Bab 23

Action Completed 25770

Kami melangkah keluar dari rumah beriringan..Abah dan Tuan Kamal sudah pun berada di hadapan..aku hanya membuntuti langkah itu..Aku hanya sekadar mengenakan pakaian tshirt lengan panjang dan seluar track bersama tudung bawal berona pink belacan..

"Hati-hati ye semua..jangan balik lambat sangat tau"..pesan ibuku kepada kami..kami hanya mengangguk faham..

Sememangnya, niat ingin ke kebun semestinya dari aku..aku telah bertanya kepada Abah mengenai buah yang ada di kebun..mungkin aku dah lama tak makan buah dari kebun itu..Abah pun terus sahaja bersetuju tapi yang tak sangka boleh pula Abahku mengajak Tuan Kamal..memang kena la behave nanti..huhu

"Err Abah , kita nak ke sana naik ape ni?"..Soalku kepada abah..abah sudahpun bersedia menunggang motornya..yang hanya ada kereta Tuan Kamal saja.. 'Takkan la kereta mewah itu nak bawak masuk kebun kot? Kalau bercalar nanti siapa nak tanggung..baik aku naik ayah..tapi tuan kamal nak naik apa pulak..' rungutku dalam hati..

" Eh aah la ye..abah lupa kamu tak bawak balik kereta kamu..motor pula ada satu je..kamu boleh je naik dengan abah tapi Kamal nak naik apa pula ye?"..Soalanku tadi dibalas soalan..Aku memang pantang sikit kalau soalan di balas soalan..tapi takkan nak marahkan abah pulakkan..huhu..jadi baik diam je..

Sebenarnya kereta abah ada je dekat garaj tu..Kereta Exora tu memang kami tak bawak masuk kebun sebab jalan kebun kecil je..dengan semak hutan lagi..

"Err tak pelah pakcik..saya bawak kereta saya jelah kalau macam tu..lagipon saya memang nak ikut sekali kan?"..Suara itu berkata yang dari tadi senyap..aku menoleh ke arahnya meminta kepastian sambil mengerut kening..

"Boleh ke Kamal..lagipun jalan ke kebun tu kecil sikit..kalau kamu nak bawak kereta kena lah parking jauh sikit lepastu kena berjalan sikit masuk ke kebun"..Abah menjawab.. Aku terus menoleh ke Abah pula ..'mana satu ni?!'..getus hatiku..

"Okay boleh je pakcik..nanti kalau ada rezeki banyak buah takkan pakcik nak bawak naik motor kan?..jadi , saya bawa la kereta ni".. Katanya lagi..aku yang berada di tengah-tengah mereka seakan tidak wujud..Aku hanya berdiam diri ..

"Betul ni? Pakcik bukan apa..pakcik risau kereta kamu nanti..tercalar kena semak hutan nanti..pasti mahal kan kos nak baikinya ?"..Abahku seakan dapat membaca dan memahami ape yang dalam fikiranku itu .. 'wahh pandai abah..5 star untuk abah'..huhuhu

"Eh takpela pakcik, saya tak kisah pun la..saya yang nak bawa kan..saya tak peduli pun..pakcik jangan la risau ye"..katanya sambil menekan button di remote car itu untuk unlock ..

"Err kamu Ainnur, Kena tercegat dekat situ lagi..pergi la tumpang Kamal..Bolehkan Kamal? Sebabnya pakcik nak singgah isi minyak motor kejap..lagipun Ainnur tahu kebunnya tak jauh dari sini"..Abahku berkata lagi..'Bila la nak gerak ni..dari tadi sembang panjang..haihh'..keluhku perlahan sambil dalam fikiran seakan tak rela kena pergi dengan Tuan Kamal..tapi dalam hati dah sorak riang..

" Ehh boleh je pakcik..Kita jumpa disana jelah ye!...Jom Ainnur kita gerak"..Haa itu arahan tau..walaupun di rumahku sendiri tapi tetap dia bagiku arahan..haiyoo..Aku mula melangkah masuk ke dalam kereta itu..Kelihatan abah telah menghidupkan enjin motor dan bergerak dahulu..

Aku yang berada di dalam terus menarik seatbelt..kalau tak pakai nanti kena pertikai pulak dengan pegawai polis sebelah kita ni..huhu

"Awak ingat lagikan kebun abah awak tu?"..Dia bertanya kepadaku..Aku hanya mengangguk dan aku bersuara untuk menunjuk jalan sahaja..

********

Setelah sampai di jalan masuk ke kebun..aku memintanya untuk memberhentikan keretanya di situ sahaja..dan terus saja Tuan Kamal mematikan enjin kereta..kami bergerak keluar dari kereta..

"Err Tuan, kita tunggu Abah saya datang dulu la ye"..pintaku kepadanya..masing-masing masih berada di pintu kereta..Aku melangkah jauh dari kereta sedikit dan terus mendekati pokok getah itu..rumputnya pendek dan terurus.. 'Bagus betul pekerja abah ni ye..terurus je pokok getah dekat tanah ni'..pujiku dalam hati sambil tersenyum melihat suasana angin bertiup seolah-olah bersetuju dengan kata hatiku..

"Kenapa awak senyum sorang-sorang tu?"..Tegur satu suara garau yang amat ku kenali..Boleh tahu sendiri sebab memang aku dengan dia saja yang berada di situ..Aku menoleh ke arahnya yang sedang bergerak ke arah depan kereta..

"Err..hehe saja"..Jawabku ringkas sambil tersengih sebentar..Aku terus bergerak ke depan sedikit..tiba-tiba kakiku memijak buah getah di situ..Aku menunduk sambil mengambil buah getah itu..Aku tersenyum lagi dan mengelamun seakan berada dalam dunia sendiri..Aku tersenyum sambil memikirkan zaman kanak-kanakku bermain buah getah dengan rakan kampung yang lain..

"Awak okay ke tak?"..Soal Tuan Kamal lagi.. 'Nak cakap aku gila la tu sebab senyum sorang-sorang , choii' ..kutukku dalam hati..

"Saya okay jela Tuan Kamal..tak perlu lah nak risau sangat..saya masih waras lagi tau..lagipun tadi saya tersenyum sebab 'ini' dan zaman kanak-kanak saya lah"..Kataku sambil menunjuk buah getah itu kepadanya..

"Ouhh pikirkan apalah tadi" jawapan dari Tuan Kamal itu membuat aku berdecit sedikit.. 'betul la aku teka tadi..dia pikir aku gila ke apa'..rungutku perlahan

"Tuan mesti fikir saya gilakan!"..kataku geram sambil menjelingnya..Kali ni betul-betul marah..tapi aku simpan saja dalam hati...terus saja aku diam bisu..dalam hati sudah berperang sebab aku marahkan Tuan Kamal..'huh lantak la' suara itu berkata.. 'yang kau nak cepat marah sangat lepastu sensitif apasal..mungkin dia ajak bergurau ke kan..positif la sikit'..suara lain pula..hatiku masih berperang..

Ketika itu aku dapat mendengar satu bunyi kenderaan motor masuk..aku dah boleh agak yang datang itu pasti Abah..aku menoleh ke arah bunyi itu..Betul tekaanku..

"Aikk.. kenapa tak tunggu dekat bangsal dalam kebun tu je Ainnur?"...Tanya abahku yang sudah memberhentikan motor di situ..

" Err saja nak tunggu abah..lagipun Ainnur tengok jalan nak masuk kebun macam panjang je"..Aku bersuara untuk menjawab soalan dari ayahku..bukan tak boleh nak masuk dengan Tuan Kamal tapi memang malas nak berduaan dekat kebun tu..sejak aku marah tadi..huhuhu..

"Takpelah kalau macamtu, Mari Kamal kita jalan kaki sikit masuk dalam kebun"..ujar abahku kepadanya..aku hanya memandangnya sekilas sambil bergerak mengikut langkah abah dan berjalan sebelah kiri ..Manakala Kamal berjalan di sebelah kanan bahu abah..

"Wah, alhamdulillah ada juga rezeki kita..tengok tu buah dah gugur"..Abahku berkata sambil bersyukur dan jari telunjuk menunjuk ke arah buah durian yang berada di atas tanah..kami masuk ke dalam kebun durian itu..abah sudahpun memegang guni di tangan itu..lalu dia memberikan sorang satu guni untuk kami turut kutip buah yang sudah gugur..

Sebenarnya aku tak selesa sangat sebab rumput di kebun itu agak panjang..jadi kalau kita berjalan..kita takkan nampak kaki sebab dah tenggelam dalam rumput..
Kami pun sudah berpecah ke arah berlainan...

Namun, apalah nasibku hari itu..ketika aku ingin mengutip buah durian , aku tak perasan langsung ada satu mahkluk yang panjang melingkar datang ke arahku..mungkin di sebabkan rumput panjang jadi aku tak nampak.. Tiba-tiba aku dapat rasakan patukkan di betisku..
Aku terus jatuh terduduk..kakiku terasa kebas..

Dengan sekuat hati aku menjerit memanggil Abah..

"Abahhh, abahhh , abahh tolong Ainnur.." tiada sahutan aku dengar..aku mula hiba..kebas itu mula terasa naik ke paha kananku...

sekali lagi aku menjerit dengan lebih kuat..
Tetapi diselitkan juga nama Tuan Kamal..aku berharap agar dia berada berhampiran dengan aku..

"Abah!!, Tuan Kamal!! Tolong Ainnurr!?" Sekali lagi tiada sahutan ...air mataku terus mengalir sambil menanti sahutan .tetapi tiada..

Aku mencuba lagi tapi makin perlahan suaraku sebabnya aku tiada suaraku ketika menangis..'ya allah dugaan apa kah ini?..tolonglah bantu aku '..Doaku dalam hati..

"Abah!! Tuan Kamal!! Tolong Ainnur?!"...
Aku terasa kakiku sebelah kanan seakan tidak dapat bergerak..keras dan kaku..dalam beberapa saat meratap nasib di situ..Kelihatan aku mendengar Tuan Kamal memanggilku lalu datang ke arahku dengan berlari...

"Kenapa ni Ainnur?! Ada apa?!..kenapa menangis?!"..Soalnya tak cukup nafas..tapi tangisan ku tetap tidak berhenti lagi kerana memikirkan kakiku itu..Aku menujukkan ke arah kakiku..

Terus dia memerhatikan kaki ku..Mungkin disebabkan dia cari dalam keadaan cemas..dia tak perasan kesan gigitan bisa itu lalu bertanya lagi..

"Kenapa dengan kaki awak?"..tanyanya lagi sambil memandang ke arahku..ketika itu dia sudah pun melutut di sebelahku..kaki yang di patuk itu aku ter'lunjur ke depan..

"Sa-saya ke-kena patuk ular"..kataku dalam tangisan..sambil itu aku tersedu-sedu..memang dari dulu lagi aku kalau menangis pasti akan tersedu..

"Yaa allah, dekat mana?"..dia bertanya..aku hanya menunjuk di bahagian betis..terus sahaja di membengkokkan kaki ku sedikit dan meletakkan kakiku dia atas lututnya..

"Benarkan saya tengok?!"..sempat lagi dia meminta kebenaran dariku..aku hanya mengangguk laju..dalam otakku tak fikir apa yang penting nyawaku sekarang..

Dia terus bertindak mengikat kakiku menggunakan kain yang berada di bahunya itu..selepas saja melihat responku..Tuan Kamal menunduk sikit kepalanya terus menyedut dan memuntahkan darah itu ke tanah berulang kali..

Ketika itu aku memandang ke arah lain..kedengaran satu derapan laju dari seseorang seakan berlari..Dan dari kejauhan aku nampak abah berlari mendapatkan aku..

"Ainnur kenapa ni? Kamal?"..Soal abahku cemas..sambil peluh menitik..aku yang masih tersedu susah untuk bercakap..Lalu Tuan Kamal bersuara..

"Anak pakcik ke patuk ular..saya tengah usaha nak buang sikit bisa ular tu pakcik..tapi kita kena pergi ke klinik juga takut bisa dia melarat ke tempat lain"..jawabnya lalu..

"Ya allah, kalau macam Kamal bawalah Ainnur ke klinik dulu..nanti pakcik uruskan buah ni..pakcik tunggu dekat dengan makcik takut dia risau"..ujar ayahku lagi..

Tuan Kamal mengangguk faham..lalu bertanya kepadaku..
"Awak boleh bangun tak?" Soalnya kepadaku..Aku hanya mengeleng kerana kakiku masih lagi kebas ..

"Pakcik saya minta izin ye?"..Kata Tuan Kamal itu..Abahku seolah-olah faham maksud yang di sampaikan oleh dia hanya mengangguk laju..Dengan ucapan bismillah..Terus sahaja tangan kekar itu mencempung tubuhku..

Aku yang tersentak dengan tindakan itu terus menyangkut lenganku di bahunya takut jatuh..kakiku masih lagi kaku..tapi kali ni aku dapat rasakan lengan ku pula terasa kebas..

"Maaf saya terpaksa..saya bawa awak ke klinik"..kata Tuan Kamal seolah-olah tberbisik..dapatku rasakan laju kakinya melangkah..

"Ta-tangan iskk iskk tangan sayaa kebass". ..aduku kepadanya..terus sahaja langkah kaki itu lebih laju seakan berlari anak..Sampai sahaja di kereta..aku dia letakkan di seat sebelah pemandu..

"Awak bersabar dulu.." katanya lagi seperti memberi semangat..Tanganku yang lagi satu memicit tangan kananku yang kebas itu..Pemanduan kereta itu sangat laju dan dapat ku lihat mata helang itu seakan akan hilang..hanya mata simpati kepadaku..

Dalam beberapa minit, kami sudahpun sampai di klinik..Macam biasa dia mencempung tubuhku masuk ke dalam klinik.. di dalam bilik doktor itu, aku telah diberikan suntikan..mungkin dos yang tinggi..dapatku rasakan badanku lemah dan mataku layu..

Sebelum mataku tertutup..aku mendengar suara garau itu memanggil namaku dan tubuhku seolah di cepung olehnya ..Mungkin ingin membawaku pulang?..Dalam beberapa saat kemudian duniaku menjadi kelam..

******

Adakah Ainnur akan baik-baik saja?
Apakah yang dirasakan oleh TuannKamal ketika itu?

#pss..Nantikan ye..jangan lupa komen dan bagi rating ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience