Botak dan Komeng telah berjanji dengan Black untuk berjumpa di satu restoran yang mereka selalu lepak iaitu di restoran mamak..Mereka perlu berbincang mengenai seorang kanak-kanak bernama Aiman yang hilang.
Minggu lepas, semasa mereka membuat pemantauan pada setiap tugasan yang telah diberi kepada kanak-kanak itu..mereka dapati Aiman seorang sahaja yang tidak berjumpa dengan mereka untuk memberi hasil pada hari tersebut..jadi, mereka membuat keputusan untuk pergi ke tempat yang telah ditetapkan itu..
Setelah sampai di sana, Aiman tiada disitu..mereka bertiga telah bergerak ke semua tempat untuk mencari kelibat itu tetapi tidak jumpa disebabkan dengan orang ramai yelah namakan bandar metropolitankan..mesti sesak dengan orang setiap masa.
Saat mereka berjalan mendekati satu kedai ..mereka seakan dapat melihat seorang budak sedang berlari..
"weyh, tengok sana tu bukan budak si Aiman tu ke?" Kata Botak kepada 2 rakannya itu..
"yela, dia la tu..weyh jom kejar budak tu..pandai eh dia lari, siap dia kalau aku dapat" Balas si Komeng pula sambil terpaksa berlari anak kerana keadaan yang bersesak dengan orang ramai..
Tetapi, usaha mereka untuk mengejar budak itu tidak berhasil..kerana budak tersebut telah masuk ke dalam kereta seorang wanita dan kereta itu pun telah meluncur laju menyelit ke kereta lain sehingga mereka tidak dapat mengesan no plat pendaftaran kereta itu..
"Shit, s*al betul budak tu..macam mana budak tu boleh terlepas ..b*d*h" ..Maki si Botak lagi sambil menoleh ke arah dua rakannya..Mereka terpaksa berhenti mengejar kerana mereka sudah betul-betul berada di tepi jalan raya..jika diteruskan niat mereka untuk mengejar mesti nyawa mereka terbang sebabnya kereta sudah pun mula bergerak dengan laju setelah lampu trafik telah bertukar hijau...
-end flashback-
"Weyh ..apa rancangan kita lepasni sebab kita dah cari budak tu merata tempat tapi tak jumpa jugak..korang ada idea tak? Soal Botak kepada dua rakannya sambil menyedut minuman didepannya..
"Hmm..aku pun buntu sebenarnya nak cari macam mana..kita boleh je mintak tolong budak -budak lain cari sekali..tapi aku taknak benda ni sampai dekat bos kita walaupun hanya disebabkan seorang budak nyawa kita tergugat.." kata Komeng pula mengeluarkan pendapat..
" Kita nampak budak tu masuk dalam satu kereta perempuankan?..myvi kalau tk silap aku..tapi no plat je kita tk nampak..aku rasakan mesti mereka tu tak pergi jauh pon..hati aku cakap mereka tu tinggal dekat area sini je rasanya..kita just kena cari satu persatu kawasan sekitar sini..mana tahu terserempak ke ape ke kan?..kita perlu banyak masa sikit la untuk cari perempuan misteri tu" .kata-kata yang keluar dari mulut si Black tu ada benarnya... Mereka berdua mengangguk faham..
"So, kita kena buat kerja OT la ni kan? Disebabkan perempuan tu kan? Kalau kita dah dapat tangkap perempuan tu, jangan bagi lepas sebab dia dah menyusahkan kita semua" Dendam si Botak terhadap perempuan itu membuak..Rakannya itu hanya mengangguk tanda setuju..
Mereka telah pun berbincang sehinggalah mereka makan di sana sekali gus mencari idea untuk rancangan mereka supaya perkara ni tak disebarkan sehingga ke pengetahuan ketua mereka.
******
Esp.Kamal telah pun mengangkat punggungnya dari kerusi itu untuk bergerak pulang ke rumah selepas waktu bekerja sudah tamat..Seharian kerjanya hari ini dengan menganalisis setiap data kes jenayah yang berlaku..
Dia sudah diberi tugasan oleh orang atasannya di Bukit Aman untuk menyiasat kes ini kerana jenayah itu sering berlaku disekitar kawasannya..kes ini memerlukan komitmennya untuk menangani kes ini..Otaknya berasa letih kerana banyak maklumat kena simpan .. tetapi dia tidak pernah mengeluh kerana ini merupakan pekerjaan yang dia pilih dan dia berasa bertanggungjawab atas keselamatan orang lain..
"Assalamualaikum ibu" Aku memberi salam ketika melangkah masuk ke dalam kediaman villa itu..
"Waalaikummussalam..eh anak ibu tidur sini ke malam ni? Dah makan ke? Alang tu jom la makan sekali. Ibu dah masak tadi.." pelawa ibuku ..
"Mane ayah?"
"Ayah ade dekat atas dalam bilik..Kamal pergi la mandi solat maghrib dulu lepstu turun makan sekali ye"
"Okay ibu" kataku sambil melangkah naik menuju ke biliknya..
Seusai mandi, aku terus membentangkan sejadah untuk solat maghrib..aku menadah tangan untuk berdoa supaya dipermudahkan urusanku ketika berhadapan dengan kes jenayah ini..aku merasa sangat kerdil didunia ini tanpa bantuan dan petunjuk dariNya..Aku berserah sepenuhnya kepada yang Maha Esa..
Aku keluar dari bilik , niat untuk makan bersama keluarganya..semasa melangkah dia dapat melihat ayah dan ibuku sudah pun berada di meja makan..
"Eh, Kamal ada dekat sini ye? Bile sampai ayah tak perasan pun" tegur ayahku
"Ya ayah, baru je tadi sampai dekat maghrib itu sebab ayah tk nampak Kamal balik..ayah macam mana sekarang? Business ok?..Soalku kepadanya
"Ouh patutla tk perasan..ayah okay je . Business pun ok..alhamdulillah sampai jugak target walaupun tak banyak"
Ayahku sebenarnya telah membuat business perhotelan dan pakej perlancongan di setiap negeri.. anak syarikat ayahnya itu berkembang pesat sehinggalah ayah mendapat gelaran Dato' diatas usahanya..Tetapi dia sangat mengagumi ayahnya sendiri walaupun bergelar Dato' tapi dia tidak pernah sombong dengan orang sekelilingnya..
"Jomlah makan abang, kesian Kamal tu muka letih tu..mesti penat bekerja ..lepasni boleh la dia berehat " ibuku bersuara apabila melihat aku dengan ayahku bersembang di meja makan..
"Yelah awak ni..jom makan"..aku hanya tersengih kepada ibuku sambil mengangkat tangan untuk menerima huluran pinggan nasi yang telah disua oleh ibuku..
Aku makan dengan sangat berselera sebabnya dah lama tak dapat makan masakan ibuku..yelah sebelum ni aku akan tinggal dirumahku di kondo ..aku hanya balik ke villa bila ada masa lapang..
Selepas makan..aku duduk bersama ayahku di sofa sambil menonton televisyen ..tapi sekali sekala ayahku ajak bersembang pasal aku sekarang..semua pasal kerja aku..
Sekitar setengah jam berada di ruang tamu, aku meminta diri untuk berehat di bilik..aku sekarang ni cepat berasa letih mungkin disebabkan sibuk pasal kes jenayah itu tapi tak pernah pudar semangatku untuk menyelesaikan kes ini dengan cepat..
Aku masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air wuduk untuk menunggu solat isyak dalam beberapa minit sahaja akan masuk..aku membaca alquran kecilku semasa menunggu..setelah mendengar azan berkumandang..aku terus menyudahkan membaca al quran dan solat isyak..
Aku menghempaskan badanku di atas katil empuk bersaiz king itu..sambil dia terleka memikirkan kes itu..dia tiba- tiba terbayang wajah manis Cik Amira..sebenarnya hatiku juga terpaut padanya saat pertama kali berjumpa tetapi aku hanya mengendahkan perasaan itu ..sebabnya tidak tahu..kelakarkan?
"Apalah dia tengah buat sekarang ye?" Sejak dari berjumpa hari tu tak de pun dia terima panggilan daripadanya..
"Astaghfirullahalazim, macam mana aku boleh terfikir pasal dia.." bisik hatinya..
Share this novel