Bab 8

Action Completed 25770

Di Villa..

Aku memandu masuk dan memarkir di belakang kereta ayahku Ranger Rover itu.."adik, jom kita masuk rumah abang dulu"..pelawaku kepadanya..Aiman terlihat seakan terpegun melihat Villa mewah itu besar dan cantik..Seumur hidupnya dia tidak pernah tengok rumah secantik ini dengan biji matanya sendiri..

"Inii rumahh abang kee?" Dia ternganga sambil matanya melihat kawasan itu..

Aku hanya mengangguk dan keluar dari kereta lalu membuka pintu sebelah penumpang untuk Aiman keluar..aku memimpin erat tangannya untuk masuk ke rumah..

"Assalamualaikum ibu ayah" Aku memberi salam sebelum melangkah masuk bersama Aiman..

"Waalaikummussalam..ibu ayah dekat dapur ni..mari la sini boleh makan sekali" ibuku menyahut dari arah dapur..Kelihatan ayahnya sedang membaca surat khabar dan ibunya baru keluar dari dapur sambil membawa juadah petang untuk dihidang..

"Eh Kamal, siapa budak tu? Mana kamu jumpa dia?"..aku hampir terlupa nak kenalkan Aiman dekat ibu dan ayah ku..aku terfikir macam mana nak kenalkan Aiman..sebab ceritanya panjang..takkan la aku nak cerita pasal kes tu..aduh..fikir- fikir..

"Ouhh ..hehe lupa pulak nak kenal kan..Aiman salam auntie dan uncle?"..pintaku kepadanya..Aiman bergerak menyalam kedua orang tuaku..
Ibuku mengusap kepala Aiman sambil tersenyum..

"Nama dia Aiman, Kamal bawa dia balik sini kejap sebab kakak dia minta tolong jaga sebab ade kecemasan..kena pergi..Tapi malam nanti baru dia datang ambil" rekaku sambil gagap..

Ibu dan ayah ku memanggil Aiman untuk makan bersama dan aku bergerak ke meja makan untuk melabuhkan punggung di sebelah Aiman berhadapan dengan ibuku..Aku bersyukur kerana mereka dapat menerima kedatangan Aiman dengan hati terbuka dan melayannya dengan baik sekali.."terima kasih Allah  kerana kau telah meng'hadiah'kan ibu bapa yang sangat pemurah hati kepadaku".

Kami makan sambil tenang dengan suasana yang riang sambil mendengar gelak tawa Aiman dan orang tua ku..

Selepas makan, aku membawa Aiman memasuki bilikku untuk berehat..aku duduk di birai katil sambil mengeluarkan telefon untuk menghantar mesej kepada Amira..aku mencari chat dari Sjn.Shafiq lalu menekan nombor yang diberi dan save ke kenalan aku..setelah itu, aku terus menghantar alamat rumahku dengan ringkas..

Aku melihat ke belakangku, terlihat Aiman tidur lena mungkin disebabkan kekenyangan dan kepenatan berlari di Mall ..aku melangkah masuk ke bilik air untuk mengambil air wudu untuk solat asar..

******

Aku bersiap-siap ala kadar je dengan memakai tudung bawal serta baju muslimah dan skirt labuh asalkan menutup aurat..nampak santai "dah malam..tak perlu nak berlawa sangat"..hati kecilnya berkata.. setelah berpuas hati sambil berdiri menilik di depan cermin, aku bergerak melangkah keluar dengan tangan mencapai kunci kereta..tapi sebelum bergerak aku menghantar mesej kepada Esp.Kamal..

"Salam tuan, saya OTW ke rumah tuan"..
Sent..sambil aku membaca alamat itu..

Dalam 15 minit aku memandu, sebenarnya kawasan itu tidak jauh dengan rumahku tapi dia sesat sebab tidak tahu selok belok ke rumah villa itu.."ouh dekat sini je..apasal aku boleh berpusing- pusing pulak cari kawasan ni" ..aku melihat di situ rumah Villa berderet tapi paling hujung ade sebuah villa besar di situ..aku menelan air liur ..

Aku memarkir kereta di depan Villa itu sambil mataku membaca papan berwarna emas bertulis ' Villa Kediaman Dato Seri Khalif dan Datin Seri Aminah'..aku keluar dengan perasaan was-was takut salah rumah..buat malu je..dah la kediaman orang berada..

Aku melangkah keluar sambil menuju ke bahagian tepi pagar terdapat button loceng..aku menekan sambil berkata nama aku di peti perakam suara itu..dengan tiba-tiba pintu pagar rumah itu terbuka dengan automatik..aku disebelah itu terkejut..'buat malu je kau ni kalau orang tengok kau terkejut..haishh' rungutku di dalam hati..

"Cik Ainnur Amira, masuk la" suara garau itu menegur dan menjemputku untuk masuk ke dalam rumahnya ..

"Bbaikk tuan" aku bersuara sambil gugup..'haih hati asal laju sangat berdegup ni..sabar-sabar'..

Aku menunduk sikit kepala apabila sudah berhadapan dengannya..dan mengikut jejaknya untuk masuk ke dalam rumah..dapat mataku mengerling ke sekitar rumah itu..tiba- tiba aku rasa diri ini kerdil..segan sebenarnya kerana rasa macam berada di dua dunia yang berbeza..aku hanya hidup bersederhana dan Esp.Kamal orang senang..

" Ibu ayah ini la akak kepada Aiman, nama dia Ainnur Amira.."Tuan Kamal memperkenalkan aku kepada orang tuanya..

"Assalamualaikum Dato Datin" aku bersuara lalu bersalam dengan Datin Aminah ..

"Waalaikumussalam..eh apa panggil Datin ni, panggil ibu jela..kalau segan panggil je auntie..jangan la segan-segan" katanya sambil tersenyum manis..aku lihat wajahnya sangat awet muda walaupun nampak garisan halus sedikit tapi tetap nampak cantik..

" Duduk la dulu amira, auntie nak hidangkan minum jap..borak la dulu dengan uncle" pelawanya..

"Amira orang mana dan tinggal di mana?" Dato itu menyoal ketika aku mahu duduk di atas sofa mewah dan empuk itu..

"Saya asal orang Perlis tapi saya menetap di KL sebab bekerja disini" jawabku ringkas sambil memberi senyuman kepadanya..ketika aku bersembang aku rasa seperti gerak geri aku diperhatikan tanpa sesaat mata itu memandangku..aku menjadi lebih segan..

Ibu Tuan Kamal berjalan sambil memegang satu dulang air serta kuih dan dihidangkan di atas meja itu..dan menuangkan air ke dalam cawan dan dihulur kepadaku..aku menyambut huluran itu sambil mengucap terima kasih serta senyuman ..

"Eh yang kamu pandang Amira macam nak 'makan' je tu kenapa Kamal? Pergi panggil Aiman turun kesian dia duduk diatas sorang-sorang" tegur ibunya kepada dia..aku menoleh ke arahnya dengan itu mata kami bertembung sebentar sebelum dia nampak tersentak dengan teguran ibunya itu.. dia berlalu naik ke atas.

Beberapa minit kemudian, aku menoleh ke arah tangga kerana nama ku dipanggil oleh Aiman.."akakkk akakk" panggilnya riang sambil berlari ke arahku..

" Ya Aiman , mari duduk sini" aku ketawa melihat keletah Aiman seakan menghibur hatiku..aku lupa yang sekarang aku berada di rumah orang..tiba-tiba aku dapat melihat semua mata melihat kami berdua..aku tertunduk malu..

"Wahh happy ye Aiman jumpa kakak dia" kata Datin Aminah sambil tersenyum melihat kami ..kedengaran Dato juga tergelak kecil mungkin terhibur juga..

"Mari la minum, sejuk dah air ni" pelawanya kepada semua..

" Dingg ding ding" aku mengerling ke arah jam dinding itu apabila mendengar bunyi jam besar itu berbunyi menunjukkan jarum pendek di angka 10 dan jarum panjang di angka 12..bermakna dia sudah sejam lebih berada di rumah mewah tu..

Aku mengambil keputusan untuk beransur pulang kerana esok aku sudah mula masuk kerja seperti biasa..

"Hmm..auntie uncle , saya minta diri dulu sebab dah lewat dah..esok saya dah masuk kerja" aku menuturkan kata itu dengan perlahan ..

"Ouh yela mira, kalau ada masa lapang datang la rumah ni bawa Aiman sekali ye..ouh lupa nak tanya , mira kerja ape ye ?" Datin bertanya kepadaku lembut..

"InshaAllah auntie, saya kerja biasa je , saya mengajar di kolej swasta dekat kawasan ni saja" terangku kepadanya sambil semua mata melihat aku seolah-olah aku sedang disoal siasat oleh polis..

"Wah.. pensyarah ye mira? Semoga berjaya di masa hadapan" Dato Khalif pula bersuara sambil mendoakan kejayaan aku..aku hanya mengangguk ..

"Aaminn terima kasih uncle auntie dan tuan Kamal untuk malam ni" aku mula berdiri perlahan menunjukkan tanda hormat kepada mereka sambil menarik tangan Aiman untuk berdiri sama dan menuju ke Datin Aminah untuk bersalam..

"Jaga diri ye Mira" pesannya seperti mengambil berat kepadaku..aku sangat terharu terhadap layanan keluarga Tuan Kamal kepadaku..dan tiba-tiba aku rindu ibu dan ayahku dikampung..hmm

"Mari saya hantar awak" suara garau itu berkata ..sebenarnya semasa sembang tadi dia hanya memerhati sahaja tidak bersuara langsung..aku tak tahu kenapa..

Aku mengangguk dan Aiman berjalan beriringan dengan aku sambil melambai ke arah Dato dan Datin di muka pintu ..mereka membalas lambaian itu sambil tersenyum manis..dapat aku simpulkan keluarga Tuan Kamal ni murah dengan senyuman membuatkan semua orang yang berada dekatnya pasti selesa ..

" Hmm, mira saya nak tanya sikit..macam mana awak boleh terlepas dengan dua orang lelaki di Mall hari itu?" ..akhirnya dia bersuara meluahkan tanda tanya yang sering bermain di kepalanya itu..

" Ouh ye..hee saya dulu ada belajar taekwondo sampai tali pinggang hitam waktu di sekolah menengah..tapi sekarang dah terlupa sikit " kataku sambil rasa segan apabila mata itu merenungku..

Iya, sebenarnga aku dulu telah dipaksa untuk masuk taekwondo oleh ayahku..kerana seni mempertahankn diri itu perlu ada walaupun sikit..aku hanya menurut sahaja walaupun pernah ponteng..huhuhu

"Ouhh bagusla kalau macam, patutlah lincah .. takde la saya risau sangat..hati-hati ye balik tu" pujinya sambil tersenyum..aku hanya mengangguk kepala dan beredar dari situ..

Di dalam kereta, aku berfikir kenapa jantung aku ni rasa macam nak pecah kalau berada dekat sambil bercakap dengan Tuan Kamal..' haishh tak boleh suka Tuan Kamal Ainnur, kau dengan dia jauh beza' bisik hatinya sambil menggelengkan kepala..

Perlakuan aku diperhati oleh Aiman lalu dia bersuara.." Akak kenapa geleng kepala tu? Akak sakit kepala ke?" Tanya polos kepadaku..aku hanya memberinya senyum manis..

Ketika sampai di rumah, aku menyuruh Aiman berehat di dalam bilik sebab dah lewat sangat..esok aku dah masuk kerja..aku terus membuka tudung dan menukar baju lalu menyarung baju tidur sebelum diulik mimpii...

****Hai korangg..terima kasih sebab sudi baca novel sis yang tidak seberapa ini..thankyou for your support...jangan lupa komen dan follow ye semua..luv u alls..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience