Saat yang di nanti telah tiba..
"Arghh abang -abang ..aduh sakit"..terjerit kecil aku dibuatnya apabila air jernih mengalir di celahan kaki..
Ketika itu aku berdiri di tangga untuk ke ruang tamu bersama keluargaku yang lain sambil memegang perut yang sudah memboyot..mukaku berkerut menahan sakitnya..
Semua mata yang sedang tekun menonton televisyen berasa terganggu dengan jeritanku lalu mengalih pandangan ke arahku..
"Ya allah sayang!"..Laju saja langkah suamiku menuju ke arahku..
"A-abang S-sakittt"..Kataku perlahan sambil mengenggam lengan sasa itu..
"Haa?!! Sayang nak bersalin dah ke ni?". Soal suamiku pelik..
Aku hanya mampu mengangguk..Baru saja ingin membalas ada satu suara mencelah..
"Ya Allah kamu ni Kamal boleh pulak bersoal jawab dekat situ..Bini kamu ni dah nak bersalin pergi ambil beg pakaian sekarang!"..Arah ibu mertuaku tegas dalam lembutnya..
Terus saja suamiku berlari naik menuju ke bilik mengambil beg pakaian yang telah aku sediakan..
Ibuku serta yang lain menerpa ke arahku untuk memapahku ke kereta yang telah disediakan oleh bapa mertuaku..
"Perlahan-lahan jalan tu Ainnur.." ibuku menegurku..
Aku hanya mampu mengangguk..
Kelihatan suamiku kelam kabut..
"Kamal, cepatlah! ..apa yang kamu tercari-cari lagi tu..Kamu nak ke isteri kamu bersalin dalam kereta?!"..sekali lagi ibu mertuaku bersuara..
"Haa haa..okay ii"..Berlari anak suamiku menuju ke arah kami..
Dan kereta Vellfire milik keluarga mertuaku bergerak menuju ke hospital .
Suamiku cuba menenangkan aku..lengannya aku genggam erat..
"Sabar sayang..sekejap lagi sampai..Selawat banyak-banyak sayang"..Suamiku bersuara..
Aku hanya menggemam mulut..Perasaanku semua sekarang bercampur aduk..Yang paling penting sakit tak tertahan..
"A-abang ampunkan salah silap saya dekat Abang..Andai nantii.." Tak sempat aku menyambung ayat terus saja di sampuk oleh suamiku..
" Sayang..InshaAllah takde ape..Sayang tak pernah buat silap dengan abang..Sayang jangan fikir bukan-bukan..Abang doakan segalanya berjalan lancar..Abang masih perlukan sayang dan baby dalam hidup abang..InshaAllah everything will be okay sayang"..ujarnya sambil mengusap bahuku..
Tempat yang dituju sudahpun sampai..Aku telah di tolak masuk ke labour room dengan ditemani oleh suamiku..
******
Kedengaran tangisan bayi memenuhi ruang labour room hospital..
Alhamdulillah aku selamat melahirkan sepasang bayi kembar dengan normal..
Dalam keletihan, dapatku lihat wajah-wajah ceria yang terpancar oleh semua ahli keluargaku..Terutama sekali suami aku..dalam menyambut khalifah kecil kami..
Setelah menyusu kedua-dua bayi, aku meminta untuk tidur sebentar untuk menghilangkan sedikit lelah..
******
Bermulalah sesi berpantang aku..Semuanya telah di atur rapi oleh ibu mertuaku..Ibuku pula akan menetap seminggu selepas itu akan pulang ke kampung ..
Selama dalam tempoh berpantang ..suamiku selalu saja balik awal dari tempat kerja untuk menjenguk anak-anaknya..
Aku menilik lama wajah anak-anakku..Masing-masing diam tidur tidak berkutik langsung walau di hagah oleh babanya..
Kelihatan wajah mereka saling tidak tumpah dengan wajah suamiku..hidung , bibir dan mata semuanya kelihatan sama seperti babanya..Hanya kulit cerah saja di warisi oleh mereka yang kelihatan sama seperti aku....
Dalam aku mengelamun..
Ada satu suara berbisik di telingaku .
"Sayanggg!"..Panggil lembut suara itu sambil mencium lembut pipiku..
Aku yang terkejut terus menampar lembut lengan itu..pipiku mula kemerahan menahan malu ..Ibu mertuaku hanya tersengih melihat aku .
Aku menjeling ke arah suamiku sambil bersuara..
"Ishh, abang ni..tak malu ke orang dengar"..Bisikku perlahan.. yelah, pintu bilikku terbuka luas..
Wajah itu hanya tersengih lalu mendekatkan semula ke telingaku untuk berbisik..
"Abang rinduu sayangg" ..ujarnya mengada..
Dengan sepantas kilat, aku mencubit perut itu ..Pecah ketawa suamiku melihat gelagat aku..Nasib baik si kecik tidur tidak berkutik..
"Abang ni kan...Sayang tengah berpantang tau..Abang jangan macam-macam.." tegas saja suaraku memberi amaran sambil menjeling geram..
'Arghh suamiku! nasib sayang oi '..rungutan dalam hati..
"Yelah-yelah..Abang tahu la sayang oi..Abang tengah 'puasa' ni..Saja nak sakat kesayangan abang ni..Yela, dah lama tak bermanja kan"..Lembut saja suara itu seakan menggodaku..Sempat lagi mata itu dikenyitkan..
Setelah suamiku menyakat aku tadi..Terus saja dia bergerak ke sebelah kiri katil untuk mendapatkan bayi kembar perempuan kami..
Yang seorang lagi, lelaki sudahpun lena di 'baby coat' berhampiran katil..
Aku hanya memerhati saja tingkah suamiku ..Dia mencium bayi itu sehingga bayi kami bergerak kecil mungkin berasa rimas dan rasa terganggu..
"Abang, Janganlah kacau baby tidur..Nanti dia menangis lagi..Sayang suruh abang tidurkan dia..Nak? Dahlah abang baru balik kerja..Pergilah mandi solat dulu.." Tegurku lagi..
"Alah, abang geram je dengan baby kita ni sayang..Tidur lena sangat..Yelah..Nak kacau mummy dia tak dapat..Kita kacau baby dia..ye dok?"..Balas suamiku sambil tersengih .
Ade saja idea ingin mengenakanku..Aku hanya mengeleng kepala..Kelihatan bayi perempuan kami mula merengek..
"Shutt shutt"..aku menepuk kecil paha itu supaya dia lena kembali..
"Dah- dah..Baik abang pergi mandi..Atau abang nak kena tidur luar malam ni?" Ugutku..
"Okay, abang pergi mandi"..laju saja langkahnya apabila melihat aku mahu berang..
Geram tu ade..Tapi suami kan..Saja nak cakap garang..nak tengok reaksi dia! Hahaha..Alang-alang praktis jadi ibu ..hehe
**********
"Sayang, jom makan..abang ade bawak lauk pantang...ibu masak tadi" ..Kata suamiku sambil datang menghampiriku dengan membawa dulang..
"Alahh, abang kenapa susah-susah bawa makanan ni..Sayang boleh jalan keluar makan dekat dapur"..Kataku perlahan..Terharu juga dapat layanan istimewa .
Sejak aku bersalin..Bilik kami sudah di tukar ke tingkat bawah bagi memudahkanku untuk bergerak ke dapur sendiri..
"Takpelah sayang, tak susah manapun.."Jawab suamiku sambil meletak dulang di sebelah meja kecil berdekatan katil..
"Takpelah kalau macam tu..Kejap ye, sayang tengah menyusu"..Kataku sambil menepuk lembut punggung bayi lelaki kami..Sungguh kerap dia menyusu..
Aku perasan suamiku sedang merenung saja bayi kami sedang menyusu..Aku perasan mata itu melihat asetku..Terus saja aku menutup sedikit bahagian itu..
"Ehemm..mata tu gatal ye!"..tegurku..
"Alah, abang tengok je..Lagipun tak salahkan abang tengok..Isteri abang jugak.." Suamiku mula mencebik ,merajuk mungkin!
"Nak tengok tu nantilah..Bukan sayang tak bagi tengok terus!"..Saja aku pancingnya..
"Betul ni? Malam ni dapat tengok tak?" Soalnya ceria..
******
Setelah memastikan kedua-dua bayi kembar kami tidur..
Aku bergerak perlahan mendekati suamiku..Mungkin keletihan seharian dengan kerja dengan bayi perempuan kami yang suka merengek saja..Dengan baba dia saja baru nak diam..mujur saja rengekan itu sekejap saja..
Aku menutup lampu ..kini hanya tinggal lampu tidur di sebelah katil..Aku menghenyak sehingga ke badan suamiku untuk memeluk badan sasa itu..
'Sekarang adalah masa untuk aku bermanja pulak!' gumamku..Pillow talk! ..Dengan keadaan samar-samar..Terasa romantik pula walaupun sedang berpantang..
Aku menoleh sambil menilik wajah suamiku..Matanya sudah tertutup..Mungkin keletihan..Aku mengusap lembut wajah itu..Lalu, cepat saja mata itu mencelik..
"Abang okay? Abang mesti penatkan..Balik kerja kena layan Amena lagi yang nak dekat abang je..Sayang kesian tengok abang"..Ucapku perlahan.
Ya sebelum terlupa, bayi kami telahpun punyai nama.. yang perempuan bernama Ain Amena manakala yang lelaki Kyashaf Iman..Dua nama itu telah dipilih oleh kami sendiri..
Wajah itu tersenyum manis mendengar kataku..lengannya menarikku supaya aku dapat memeluknya lebih erat..Kepalaku di rehatkan di dada bidangnya..Rentak jantungnya juga tenang..Tangan sasa itu lembut mengurut rambutku..
"Dalam hidup abang sejak sayang hadir..Abang belajar untuk tidak pernah sekali abang mengeluh rasa penat ataupun letih..Kerana sayang adalah amanah dari Tuhan untuk abang.. Sayanglah penyejuk mata dan penyeri di hati abang..Sayang umpama pelangi yang hadir dalam hidup abang.."
Jeda. Aku mula menahan sendu..aku diam untuk memberinya ruang..Aku menyapu lembut dada itu..Terdengar nafasnya tersekat kerana menahan rasa..Aku dapat rasakan..
"Abang tak pernah rasa menyesal dalam mengenal diri sayang..Malah, abang bersyukur sebab Tuhan menghantar seorang wanita yang mampu lalui susah senang dengan abang.."
Pelukan dieratkan..Bahuku mula menggeletar..Ya! Aku menangis tapi dalam diam..Risau 'permata' kami terjaga..
"Abangg"..Dalam sendu masih lagi ingin memanggilnya..Aku tak mampu nak dengar ayat seterusnya..Kerana aku berasa sangat dihargai dan diperlukan dalam hidupnya..
' I love you Abang!' Jeritku hatiku..
"Sayang janganlah menangis..Abang rasa kalau sayang tak hadir dalam hidup abang..Pasti abang akan masih menjadi seorang yang beku..Sayanglah yang bawa semua rasa dalam diri abang..Dulu, abang tak pernah rasa bahagia seperti ini..Sayang sangat melengkapi hidup abang..Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang..Dan maaf andai abang ada berkasar dengan sayang.."..ujarnya lagi..
Aku mendongak melihat wajah itu yang sudah di basahi air mata..Ketahuilah sesungguhnya andai seorang lelaki menangis kerana dirimu..bermakna engkau sangat penting dalam hidupnya..Kerana lelaki tidak akan menangis tanpa sebab kerana egonya..Betul?
"Abang tak pernah sakitkan hati sayang mahupun berkasar..Sayang juga sangat bersyukur sebab Tuhan hadirkan seorang lelaki yang baik hati dan sanggup menjadi pelindung sayang waktu susah dulu..Sungguh hebat perancangan Tuhan dalam hidup kita abang..Andai abang tidak hadir..Mungkin sayang dah lamaa tak-..
"Shuhh, tak baik sayang cakap macam tu..semua ini telah tertulis takdir kita begini..Jodoh kita datang dengan cara seperti itu..Tapi abang tak pernah rasa terbeban..Malah abang bersyukur dengan semua ini..Abang harap kasih sayang kita kekal hingga ke jannah..Dan abang harap kemanisan dalam rumah tangga ini dapat di kekalkan bersama..Aminn"..Katanya sebelum mengucup dahiku..
Hati berasa tenang dan damai apabila berada dalam pelukan itu..Seolah-olah ada satu rasa meresap ke dalam diri aku..
" I Love You Abang". Kataku perlahan..
" I Love You Too Sayang" Jawabnya lagi..Malam itu kami tidur dengan lena sekali..Masing-masing tidak ingin melepaskan pelukan hangat itu.
Alhamdulillah, doaku telah termakbul untuk bertemu dengan seorang yang menjadi pelindung diriku..Terima kasih Tuhan dalam kurniaanMu ini..
-The End-
*****
Hye readers semua..
Akhirnya novel D.S.A telah melabuhkan tirainya..
Jutaan terima kasih kepada semua reader kerana sudi membaca karya cahaya..Sejujurnya, cahaya masih lagi bertatih dalam bidang penulisan..Cahaya harap karya ini dapat diterima ramai oleh semua pihak..
Maaf, seandainya karya ini tidak dapat menepati sesetengah citarasa kalian semua..Karya ini dicipta hanya untuk mengisi masa lapang..
Dan maaf sekali lagi kerana Cahaya mungkir janji dalam meng'update' bab setiap hari seperti yang dijanjikan sebelum ni..Semua ini kerana kekangan masa dan kerjaya..Harap semua faham..
Okay, sampai di sini saja ..Harap readers dapat enjoy membaca karya cahaya.. Cahaya sayang semua readers karya ni..Thankyou so much.. !
pss: Kalau ade pesanan or idea nak bagi cahaya create novel baru..Boleh lah komen ye..muah! bye seeyaahh
Share this novel