Bab 39

Action Completed 25781

Sebelum keluarga Tuan Kamal beransur pulang ke homestay mereka..Datin sempat memberitahu mengenai majlis akad yang akan diadakan sebulan lagi..Aku yang mendengar khabar itu jadi terkejut...Rupanya ini semua kehendak dan keputusan Tuan Kamal..Tak tahulah sebab apa nak cepat sangat..'Risau aku kena kebas orang ke macam mana?'. Getus hatiku..

Aku hanya mampu bersetuju saja..kerana ibu bapaku dan bakal keluarga mertua turut saja keputusan Tuan Kamal itu..Mereka juga meminta kami supaya tidak bersusah payah menyediakan barang untuk majlis nikah nanti kerana mereka sudahpun booking beberapa khemah..Jadi, majlis itu akan dibuat di rumahku..Halaman rumahku boleh memuatkan dalam 6 buah khemah..Besar macam padang bola kan? Haha..

Aku hanya mendengar saja tanpa membantah..

Setelah mereka berangkat pulang..Aku terus saja tegur ibuku ingin bertanyakan sesuatu yang masih berlegar di dalam fikiranku .

"Ibu, Ainnur nak tanya sikit boleh?...hmm, b-berapa ibu letak wang hantaran Ainnur ye?"..Tanyaku musykil..kerana aku tidak meletakkan berapa harganya..Aku hanya suruh ibuku memutuskannya kerana aku tidak kisah..

"Ouhh, soal itu..kamu jangan terkejut ye kalau ibu cerita ye"..Ucapnya sambil menarikku untuk diduduk di sofa..Kelihatan adikku juga berada di ruang tamu..Manakala, Aiman dan adik bongsuku pula bermain game di telefon..

Aku hanya mengangguk laju..Hatiku dah berdebar..Dup dap dup dap..'Haih lain macam je ibu ni!'..gumamku perlahan..

"Macam ni..Ainnur kan ada beritahu ibu yang kamu tak kisah dan ikut saja apa yang ibu katakan..betul?"..

Aku mengangguk dalam diam..memberinya ruang untuk bercerita..

"Ibu ada tetapkan wang hantaran kamu rm 8 ribu saja dan dulang di balas 9..Lepastu, Datin kata Kamal hmm diaa kata nak bagi dekat kamu wang tu rm20 ribu..Mulanya ibu dah menolak..Datin bagitahu semua ini tanda hadiah Kamal kepada kamu..Datin hanya mampu menurut saja..Ibu tak tahu nak cakap macam mana Ainnur..ibu pun rasa serba salah juga..tapi ini keputusan Kamal..jadi, kami tiada pilihan lain..Kamu pergilah berbincang dengan  Kamal..Sebabnya duit itu cukup tinggi bagi kita..Kenduri pun mereka sudah booking khemah dan makan..jadi..ibu rasa terhutang budi dengan jasa baik Kamal..kamu berbincang elok-elok ye dengan Kamal.."..suara ibuku lembut menyapa sambil mengusap bahuku

Aku yang mendengar tadi terlopong lama..dengan mata terbeliak ..tak menyangka Tuan Kamal akan memberi wang sebanyak itu..Mungkin orang lain fikir itu hanyalah perkara biasa..tapi bagi kami sekeluarga wang itu jumlahnya sangat besar..

Lalu hati kecilku berbisik..'kenapa Tuan Kamal nak bagi banyak macam tu dekat aku? '..Pelik sungguh perangainya tu ..

"Baiklah ibu, nanti Ainnur tanya sendiri dekat Tuan Kamal".. jawabku ringkas..

"Takpelah kalau macam tu, kamu pergilah berehat..esok kamu nak balik KL kan..pergilah rehat..ibu ayah pun nak masuk bilik dulu..Kamu Afiq, pergi rehat tidur esok kamu nak balik KL dgn kakak kamu..jangan ada yang mengantok sudah waktu drive nanti pula"..Kata ibuku sambil menegur Afiq yang leka bermain telefon di depan televisyen..

"Ye, baiklah ibu"..jawab afiq sambil mata membalas pandangan ibu..

Lalu, aku bingkas bangun menuju ke bilik..laju saja tanganku mencapai telefon bimbitku..Aku menekan app WhatsApp lalu menaip sesuatu kepada Tuan Kamal..

Dalam setengah jam..tiada tanda balasan dari Tuan Kamal..aku mengeluh perlahan..'mungkin busy dengan kerja'..Hatiku cuba bersangka baik..Lantas aku membuat keputusan untuk tidur..

'Tidur la wahai hati, semoga esok dan kemudian harinya aku mendapat kecapi kebahagian yang selama ini ku impikan..Selamat Malam Dunia, Selamat Malam Tuan Kamal Saya..huhuhu'..

*********

Di Balai,

"Assalamualaikum Tuan,"..Sapa Sjn.Shafiq di depan pintu bilik ofisku..Aku mendongak lalu menjawab salam itu..

"Waalaikummussalam, Sjn..Masuklah..Ada apa ?"..Tanyaku lagi sambil memerhati langkahnya..

"Saya nak bincang pasal dua orang lelaki yang menculik Amira yang sedang di reman itu..Tapi, Sebelum tu saya nak ucapkan tahniah sebab dah selamat  bertunang dengan kekasih hati..hehe".. ucap Sjn.Shafiq sambil tersengih kepadaku..

"Ohh pasal tu..takde apalah..baru bertunang belum kawin lagi..hehe"..jawabku sambil membalas sengihan itu..

"Amboi tuan, betul tak sabar nak kawin ni..haha..nanti jangan lupa jemput kami satu balai ..pasti meriah abis..haha"..Kata Shafiq lagi sambil ketawa..

"Haha, kau ni ada-ada saja..inshAllah..pasti aku jemput satu balai ni..haha..Dah-dah kita tengah dalam waktu kerja ni..nanti kita cerita lain ye..Sekarang bagitahu maklumat pasal mereka berdua"..Kataku semula dengan nada serius..

"Baik tuan, macam ni..Setelah membuat soal siasat ke atas mereka..jadi, selama ini yang kita agak adalah benar..Bos besar mereka sekarang berada di Malaysia ..sekarang mereka sedang sibuk uruskan urusan niaga mereka dengan China mengenai kes dadah dan kes budak ke sana untuk menjual organ"..Jawab Sjn.Shafiq tekun sambil merenung fail kes yang berada di tangannya..Lalu fail itu, di tolak ke arah Tuan Kamal..

"Ouh, jadi inilah rupanya Ketua mereka?.. Nampak muda ye?"..Soalku sambil membelek data peribadi lelaki itu..Umur 28  tahun? Muda..Sebaya dengan Mira..

"Ouh ye..memang muda ..dengar dari bahagian risikan..mereka kata anaknya itu telah menyambung legasi ayahnya yang telah meninggal dunia..Jadi, segala aset dan tugas kesemuanya jatuh kepada anaknya itu..Menurut mereka lagi, terdapat juga bodyguard serta P.A yang setia mengikut kemana saja lelaki itu berada..Bukan calang-calang orang yang berada di sisi lelaki itu".. Panjang cerita yang disampaikan oleh Shafiq..

"Ouh, jadi awak terima data ini dari bahagian risikan kita ataupun bahagian risikan Bukit Aman?.'..Tanyaku lagi sambil memandang ke arahnya..

"Sebenarnya, maklumat pertama mengenai Ketua itu saya dapat daripada bahagian risikan kita selepas soal siasat..selepas saya maklumkan kepada Bukit Aman, Mereka juga menerima maklumat itu tapi ada tambahan..Jadi, mereka suruh saya bagitahu hal ini kepada Tuan..Mereka suruh tuan berhubung dengan mereka selepas ini..Saya pula akan mengikut setiap maklumat dari bahagian risikan kita..Saya dengar kata dari Bukit Aman...Mereka sudah dapat menjejaki keberadaan Ketua itu".. Sjn.Shafiq menerang panjang mengenai kes ini..

Sebenarnya kes ini amat berat buat kami..kerana kes ini melibatkan orang awam..Dengan bilangan mereka yang masih belum di kenal pasti akan merumitkan keadaan..Kerana dulunya kes ini telah di tutup sementara kerana tangkapan tidak berjaya..

" Jadi, sekarang ni masalah kita hanya bilangan jumlah mereka dan jadual mereka saja belum dapat di kenal pasti..Terima kasih Shafiq sebab bagi maklumat ini..Nanti saya terus direct dengan pihak atasan di Bukit Aman.."..Kataku sambil menutup fail kes itu..

"Okay Tuan, sama-sama ..Kalau takde apa-apa lagi saya minta diri dulu lah ye"..
Kata Sjn.Shafiq sambil bangun dari kerusi itu..Dia memberi tabik hormat lalu melangkah perlahan sebelum keluar dari bilikku..

Aku hanya mengangguk dan memerhati tubuh itu hilang di sebalik pintu yang sudah di tutup..Aku menghelakan nafas panjang lalu menyandar kerusi sambil tangan diletakkan di dahi..

'Makin bertambah dan berat kerja aku lepas ni..Semoga kau bertambah..harap semua ini dapat selesai dengan cepat'..bisik hatiku..

*********
Dalam perjalanan,

"Afiq, kalau letih drive berhenti lah dulu..tukar dengan akak!"..Marahku kerana dia degil tak bagi aku memandu keretanya..Aku mendengus kuat..'Kedekut!'..

"Takpelah, afiq belum letih lagi la..Akak jangan risau ye"..Jawabnya lagi..

Aku menjeling kerana kata-kata itu semua dusta..Sudah beberapa kali Afiq menguap ..'Fikir aku tak nampak ke budak ni!' ..Marahku dalam hati..

"Eleh, degil ye..nak akak report dekat Ana ke pasal perangai sebenar Afiq Iskandar ni?"..Soalku mengejek..'Jangan fikir akak tak tahu pasal Ana dan afiq ye..Fuh padan muka!'..ejekku dalam hati..

"Eh, akak ni kesitu pulak..sampai nak report-report pulak..Akak jangan kacau daun okay"..Katanya sempat lagi memberiku peringatan..

"Elehh, tahu takut..Ana dengan akak rapat tau ..kalau Afiq ada buat dia sedih ke apa ..siap afiq!" ..kataku tegas..

"Yelah kak, akak doakanlah supaya kitaorang dapat ikut jejak akak dengan Tuan Kamal..hehe"..Katanya sambil ketawa kecil..

"Eii, gatal ye..muda-muda dah gatal"..kataku sambil menjelingnya..

Tiba-tiba teringat chat semalam aku hantar dekat Tuan Kamal..Lantas tanganku menarik keluar telefon lalu membuka WhatsApp ..'Bluetick je?!'..Marahku dalam hati..lalu aku simpan kembali telefon bimbitku dengan kasar..seakan menunjukkan protes dariku..

"Haa, kenapa masam tu..encik tunang tak balas chat la tu kan?" Tanya afiq sambil tersengih kepadaku..

"Diamlah!" Kataku perlahan tapi keras..

"Hahhaa, sabarlah akak..Tuan Kamal busy la tu..Nanti lepas kawin akak berkepit jelah dengan dia okay"..Katanya lagi sambil ketawa..

Aku hanya menjeling ke arahnya lalu memandang ke luar tingkap..Perjalanan kami tidak berapa jauh lagi..Mungkin dalam 2 jam akan sampaii di KL..

'Siap dia ye tak balas chat aku..esok kita jumpa!'..marahku dalam hati..Tanganku sudah genggam..'Esok aku akan tanya dia pasal ni ...Tak kira!'..Getus hatiku lagi..

******

#Sorry readers lambat update ..Enjoy this chapter okay..Muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience