Bab 10

Action Completed 25770

Bismilahh..aku mencuba nasib..Dengan perasaan gementar aku menekan nombor Tuan Kamal..

Tutt tutt..
aku menunggu dengan sabar..

"Tutt tutt"
'Tak pelah kalau tak angkat, mungkin dah tidur'..hatiku risau..Hampir saje aku mahu menekan button merah..

"H-hello ?? assalamualaikum cik amira?? ..Tiba- tiba suara garau itu menegur..

" Eehemm, maaf Tuan mengganggu, err saya nak minta tolong sikit boleh?" Kataku perlahan sambil berdehem untuk membetulkan suara supaya tak dengar seperti orang baru lepas nangis..

" Ye takpe..Minta tolong ape tu? Awak okay ke? Macam baru lepas menangis je? Ade apa-ape berlaku ke?" Soalnya kepadaku..suara dia yang mengambil berat pasalku itu selalu membuat hatiku cair..payah ni..

"Err maaf Tuan, iskkk..tadi ade 3 orang lelaki datang rumah saya..iskk iskk..lepastu dorang tampal kertas dekat grill rumah saya.. iskk..saya tak kenal mereka..mereka pakai baju serba hitam dan topeng muka" aduku sambil tersedu..sebenarnya malu untuk bercerita sambil tersedu..Aku sejenis kalau dah menangis memang cepat sedu..

"Ouh yeke! ..awak dalam bahaya ni..ok..awak calm down dulu..sekejap lagi saya datang sana..awak siapkan baju ape patut dengan Aiman sekali..awak hantar location dekat nombor saya ..now!" Arahnya..Aku yang tersedu tadi terus hilang sedu terkejut dengar arahan dia..Dengan pantas, aku kemas ape yang patut dan mengejut Aiman..

'Macam tu ke dia bagi arahan dekat anak buah dia? ' tiba-tiba rasa seram pulak datang menghuni dalam diri..

Aku menghantar location ke nombornya..

-- Awak duduk diam dekat dalam rumah tu, nanti kalau saya dah sampai depan rumah awak ..saya call awak..- Tuan Kamal

Mesej itu aku baca dan terus hiraukan kerana aku ingin mengemas barang Aiman pula..

*****
Villaa Kamal..

'Patutla rasa tak sedap hati je..mata pon segar je..rupanya ada benda nak jadi' bisik hatinya..

Aku terus bingkas bangun dari baringku dan terus bersiap untuk mengambil Amira ..sebelum melangkah turun ,aku mengambil pisau rambo di dalam laci dan meletakkan di pinggangku sebagai keselamatan diri..

"Eh abang nak pergi mana malam-malam ni? "Tiba-tiba aku di tegur oleh adikku..pandangannya pelik sambil mengerutkan dahinya..

"Eh Ana, tak tidur lagi ke? ibu ayah dah tidur ke? Ana boleh tak abang nak minta tolong..malam ni abang akan bawa Akak Mira tidur sini, boleh tak dia tidur sebilik dengan adik? ..Soalku

Sebenarnya banyak je bilik kosong ..tapi entahla tiba-tiba je nak suruh dia tidur dengan adik aku..lgistu boleh je minta pembantu rumah bersihkan bilik kosong yang lain..tapi tak sampai hati sebab dah malam sangat..lagipun mereka dah berusia ..

" Kenapa abang? Boleh je..lagipun adik boleh berkenalan dengan buah hati abang tu.." sakatnya..
' aihh sempat lagi sakat aku budak ni ee' ..marahku dalam hati..

"Nanti abang cerita..tolong bagitahu ibu ayah sekali tau..takut esok dorang terkejut tengok ade tetamu pulak" pesanku sebelum bergerak ke kereta..

Aku membelek telefon untuk melihat location rumah Amira dan menghantar mesej sebelum bergerak ke rumah itu ..

" You have arrived at your destination" suara dari waze itu memberitahu aku bahawa aku sudah pun sampai di apartment Mira..aku memandu masuk ke kawasan parking dan memarkir betul- betul di sebelah kereta Myvinya..

'Rumah dia no 14 tingkat 3 ' gumamku sambil itu mataku melihat keadaan di sekeliling..takut diserang hendap boleh la bersiap sedia..

Aku berjalan mencari no.rumahnya..

Aku pelik kenapa ada satu kertas ditampal di bahagian grill rumah Mira yang bersimbol 'X' besar menggunakan cat merah..lalu tanganku menyentap kertas itu dengan keadaan marah serta sampul coklat itu aku simpan di dalam poket seluar..
Aku menelefon Amira dan mengatakan aku sudah berada di hadapan rumahnya..

Setelah beberapa minit, dapatku lihat wajahnya yang muram sepertinya baru lepas menangis dan bercampur takut ..

"Awak dah siap ke semua?..Aiman mana?..tanyaku

" S-saya dah siap..Aiman tengah tidur lagi dekat dalam bilik..saya dah kejut tapi dia tak bangun mungkin letih main" jawabnya sambil membuka kunci grill pintu rumah itu..

"Takpa biar saya angkat dia..awak pegang barang ..mana biliknya?" Soalku lagi..sambil mata melihat keadaan rumah itu..'bersih, kemas dan cantik juga' getus hatinya memuji..

"Okay, ini biliknya..saya amik beg sekejap"..katanya lalu masuk ke bilik berhadapan bilik Aiman..

"Ikut saya ke kereta..naik kereta saya..esok baru saya hantar balik sini amik kereta..sekarang dah lewat malam"..Tawarku kepadanya sambil kaki melangkah keluar rumah dan menunggunya mengunci pintu..sebelah tangan kiriku mendukung Aiman dan kepalanya diletakkan dibahu ku..sebelah lagi memegang beg Aiman..

" Okay tuan" angguknya faham..aku mempercepatkan langkahku ke kereta Audi kepunyaanku...

" Malam ni awak bermalam di rumah saya dulu..maksud saya rumah family saya yang awak pernah datang dulu"...Aku bersuara lagi..Dia seakan terkejut mendengar kata-kataku..pelik ke?

"Er..maaf menyusahkan Tuan malam-malam ni" katanya seperti serba salah.. Aku hanya mengangguk sahaja sambil mengerling ke arah Aiman yang sedang tidur di seat belakang..

*******

Sepanjang perjalanan suasana sunyi sepi..keretanya dipandu laju kerana tiada kereta ketika itu..

Aku yang duduk di seat sebelahnya hanya mengerling ke arahnya yang sedang fokus memandu sebentar sebelum memandang ke depan..Aku jadi serba salah sebab menyusahkannya..Tapi aku tiada pilihan lain sebab tak nak kawan perempuan aku lain terlibat sama..

'Huh' aku tiba-tiba mengeluh kuat..

"Kenapa?" Suara itu tiba-tiba menegurku ..mungkin sebab aku mengeluh kuat sangat..' aih la kau ni mengeluh pun agak-agak la' marahku dalam hati ..sambil menepuk mulutku sendiri ..

Perlakuan spontan aku tu mengundang ketawa daripadanya...aku melihat dia yang sedang ketawa kecil ..'ouh my god, cair lagi aku' gumamku perlahan..

" Er..takde ape" jawabku sambil tersengih dan menunduk kerana malu ..

Dalam beberapa minit kemudian,

Sampai sahaja di depan villa mewah itu, kereta diparkir dengan elok...Aku melangkah keluar sambil memegang beg..Aku melihat Tuan Kamal mendukung Aiman sambil bergerak masuk..

Aku terkaku sebentar di muka pintu kerana melihat Dato, Datin serta perempuan yang aku jumpa di Mall hari itu duduk di sofa ruang tamu sambil memandang kami berdua..aku rasa macam aku ni anak pelarian pon ada..

"Awak tercegat dekat situ kenapa? Jadi mak guard dekat pintu ke? Tegur suara garau itu...aku tersentap lalu memandangnya sekilas lalu berjalan ke arah auntie untuk bersalam..
' Sampai hati cakap aku macam tu..nasib baik minat tau' geramku ..

" Wah berjumpa lagi kita Amira, meh la masuk..jangan segan-segan dengan kami" Datin Aminah mempelawaku..aku dengan senang hati tersenyum manis kepadanya..aku rasa layanan sungguh baik walaupun berpangkat..

"Ye datin, eh auntie..maaf mengganggu auntie, uncle dengan aww??..Auntie tak tidur lagi ke? Maaf sangat menyusahkan keluarga auntie" selorohku sambil menunduk segan dan serba salah mengganggu tidur malam mereka..

Aku melihat Tuan Kamal menaiki tangga mungkin menuju ke biliknya untuk menghantar Aiman dan turun ke bawah sambil menuju ke arah perempuan itu dan duduk disebelahnya ..' hmm..pasti isterinya..hancur hatiku..huarghh' hatiku menangis sayu..

"Takpe la Amira, rumah ni sentiasa terbuka untuk menerima Mira..ouh yang sebelah Kamal tu adik Kamal, Farhana namanya..malam ni Mira tidur sebilik dengan Ana ye sebab auntie tak sempat nak kemas bilik kosong.." Dia menarik aku untuk duduk disebelahnya..

"Kami pon sebenarnya terkejut sebab dengar dari Ana yang abangnya tu nak bawa tetamu..kami pun bergegas turun dan menunggu dekat sini..rupanya Mira tetamu tu" sambungnya lagi sambil mengelus lembut tanganku..

Aku rasa macam layanan ibu kepadaku..'ouh rindunya dekat ibuu' hatiku menjerit..

"Sudah la tu sayang, kesian Mira..bagila dia rehat..lagipun dah malam ni..esok -esok la sambung bersembang pula" Dato pula bersuara ..mungkin kepenatan..lagi serba salah aku jadinya..

"Ouh yelaa ..Mira rehat la ye..tidur dengan Ana..Ana bawa Mira tidur di atas..Mira pergi la rehat ye" ..lembut saja suara itu menyapa ke telingaku..aku mengangguk kepala sambil mengikut jejak Farhana, adik Tuan Kamal..

" Kamal naik atas dulu la ibu ayah..ibu ayah jangan tidur lambat ye..assalamualaikum" ..aku terdengar suara garau itu meminta diri untuk beradu..

Sesampai sahaja di bilik Ana, aku mataku terbeliak melihat setiap sudut bilik itu elegan sekali..cantik sangat , luas dan besar..

"Masuk la kak, jangan la segan..bilik Ana ni biasa je..malam ni akak tidur dekat atas katil sekali dengan Ana ye" Ana bersuara setelah berdiam diri di ruang tamu tadi..
' dia kata biasa je? Dia tak tahu ke bilik dia ni besar.. separuh besar rumah apartment aku tu..bertuah sangat dia' bisik hatiku..

"Terima kasih Ana sebab bagi akak tumpang bilik Ana..Cantik bilik ana.." pujiku sambil meletakkan barangku di sebelah katil itu..

"Haha..biasa jela akak..akak lagi cantik tau patut la ade 'orang tu ' terpikat.." Aku memandangnya pelik..dia mengeleng sambil berbaring di atas katil..

" Dah jom tidur kak, lewat dah ni" ajaknya..aku hanya mengangguk..sambil menghantar ke mesej kepada Tuan Kamal..

- Maaf menyusahkan Tuan malam ni dan terima kasih sebab bagi saya tumpang di tidur sini..goodnight..assalamualaikum- Ainnur Amira..

Aku pun meletak telefon di atas katil sebentar dan berlalu masuk ke bilik air dan keluar sambil menyangkut tudungku...

' Bib Bib' telefon ku berbunyi..aku buka dan membaca mesej dari Tuan Kamal..

- Takpa, sama-sama..goodnight too ..waalaikummussalam- Tuan Kamal

'aipp tak tidur lagi..itu je dia balas? Tapi takpela..kau siapa sampai nak berbalas mesej dengan dia' gumamku perlahan takut Ana disebelahnya terdengar..Aku meletakkan telefonku di sebelah dan berbaring ..lalu aku tidur dengan lena..

*****
Ape yang akan terjadi esok? adakah takdir akan menyatukan mereka berdua?

#Jangan lupa follow my first novel ni tau sampai habis..sebab saya akan update setiap malam tau..harap u guys berpuas hati dengan novel pertama saya ni..byee much love.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience