Bab 18

Action Completed 25770

Langkah di atur menuju ke bilik Ana .. Dengan hati yang sayu aku melangkah masuk dan bergerak dekat dengan beg..aku kemas sikit baju bagi nampak kemas..kadang-kadang aku termenung dan mengeluh kecil  apabila teringat diriku akan meninggalkan villa yang indah ini. Juga meninggalkan orang di dalam villa ini..hatinya sangat berat memikir seorang teruna yang sudah hampir menempat nama di hatiku..tapi aku sedar yang diriku ini bukan sesiapa dalam hidupnya..

Laju dan tangkas tanganku bekerja melipat baju dan mengemas segala kelengkapan untuk di bawa pulang..Aku geleng kepala membuang segala fikiran tentang Tuan Kamal..'Aku kena terima hakikat dan takdir yang aku dan dia hanya ditemukan disebabkan kes Aiman..dia telah menjalankan tugas seorang pegawai polis untuk melindungi mangsa..jadi aku kena ingat semua ini.. kau dan dia tiada apa-apa'..bisik hatiku bagi peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa diri ..

Aku melangkah duduk ke birai katil sambil membelek telefon sebelum aku tidur..Hati yang gundah tadi menjadi riang kerana esok aku akan bertemu dengan dua orang syurgaku di kampung..Ibu dan Abah sudah tahu pasal ini..mereka berpesan supaya berhati-hati pulang nanti..aku membuka balik chat aku bersama ibu semasa aku tengah rehat tengahari tadi...

'Assalamualaikum ibu, busy ke? Tengah buat ape tu?'..

'Waalaikummussalam..tak busy pon Ainnur, ibu baru abis masak je..Ainnur macam mana..sihat?'..

'Wah masak lauk apa ibu? Ainnur sihat alhamdulillah ...dah lama tak makan masakan ibu!..

'Ibu masak sambal udang petai je..adik bongsu kamu tu yang mintak..ayah kamu biasa la sayur bayam dengan gulai ikan..ouh ye esok Ainnur balik kan? Esok ibu masak sedap-sedap untuk Ainnur ye!'..

'Yeahh..nak sambal udang tu ibuuu..hehehe..Aah ye ibu, esok pagi Ainnur gerak..'

'ye esok ibu masak lagi..ibu tahu favourite makanan kamu sambal udang kan..nasib Abah Ainnur ada beli lebih udang..Esok Ainnur gerak dengan siapa? Hati-hati bawa kereta'..

'Wahh..abah memang terbaik lah..ni makin sayang ni..cakap dengan abah Ainnur kiss dia 'muah muah'..hehhe..ala lupa nak cakap..esok Ainnur gerak dengan Tuan Kamal..dia yang nak hantar..nanti ibu mintak tolong adik kemas bilik Afiq ye..biar Tuan Kamal tidur situ'.. afiq merupakan adikku yang sedang menyambung pelajarannya di peringkat ijazah..

'Ouh yela..takpela kalau macam tu..takde la ibu risau ..Aiman ada sekali kan? Adik kamu ni dah tanya dengan ibu bile Aiman nak datang..nak berkawan katanya'

' ye Aiman ada sekali ibu..okay lah ibu..nanti kita sambung lagi ye..Ainnur nak masuk mengajar dah ni..byee..Assalamualaikum'

'ouh yela..hati-hati balik tu nanti ye..esok dah gerak call bagitahu ibu ye . Jaga diri..byee waalaikummussalam..

Akhirnya chat antara aku dan ibu terhenti di situ..benar aku merindui ibu abah ku serta suasana tenang di sana..terbayang suasana sawah padi terbentang luas yang mendamaikan jiwa ..sungguh nyaman dan tenang..

Aku menekan button lock telefon lalu meletakkan telefon di atas meja lampu tidur itu..aku melangkah ke bilik air untuk mengambil air wudu sebelum tidur..kebiasaan aku dan rutin harian ku..tak pernah ku lupa..itu semua didikan ibu dan abah..

*******

Keesokkan paginya, jam 5.30 aku bangun ..bajuku sudah dikemas untuk 4 hari menginap di kampung Mira..Hatiku tiba-tiba berdebar untuk berjumpa secara langsung dengan ibu bapa Mira buat pertama kali..'Moga-moga mak ayah dia suka dan senang tengok dan boleh terima aku sebagai tetamu..aminn'..Doaku dalam hati..sesudah solat subuh..aku macam biasa akan mengejut Aiman..

"Aiman, bangun mandi..kita kejap lagi nak gerak balik kampung dah"..ucapku perlahan sambil tanganku memegang bahunya dan mengoyangkan bahu itu perlahan..sekelip mata Aiman membuka mata dan terus duduk dari baringnya..Aku hanya senyum dan boleh agak reaksinya lepas mendengar kataku tadi..mana orang tak happy nak balik kampung kan?

"Yeah balik kampung..kita balik kampung kak Mira ke abang?" ..jawabnya riang dan sengih..hilang terus mengantuknya tadi..Aku hanya senyum dan mengangguk kepala..tanda mengiyakan soalannya tadi..

"Iye Aiman..nanti Aiman akan duduk sana dengan adik akak Mira..nanti Aiman mesti suka sebab ada kawan kan?"...jawabku lagii..dia mengangguk laju dan nampak teruja..

" Yeah nanti Aiman boleh main dengan adik kak Mira..mesti nanti Aiman banyak kawan dekat sana kan abang?.wahh..tak sabarnya nak balik sana".. ceria wajahnya itu sambil berkata..

Hatiku pun turut gembira melihat keletah Aiman..tiba-tiba hati aku melonjak riang dan ingin berada di sana..ingin mencari ketenangan di sana..bagaimana ye suasana berada di kampung?..

" Kalau macam tu..Aiman pergi mandi lepastu solat subuh ye..Abang nak angkat beg-beg kita bawak turun"..kataku sambil bangun dari dudukku itu..aku mengemaskan sedikit tshirt serta seluar jeans nampak simple dan santai..aku mengambil charger untuk dimasukkan ke dalam beg kecilku..

Lalu aku bergerak turun ke ruang tamu dengan kedua belah tanganku memegang beg kepunyaan aku dan Aiman..aku duduk berehat di sofa sebentar dan mengambil telefon pintar ku dan membuka app Maps.. aku menekan di bahagian search..

Aku search bandar Kangar..sebab setahunya Mira pernah mengatakannya yang kampung dia berada area bandar Kangar..kira-kira 10 minit sahaja ingin ke kampungnya ..aku terus tekan sahaja bandar Kangar, Perlis..terus ku lihat jam yang diperlukan untuk sampai di sana..'huish 6 jam lebih jugak nak sampai' getus hatiku terkejut..'Macam mana lah Mira memandu keretanya sampai sana..kesian dia mesti keletihan..tabahnya hati sanggup berjauhan dengan keluarga demi mencari rezeki..' bisikku lagi ..Aku jadi sangat kagum melihat seorang perempuan balik kampung keseorangan..tabah sungguh.

Selepas membelek telefon, aku ingin beredar dari ruang tamu ingin ke bilikku ..niat mahu melihat Aiman sudah siap ke belum..tiba-tiba aku terkejut melihat gerangan susuk tubuh yang baru saja aku kagumi tadi betul-betul berdiri di hadapanku..aku terkaku sendiri kerana hanya beberapa inci sahaja kami..yelah aku seakan dapat bau wangian yang dipakainya itu..

Dia kelihatan terkejut apabila mendongak melihatku..mungkin dia pun sama seperti ku berjalan sambil mengelamun..nasib baik tak berlanggar..kalau tak memang dah ter'peluk' Mira..huhuhu..Dia bersuara

"Err Maaf Tuan, saya tak perasan Tuan ada dekat sini.." Katanya menunduk malu..Comel pipinya merah..huhuhu

" Hmm tak pe..satu lagi..kejap lagi kita balik sana naik kereta saya"..kataku tegas seolah-olah menutup gugup..'haih la Kamal..kenapa dengan Mira pasti kau akan menjadi tegas? Cuba la berlembut sikit..' bisik suara lain di hatiku..

Seperti biasa..Mira akan menurut sahaja kataku apabila mendengar suara tegasku tadi..
"Err baik Tuan"..Katanya sambil membawa beg besar yang berada di tangan itu ke pintu Villa..selepas itu dia berlalu naik dengan laju seakan mengelak dariku..
Aku hanya mengeleng melihat tingkah Mira..Apabila Mira dekat denganku mesti dia kelihatan seperti orang tak senang duduk..ataupun dia tak selesa?..

Tanpa berlengah aku melangkah menuju ke bilik dan melihat Aiman sedang melipat kain sejadah..dan berpaling kepadaku..wajahnya tampak ceria..Apabila melihat wajah Aiman yang ceria tu seakan diriku ditiup semangat baru..'Balik sana aku ingin cari ketenangan aku tak pernah jumpa di sini'..hatiku berkobar..fuh semangat..

" Aiman dah siap?"..sapaku perlahan..kelihatan dia menyisir rambut menggunakan sikat di meja solekku itu..

"Dah Abang"..katanya sambil sengih melihatku..

"Kalau macam tu, jom kita turun makan sarapan lepastu kita bergerak okay?" Soalku dengan nada ceria juga..seakan jiwa akan menjadi kebudakan apabila bersama Aiman..kelihatan hidupnya nampak happy saja..tak perlu hirau keadaan sekeliling..sangat polos..

"Okay abang"..Kami bergerak turun ke bawah..Sampai sahaja kami mendekati meja makan ..terkejut aku dibuatnya..kelihatan Ayah dan Ana juga sudah turun untuk makan sama-sama..'ada apa-apa ke ni?'..Aku dan Aiman mengambil tempat duduk masing-masing..hanya kelibat Ibuku dan Mira sahaja yang belun timbul..'mungkin dekat dalam dapur lagi'

Kedengaran suara bersembang mendekati meja makan ..kelihatan dua susuk tubuh wanita membawa pinggan dan mangkuk yang berisi makanan..'sungguh akrab sekali mereka seakan anak dan ibu..bertuah sungguh siapa yang dapat menakluki gadis disebelah ibunya itu..rajin dan sangat sopan.. dan yang paling penting tak pernah kekok melayan kerenah ibuku itu. Peramah orangnya..' bisik hatiku mengagumi sifat yang ada pada gadis dara didepanku ini..

Dia kelihatan kekok kembali apabila menangkap renungan ku ini..ya, memang aku suka tengok di tak senang duduk..hati macam terhibur melihat sikapnya itu..

"Kamal, makan la janganlah duk tenung Mira lama..kesian dia tak selesa kamu tengok dia macam nak makan"..haih sudah keluar suara ibuku menegur..aku tersentak sambil itu terdengar gelak halus yang datang dari Ana..aku menjelingnya sekejap..lalu menyenduk mee goreng masuk ke dalam pinggan ..aku memulakan suapanku..kelihatan Mira makan tanpa mengangkat muka melihatku..

Seusai bersarapan..kami bergerak ke kereta Honda Civic type R kepunyaanku selepas Audi sports..Honda itu nampak ringkas dan santai untuk diguna untuk balik ke kampung..Sebenarnya, kereta Honda ini dihadiahkan oleh ayahku untukku kerana dapat naik pangkat dulu..tapi kereta Honda itu hanya disimpan. Hanya pemandu ayah akan panaskan enjin di garaj setiap pagi ..

Aku menghidupkan enjin dan bergerak ke boot belakang untuk memasukkan beg bagasi ..kelihatan mengangkat beg bajunya dan bergerak ke arah aku..aku bersuara..

"Awak pergilah duduk dengan ibu dekat sana..beg tu biar saya angkat" kataku melarangnya untuk mengangkat beg itu..

"Ehh tak pelah Tuan, lagipun biar saya tolong Tuan angkat beg baju ni..kesian dekat Tuan sebab angkat beg berat ni sorang-sorang"..katanya membuatku terdiam..Kesian?

"Ikut suka awak la..kalau sakit pinggang nanti baru tahu"..rungutku kepadanya yang telah berdiri di sebelahku sambil tangannya laju memasukkan beg baju yang besar tu..

"Hehehe takpe Tuan" katanya sambil tersengih kepadaku..Nampak happy je kan sebab nak balik kampung..Aku hanya mengeleng kepala melihat keletah dia..'macam-macam'..

Setelah selesai memasukkan beg ke boot, kami bergerak menyalam ibu ayah dan Ana..ibu dan ayahku juga tidak terlupa untuk meninggalkan pesan buat kami..

"Kamal hati-hati ye memandu, nanti dah sampai call ibu dan ayah ye"..pesan dari ayahku ketika menyalam tangan berusia tu..

"Kamal jaga diri dan Mira dan juga Aiman ye..jangan bawak kereta laju sangat..Mira nanti kalau mira nampak Kamal letih, Mira tegur ye.." pesan ibuku untukku serta Mira..Mira hanya mengangguk faham..Aku menyalam tangan lembut itu..lalu ibuku memberi ciuman di pipi kanan dan kiriku.. Mira dan Aiman juga mendapat ciuman tersebut..Tapi sempat ibu berbisik ke telingaku supaya menjaga Mira dengan baik..

Aku yang kebingungan dengan permintaan ibu hanya mengangguk dan kami melangkah masuk ke dalam kereta..macam biasa aku memandu dan disebelahku Mira..Aiman duduk di seat belakang..Kami melambaikan tangan dan aku menekan hon seb up hielum bergerak..dalam hati sudah berdoa supaya perjalanan yang jauh ini selamat sampai dan pulang..

Semasa melambaikan tangan, aku dapat melihat sekilas wajah yang berada di seat sebelahku ini, Mira..wajahnya seperti sedih berpisah dengan ibuku..kelihatan berat hati dan hanya berdiam diri selepas kereta meluncur laju di jalan raya..Sedihkah dia?

*****
pss:// Maaf pendek sikit..jangan lupa follow dan bagi la bintang sikiti..muah..jangan lupa komen..part mne yang tak nak best..jawab je ok

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience