Keesokkan hari,
Hari yang di nantikan sudah tiba,
Setelah mendapat kebenaran dari pihak atasan di Bukit Aman, kami dibenarkan membuat operasi pada malam ini jam 23:00 tepat di alamat yang telah ku terima yang diberikan oleh 'penjenayah' tersebut.. Operasi malam ini diketuai oleh aku sendiri dan backup aku semestinya Sjn.Shafiq..
Orang atasan di Bukit Aman telah membenarkan hanya 15 orang anggota sahaja yang boleh melibatkan diri dalam operasi ini..Kesemuanya anak buahku..terdapat juga beberapa orang dari bahagian para-medik..
Kesemua perancangan mengenai Operasi pada malam ini sudahku terangkan ..sekarang aku dan team sedang membuat persiapan..
Masa berginjak begitu cepat, sekarang sudah jam 5:30 petang, waktu untuk balik dan berehat untuk menghadapi malam ini..seharian aku hanya menghabiskan waktu di pejabat..
******
Di Villa,
"Assalamualaikum ibu, ayah"..aku memberi salam ketika tiba di hadapan muka pintu..
"Waalaikummussalam, ibu ayah dekat dapur ni..marilah sini makan petang sikit"..ibuku menyahut..
Terus saja aku melangkah merapati meja makan, lalu aku menyalam tangan kedua orang tuaku..Kemudian, aku melabuhkan punggung di tempat biasaku..aku hanya diam merenung kerusi di hadapanku yang kosong itu..
Ya!..Aku rindu wajah yang kalut itu ketika di meja makan..wajahnya yang sentiasa membuat jantungku berdetak laju..Semua gelak tawa dari 'wanita' itu yang sentiasa mewarnai hidupku walaupun aku tidak mengungkapkannya..
"Ehh, kamal menung apa tu? ..Makanlah sekali..Kamu ni sejak akhir-akhir ni ibu tengok kamu dah kurang makan..kenapa? Kamal ada masalah kerja ke?" ..suara ibu menegurku ..mungkin risau melihat tingkahku sejak beberapa hari ini..
'Hmm, nak bagitahu ke tak ye?'..
"Hmm, takde apalah ibu..kerja okay je.."..jawabku ringkas..Demi menjaga hati ibu, aku mengambil kuih karipap lalu menjamahnya..
Kemudian aku menghirup air nescafe panas, Suasana di meja itu hanya sunyi sepi..hanya terdengar suara televisyen yang di tonton oleh Ana..aku menoleh ke arah ibu dan ayahku yang sedang tekun makan bihun goreng..
"Hmm, ibu ayah malam ni Kamal ade operasi dekat gudang lama ..dalam pukul 10 lebih malam Kamal gerak".. kataku meminta izin ..
"Kamal, operasi apa malam ni? Kes apa?"..Ayahku bersuara sambil memandangku ..Mata ibu pun sudah menghala ke arahku..Aku hanya menelan air liur..
"Hmm, kes Amira dan Aiman ayah"..aku bersuara perlahan..
"Kes Amira dengan Aiman? Kenapa dengan Amira? Aiman dekat kampung Amira kan?" Apa kaitan mereka dengan gudang itu?"..Soalan bertubi-tubiku terima..'Haa sudah, abislah kau sebab berahsia pasal ni!'..Bisik hatiku..
Dua pasang mata mereka masih lagi fokus memandang wajahku..Dapatku lihat wajah itu mengesyaki sesuatu..lalu aku terus saja niat untuk berterus terang..
"Hmm, sebenarnya Amira dah kena culik"..jawabku pendek..
"Astaghfirullah, Ya Allah, Kamal! Kenapa Mira kena culik? ..Kenapa baru sekarang Kamal beritahu kami pasal ini?"..Suara ibuku yang tadi lembut menjadi tinggi sedikit..
Ayahku yang perasan riak wajahku berubah selepas di tegur oleh ibu terus saja bersuara..
"Yang kamu beria terkejut sangat kenapa Aminah? Kamu fikir Kamal saja-saja ke nak rahsiakan benda ini? Lagipun, benda yang terjadi ni bukan kemahuan dia, Kamu ni pun janganlah nak salahkan anak kamu itu..Cuba tanya elok-elok"..tegur ayahku lembut dalam tegasnya..tetapi suara itu telah membuatkan ibuku terus diam..
Aku jadi serba salah..Sudahku jangka akan berlaku keadaan begini kalau rahsia ini di ceritakan kepada mereka..Tanpa berlengah aku bersuara kembali...
"Maaf ibu ayah sebab rahsiakan benda ni..Kamal taknak ibu ayah risau..sebabnya Kamal boleh settlekan hal ini walaupun makan masa 2 hari..sebabnya 'penjenayah' itu sangat susah nak di kesan"..Terangku lagi..
"Jadi, dah 2 hari la ye Mira kena culik? Tapi kenapa dengan gudang lama tu? Mira ada di sana ke?"...suara ibuku mula kendur apabila sudah ditegur tadi..
"Betul ibu, sudah 2 hari lebih sebenarnya Mira diculik..sebabnya Mira kena culik waktu petang lepas balik kerja di sekitar kedai buku di bandar..Yang pasal gudang tu pulak, bahagian risikan Kamal sudahpun dapat menjejaki mereka ..Jadi, malam ni lah operasi menyelamat di buat oleh Kamal dan team..Kamal minta ibu ayah doakan Kamal untuk operasi malam ni.."
"Dan doakan keadaan Mira sekali supaya dia selamat ..sebabnya 'penjenayah' itu sangat licik dalam kes ini".. Sambungku lagi..Hatiku di hurung perasaan sebak..
Fikiranku terbayang wajah lesu itu..'Tunggu saya malam ni Mira! Saya datang selamatkan awak..semoga awak baik-baik saja di sana!'..Kataku dalam hatiku..
"InshaAllah Kamal..kami doakan supaya operasi malam ni berjaya dan berjalan lancar..Aminn..dan kami doakan keadaan Amira juga..Kalau ada apa-apa Kamal bagitahu kami ye..Sekarang Kamal makan dulu lepastu rehat ye..Sebab malam ni kamu nak pakai tenaga lagi.." nasihat dan doa itu aku aminkan saja dalam hatiku..
Aku hanya mengangguk sambil menjamah sedikit bihun goreng itu..Hatiku yang tadinya sedih di suntik semangat yang di salurkan oleh ibu ayahku..Ayahku hanya menepuk bahuku lembut seakan menyalurkan sedikit semangat itu..
Seusai makan, aku berlalu ke bilikku untuk berehat..aku hanya terbaring sambil terimbau kembali kenangan bersama Amira di rumah Mira..terngiang-ngiang lagu yang dinyanyikan oleh Amira ketika dalam perjalanan pulang ke sana..
'Ya Allah, kau permudahkanlah semua urusanku dan urusan 'dia'..semoga operasi malam ini berjaya ..aminn'..Doaku dalam hati..
*******
Sekarang aku dan team sedang bergerak ke lokasi itu..aku hanya mengenakan baju kalis peluru di bahagian dalam baju..diluar hanya baju biru gelap bertulis 'polis'..
Sampai saja di sana..kami memakir kereta jauh dari gudang itu supaya penjenayah itu tidak dapat hidu team yang lain..
Jam di tangan aku kerling, 23:30 ..saja aku datang awal kerana mahu membaca pergerakan penjenayah itu..di sebalik pinggangku terdapat sepucuk pistol untuk keselamatan..anggota yang lain sudah pun bergerak mengelilingi gudang lama itu dan bersembunyi..besar gudang itu..
Sjn.shafiq menjadi backup aku dari belakang..tetapi aku meminta dia hanya backup aku dari jauh sambil menyorok..kerana penjenayah itu hanya ingin bertemuku seorang..
Aku bergerak perlahan masuk ke dalam gudang itu..kosong..hanya terdapat beberapa bilik ..ketika bergerak mataku memerhati ke seluruh ruang gudang itu ...aku mendekati bilik di hujung gudang lalu telingaku menangkap seperti dua orang lelaki sedang ketawa kuat sambil berkata..
"Hahaha...kesian kau Cantik takde siapa nak datang selamatkan kau..Tapi jangan risau ye..Malam ni aku akan buat kau berjumpa dengan seorang yang dapat bantu kau ye Cantik..Tapi kau akan jadi 'galang ganti' kalau budak tu takde sekali".
Kedengaran mereka bergelak ketawa..
"Bos, aku pergi toilet kejap..Tak sabar nak tunggu 'makanan' kita malam ni..hahaha"..Gelak mereka lagi..
Aku menyorok di sebalik tembok di situ..lalu aku memberi isyarat jari ke arah Sjn.Shafiq yang backup aku..Lalu, laju saja Shafiq bergerak mengikuti penjenayah yang keluar untuk ke toilet itu..
Pintu bilik hitam yang tertutup rapat itu aku ketuk perlahan..Suara lelaki tadi menyahut..
"Kau buat apa dekat luar tu bodoh! ..Aku tak kunci pun pintu tu..Masuk jelah"..
Selepas sahaja aku mendengar kata-kata itu..dengan langkah Bismillah aku bergerak masuk..topeng muka aku tarik..lalu pintu itu aku tolak perlahan..Dapatku lihat belakang lelaki yang sedang berhadapan dengan tubuh 'wanita' itu..terlihat tangan jantan itu mengelus pipi 'wanita' itu..Terlihat keadaan wanita itu hanya lemah sambil menunduk..Hatiku panas membara..
Dalam aku memerhati, bahuku di tepuk perlahan..lalu aku menoleh ke kiri..terlihat Sjn.Shafiq memberi isyarat bahawa penjenayah seorang itu sudahpun ditangkap..aku hanya mengangguk dan membalas isyarat tangan supaya backup aku di belakang..
"Kau kenapa terjegat dekat situ lagi!..masuklah kejap lagi ada orang datang sini! Tapi sebelum tuuuu....."
Terhenti kata-kata itu selepas melihat aku berdiri tegak di muka pintu..Penjenayah itu bergerak merapati Mira sambil tangan kirinya memeluk leher Mira..seakan ingin menjerut leher itu..
"Kau siapa?!..Macam mana kau boleh masuk sini?!"..jerit kuat lelaki itu..
Aku melangkah memasuki bilik itu perlahan-lahan..
"Aku Tuan Kamal yang kau nak jumpa tu!"..Kataku keras sambil melangkah..
"Kau jangan dekat kalau taknak perempuan ni mati!"..Ouh, jadi kaulah Tuan Kamal tu?..Mana budak yang aku nak tu!"..Jawabnya lagi dengan nada tinggi.. tangan kanannya terus menarik keluar sepucuk pistol lalu diacukan ke arah tepi dahi Mira..
Dapatku lihat wajah lesu itu bergerak mendongakkan kepalanya lalu memandang ke arahku..mata sayu itu aku tatap ..hatiku menjadi sayu..dari mata itu dapatku tafsirkan dia sedang meminta pertolongan dariku..Mulutnya pula menyebut namaku perlahan sambil tersenyum nipis..
Aku cuba untuk berbincang cara baik dengannya supaya tidak berlaku sesuatu..Aku hanya mengangkat kedua belah tanganku dan berhenti bergerak..
"Sebelum aku bagi budak itu dekat kau..kau turunkan dulu pistol itu!"..kataku tegas..
"Kau jangan pikir aku bodoh! Kalau kau ada budak tu sekarang..asal kau tak bawanya masuk sekali!"..Jeritnya kuat sambil mengemaskan tangan kiri yang memeluk erat leher Amira..
Terlihat air mata Mira mengalir di pipi..kemudian dia berkata..
"Tuan Kamal ..jangann"..katanya sambil mengeleng sedikit kepala itu..
"Kau diam perempuan! Kau nak mati ke!"..Jeritnya lagi di telinga Amira..
"Kau jangan nak berkasar dengan dia! Kalau kau nak budak itu sekarang, kau lepaskan dahulu wanita itu!"..Aku bersuara lagi sambil bergerak melangkah setapak ke hadapan..
"Hahaha kau jangan dekat!..aku akan lepaskan wanita kau ni tapi kau bawa masuk dulu budak itu sekaranggg!"..jeritnya lagi sambil mengarahkan pistol itu ke arahku pula seperti ingin menembak ku..
Serentak sahaja jeritan lelaki itu ..aku terdengar bunyi picu pistol dilepaskan..
Sekelip mataku lihat lelaki tadi mengerang kesakitan lalu jatuh ke lantai..Dengan pantas aku berlari ke arah penjenayah itu..
Setelah lama aku bergelut dengannya untuk mengalihkan pistol di tangannya..Akhirnya pistol tersebut aku sepak jauh dari situ lalu aku mengeluarkan
gari untuk mengari penjenayah itu..aku dibantu oleh Sjn.Shafiq untuk mengarikan tangan itu walaupun kaki lelaki itu telahpun di tembak oleh Sjn. Shafiq..tapi masih lagi kuat kudratnya..
Sjn.Shafiq membawa lelaki itu keluar dari gudang itu..sesekali dapatku lihat penjenayah tersebut ingin melarikan diri..tapi Sjn.Shafiq cekap menyepak kaki yang berdarah itu supaya lelaki itu lemah..
Aku terus meluru mendapatkan Amira..Tangannya dan kakinya di rantai di kerusi aku buka..Ketika aku selesai buka rantai besi itu..Tubuh Mira yang lemah itu terus saja jatuh melurut ke kanan..Cepat-cepatku menyambut tubuh itu..
Dapatku dengar bibir pucat itu memanggilku..'Tuan Kamal'..Kepalanya aku angkat letak di lengan kiriku sambil tangan kananku menepuk lembut pipi itu..
"Mira, mira bangun ..jangan buat saya risau"..Kataku dalam gelisah..Mata milik Mira semakin layu dan hampir tertutup..
"Panggil medikk sekarangg!!!"..jeritku kuat apabila melihat mata itu tertutup rapat..
Beberapa minit kemudian, kami menghantar Amira ke hospital..Aku ikut masuk ke dalam ambulans untuk mengikutnya sekali..Aku telah pun menelefon Sjn.Shafiq supaya dia menguruskan penjenayah itu..
Sekarang di dalam fikiranku hanya memikirkan keadaan Amira.. 'Mira, saya tahu awak kuat..tolong kuat untuk family awak dan untuk saya!'..jerit hatiku.. Sambil mata tidak lepas memandang wajah itu..
******
Adakah bakal ada sinar baru dalam hidup Amira dan Tuan Kamal selepas ini?..
#Sabar sekejap ye readers semua..sweet moment akan tiba tak lama lagi okay..
#stay tuned okayy..
Share this novel