Di hospital,
Aku membuka mataku perlahan, badanku terasa segar dari sebelum ini walaupun sakit-sakit sengal terasa..Aku merenung syiling..Putih? Bau ubat?..kepalaku seakan pening sekejap..selepas saja itu, dapatku tangkap keadaan sekarang di mana aku berada ialah di hospital..
Di tanganku terasa pedih..mungkin di sebabkan jarum yang di gunakan untuk menyalurkan air ke badanku..
Aku menoleh ke arah kiriku terlihat seorang gerangan lelaki yang sedang menumpang kepalanya di sisiku sambil terlena..
Lalu aku memerhati wajah itu..walau dalam gelap dapatku mengecam wajah itu...Sayu hatiku melihat wajah itu..lalu air mataku mengalir..'sungguh banyak pengorbanan lelaki ini kepadaku..Maaf andai diri ini banyak menyusahkan dirimu '..bisikhatiku ..
Tiba-tiba aku tersedu dalam tangis, menyebabkan lelaki itu terjaga dari lenanya lalu mendongakkan kepala itu melihat aku..
"Mira? Mira dah sedar? Kenapa menangis? ada sakit dekat mana-mana ke?" Ujar suara itu risau..Dulunya suara itu tegas dalam memberi arahan dan selalu saja tegang apabila bercakap dengan aku..Namun, kini berubah..suara itu lembut menyapa di telingaku..
Aku hanya mengelengkan kepala perlahan sambil tersenyum ke arahnya sambil aku menyeka sisa air mata itu .
"Alhamdulillah, Mira dah sedar..Mira nak air?"..Soalnya lagi..menampakkan sikap prihatinnya yang selama ini tidak pernahku lihat..
Aku hanya mampu diam, dan mengangguk kerana tekakku terasa kering dan perit...Dia membantu aku untuk menyua gelas berisi air kepadaku..lalu dia meminta izin..
"Maaf saya terpaksa pegang awak, mari saya bantu awak minum"..katanya lagi..Aku hanya membenarkan saja kerana badanku masih lemah walaupun dalam segan.. lalu dia menarik dan memeluk bahuku untuk bangun sedikit dengan cepat di menyua gelas ke mulut ku..
"Terr-ima kasihh Tuan"..kataku perlahan..masih lagi dalam nada lemah..
"Sama-sama Mira, awak masih lemah lgi ni..awak rehatla dulu ye"..ucapnya lagi sambil mata menatap mataku..
Suasana kembali sunyi ..terlihat Tuan Kamal membelek telefon..jadi, aku bersuara untuk mengatakan sesuatu yang ingin ku ungkapkan..
"T-tuan K-kamal"..panggilku perlahan..Aku gagahkan jugak untuk berkata..Lalu mata itu kembali merenungku..tanpa buang masa aku bersuara kembali..
"T-terriima ..." Kataku gagap..dengan hati sebak suaraku kembali serak..Aku tak mampu nak sambung kembali ayatku tadi..
"Ainnur Amira, awak tak perlu banyak cakap..awak perlu rehat yang banyak..badan awak masih lagi lemah..pelease.. take more rest..baru jam 3 pagi "..Ujarnya lagi..Aku hanya mengangguk kepala..
"Ibuu Ayahh?"..Tanyaku lagi..
"Soal ibu ayah awak jangan risau, saya dah contact mereka malam semalam ketika hantar awak dekat hospital..Don't worry, ibu ayah awak akan datang jenguk awak esok ye"..
Aku dihurung perasaan risau apabila mendengar kata itu keluar dari mulut Tuan Kamal mengenai ibu ayahku..' jadi, aku tak sedar semalaman la ye?..bisik hatiku
Aku hanya mengangguk faham..lidahku seakan kaku..tidak mampu untuk berkata lagi..lalu aku hanya mendiamkan diri dan kembali merenung ke syiling dan kipas yang sedang berputar..
Dalam beberapa minit, mataku kembali tertutup..Tidurku lena apabila Tuan Kamal berada disisiku..Sungguh terasa aman dan nyaman..
******
Keesokkan paginya, ibu ayahku sudah datang menjengukku pada waktu rehat..
Tuan Kamal sudah awal pagi bergerak pulang ke rumah ..Katanya dia ada hal untuk uruskan kes operasi malam tadi..Iaitu kes aku..'Semoga segala kebaikan Tuan Kamal, Allah melipat kali ganda pahala dan syurga buat'mu'..Doaku dalam hati .
Badanku terasa lebih segar dari semalam,sekarang aku sudah mampu bangun dan menyandarkan di katil..Tadi pun sewaktu sarapan..Seleraku sudah kembali..
Ibu ayahku mengatakan aku kena tahan wad selama tiga hari untuk memastikan tubuh badanku kembali sihat sedia kala..kerana badanku sebelum itu banyak kehilangan vitamin dan antibodiku masih lagi berada di tahap lemah..Jadi, hari ini merupakan hari kedua ku berada di sini..
"Ainnur? Ainnur macam mana hari ini?"..Tanya ibu kepadaku..
"Alhamdulillah ibu, badan rasa dah segar sikit..kurang dah rasa sakit sengal badan ni"..jawabku sambil tersenyum..
"Alhamdulillah, makan lah lagi Ainnur, semoga kamu cepat sihat ye..Ibu risau tengok keadaan kamu ni"..katanya perlahan sambil menunduk..
"InshaAllah ibu, aminn..Ainnur pun taknak duduk sini lama-lama ibu..nanti Ainnur makan banyak-banyak ye biar cepat sihat"..kataku riang sambil tersenyum manis memandang ke dua wajah ibu bapaku..Saja aku ingin membuang suasana sedih tadi..
"Yelah Ainnur, nanti sihat kamu balik kampung lah ye"..Kata ayahku..
"InshaAllah ayah, nanti Ainnur balik ye"..jawabku sambil menyambung makan..Ketika makan, aku tiba-tiba terfikir..ibu ayah aku tinggal di mana sementara waktu ini ye?..
" Ibu ayah, semalam tidur di mana? Sewa hotel ke?"...Soalku kembali..
"Erkk, Tuan Kamal tak bagitahu kamu ke?".. Ibuku menyoal kembali..Aku mengerutkan kening apabila aku disoal kembali..
"Bagitahu apa ibu?" Soalku pelik..
"Hmm, ibu ayah sekarang bermalam di rumah Tuan Kamal buat sementara..Kami dah menolak ..tapi Datin dan Dato sangat mengharapkan kedatangan kami untuk ke sana..Semalam pun Tuan Kamal yang ambil kami di terminal bas..Mereka sangat baik Ainnur,..Ibu dan ayah jadi segan nak tinggal lama di sana.." Ujar ibuku dengan nada serba salah..
"Ouh yeke, Ya allah..baik hati sungguh hati Dato dan Datin kan ibu?..Ainnur jadi terhutang budi dengan mereka..Tapi, ibu dan ayah balik sana semula bila?"..Dalam memuji sempatku menyoal ..
"Esok kami akan balik ke sana Ainnur, ibu dan ayah tak sampai hati nak tinggalkan adik-adik kamu dekat Maksu kamu, kesian mereka "...
Aku hanya mengangguk faham..'Maksu' adalah mak saudaraku sebelah ibu..jarak rumah mereka tidak jauh..jika ada kecemasan saja ibu dan ayahku meminta pertolongan dari keluarga Maksu..
"Ouh yela ibu, Ainnur faham..Takpelah Ainnur boleh jaga diri dah lepasni..Qistina kan ada..hehe"..kataku sambil tersengih..
Qistina telah menghantar mesej kepadaku bahawa dia akan datang melawat pada waktu petang nanti kerana awal pagi ini jadualnya padat dengan kelas mengajar..Dia akan datang bersama dengan tunangnya..
"Yelah Ainnur, lepasni kamu perlu lebih berhati-hati ye.." ibuku menegur lagi..
"Ouh ye lupa, petang sikit nanti, Tuan Kamal akan datang dengan Dato dan Datin untuk menjenguk kamu tau" .Aku hanya mengangguk faham..
Bubur ayam itu aku tolak ketepi..tekakku seakan ingin makan sesuatu..'udang sambal'..makanan kegemaranku..'huarghh..nak makan udang sambal! Tapi sapa aku nak minta tolong ye..Takkan nak mintak tolong dekat Qis..kesian dia nanti dah la letih mengajar lepastu kena datang melawatku pulak..pasti letih..'hatiku berbisik..Aku termenung lama memikir udang sambal..Terliur jadinya..
Biasalah kan orang sakit ni suka craving makanan sedap-sedap betul tak?..hihihi
"Kamu menungkan apa tu? Dah mandi ke belum ni?"..Ibuku menegur..
"Hihihi, belum lagi ibu..kejap lagi ye nak rehatkan perut kejap..hehehe"..kataku sambil tersengih..
Sebelum ini aku hanya mengelap badan saja di atas katil ..Sekarang aku sudah berjalan perlahan menuju ke bilik air sendiri tapi perlu di papah juga takut tergelincir jatuh ke kan?..hehe
"Yelahh, dah lepasni mandi bagi wangi-wangi sikit..baru ada semangat nak cepat sembuh"..ucap ibuku lagi..Ayahku dari tadi hanya diam mendengar perbualan kami saja..Mungkin dia taktahu nak berbual apa kan..Kalau perempuan pasti saja bualan tak kisah lah gosip ke apa ke asalkan mulut itu bercakap..
Itulah perbezaan lelaki dan perempuan..betul tak ?hehehe
*******
Petang itu, wad aku penuh dengan gelak tawa serta kehadiran tetamu kesayangan aku..opss! Of course keluarga Tuan Kamal..hehehe..Qistina dan tunangnya juga turut datang..
Yang aku geram tadi, Qistina bagitahu aku sesuatu sambil berbisik.. sebenarnya bilik wad yang aku duduk sekarang ialah bilik khas untuk golongan VIP..Terkejut aku di buatnya tadi sambil mataku terbuntang dan mulutku terlopong..Nasib baik Qis menegurku cepat supaya hilang terkejut ..Kalau orang lain pandang..Gerenti mereka akan tergelak melihat wajahku yang terlopong itu..sangatlah hodoh!..hahaha...
'Ouh.. Patutlah aku selama ini aku tengok ruangan ni nampak besar dan cantik..yang pelik hanya aku seorang saja..Fikirkan di rumah sendiri tadi..huhuhu..Ruangan ini sangat nyaman dan selesa..tapi lebih selesa kalau ada Tuan Kamal dekat sini!..hahaha..Gatal kau ye Ainnur Amira!'..Gumamku perlahan sambil tergelak kecil..
Mereka semua memandang pelik ke arahku yang tergelak sorang tadi..aku hanya senyum segan..Kantoi! Ahaha
"Mira macam mana? Sihat harini?"..Soal Datin kepadaku sambil melabuhkan punggung di sebelahku..
"Alhamdulillah auntie, sihat dari semalam"..jawabku sambil tersengih..Dapatku lihat wajah Tuan Kamal yang merenungku..Aku seakan rindu ingin menatap anak mata itu yang suka merenungku..Aku membalas pandangannya sekejap lalu memandang semula ke Datin Aminah..
"Wah, ada perkembangan baik ni..Mira kena banyak rehat tau..sebab antibodi Mira tak berapa kuat lagi tu..Ouh lupa nak cakap, auntie ada masakkan sambal udang untuk Amira..malam nanti jangan lupa makan ye.." Katanya lagi sambil memberiku makanan..
Aku yang mendengar tadi terus saja tersenyum senang dan mataku bersinar-sinar..Dalam hati jangan cakaplah..dah melompat riang..hehe
"Wahh, terima kasih Auntiee.. Mana auntie tahu tengah craving 'sambal udang'??..Terima kasih sangat Auntie"..Kataku riang lalu terus saja aku memeluk tubuh Datin..Tindakan drastik itu di terima ..Datin Aminah membalas pelukanku sambil menepuk perlahan bahuku.
'Nasib baik dah mandi..pakai wangi sekali..kalau tak pengsan Datin aku peluk dia macam ni!'..hehe
Sempat lagi dia berbisik, "Mira kena berterima kasih dengan Kamal sebab dia yang minta Auntie masak untuk Mira"..Suara itu berkata lembut di pelipat telingan ku..
"Okay auntie..Nanti mira cakap dekat dia..tapi bukan sekarang sebab ramai orang..segan Mira"..jawabku dengan hati berbunga..'Macam manalah Tuan Kamal boleh baca hati aku ye?'..Ni makin susah nak lepaskan dia dekat orang lain ni..hehe
Masa sudah jejak jam 7 malam, mereka beransur pulang..malam ni aku hanya keseorangan ..aku sudah memberitahu mereka bahawa rehat di rumah saja .Aku sudah boleh berdikari..Mereka hanya diam saja lepas mendengar kata-kata itu..
Selepas saja aku solat maghrib, aku menjamu nasi putih dengan sambal udang yang dibekalkan oleh Datin..Tiba-tiba aku teringat sesuatu..
Lantas laju saja tanganku mencapai telefon lalu menangkap gambar makanan itu..lalu aku hantar ke Tuan Kamal..
"Terima kasih Tuan Kamal, sebab bagi saya makanan ni walaupun bukan tuan yang masak..tapi masakan Auntie still sedap macam dulu.. thankyou Tuan.. im really love it". Taipku sambil tersenyum sorang..Meluahkan apa yang isi hatiku berkata..
'Bib', 'Bib',....
Aku yang ingin menyuap nasi itu..tergendala sebentar selepas mendengar bunyi mesej masuk..laju saja jari jemariku menekan mesej itu..
"Most welcome..go eat you dinner now!..btw take care okay"..Balasan yang diterima itu membuatku ingin melompat tinggi..hatiku sangat berbunga..walaupun takde kata sweet-sweet sangat..Tapi aku masih lagi boleh jadi gila bayang..Rupanya macam ni lah ye orang tengah di lamun cinta? Gitu?
"Alright Tuan..Arahan diterima.." balasku lagi..
Makanan di atas meja itu jadi terbiar..kerana aku lebih menumpukan kepada mesej itu..
'Bib' 'bib'..
Laju saja mesejku di balas..makin melebar senyumku..
"Bagus ye dengar arahan..Jaga diri awak dekat sana ..jangan nak lasak sangat.. kalau ada apa-apa, just called me okay?..After eat, take a rest okay dear?"..
aku sudah berguling atas katil dah..memang tak tahan rasa hati..apabila dia memanggilku 'dear'..
'Dia panggil aku 'dear' weyh..yahuu..riangnya dalam hati..lalala'..hatiku bernyanyi gembira..Aku berharap bahagia bakal muncul selepas ni..Amin
******
Adakah hajat di hati Tuan Kamal akan tercapai untuk memilih Amira sebagai suru hatinya?.
#Nantikan ye..
#hehe, harap readers boleh terima bab ni..Sweet moment tu bakal muncul perlahan lahan selepas ini..
Share this novel