Bab 16

Action Completed 25770

Setelah berkenalan dengan lelaki itu ..aku sudah dapat tahu namanya..Dia juga sudah pun membuka cermin matanya di hadapanku..Tindakan itu mengundang ketawa darinya setelah melihat aku terkejut..Aku terkejut bukan sebab apa..aku pikir dia pure Melayu..Rupanya mukanya itu iras-iras cina..'patutla pelat je dengar dia bercakap'..bisik hatiku..

Sebenarnya, dia merupakan anak kacukan Cina-Melayu..Nama sebenar dia Muhammad Zulkifli bin Andrew Lew..Ayahnya merupakan orang yang bermastautin dari negara kelahirannya,China ke Malaysia dan terus menetap disini selepas ayahnya berkahwin dengan ibunya berbangsa Melayu..

Kelihatannya dari luaran dan dari percakapan ketika bersembang tadi sangat peramah, baik,  hormat orang lain dan pandai mengambil hati orang walaupun awalnya kekok..semasa makan sambil bersembang, ada saja gelagatnya yang membuatkan aku tergelak..

Dalam bersembang, aku mengerling ke jam tanganku..'Hmm waktu rehat dah nak abis..ade satu lagi kelas lepastu nak kena pergi pejabat kolej nak tahu cutiku itu diluluskan atau tidak'..Lalu aku meminta diri..

"Hmm awak, saya rasa saya dah lama dekat sini, saya perlu balik sekarang sebab harini jadual saya pack..saya minta diri dulu la ye" ujarku sopan ..

"Ouh yeke baiklah, hati-hati balik tu ye..kalau ada masa kita jumpa lagi ye" jawabnya sambil tersenyum manis..

"Ok inshaAllah..ok saya gerak dulu ye..eh jap saya nak pergi bayar" kataku sambil bangun dari duduk itu..

" Eh, takpalah..saya belanja awak sebab awak sudi berkenalan dengan saya" katanya sambil menahan pergerakan kakiku yang ingin melangkah ke cashier..

"Eh takpe ke? Segan lah saya" jawabku sambil tersengih malu dan masih berdiri..Niat hati taknak menyusahkan orang..tapi dah ada orang bermurah hati..terima jelah eh..rezeki jangan di tolak..

"Ye betul, kali ni saya belanja awak..terima kasih untuk hari ni ye" ucapnya sambil tersenyum manis.. kelihatan dia ingin memujukku untuk menerima tawaran itu..lalu aku hanya mengangguk ..

" Okay awak ..terima kasih jugak sebab belanja saya hari ni, saya balik dulu" aku pamit lalu memberikan satu senyuman kepadanya ..selepas anggukan dan senyuman darinya..aku terus melangkah  keluar dari restoran itu..Sekarang tempat yang harus ku tuju ialah kolej..

******

Aku memandu pulang ke Villa setelah selesai urusanku di kolej..Alhamdulillah cutiku diluluskan ..dan aku akan bercuti sampai hari isnin..'yeahh' ..sorakku dalam hati sambil mengetuk stereng...Mood aku sekarang happy sebab tak sabar nak balik kampung..'ibu ayah ..tunggu Ainnur balik ye' ..hatiku berbisik riang..tiba-tiba aku teringat baju dirumah untuk bawa balik kampung..sebab baju sekarang ni tak mencukupi..

'Hmm ..malam nantila pergi ambil..tapi kena bagitahu Auntie takut dia tercari-cari aku'..aku memandu terus dan membelok untuk masuk ke kawasan Villa..terlihat kereta Tuan Kamal sudahpun terparkir elok di halaman rumahnya itu..aku terus memarkir di belakang keretanya itu..

Aku keluar dari kereta dan menuju ke pintu pintu sebelah penumpang untuk mengambil fail-fail kerjaku..Mana tahu ada masa lapang..boleh la buat kerja tu..Aku mengangkat fail dan berlalu masuk ke dalam Villa itu..

"Assalamualaikum" ..aku memberi salam..seperti biasa hobi petang mereka yelah duduk bersama sambil menonton televisyen..Mereka semua menoleh ke arah aku selepas mendengar salamku..
Tuan Kamal pon ade disitu juga..aku hanya mengerling sekejap ke arahnya lalu bersalam dengan ibunya..Aku sudah tekad akan jauhkan diri darinya jika tiada perkara penting ..

"Waaalaikummussalam Mira, banyaknya fail..Tak sabar ye nak bercuti balik kampung?" Soal Datin Aminah kepadaku..

"Eh hehehe.." itu je yang keluar dari mulutku sambil tersengih malu.. 'Ye auntie, rindu ibu ayah yang dah lama tak jumpa' ..aku hanya jawab di dalam hati saja..

Dia telah menarik tanganku untuk duduk disampingnya bersama keluarganya disitu..kelihatan yang lain masih menonton tv..hanya Auntie sahaja yang melayanku sekarang..tiba-tiba aku teringat soal pakaian ku dirumah..

" Hmm Auntie, malam ni Mira nak balik rumah apartment kejap boleh? Mira nak ambil baju sikit sebab baju dekat sini tak banyak" ..Aku meminta keizinan kepadanya kerana aku berasa perlu hormatnya disebabkan aku sudah anggapnya ibu jgak

" Ouh yeke..boleh je..auntie benarkan..tapi Mira pergi sana dengan siapa? ..Soalnya sambil matanya itu mengarah ke Tuan Kamal sebentar sebelum ke mataku..Aku dapat rasakan aura Tuan Kamal itu ketika dia memandangku ..mungkin terdengar kami bersembang..mungkinlah..

" Err..Mira pergi sorang jela auntie..sekejap je lepastu Mira balik la" jawabku gugup kerana aku perasan mata helang itu merenungku lama..taktahu kenapa rasa tak selesa dengan renungan itu..adakah dia risau keselamatanku? Tapi tak perlu la..aku boleh jaga diri ..

" Saya ikut!" ..Kan dah keluar suara tu..memang dah boleh agak dari awal..aku tak menoleh langsung kepadanya..tapi aku hanya menatap wajah dihadapanku ini..Datin Aminah..

Wajah auntie yang mendengar kata-kata anaknya itu terus tersenyum..mungkin sudah agak perangai anaknya itu apabila dengan gadis itu ..Dalam diam ye tapi mahu..Datin Aminah mengerling ke arah anaknya sebentar sebelum bersuara lagi..

" Haa..Mira pergi dengan Kamal sekali ye..bawa sekali Aiman kalau dia mahu sebagai teman"..ujarnya sambil tersenyum manis..

" Er takpe ke Auntie?" Soalku lagi..

" Eh takpelah Mira, Kamal okay je kan?..Dalam satu masa Auntie menjawab sambil bertanya ke Tuan Kamal..

"Kamal okay je ibu, lagi satu Mira, saya rasa tak perlulah bawa Aiman sekali sebab keselamatannya lagi utama..saya harap faham"..katanya kepadaku..aku hanya diam lalu mengangguk sambil memandangnya ..riak wajahnya tak dapatku baca..Tapi aku faham apa yang dia nak sampaikan..kerana rumahku itu tidak lagi selamat.. Suasana sepi seketika hanya mendengar suara dari tv..

" Lepas maghrib kita gerak jam 8" ..Suara garau itu memberiku arahan..aku hanya mengangguk..Datin melihat sambil mengeleng aku yang hanya menunduk seperti orang menurut sahaja...Tahulah anaknya itu pegawai polis..haih Kesian Mira..

" Apa cakap macam tu Kamal, Mira ni bukan anggota awak nak bagi arahan macam tu.. dia pun ada hati juga Kamal.. Lagi satu ibu nak cakap, kalau di rumah tolong buang sikap bekerja awak tu ye Kamal , sikap yang suka bagi orang arahan..faham Kamal?" Ibunya menegur lembut saja tapi dalam ucapannya itu juga terselit amaran walaupun tak sekeras arahan dari dia..

Kelihatan Tuan Kamal hanya diam membisu dan mengangguk faham..dia sangat hormat ibu dan ayahnya... Tak berani melawan..' sikapnya hormatnya itu juga membuat hatiku makin terpaut..haih la hati cepat sangat cair' keluhku dalam hatiku..

"Mira pergi dengan Kamal ye..Kamal teman Mira ..Sekarang Mira naik atas mandi lepastu rehat la ye..Kesian Mira tentu letih kan nak uruskan cuti" ..ucapnya lembut.. 'Selama aku duduk di Villa ini, tak pernah lagi aku mendengar suara Datin marah dengan nada tinggi..malah tak pernah sekali mendengarnya menengking tinggi..Untung Uncle dapat isteri yang penyayang dan lembut' .. pujiku dalam hati..

Aku mengangguk lalu melangkah ke atas..tapi langkahku terhenti apabila suara garau itu menyapa ke telingaku.. "Jangan lupa pukul 8 kita gerak" ..kata itu memesan kepadaku..terus aku memusingkan badan ke arah ruang tamu yang tak jauh dari situ..lalu mataku bertembung dengannya ..Tahulah aku ayat tadi itu ditujukan kepada aku..

Ketika itu juga, suara Datin menegur.."Kamaalll"..tegur ibunya lembut tapi lama..aku seakan tak dapat tahan ketawa..hanya mengulum senyum tapi terkeluar jugak gelak perlahan dari aku.. aku terlupa sebenarnya mata helang itu masih lagi merenungku walaupun sudah ditegur ibunya..terus aku menekup mulut dan berlalu naik atas dengan laju..

******

Ketika sudah bersiap -siap untuk keluar balik ke apartment ku sebentar..aku mengenakan baju tshirt lengan panjang, tundung bawal dan seluar panjang..seperti mahu pergi jogging tapi aku lebih selesa begitu..Aku melangkah turun dengan beg tangan ..jam baru pkul 7:45..aku menunggu di ruang tamu..kelihatan tiada siapa di situ..lalu aku pergi ke dapur untuk mengambil air untuk membasahkan tekak..

Selepas saja aku keluar, aku memusingkan badan , nasib aku tak ter'peluk' orang yang berada di hadapanku..sungguh aku tak menduga kehadiran Tuan Kamal di situ..Kami juga turut sama terkejut dengan keadaan itu..lalu aku melangkah ke kanan untuk memberinya laluan..Aku kembali duduk ke sofa di ruang tamu sambil mengurut perlahan dadaku supaya jantung berdetak seperti normal kembali..

Aku mendengar derapan kaki mendekatiku lalu dia berdehem.."Ehem, jom kita gerak" ..aku hanya mengangguk kepala dan berdiri mengikuti langkahnya dari belakang..

******

Semasa di halaman rumah, aku melihat keretaku yang diparkir di block oleh kereta Mira ..lalu aku melihat menunggu dia bersuara sambil mengangkat kening seolah bertanya..Mira yang seakan faham itu bersuara..

"Err. Tuan kita pergi naik kereta saya jela" katanya sambil menunduk..'Asal tak pandang muka aku lagi bila bercakap Mira?' Soalnya dalam hati..Aku hanya mengalah untuk hari ni..aku mengangguk faham..lalu menghulur lengan untuk memintanya kunci keretanya..Dia kelihatan pelik memandang huluran ku itu..

"Err Tuan?" Sebutnya perlahan sambil mendongak melihatku..kelihatan keningnya berkerut..seperti bertanya..

"Bagi saya kunci kereta awak tu..saya drive!"..seperti lembu dicucuk hidung terus saja Mira mencari kunci keretanya di dalam beg tangan itu...setelah jumpa dia menghulur kepadaku..Kami bergerak ke dalam keretanya..kemas dan wangi kereta itu..Bauan dalam keretanya itu sangat menenangkan bagi ku..Hanya radio yang menemani kami kerana sama-sama diam..

Selepas memandu beberapa minit, aku sudah pun sampai di apartmentnya..aku mengikut langkahnya dari belakang..Semasa melangkah di laluan apartment rumahnya itu dapatku rasakan seperti ada orang ekori..aku hanya diamkan saja..sampai saja di depan pintu rumahnya..Mira tanpa banyak cakap terus masuk ke dalam rumahnya..

Aku hanya menunggu di depan rumah saja..tapi dari hujung mataku dapat menangkap 2 susuk tubuh sedang mengintip ke arah aku..aku diamkan lagi..dalam otak ku berfikir cara nak tangkap salah sorang dari mereka..

"Mira, Kalau dah siap kemas, cepat keluar..saya tunggu di depan saja". Sajaku melaung kuat didalam rumah itu..bagi lelaki misteri itu dengar..

"Baik Tuan" ..Jawabnya sambil melangkah keluar bersama satu beg..beg itu agak besar tapi ada dua..mungkin Aiman punya satu..

"Awak jangan keluar dari pintu tu!..berhenti sampai situ"..aku berkata berbisik perlahan sambil memandang ke arahnya..Dia seperti orang yang terkejut dan pelik melihat perubahan sikap ku ini..sebenarnya aku ingin me'leka'kan mata dua orang lelaki itu..

Lepas saja aku perasan orang mengintip itu leka bersembang..terus sahaja ke arah kanan dan berlari dengan laju..sambil menjerit "oii" kepada mereka....tapi nasibku tak baik kerana mereka sudah dapat meng'agak' tingkahku..lalu mereka berlari masuk ke dalam lif yang terbuka itu ...Aku menjerit kuat dan menekan button lif itu tapi tidak terbuka..'cis, sikit je lagi aku nak tangkap dorang..huh' ..keluhku kuat..aku masih berdiri di depan pintu lif tu lama..

Tiba-tiba aku baru teringat yang aku sudah tinggalkan Mira keseorangan.. 'aduh macam mana boleh tinggalkan dia sorang pulak..abis aku kalau dia hilang'..gumamku perlahan sambil berlari menuju ke rumahnyaa..Sampai saja di pintu rumah Mira..pintu itu terbuka luas..aku jadi kelam kabut terus masuk ke rumahnya sambil memanggil nama dia..'Ya allah, mana pula dia ni..janganlah buat aku risau'..bisik hatiku sambil tercari-cari kelibatnya..

"Mira..miraa!! Mana awak?!" Jeritku dalam rumah..dengan sepantas kilat aku terdengar seorang melanggar pintu seperti terhantuk je..mungkin kaget mendengar aku menjerit..aku melangkah ke pintu bilik itu..dan mengetuk..pintu itu dibuka dari dalam..kelihatan Mira keluar sambil menyapu dahinya yang lebam itu..aku terkaku sebentar melihatnya..bersyukur dia masih ada di depan mataku lagi..

"Aduhh.. ye Tuan, maaf saya pergi bilik air kejap tadi..Terkejut saya dengar Tuan menjerit sampai tak sempat nak bukak pintu dahi saya dulu yang cium pintu ni" katanya sambil mengaduh kecil..mungkin sakit..'apa tak sakit pulak, sampai lebam dahinya ..bermakna dia terhantuk kuat la dekat pintu tu Kamal oi!' getus hatiku.. Tapi Comel!..huhu

" Ehem, takde ape ...awak dah kemas ke belum barang awaktu..nanti dah malam tak elok pulak orang tengok saya masuk rumah perempuan"..Jawabku berdalih ..belum masa lagi nak bagithu perkara sebenar..

" Dah dah..saya tunggu Tuan la tadi..
saya fikir tuan tertinggal barang dekat kereta jadi saya masuk dalam balik..tapi kenapa Tuan nampak macam lepas berjogging malam ni? Tuan okay?.. Soalnya lagi..aku hanya berdiam..kalau cerita sekarang nanti dia takut..jadi nanti la dalam perjalanan..

" Takde ape..kalau dah siap jom kita gerak.." gesaku sambil berjalan menuju ke pintu rumah untuk keluar ..tapi sempat aku mengangkat beg di tepi pintu itu ..Aku melihat sekeliling semasa Mira sedang mengunci pintu rumahnya itu..lalu kami bergerak ke kereta..aku menekan minyak dan berlalu dari parkir ini untuk cepat pergi dari tempat ini..

Dalam perjalanan pulang, aku memandu sambil termenung jauh sambil hati berbisik.. 'kalau la Mira diculik tadi, taktahu aku jadi macam mana nanti..pasti seperti orang gila yang tak senang duduk..tapi kenapa aku bole jadi risau sangat tadi ye? Takkan aku dah sayang dekat dia? Tak mungkin la..aku bantu dia tadi sebab aku yang handle kes dia..sebagai pegawai polis aku perlulah menjaga keselamatan mangsa..betul tak?..Sebenarnya itu semua ego semata..hati dah terpaut tapi suka menidakkan hati dan perasaan..teruk si Kamal ni..

"Er Tuan, soalan saya tadi Tuan tak jawab lagi..kata nak cerita dalam kereta"..Mira bersuara membuat lamunan ke terhenti dan aku tersentak mendengar soalan itu..' perlu ke aku bercerita perkara sebenar kepada dia?..'aduh serabut'..keluhku perlahan..Dia hanya diam menunggu jawapanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience