lindungi mangsa..sebab itu Ainnur terpaksa tinggal dekat rumah family dia..lagipun betul la cakap ibu tadi..dia memang baik ponn"..jawabku sambil meneruskan kerja membasuh itu..Ibu hanya mengangguk faham..

Setelah selesai tugas itu, aku bergerak keluar menuju ke ruang tamu dan terus ke pintu hadapan untuk merehatkan badan serta otak yang letih dengan mengambil udara malam  di pangkin buatan abah..Ketika melalui ruang tamu..dua pasang mata itu memerhatikan pergerakan ku..Ayah dan ibuku sudah tahu tujuanku dan harianku pada waktu malam..pasti akan lepak dekat di pangkin..

Aku sempat menangkap suara Tuan Kamal bertanya kepada abahku mengenai tujuanku bergerak keluar rumah..Tanpa mendengar jawapan itu..aku memakai selipar dan bergerak menuju ke pangkin di bawah pokok rendang itu..

Aku melabuhkan punggung di pangkin dan badan ku disandarkan di batang pokok itu..Pada waktu malam dengan suasana di sawah padi sangat mendamaikan hati..dengan udara malam sepoi bahasa..aku seakan melayan perasaan sambil menutup mata ..Rasa lapang dada dan kosong sekejap fikiran ketika itu..Lampu disitu juga berwarna oren lagi mengamatkan jiwaku..sungguh aku merindui suasana damai ini sejak aku berada di KL..

Tiba-tiba aku mendengar suara orang berdehem..terus terbuka mataku..terlihat figura di depanku itu 'Tuan Kamal'..Aku terus membetulkan tudung dan dudukku supaya selesa..Tuan Kamal bergerak duduk di sebelahku..tapi ada jarak okay..

"Err Tuan Kamal..Mana Tuan tahu saya dekat sini?"..soalku seperti orang tak tahu..padahal tadi sudah terdengar mereka berbual dekat ruang tamu..

"Abah awak yang bagitahu saya yang awak selalu lepak sini malam-malam..bukan tak elok ke anak dara duduk luar malam-malam macam ni?"..Katanya lagi membuatku seakan 'blur' dengan situasi sekarang..Tujuanku lain..lain pulak dia bagi nasihat..

" Ouh yeke..kenapa pula tak elok?..takpelah..sini memang 'port' lepak saya dari kecil..sebab itu abah saya buatkan pangkin dekat sini..lagipun saya duduk sini bukan buat apa pun..saya just nak amik angin malam je..nak rileks , nak release tension dan lapangkan fikiran je" ujarku jujur..

Dia menoleh ke arahku ke sebentar sebelum memandang langit dan sawah padi..walaupun pada waktu malam..nampak la juga sawah padi apabila di tiup angin..memang menenangkan jiwa ..

"Orang tua-tua kata, nanti jodoh sampai lambat..Taktahu betul ke tak"..jawabnya..aku yang mendengar sambil otak memproses kata-kata itu.. 'Itu bukan ke kalau anak dara duduk dekat tangga?'..bisik hatiku..'Arhh apa-apa jelah..layankan jela Tuan Kamal tu...alang-alang dia dah datang tu..ambil la kesempatan ni' bisik suara lain..Mulalah hati nak berperang disebabkan kata-kata bernas dari Tuan Kamal..

" ouh yeke..macam tu rupanya ye..patutlah jodoh saya tak nampak lagi..hahaha"..jawabku sambil tergelak kecil..dia hanya diam saja sambil memandang ke sawah..mungkin dia menikmati juga Ciptaan Tuhan ini?

"Err..Tuan ada apa datang sini?"..Aku bersuara lagi..Terus bertanya tujuannya tanpa berselindung dan kiasan..

"Hmm..Saja saya nak lepak sini juga macam awak..Ambil angin malam"..katanya sambil menoleh padaku..aku hanya mengangguk faham..

Suasana menjadi sepi..masing-masing seakan melayan perasaan sendiri..Aku mendongak melihat bintang di langit..'Subhanallah sungguh indah semua ciptaanMu termasuklah gerangan di sebelahku ini juga'..hatiku berucap syukur..

Tiba-tiba suara garau itu bertanya..

"Awak memang tak de kawan lelaki ke macam mana?"..Dia bertanya tanpa berpaling ke arahku..tahu mesti rasa gementar kan?..huhu

"Hmm, dulu waktu kecil adalaa..tapi bila dah besar ni masing-masing bawak haluan sendiri..lagipun saya tak nak fikir pasal lelaki bukan mahram saya..sebab itu tak penting..yang penting family saya..sebab mereka banyak berjasa dengan saya..so, saya pun nak balas la jasa mereka sebelum mereka pergi buat selamanya"..jawabku perlahan sambil menahan air mata yang berlinangan ..tapi hati tahan sebak juga kerana memikirkan usia ibu dan abahku makin meningkat..bila-bila masa saja mereka boleh tinggalkan aku..huarghh..

"Ouh macam..tapi awak memang taknak langsung ke rasa nak ada someone special selepas family awak?"..tanyanya lagi...Aku hanya tersenyum manis kepadanya apabila dia menoleh ke arahku ketika bertanya..

"Hmm, lumrah manusia kan..memang hati rasa nak ada 'someone special' tu..tapi bagi saya tak perlu kot..mungkin situasi saya berbeza dengan orang lain..saya merupakan emas ibu dan abah..saya jela anak perempuan mereka..jadi, saya rasa bertanggungjawab dengan kesihatan dan kebajikan mereka..sebabtu la sampai sekarang jodoh saya tak nampak lagi..lagipun saya tak berharap sebab saya tahu Tuhan lambatkan jodoh saya mungkin untuk membalas jasa ibu ayah saya dulu"..jawabku lagi dengan tenang sambil memejam mata..takut air mata mengalir..malu saja nanti..

Aku perasan wajah itu melihat mataku terpejam ..mungkin berasa simpati dengan kehidupanku ini?..

" Andai kata kalau jodoh awak dah sampai..awak nak buat apa?"Tanyanya lagi..aku sudah jadi tak selesa bila disoal begitu..Aku terus terbukak mata melihat lelaki di sebelahku itu..

Aku berfikir dulu sebelum menjawab..
"Hmm kalau dah sampai..kena tanya abah dulu lah..saya ikut je..lagipun saya bergantung je dekat mereka..saya tahu mereka akan buat pilihan yang terbaik untuk anak dara dia sorang ni..hehe"..kataku sambil tersengih lalu aku mengalih pandangan ke sawah padi..apabila angin menyapa terus saja aku memejam dan merasai udara sejuk itu.. kelihatan dia hanya diam tanpa menunjukkan sebarang reaksi..mungkin berfikir?

"Er..Tuan, saya nak minta maaf la sebab rumah saya takde 'aircond' ..adapun kipas jela..harap tuan selesa la..sebab kami kebiasaannya guna udara semulajadi saja sebab malam-malam memang sejukk"..aku bersuara lagi..aku memang sengaja menukar topik..sebab bagiku soal jodoh itu aku taktahu..Hanya DIA saja yang tahu..jadi aku serahkan semuanya kepada DIA ...

" Ouh pasal tu, takpa saya tak kisah pun la Mira..saya lebih selesa dan tenang dengan suasana rumah awak ni..memang mendamaikan jiwa saya yang memang sarat dengan kerja di pejabat"..Jawabnya lagi..

Dia bersuara lagi dan lagi..

"Kenapa family awak semua panggil awak dengan panggilan Ainnur ye?"..

Aku hanya tergelak kecil mendengar soalan itu..bertanya tapi suara tegas..cuba la lembut sikit..kan best borak..huhuhu

"Ouh..hehe..saya memang dari kecil lagi keluarga dan kawan rapat saya akan panggil dengan panggilan itu..ibu kata itu nama manja la..gitu la..tapi sejak dah masuk belajar lepastu bekerja..saya start gelar diri saya Mira..kiranya orang lain akan kenal saya dengan nama Mira je..orang yang rapat sahaja akan kenal saya dari kecil jika mereka memanggil saya Ainnur"..Kataku sambil tersenyum nipis..

Betul..Nama Ainnur itu telah menyimpan banyak kenangan..manakala Amira pula hanya nama panggilan saja yang tiada erti apa-apa bagiku..tapi aku sangat menghargai mereka yang berusaha ingin mengenaliku ..

"Ouh macam tu..kiranya orang yang nak panggil awak 'Ainnur' perlu jadi someone yang rapat dulu la ye baru boleh panggil..macam tu?"..dia memandangku lagi..tenang saja wajah itu..

"Ehh takde la macam tu..saya tak demand pun macam tu..terpulang pada orang lain la nak panggil saya dengan nama apa pun..'Ainnur' boleh, 'Amira' pun boleh..Saya pun tak kisah kalau tuan nak panggil saya mana-mana saja..asalkan jangan yang pelik-pelik jela"..jawabku senang..takde rasa apa pon sebab 'Ainnur Amira' adalah orang yang sama..tiada beza cuma kenangan saja yang berlainan..itu je..

"Kalau macam tu saya panggil awak Ainnur jela..boleh?"..soalnya lembut..hati aku seakan merasakan sudah cair..'aloo sweetnya alahai kalau dia panggil aku 'ainnur'..rasa nak sayang je ni..huhu'....bisik hatiku lagi..

"Er tuaann...." Aku baru nak bersuara tapi aku mendengar suara ibu memanggilku dari dalam rumah..

"Ainnurrr..masuukk dah malam ni..lewat dah ni ..masuk rehat ajak Tuan Kamal sekaliii"..ha ye itu arahan..bukan panggilan saja-saja tapi ini cara lembut okay..

"Okayy ibuu"..aku menyahut seakan terjerit kecil lepastu aku mencebik bibir ke bawah sambil buat muka sedih sebab ibu dah mencelah dulu..'huarghh baru nak kenal Tuan Kamal..ibu ni kacau daun laa'..tanpa ku sedar ada sepasang mata melihat reaksi muka itu..lalu terdengar la suara garau itu ketawa..aku pula jadi malu sendiri..'aduh dia dah nampak muka hodoh aku la..huarghh'..getus hatiku..

"Err..Tuan mari la masuk..ibu saya dah panggil tu..jom la..takut ibu saya bebel pula nanti"...kataku sambil bergerak turun dari pangkin itu dan terus berlalu setelah melihat pergerakan Tuan Kamal yang mengikuti langkahku dari belakang..

*******
Pss://

Baru nak sweet ibu Ainnur dah kacau kan? takpa nanti kita share lagi sweet moment tu lepasni..sebabnya ada masa lagi untuk mereka sebelum terjadi sesuatu..

So, kalau nak tahu kena nantikan ye..

Apa yang akan jadi esok?
Adakah Tuan Kamal ingin mengenali Ainnur amira dengan lebih mendalam? Apakah perasaannya ketika itu?

KEPADA READERS SEMUA..Thankyou sebab sudi luangkan masa baca novel ini..saya harapkan sokongan awak semua untuk rate dan komen jika ada salah dan silap..

Esok kita sambung bab baru okay..muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience